Monday, September 13, 2010

MUNCUL KEMBALI (810)

Kelantan sanggup buat apa yang negeri lain tak buat

SEJAK kegeringan Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Sultan pada pada 14 Mei 2009, institusi keistanaan Kelantan agak berkemelut.


Pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku yang mana perkara seumpamanya tidak pernah berlaku di negeri-negeri lain, telah berlaku di Kelantan yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pentadbiran negeri.

Semalam tercipta sejarah yang tidak dicipta oleh negeri-negeri lain apabila Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Tengku Mahkota dan Pemnagku Sultan telah diisytiharkan pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan ke-29.

Pengumuman telah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah 15 daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Tengku Laksamana Kelantan telah bermesyuarat pada pukul 9 pagi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim dan memutuskan supaya peristiharan pemasyhuran dibuat.

Bekas Pengerusi MPN, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah menyufatkan peristiwa yang berlaku merupakan sejarah baru dalam kesultanan Kelantan. Ttidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini seorang sultan baru dilantik ketika sultan yang sah masih hidup. Sebelum ini pelantikan sultan yang baru hanya dibuat selepas baginda sultan mangkat. Apa yang beraku adalah sejarah baru.

Kekanda kepada Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa adindanya itu masih merupakan Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta. Beliau sebaliknya mendakwa, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak memenuhi syarat dan melanggar Perlembagaan negeri yang menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja.yakni sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan atau pun jika sultan turun takhta.

Beliau yang mendakwa hanya mengetahui upacara pemasyhuran tersebut melalui berita yang disiarkan di televisyen dan tidak menyangka pihak berkenaan sanggup dan berani memperlakukan Tuanku Ismail Petra sedemikian menegaskan beliau tetap mempertahankan kenyataannya yang dikeluarkan sebelum ini bahawa mereka yang terlibat dalam usaha menyingkirkan adindanya sebagai penderhaka.

Baginya sebarang usaha yang dijalankan untuk menyingkirkan sultan daripada takhta adalah suatu penderhakaan dan menyalahi undang-undang. Beliau akan mendapatkan khidmat nasihat perundangan daripada peguam dan akan membawa perkara ini ke tengah agar segala kekeliruan akan terungkai.

Sukar untuk dipastikan sama ada perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra akan meredakan kemelut atau sebaliknya apabila dua orang kuat MPN yakni Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin Auisyah Putri tidak hadir. Apakah mereka tidak hadir kerana membantu atau tidak mahu terlibat dalam apa yang berlaku, juga sukar untuk dipastikan.

Apa puun sama ada ianya akan meredakan keadaan atau sebaliknya, terutama kemelut istana, Tuanku Muhammad Faris Petra kini adalah Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan dan jajahan takluknya yang sah di sisi kerajaan dibentuk ekoran mandat rakyat. Baginda kena akur kepada perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri kerana atas kapasiti baginda sebagai Tengku Mahkota dan Pemangku Sultan, maka bagindalah yang paling layak menggantikan Sultan jika keadaan memerlukannya.


Yang membuat keputusan pemasyhuran baginda adalah Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang pastinya arif tentang tanggungjawab dan peranan mereka. Lagi pun bagi negeri yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja, negeri perlukan raja atau sultan sebagai tunggak pemerintahan. Tempoh pemangkuan ada tempoh masanya.

Pastinya, pada pendapat saya, walaupun apa halangan yang baginda akan hadapi dari angkara pihak-pihak yang menentang perisytiharan pemasyhuran baginda sebagai Sultan dan Yang Dipertua bagi Negeri Kelantan dan sekalian tanah jajahan takluknya, kerana sifat baginda yang serba sempurna di mata rakyat, pasti rakyat akan berada di hadapan baginda untuk menentang segala rintangan dan hadangan.

Sejak diisytiharkan sebagai Pemangku Sultan, belum ada bari buruk tentan baginda, sebaliknya baginda sentiasa dipuji, malah hubungan institusi keistanaan dengan kerajaan negeri menjadi sangat mesra.

Apa pun, yang pastinya menjadi harapan rakyat Kelantan sama ada yang bermastautin di negeri kelahiran mahu pun yang berada di perantauan, malah tentunya menjadi harapan seluruh negara juga, supaya keamanan serta kemakmuran dan ketenteraan awam dipelihara dan terpelihara.

Mungkin apa yang berlaku itu pelik bagi rakyat negeri-negeri lain tetapi kepada rakyat Kelantan ianya bukan pelik sebagaimana mereka boleh tukar ganti kerajaan yang juga belum pernah dibuat oleh rakyat negeri lain sebelum pilihanraya umum ke-12, membuktikan bahawa orang Kelantan sanggup buat apa yang orang lain tidak sanggup buat.

9 comments:

Anonymous said...

Keperibadian Tuanku Muhammad Faris Petra mengingkatkan saya kepada Almarhun Sultan Zainal Abidin III Terengganu yang terkenal dengan sifatnya yang terpuji serta zuhudnya yang sukar ditemui. Kini selepas hampir 100 tahun berlalu, Allah takdirkan seorang Sultan yang merendah diri dengan sifat mulia seorang raja pelindung agama dan hamba rakyatnya. Daulat Tuanku !!! Moga Tuanku dipelihara Allah di dunia dan di akhirat... Aminnnn

Anonymous said...

zuhud lagu mana lagi gak kl dah menderhaka kepada mak pak??

ada org hok alim pun xpakat jgk..jo amik ko ngepong suruh anak beranak ko baloh ada...bkn nak tolong satukan anak beranak...

Ustaz Kampung said...

Kawan setuju. Alim lagu mana pun kalku derako ko mokpok, tak tercium bau syurga. mugo lagu ni kena kaba.

Mokpok haok bukan Islam pin kalau kita Islam kena hormat, ini 'kan pulok mokpok beragama Islam, mengaibkan mokpok kes ikut puak-piak tukang pun berat sikit.

Dalam doa khutbah Jumaat tadi di Masjid Kampung Sireh, doa masih ditujukan kepada Tuanku Ismail Petra, bukannya dituju pada Sultan yang baru simasyhurkan TGNA.

Dalam dok galak dapat sultan baru pun, kena rujuk getek kitab laku mana dokok sokong kemungklaran. Menyokong anak yang derhakakan ibu bapa dan mengaibkan ibubapa adalah satu kemungkaran.

Bilal Surau Pinggir Bandar said...

Betul hok demo kata tu. Kawe pun semayang Jumaat Masjid Kampung Sireh. Meli semayang mmano? Bakpo tok tulis?

Meli kata bila menulis akan dirujuk terjemahan al-Quran dan Hadis Terjemahan Hadis Sahih Muslim dan Terjemahan Hadis Sahih Bukhari. Tok try semak ko lagu mana dengan kes perlantikkan sultan baru di Kelantan, selari dengan hukum hakam ko tidak?

Kena tolong tulis Meli, kena tolong tulis. Lama-lama kes derhaka dan memperaibaikan makpok nik jadi seperkara yang lumrah di Kelantan macam kes lepar anak kecik rata riti.

john said...

Salam..muncul smula...

nok tanyo ko puok2 hok kato sultan ambo darhako ko mok tuu..

"kalu jenis mok tok tutup aurat guano eh?"..

doh kalu tok puas hati ko sultan baru ambo buatlah mace geng2 umno ganu. tulis...

"ambo nok sulte lamo natte!" baru yo lo...

john the follower of 'www.kelantaninsider.blogspot.com'

Ustazah Lepas Madrasah Darul Anwar said...

Ada ko ayat al-Quran atau hadis kata tak tutup aurat boleh gugur Islam dan anak pun boleh derhaka kepada emak yang tidak tutup aurat.

Rasanya yang ada disuruh tutup aurat, kalau tidak tutup berdosa tetapi tidak sampai gugur Islam. Kena menhaji banyak sikit,

Lagu mana dengan hok tutup aurat tapi buka bawah, pakai jubah dan serban tapi dalam jubah dan serban tu ada pelan balak dan sebagainya sedangkan jenis kayu pun tak kenal, bila dapat kawasan kerana baik dengan berpengaruh dijual pada taukeh mata sepet. Boleh pahala ko doswa.

Anonymous said...

"kalu jenis mok tok tutup aurat guano eh?"..

hujah bodo dari john tuk lawan fakta yg tengku faris tu derhaka ko mok pok..

john wei...org hok baca blog meli ni ore kelate hok ramainya...

berita pasal tengku faris derhaka ko mak pok ni bukn cerita baru...lebih sepuloh tahun dah benda ni jadi...mu xsoh duk kencing ore la john..

kl tengku faris tu berjiwa rakyat, dah tentu dia akan terima pernikahan dia dgn anak sultan brunei dlm 10 thn yg lps...XPYH PUAK2 PAS DUK MEROYAN MINTAK DUIT ROYALTI...senang lenang rakyat kelate kl tengku faris nikah dgn anak sultan brunei.

Anonymous said...

komen-komen bodoh.... macam sial

Anonymous said...

Konvensyen antara Raja-Rakyat Melayu

Hadist SAW:
"Tiada ketaatan keatas makhluk dalam bermaksiat kepada Allah"

Laksamana Bentan:
"raja adil, raja disembah,
raja zalim, raja disanggah."

Allahu Akbar! walhamdulillah!
Semoga dirahmati & nusrah Allah keatas al-Sultan Kelantan Darul Naim, Tuanku Mohammad Faris merupakan ciut & pewaris Sultan Muhammad IV. Sultan Muhammad IV @ Sultan Muhamad Mulut Merah yang alim lagi warak yang menaungi ulamak2 Kelantan Serambi Mekkah, Tok Kenali, Tok Selehong, dll dizamannya.

Rakyat Kelantan menjunjung kasih & mendoakan agar tuanku menjadi Imamul Adil terhadap seluruh Ummah.