pembunuhan sosilawati dan tiga rakan
Syaitan pun mungkin tidak sanggup lakukannya
PUKUL sampai dan disiksa sampai mati, mayat dibakar dan abunya dibuang ke sungai. Ianya bukan sahaja suatu pembunuhan yang kejam namanya tetapi terlalu, tersangat dan teramat-amat kejam dan zalim. Saya rasa syaitan yang dilaknati Allah pun tidak sanggup melakukan sedemikian rupa.
Tujuan pelakunya tentulah untuk menghilangkan bukti kerana sebarang pendakwaan di mahkamah, pelakunya tidak boleh disabitkan dengan kesalahan tanpa bukti. Dari sudut perundangan sivil para pembunuh terbabit belum tentu terhukum.
Selain dari kemungkinan bukti tidak ada untuk disabitkan serta ketiadaan saksi, tahap kewarasan pelaku juga diambil kira semasa melakukan pembunuhan. Kalau didapti dan disahkan oleh pakar bahawa pembunuh tidak waras semasa melakukan pembunuhan, pelakunya tidak akan dihukun, kalau pun dihukum, hanya dengan hukuman seringan mungkin.
Kalau ikut yang dibenarkan oleh Islam, pembunuh yang memukul, menyiksa, membakar dan membuang abu mayat ke sungai itu boleh dipukul, disiksa, dibakar dan abunya dibuang ke sungai oleh waeis mangsa. Tetapi memberi kemaafkan kepada pelaku oleh earis mangsa jika pelakunya insaf dan bertaubat nasuha adalah yang terbaik. Paling baik kalau diserahkan kepada Allah dalam membuat pembalasan saksama.
Pun begitu walaupun Islam membolehkan waris mangsa bertindak balas setimpal dengan pelakuan pembunuhan, namun undang-undang sivil yang diamalkan di negara ini tidak membolehkan waris kepada mangsa bunuh atau mangsa jenayah lain bertindak balas sendiri, malah kalau pembunuh dibunuh, pembunuh si pembunuh itu pula boleh didakwa dan dihukum bunuh jika sabit.
Atas faktorlah agaknya, maka pihak yang melakukan jenayah tidak pernah serik melakukan jenayah kerana mereka boleh melakukan sesuatu jrnayah tanpa mengambil kira peraturan dan perundangan tetapi kalangan yang bukan penjenayah akan mengambil kira dan menghitung soal peraturan dan sekatan perundangan untuk bertindak balas atau dalam usaha untuk pencegahan jenayah.
Tidak hairanlah kalau suspek utama dalam pembunuhan Sosilawti dan tiga rakannya dikatakan telah melakukan empat pembunuhan dengan cara yang sama sebelum melakukan pembunuhan menggunakan kaeadh yang serupa ke atas Sosilawatiu dan tiga rakannya.
Memandangkan suspek utama seorang lawyer, beliau tentu ada formula untuk tidak disabitkan dengan kesalahan terhadap jenayah yang dilakukan.Pastinya gelaran datuk yang dianugerahkan kepadanya menambahklan lagi kekebalannya, menjadikannya bukan mudah untuk pihak polis yang terikat dengan pertauran dalam menjalankan tugas kepolisian untuk membuat siasatan ke atasnya tanpa ada alasan dan bukti yang benar-benar kukuh.
Namun kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Bangkai seekor gajah tidak mungkuin mampu disorok di sebalik sehelai daun lalang. Saya yakin para peguam yang mahu tidak mahu imej mereka tercemar oleh angkara rakan sealiran yang terlibat dalam jenayah, apatah keluarga mangsa dan orang awam, pasti masing-masing mengharapkan dalam tempoh yang terdekat mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakamnya akan dihukum mati.
Seandainya para pembunuh yang sangat kejam yang mana cara pembunuhan yang dilakukan barangkali tidak sanggup dilakukan oleh syaitan dan iblis itu bebas dari sebarang hukuman atau menerima hukuman selain dari hukuman mati, pasti rakyat terbanyak akan hilang keyakinan terhadap bidang perundangan dan kehakiman di negara ini.
Dalam rasa dukacita, benci, meluat, marah dan geram dengan apa yang berlaku ke atas Sisilawati dan tiga rakannya, pada hakikatnya kematian mereka sangat mulia kerana selain mati pada bulan puasa dan pasti keempat-empatnya dalam keadaan berpuasa, mereka juga mati kerana mempertahankan hak dan maruah. Bagi saya mereka mati syahud, tetapi terkategori dalam syahid kecil.
Semuga roh keempat-empat mereka dikumpulkan bersama roh para solehin dan solehah dan walaupun di mana pusara mereka sama ada di daratan, di dasar sungai atau lawatan, hendaknya pusara mereka adalah akan menjadi antara taman-taman di syurga yang Allah sediakan untuk hamba-Nya yang mati dalam keadaan beriman dan bertakwa.
Sunday, September 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kah kah kah !
betul meli ...
ana simpati dengan keganasan ini,
4 orang manusia dibunuh dan dibakar,
abu dibuang ke laut,
semata-semata RM1juta,
kita mengutuk perbuatan ini,
sama seperti satu lagi pembunuhan, ALTANTUYA perempuan Manggolia,
kerana Wang komisen,
beliau telah dibunuh kejam,
kemudian dibom hancur,
yang ditangkap dan dihukum,
dua orang lelaki mesteri,
seperti ninja bertopeng,
motif pembunuhan sifat tahu.
YA ALLAH! NEGARA LAIN DITURUNKAN BALA' DENGAN HUJAN, RIBUT, GEMPA BUMI, GUNUNG BERAPI,
ADAKAH NEGARA KU DITURUNKAN BALA' DENGAN PEMBUNUHAN KEJAM
Sama jugak kes... pembunuhan dato' mazlan... jurami tukang cincang,, arahan dari mona fendi & suaminyaa... ketiga2 kena mati ditali gantung!!!
cuma pembunuh2 14 syuhada' memali masih bebas....
Post a Comment