Sunday, September 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (813) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Bolehkah anak derhaka dan aibkan ibu bapa?

WALAUPUN secara resminya dan bertepatan dengan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Kelantan, sekoran perisytiharan pemasyhuran yang dibuat oleh Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 September 2010 yang baru lepas, maka sahlah Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan dan sekalian tanah jajahan takluknya, namun semacam ada sesuatu yang kurang kena, barangkali kerana terlepas pandang oleh pihak yang patut memprihatinkannya.


Dato' Nik Aziz membuat perisytiharan itu apabila Majlis Perajaan Negeri (MPN) dalam mesyuaratnya sebulat suara membuat keputusan memasyhurkan Tuanku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan Ke-29 menggantikan paduka ayhanda baginda yang gering sejak kira-kira setahun yang lalu manakala Tuanku Muhammad Faris Petra terpaksa akur kepada ketetapan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

Walaupun ianya merupakan satu rekod baru bagi Kelantan apabila Sultan baru dilantik semasa Sultan yang sedia ada masih hidup dan tidak mengisytiharkan turun takhta di samping keperibadian Tuanku Muhammad Faris disenangi rakyat jelata kerana sikap dan sifat baginda yang nampak sangat Islamik, namun timbul juga pertanyaan nakal, bolehkah Tuanku Muhammad Faris Petra zuhudkan diri dengan menderhakai ayahnda bonda atau setidak-tidaknya dengan mengaib dan menggurisi hati keduanya dengan perisytiharan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan Ke-29.

Alim ulamak mana, ustaz mana dan lebai mana pun sepakat kata dalam menghukumkan secara mandatori bahawa menderhakai ibubapa adalah satu dosa besar, malah bercakap kasar serta berkata 'oh' kepada ibubapa pun dilarang. Apatah lagi menderhaka, mengaib dan menyakiti hati ibubapa. Macam mana ada pihak boleh menterdedahkan Tuanku Muhammad Faris Petra kepada dosa sebesar itu dengan diisytiharkan pemasyhuran baginda sebagai Sultan.

Kalau pun ianya bertujuan untuk selesaikan kemelut yang kononnya berlaku dalam institusi keistanaan, apa pun tindakan dan kuasa yang digunakan bagi menyelesaikan apa yang dikatakan kemelut itu sepatut diselesaikan dengan penuh persefahaman dan merapatkan hubungan kekeluargaan, kena menampakkan bahawa seorang yang zuhud akan sentiasa taat, patuh dan menjaga hati dan perasaan serta aib ibubapa, bukannya meluaskan lagi jurang kemelut.

Penggunaan tatacara yang boleh menyebabkan rakyat melihat bahawa menderhaka dan mengaibkan ibubapa dibolehkan kena dielakkan sama sekali kerana apa yang berlaku dan dilakukan oleh pimpinan, apatah lagi pada peringkat Sultan akan ditiru dan akan menjadi ikutan rakyat jelata. Kesan jangka masa panjang perlu diambil kira dan banyak sumber hukum kena dirujuk, bukannya hanya melihat hukum dan tatacara yang melabakan kalangan tertentu sahaja.

Kalau ianya berlaku selain dari Negeri Kelantan barangkali ianya tidak akan memberi kesan yang terlalu mendalam berbanding dengan apabila ianya berlaku di Kelantan kerana menteri besar dan ketua menterinya tidak dilihat alim dan zuhud. Bila ianya berlaku di Kelantan apakah Menteri Besar yang bertaraf ulamak kononnya boleh menghalalkan penderhakaan dan pengaiban si anak terhadap ibubapa. Apakah halal anak menyakiti hati ibubapa.

Bukan maksud mahu tunjuk pandai, pada pendapat saya, sementara kesempatan masih ada bagi membaiki keterlanjuran, sama ada MPN, SUK mahu pun Menteri Besar Kelantan kena memikirkan semula dari pelbagai sudut dan kena merujuk kepada lebih banyak sumber hukum dalam kes perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Ke-29 supaya suatu ketika tidak akan tercatat dalam sejarah Kelantan padah dan musibah kerana menderhaka, mengaib dan menyakiti hati ibubapa kerana baginda terpaksa akur kepada kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri walaupun bertentangan dengan naluri baginda.

Saya tidak yakin perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Ke-29 boleh menyelesaikan kemelut institusi keistinaan jika benar ianya ada kemelut, sebaliknya ianya akan tambah lebih berkemelut apabila ada dua anggota penting MPN tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan dan seorang daripada anggota MPN itu pula bukan calang-calang orang.

Apa pun sama-samalah kita berdoa akan segala-galanya akan menjadi baik dan untuk itu , demi kebaikan Tuanku Muhammad Faris Petra sendiri serta institusi keistanaan, rakyat dan negeri Kelantan, kita kena berfikir secara terbuka, telus dan tulus serta kena membuat teguran, kritikan dan cadangan membina sebelum nasi menjadi bubur.

28 comments:

irs-Hursaini said...

Salam..

Minta untuk di letakkan di blog ambo

irs-hursaini.blogspot.com

Anonymous said...

Sultan yang tak ada upaya lagi macamana nak terus jadi Sultan. Nasib baik MPN pilih Tuanku Faris anak Sultan dan Raja Perempuan sebagai Sultan baru. Kalau dipilihnya orang lain yang bukan anak mereka tak ke melopong.....

Apa nak bising bising bab derhaka ni. Tuanku Faris hanya mengambil amanah sebagai Sulatan setelah Sulatan yang sebelum ini telah tidak dapat menanggung amanah lagi.

Anonymous said...

Konvensyen antara Raja-Rakyat Melayu

Hadist SAW:
"Tiada ketaatan keatas makhluk dalam bermaksiat kepada Allah"

Laksamana Bentan:
"raja adil, raja disembah,
raja zalim, raja disanggah."

Allahu Akbar! walhamdulillah!
Semoga dirahmati & nusrah Allah keatas al-Sultan Kelantan Darul Naim, Tuanku Mohammad Faris merupakan ciut & pewaris Sultan Muhammad IV. Sultan Muhammad IV @ Sultan Muhamad Mulut Merah yang alim lagi warak yang menaungi ulamak2 Kelantan Serambi Mekkah, Tok Kenali, Tok Selehong, dll dizamannya.

Rakyat Kelantan menjunjung kasih & mendoakan agar tuanku menjadi Imamul Adil terhadap seluruh Ummah.

john said...

Salam..

Aku tok pehe hok jenis tok ser ko sultan baru nih? mace2 nyo ejah cerito kato drako ko mok lah, tolok pinangae putri brunai lah (kononnyo sebabkan kelate terpakso mengemis royalti!) gillo mari alik mano eh puok2 nih..(Stahu aku sebelum nih dio nikoh nga krabat Thailand!)

Aku tok ser nok per'huduh' ko sapo2 tapi rakyat kelate pun banyok dengar versi cerito istano sebelum ni. hok mano baik hok mano buruk. tapi stakat nih Sultan baru nih buleh dipuji le.

Sultan sebelum ni memang ok dari segi fikirae dio tapi fizikal dio yang kure ok, saloh ko ganti nga anok dio? tok puah hati mano lagi puok2 nih? ko kes naik sultan baru harto2 rakyat kelate puok nih tok leh nok kekoh doh?..

Bo be lah nyo dok pertikai, raja adil rajo disemboh, rajo zalim rajo disanggoh!...base natang!!!

p/s: "HAIL THE NEW SULTAN MUHAMMAD KE V" ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

Salam tuan Meli...,

Kalu dulu Tun Dr M pinda sikit imuniti Sulte2 dae Rajo2 dulu kae, demo ning kae tuan Meli reiuh gegok gompito gege seluro ale nyo kato Tun Dr M tok sir dae nok buae ko rajo2 ning... pas tu lening maco mano heh tue Meli acu oyat ko ambo, ambo ning tok ngaji bab duhako ko ibubapo ning...

Anonymous said...

Salam taun Meli...,

Nok sambong skit jh lagi hok demo tulih kat atah tuh...

Jadinyo pelembagae hok manusia wat tuh bule guno paka jugola, dok gitu ko tue Meli...!!!

kakiku said...

meli .......
kade-kade ...
muga tebalik sedap .....
tapi,
kade-kade ....
panah pedih ...
tak kena buat ....
terbalik adab ...
baik demo duduk diam ...
ore lain pun UMNO juga,
tapi pandai duk diam ...
kawe takut tak pade nak ngapu ...
tak pade nak buat lolak UMNO ...
KUANG KUANG KUANG.

meli kawe tahu ....
selama keni ...
demo sediri komen hak demo tulih ..
tapi kawe wat tak tahu ...
kawe malah nak jawab ...
KUANG KUANG KUANG

kawe dah kata ...
de jadi UMNO demo punah ...
hak alim jadi kucing ...
hak ada telinga jadi tuli ...
hak ada mata jadi buta ...
hak ada mulut jadi bisu ....
hak ulamak jadi anjing ...
hak lebai jadi terompah ....
hak baca kitab jadi keldai ...
KUANG KUANG KUANG


الله أكبر الله أكبر الله أكبر

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!

kakiku said...

nak sindir .... sindirlah!
tapi kalau kita disindir,
jangan maraaah ....

meli pun tulis,
tapi guna kepala lutut,
tak guna kepala otak :
"Kalau ianya berlaku selain dari Negeri Kelantan barangkali ianya tidak akan memberi kesan yang terlalu mendalam berbanding dengan apabila ianya berlaku di Kelantan kerana menteri besar dan ketua menterinya tidak dilihat alim dan zuhud. Bila ianya berlaku di Kelantan apakah Menteri Besar yang bertaraf ulamat kononnya boleh menghalalkan penderhakaan dan pengaiban dan si anak terhadap ibubapa. Apakah halal anak menyakiti hati ibubapa".

amri said...

Salam Meli, kawe tahu sebab demo dan kuncu2 tak sir ka sultan baru Kelantan, sebab dia bejurus macam setengah-setengah orang PAS dan macam beberapa kerap orang UMNO hak rajin gi masjid. Demo kawe tak tahu, bakali beurus benar, kalu tengok ka muka tu, he he.

Tapi ayat demo kata anak ganti pak deraka, rasanya tak betul dan tak jjuruh. Kalu ayah tak segar nak urus syarikat, lepas tu ramai pulak kakitangan syarikat pakat nak ganti, and then anak dia amik alih pengurusan syarikat. Deraka ko?

kukujariku said...

tak kira sesiapa, tidak boleh derhaka kepada ibu dan bapa melainkan ibu bapa yang menyuruh membuat dosa.....
bukan anak solleh kalau menyakiti ibu bapa walaupun berpakaian seperti orang solleh....
pakaian dan perbuatan adalah perkara berbeza....
pakaian hanya untuk tontonan manusia....tapi hati yang beriman adalah untuk tontonan Allah....
tidak dikatakan beriman seseorang itu kalau dia menderhaka kepada ayah dan ibu....

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

kukujariku said...
"tidak dikatakan beriman seseorang itu kalau dia menderhaka kepada ayah dan ibu...."

-setuju2..
-lagu mano pulok kalu anok tok ser bersetongkol dengan ibu ko bapo ko dalam perkaro2 yang dirasakan tidak betul yang hanyo anok mengetahui dan ore lain tahu?
-..dae lagu mano pulok kalu ore lain panda2 menuduh anok menderhako sedangkan anok "ingin meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya(adil)"

Anonymous said...

kawe setuju apa yg meli kato...

Anonymous said...

En. Meli ada tulis sebelum ini, syarat2 melantik ketua/ pemimpin/ ( termasuk raja)...... perlu lebih Islamic, taat kepada syariat Allah, yang lebih beriman & berakhlak mulia ....

KEDUA: Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". - At-Taubah:23.

Kalau kita dok dokong pemimpin2 (PM/Menteri/MB/KM/Ketua Bahgian UMNO) yang jahil, jahat, sekular, korup tuu macamana en. meli?? Dok koh jadi macam ayat ini ..>>> "Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". - At-Taubah:23.

Hehehe en meli... demo ni tahu kutip ayat2 alquran tapi fikrah, amalan & tindakan demo agak tersasar.... mungkin kawe salah jangka.. maaf ye.... heh heh heh...

Anonymous said...

pah ko cerah xselesai...

sebelah ni kata g2...

sebelah sana pulak kata gni.

ambo nak ulas 2 jela..

amri..

perumpaan demo xleh pakai sbb dlm konteks ni jawatan tu khas utk si anak dan org lain xleh nak kacau atau ganti..hanya menunggu masa dan ketika yg sesuai jah..CARI PERUMPAMAAN lain deh sedara...

john..

besar implikasi kenyataan demo tu..

jangan pulak sapa anak demo besar esk2 dan xser bersetongkol dengan demo dalam perkaro2 yang dirasakan tidak betul yang hanyo anok demo mengetahui dari demo??

dan

anok demo"ingin meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya(adil)" dan bercangah pendapat dgn demo.

lastikmelayu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

meli...berani sungguh demo tulis gini,kawe respek demo,ramai yg tahu benda sebenar,tapi tak berani kata apa2,rakyat tak tahu hal sebenar,stakat pakai jubah,pakai kepiah,itu hanya luaran,dalaman siapa yg tahu,anda semua tahu ke???allah je yg tahu,...alim ulamak pun pun duk diam sebab nak jaga periuk nasi,nak jaga pangkat bahtera.

klu betul la ibubapa kita ada buat salah,kita boleh tegur,tepi kena ada cara nak tegur,sebab ibubapa ada egonya tsediri,bukan dgn cara myakitkan hati diaorg,kalau para pbaca sekian ada anak,anda ada tsalah buat sesuatu kesalahan,anak anda menegur anda depan org ramai,myebabkan anda malu,apa perasaan anda semua???melompat....sy rasa,sedangkan ada hadis mgatakan kita tidak boleh mgatakan "ah" kepada ibubapa kita,memalukan mereka lagikan,kita kena guna cara psikologi untuk mnasihati mereka.

kata2 sy ini untuk tidak ditujukan kpd sesiapa...ia sebagai renungan.

kepada meli,saya nasihatkan baik anda bhati2 skrg,mungkin org2 istana sedang mcari anda.

Anonymous said...

Allahu Akbar!

Munajat Harapan Rakyat:
"Semoga dengan taufik & hidayah Allah, Sultan Muhamamd V, al-Sultan Kelantan kini dapat menjalankan amanah Allah dan memerintah Ummah diseluruh negeri Kelantan & jajahan takluknya berdasarkan SyariatNya ke arah Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur ( Negara yang baik (aman, makmur & berkebajikan) dan dibawah keampunan (keredhaan) Tuhan
(Surah Saba’:15 )."

Ikrar Bai'ah Rakyat:
"Patik menjunjung kasih & menyembah bai'ah taat setia kepada kepimpinan Tuanku al-Sultan selagi mana tidak bercanggah dengan Syariat Allah."

Anonymous said...

Tuanku Sultan Muhamad V, Sultan & Ulil Amri Negeri Kelantan Darul Naim.

Rasullullah SAW Bersabda (Riwayat Muslim) :-

"Barang siapa melepaskan ketaatan (drpd pemerintah), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barang siapa meninggal dunia tanpa ikatan taat setia, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah."
Riwayat Bukhari & Muslim :-
"Seseorg Muslim wajib memperkenankan (menerima) & taat berkaitan apa sahaja (yg diperintahkan oleh ulil amri), suka @ tidak suka. Tetapi apabila ia (org Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima) arahan itu & juga tidak boleh taat".

kukujariku said...

meli...
usah demo duduk diam...
usaha demo sangat terpuji...
sampai orang sakit hati...
mengapa harus sakit hati?
kalau sudah terbukti?
ibu bapa berkecil hati...
angkara siapakah ini...
adakah angkara wali?
menasihat anak sampai begini?

meli...
usah demo rasa takut...
andainya raja berjiwa rakyat...
demo bebas menjadi rakyat...
kawe tahu...
tulisan demo untuk nasihat...
pada manusia yang sesat!
pandai menuduh orang lain jahat...
sedang diri sendiri harus bertaubat!

Anonymous said...

The Kelantan Insider

An Impartial Analysis Of The Kelantan Palace's Imbroglio
Wednesday, May 12, 2010

POSTING 11: DI DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN, TIADA PENDERHAKAAN!

Di antara perkara yang paling pahit untuk dilakukan di dalam dunia ini ialah untuk menegakkan kebenaran terhadap ayahanda bonda dan kaum kerabat kita sendiri.

Namun begitu, walau betapa pahit sekalipun ia, ia tetap juga perlu dilakukan sebagai mematuhi Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Nisa’: Ayat 135)

Walau betapa pahit sekalipun ia, ia tetap juga perlu dilakukan sebagai mematuhi Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibu bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”.

Sesungguhnya, di dalam Islam, anak yang baik ialah anak yang dekat dengan Allah yang apabila dia berdoa doanya akan dimakbulkan oleh Allah, bukannya anak yang dekat dengan ayahanda bonda, yang kelihatan memanjai dan menyayangi ayahanda bonda, tetapi yang belum tentu dekat dengan Allah dan yang apabila dia berdoa belum tentu doanya akan dimakbulkan oleh Allah.

Berdasarkan kepada penjelasan ini, maka nyatalah bahawa anak derhaka yang sebenarnya mengikut Islam adalah anak yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah yang apabila dia berdoa doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah.

kakiku said...

KUANG KUANG KUANG.
Bye bye meli ...
terjunlan bersama UMNO ...
pegang kuat meli ....
nanti tengelam .....
kalau takut tengelam ...
lompat belakang katak besar ...
join Braheem Eli ..
masuk PERKASA@Perkosa...
berpenasihat mamak tanjung ...
buat projek tipu melayu ....
mamak tipu melayu ....


الله أكبر الله أكبر الله أكبر

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

john said...

Salam..

Dengar kaba Sutan Muhammad ke V gi semaye jumaat sejid Kg Sireh mareng. Abe li kito tok gi sale getek ko nga tuanku kito tuh..

Mitok maah kot2 ado niat hok tok betul ko?..kepado hok nok tuduh Tuanku Derhako tuh, buatlah memorandum biar ore lain naik ganti..baru tok drahko..ko guano?

Anonymous said...

Berat meli ni, ngarut koksir dan. Guna gak otak tu sikit bila menulis. Nak menukat arus pun tengok la dulu buleh tukat atau tidak. Baso tak ceredik mano demo ni Meli.

Anonymous said...

Buat Anonymous di atas,

Demo cerdik stara mana nah dok kata orang tak cerdik. Biasanya hak kata orang tak cerdik tu sebenarnya lebih tak cerdik. Kalu berasa cerdik buat blog sendirilah. tak payah meracau dalam blog orang lain.

Cikgu Di said...

Salam buat tuan.....
Pertama kali saya melayari blog tuan saya terasa kagum dengan pandangan dan buah fikiran tuan. Begitu juga komen-komen yang diutarakan agak menarik cuma sesetengah pengkritik sudah emosional kerana telah memasukkan agenda tersendiri dan mula menuduh yang bukan-bukan. Ruangan blog adalah satu pentas yang meluahkan daya fikir dan pandangan penulis. Dan kiranya rasional maka guna pakai. Kalau tidak pedulikan kerana bloger yang bertanggungjawab.Kenapa kita perlu bertegang leher....sampai bila pun tak habis. Jangan terlalu fanatik dengan kepartian hinggakan terlalu mudah menghukum seseorang...syurga bukan milik kita seorang dan Tuhan Maha Kaya dan Maha pengampun...walahualam..maaf jika cara penulisan saya agak berlainan dengan lagu tuan.

Anonymous said...

Kedua-dua hujah ada kebenarannya. Bagaimanapun pemilihan Tuanku AlSultan Kelantan yang baru ada hikmahnya.

P/S : Ko Grana rakyat Klate kito. Nak tahu ditil tanya Mat Sayuti Omar (MSO) iaitu Mat Serba Onar.

Anonymous said...

Sale tue Meli...,

Baru2 ni kae adola sain ambo, dio oyat gi majlis rumah terbuko pekida, dio oyat mulo2 orang besar pekida selepas ucapan dia laungkae Dolat Tuanku - 3 kali ko Sultan Muhamad ke5 ning. Pas dio kato sain ambo oyat pegerusi pekida tu tok leh laung mace tu saloh kato dale surat koba dio pun tuka laung AllahHu Akhbar - 3kali jugok. Hola takpola AllahHu Akhbar tu come sengoti, tapinyoa fahe2lah majlis sain ambo oyat ada MB dan ramai pemimpin parti negeri tu.