Thursday, September 2, 2010

MUNCUL KEMBALI (801) -- DIKEMASKINI DENGAN TAMBAHAN MAKLUMAT

Akan adakah yang simpati?

CEITA-CERITA berbentuk humen-intrest (cerita kemasyarakatan) menjadi pilihan utamanya. Yang hidup susah, yang sakit, yang memerlukan bantuan, yang memerlukan pertolongan dan perhatian akan menjadi fokus utamanya dalam menjalankan tugasannya sebagai wartawan penyiaran.

Bukan sedikit pihak yang menerima faedah dari perkhidmatannya walaupun tidak dinafikan ada pihak yang kurang senang kerana tidak faham dan tidak reti dengan tugas dan peranan sebagai wartawan yang kena berkecuali dalam berparti politik dan kena laksanakan tugas berdasarkan apa yang ditetapkan oleh majikan.

Dalam menjalankan tugas, keutamaan public diutamakan. Yang lapar dan dahaga, cuba dikenyang dan dihilangkan haus walaupun ketika yang lapar dan dahaga berjaya dikenyangkan dan dihilangkan hausnya, wartawan sendiri dalam keadaan lapar dan dahaga.

Demikianlah resam hidup seorang wartawan yang hanya kalangan yang kental jiwa raga, yang berjiwa besar, yang tahan diuji dan yang sanggup menjadi pelita yang menerangi orang lain tetapi gagal menerangi bawah tapaknya sendiri sahaja yang layak jadi wartawan.

Wartawan boleh menangisi nasib orang lain tetapi tidak boleh mengharapkan orang lain yang akan menangisi nasib wartawan. Pihak yang mahu selesai masalah dengan cepat akan jumpa wartawan tetapi bila wartawan bermasalah, tidak ada tempat untuk wartawan mengadu dan minta simpati.

Demikian halnya dengan wartawan penyiaran Shamsuddin Mohamad, 53, yang mula menceburi bidang kewartawanan penyiaran TV Malaysia sejak tahun 1981 yang kini diserang angin ahmar, tidak lagi dapat bertugas seperti biasa sejak sebulan yang lepas. Sepanjang berkhidmat dengan RTM, beliau pernah membuat liputan hingga ke Jepun dan beberapa laporannya memenangi anugerah.

Bertugas selama tiga tahun di Angkasapuri dan 13 tahun di RTM Kuala Terengganu sebagai petugas tetap. Atas masalah keluarga (anaknya sakit) dan memerlukan penjagaan khas, beliau terpaksa menamatkan perkhidmatan dengan RTM sekian lama bertugas apabila permohonannya untuk bertugas di Kelantan, negeri asalnya demi anaknya, ditolak.

Lepas itu beliau menjalankan tugas sebagai wartawan penyiaran sambilan di RTM Kota Bharu sehingga gara-gara serangan angin ahmar telah tidak membolehkan beliau bekerja sedangkan kebanyakan lapan anaknya masih belajar, seorang daripadanya belajar di Australia.

Beliau juga banyak menulis rencana termasuk di Berita Harian serta beberapa majalah dan akhbar lain, antaranya menggunakan nama Faridah Ismail, isterinya. Kini isterinya yang setia, Faridah Ismail, 43, terpaksa membuat kuih bagi menampung keperluan kehidupan harian.

Isterinya yang tidak boleh memandu terpaksa hantar anak-anak ke sekolah dengan berjalan kaki, sebelumnya beliaulah yang hantar anak-anaknya ke sekolah. Apa yang dihadapi Shamsuddin sekarang benar-benar menjadikannya sekeluarga susah dan derita, lebih sudah dan lebih derita dari kalangan yang pernah beliau tayangkan di kaca tv bagi mendapat simpati.

Sempena raya ini, adalah amat wajar sekiranya ada pihak yang bersedia untuk mengembirakannya dan anak-anak dengan menyalurkan apa yang patut termasuk zakat melalui akaun Bank Muamalat atas nama Shamsudin Mohamad, A/C Nombor: 03036020228452. Beliau boleh dihubungi melalui telefon 09-7476057 dan 012-9596984.



Ingin menghubungi kawan lama


Dalam perkembangan lain, seorang lagi pengamal media yang dilahirkan di Wakaf Tok Kasim Sabak, pernah tinggal di Wakaf Mek Zainab dan mula bertugas dalam bidang penyiaran di Wakaf Che Yeh pada tahun 1966 sebagai juruhebah sambilan, tahun 1972 bertugas secara tetap dengan RTM dengan jawatan Pembantu Penyiaran dan akhirnya bersara atas nama pengarah di RTM Kota Bharu pada tahun 2003 (mula bertugas di Wakaf Che Yeh dan bersara di Wakaf Che Yeh yang merupakan lokasi operasi RTM Kota Bharu, (kini dikenali dengan Kelantan FM), turut diserang angin ahmar sejak April lalu.


Beliau adalah Haji Hussein Ibrahim AMN, BSK, ASK, PJK yang kini menetap di Paya Bembang dan merupakan Pengarah Urusan Jevent Enterprise yang terbabit dalam penyediaan dokumentari, buku cendermata, juruacara majlis, kelolaan majlis pembukaan/penutup lawatan keluar negara, teks ucapan dan penerbitan dokumentari siaran tv/simpanan.


Beliau yang mula dipindah ke Angkasapuri dari RTM Kota Bharu (Wakaf Che Yeh) pada tahun 1976 dan banyak terlibat dalam tugas di unit sukan telah pernah ditempatkan di Radio Arab Saudi mengendalikan siaran Nidal-ul-Islam dari Makkah Mokarromah yang khusus dipancarkan ke Malaysia pada tahun 1984 hingga 1989. Setelah beliau kembali ke tanahair, siaran itu dihentikan.


Sebelum menjadi Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan, beliau bertugas sebagai ketua unit sukan yang membawa beliau ke serta dunia kerana membuat liputan sukan seperti sukan SEA di Bangkok, Sukan Olympic di Sedney Australia, Piala Tohmas di Bangkok, Bolasepak Piala Asia di Kuwait, Sukan Asea dan Hoki Piala Dunia di Mumbai India dan sebagainya. Beliau juga berpeluang melawat Canada, Washingtong dan New York.


Dalam keadaan uzur sekarang, Haji Hussin yang pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Sukan Malaysia (SEM) sebenarnya tidak memerlukan huluran bantuan dari mana-mana pihak dalam bentuk sumbangan kewangan, tetapi beliau teringin menghubungi dan bertanya khabar rakan-rakan sealiran walaupun di mana mereka berada termasuk para pelakon drama radio di Kelantan yang diberi peluang berlakun semasa beliau bertugas di RTM Kota Bharu. Antaranya Marina Hassan, Latiff Osman, Zawiah Abdul Rahman, Nik Sinar Suria, Hamidah Hassan, Zaleha Hussein dan lain-lain.


Beliau yang juga pernah menghasilkan cerpen dan skrip drama radio mahu menghubungi/dihubungi para penulis skrip seperti Norhisham Mustaffa, Zanariah Wan Abdul Ramhan, Zaid Ahmad, A. Sani Hassan, Nordin Harun dan lain-lain yang beliau lupa nama mereka. Beliau boleh dihubungi melalui telefon 09-7447788/017-9259989 atau email hj_hussin@yahoo.com my.


Paling menyedihkan beliau dan membuatkan beliau sebak bercakap mengenainya ialah dalam keadaan beliau tidak berdaya untuk berada di sisi ibu kesayangannya gara-gara serangan angin ahmar, ibu kesangannya, Hajah Meriam Haji Senik yang merupakan peminat setia yang tidak pernah ketinggalan mendengar atau menontonnya di corong radio dan di kaca tv bila beliau ke udara, pergi menyahut seruan Illahi dalam bulan Ramadan yang mubarak ini.

4 comments:

刘继方 (LC Fang) said...

Terima kasih kerana memaparkan penderitaan rakan seperjuangan ini, saya memang lama terputus hubungan, rupanya beliau sakit. saya akan hubungi nombor tertera. Meli masih ingat ambo, LC Fang ?

melikapakjangak said...

Saya terharu kerana dalam ramai-ramai rakan seperjuang, sdra dulu yang beri respon berbanding dengan raan-rakan yang sebangsa dan seagama dengan saudara kita yang sakit.

Saya tak mungkin lupakan sdra, wartawan yang produktif pada suatu ketika dulu. sekarang demo buat apa pula. Khabarnya demo terbitkan risalah iklan. Jadi penerbit jugalah demo sekarang ya. Kawe tumpang gembira.

Dukacita dimaklumkan, selain dari Shamsuddin Mohamad, bekas pengarah RTM Kota Bharu, Haji Hussein Ibrahim juga kena serangan angin ahmar.

Kalau Persaatuan Wartawan Melayu Kelantan, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, Persatuan Wartawan Melayu Terengganu,Persatuan Penulis-Penuis Kelantan,Persatuan Wartawan Terengganu (Kawat) tahu tentang penderiaan Shamsuddin dan juga Haji Hussein, patutlah ikhtiar sumbangan sekadar yang ikhlas.

Saya akan dapatkan gambar kedua-duanya pada malam ini dan Insyaallah sebuah akhbar milik rakan seperjuangan kita akan siarkan penderitaan mereka.

Kita tidak boleh harapkan wakil-wakil rakyat, menteri, menteri besar, exco dan sebagainya membantu kerana kita wartawan hanya berguna kepada mereka ketika kita masih sihat dan mampu membantu mempopularkan mereka.

Bila kita dah tidak mampu lagi buat kerja, jumpa tepi jalan pun mereka dah tak kenal kita, malah kita akan dipandang jijik.

Oleh itu kitalah yang kena bantu rakan seperjuangan kita kerana kita akan lebih reti dengan hati dan perasaan orang yang sebidang dan sealiran dengan kita.

Pun begitu kita jangan kesal dengan nasib diri kerana kita sendiri yang pilih jadi wartawan dan tidak ada siapa yang paksa kita jadi kita.

Tetapi ingatlah wahai rakan-rakan seperjuangan dan bekas rakan seperjuangan, hari ini mungkin hari Shamsduddin dan hari Haji Hussein, esok lusa barangkali hari kita akan tiba.

Walaupun mangsa tidak harapkan simpati dan kasihan belas sesiapa tetapi kita berhak untuk bersimpati. Walaupun mangsa tidak mengharapkan sumbangan kita tetapi kita berhak untuk memberi sumbangan sekadar yang ikhlas.

Wartawan Pencen said...

Saya sebagai wartawan pencen hanya mampu merakamaknan rasa sedih dan sumpati dengan nasib yang menimpa Shamsudin dan Haji Hussin.

Mudah-mudahan kedua-duanya akan kembali pulih. Bila sudah pencen atau sakit barulah kita tahu bahawa kita sudah tidak ada harga.

Jumpa tokoh-tokoh yang kita julang dan popularkan mereka pun tak akan kenal kita, apatah lagi memesrai kita sebagaimana semasa jita jadi orang media.

Ketika kita pencen dan sakitlah baru kita sedar bahawa isteri dan anakanak yang sering kita abaikan demi tugas adalah orang yang aling menghargai kita.

Justeru kepada wartawan muda yang masih bertugas, dalam ghairah memburu masa melaksanakan tugas, jangan abaikan anak isteri bagi yang lelaki dan jangan abaikan laki dan anak-anak bagi perempuan.

Anonymous said...

Salam semua.nombor tuan hj hussin tidak dapat dihubungi.boleh saya dapatkan nombor yang lain.terima kasih