Demo hanya kerana sebungkus nasi campur?
GARA-GARA kerana sebuah lagu, pada suatu ketika rakyat Malaysia di Indonesia, terutama di Jakarta yang merupakan ibu negara berkenaan, terdedah kepada ancaman serangan buluh runcing oleh pendemonstrasi anti Malaysia.
Terbaru, gara-gara kes pihak berkuasa Indonesia yang menahan nelayan Malaysia ditahan pihak berkuasa Malaysia yang telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, bukan sahaja bendera Malaysia telah dipijak dan dilumur tahi tetapi pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta turut dilimpar tahi.
Saya yakin rakyat Malaysia akan bertanya kenapa saudara serumpun bangsa di Indonesia sanggup melakukan tindakan yang boleh melukakan hati kita sebagai rakyat Malaysia sedagkan rakyat negara itu berjuta-juta berada di negara ini mencari rezeki di sektor perladangan, pembinaan dan amah khususnya.
Membaca laporan BERNAMA dari Jakarta barulah terjawab pertanyaan kita kenapa di Jakarta sering berlaku demonstrasi. Rupanya pendemontrasi di negara berkenaan memang dilatih untuk tujuan itu, antaranya untuk dapatkan sebungkus nasi campur di kalangan para penganggur.
Hanya kerana sebungkus nasi campur atau bayaran antara RM10.45 hingga RM13.90 setiap orang, mereka sanggup berdemonstrasi dan melakukan provokasi yang boleh membawa kepada dua negara ke kancah perang kalau Malaysia tidak ambil sikap bersabar dalam menghadapi kerenah Indonesia.
Juga di Jakarta ruanya ditawarkan perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi dan ianya telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu tentang bagaimana berdemonstrasi secara tertib.
Soalnya memijak dan melumur tahi pada bendera yang menjadi lambang kedaulatan sesebuah negara dan melontar bungkusan tahi ke pejabat kedutaan itu adakah suatu perlakuan yang rasional oleh orang yang normal akalnya dan adakah ianya tertib?
Kenapa dalam banyak-banyak jenis perniagaan, dipilih perniagaan menyediakan peserta demonstrasi dengangan menyediakan pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.
Alasan memandangkan ramai belia yang menganggur di Jakarta, maka pihak ada pihak khusus memberikan perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi berusaha mengumpulkan dan memberi latihan berkaitan pengurusan demonstrasi, pidato, analisis dan latihan amali di lapangan, terdapat juga pasukan khas yang diberi latihan berkaitan reka bentuk komputer dan bahasa Inggeris bagi menyediakan sepanduk dan seumpamanya, pada pendapat saya adalah suatu bentuk perkhidmatan yang amat tidak wajar.
Paling tidak wajar kalau demonstrasi diadakan itu ditujukan kepada negara tetangga yang turut menyuap ke mulut berjuta-juta rakyat negara yang rakyatnya menghina, mencabar kesabaran dan memprovokasi melalui perkhidamtan demonstrasi.
Mungkin banyak perkara yang boleh kita tiru dari Indonesia tetapi dalam kes perkhidmatan menyediakan peserta demonstrasi, lebih baik Malaysia dan negara-negara tetangga yang lain jangan tiru dan teladaninya.
Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
patutlah dia orang buat demo, dapat duit rupanya...kerana duit orang boleh buat apa saja...
tindakan yang tidak patut diteladani, sebaliknya patut disempadani dan dibenci
Post a Comment