Saturday, September 18, 2010

MUNCUL KEMBALI (812)

Kerusi kepimpinan bukan kemegahan tetapi satu amanah

SEBAGAI suatu keperluan kepada kehidupan makhluk bernyawa yang tidak dapat memisahkan diri dari hidup bermasyarakat ialah kena ada pemimpin. Untuk menjadi pemimpin mahu tidak mahu mereka yang dipilih kenalah dari yang paling terbaik dari yang terbaik dan yang paling terpilih dari yang boleh dipilih.


Memiliki sifat rendah diri , berhemah dan tawaduk dalam menjalankan tanggungjawab serta sanggup merasai kesusahan yang dialami rakyat sebagaimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara keperluan sifat dan sikap yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin.

Orang Islam kena berhati-hati dalam soal kepimpinan kerana ia adalah persoalan yang ada kaitan dengan soal iman dan akidah, bahkah ia merupakan intisari daripada kalimah tauhid yakni al-wala wal-bara'.

Jika silap silap membuat pemilihan dalam soal kepimpinan boleh mendatangkan malapetaka sepanjang masa, malah apabila ianya ada kemungkinan akan mati dalam keadaan kafir dan murtad.

Seandainya dipilih seorang pemimpin yang ingkar kepada hukum dan syariat Allah s.w.t. sedangkan para pemilih membuat pilihan dalam keadaan sedar, maka pada saat itu pemilih menjadi orang yang munafik dan zalim, maka murka Allah amat besar kepada kita sebagaimana firmannya yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditepatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" - An-Nisa': 145.

Menyedari peri pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, maka Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh, yang haram diangkat menjadi pemimpin, yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori pastilah dibolehkan. Yang diharamkan ialah;

PERTAMA: Orang Yahudi dan Nasrani
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - Al-Maidah:51.

KEDUA: Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". - At-Taubah:23.


KETIGA: Orang yang diluar kalangan Islam termasuk di dalamnya orang munafik.
Allah berfirman, mafhumnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain dari golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesunugguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui: kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu". - Ali-'Imran:118-119.


KEEMPAT: Orang yang mengingkari Al-Quran dan hukumnya.
Berhubung perkara ini Alah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?" - An-Nisa':144.


Sama ada sebagai pemimpin atau atas nama pemilih pemimpin, maka kenalah dipastikan atas atas nama pemimpin atau pemilih pemimpin, dilakukan perbuatan yang haram kerana ianya pasti akan menyumbang kepada kebinasaan.

Kehendak Perdana Menteri supaya para pemimpin juga perlu berhemah dan sentiasa sanggup bersama rakyat tanpa mengira masa terutama ketika mereka berada dalam kesusahan yang mana apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat, pemimpin seharusnya berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka, adalah antara ciri pemimpin yang dihalalkan menjadi pemimpin dan halal dipilih sebagai pemimpin.

Yang perlu didahulukan ialah rakyat, pencapaian dan kualiti perkhidmatan kena diutamakan manakala kepentingan peribadi, keluarga para kroni serta politik kepartian kena diletak paling terbelakang sekali.

Para pemimpin kena yakin bahawa kerusi kepimpinan bukan suatu kemegahan tetapi uanya adalah amanah yang pelukan dilaksanakan dengan sempurna pada kacamata rakyat supaya bila tiba pilihanraya akan selamat dari hukuman rakyat.

11 comments:

Anonymous said...

Salam.Nak tanya orang PAS sikit. Kalau Dato' Najib dan Lim Guan Eng sama-sama sembelih ayam, PAS nak pilih ayam mano untuk di makan. Kalu buleh biar Ustaz John jawab lagi molek sebab dia tu orng rapat N.ajis. Kalu Ore lain nak jawab pun buleh.

Anonymous said...

Salam.Nak tanya orang UMNO sikit. Kalau Dato' Najib dan Lim Guan Eng sama-sama hadiahkan dengan hasil judi ... , UMNO nak pilih "hasil judi" mana untuk di makan. Kalu buleh biar Ustaz UMO jawab lagi molek sebab dia tu orng rapat Najibul cucu Dato' Noah bekas pengurusi Genting. Kalu Ore lain nak jawab pun buleh.

Anonymous said...

memang pun Khalifah Amirul Mukminin Al-Ustaz Lim Guan Eng memperolehi hasil judi untuk disumbangkan kepada orang susah di Pulau Pinang. Bagi PAS kalau puak -puak (PR- penipu Rakyat) terima bukan hasil judi/rasuah tapi hadiah namanya. sama juga dengan sumbangan duit hasil balak yang diberikan oleh pemaju balak kepada PAS di Kelantan. itu namanya hadiah. kalau duit itu disumbangkan kepada UMNO rrasuah namanya. Segala hukum hakam Allah PAS sesuaikan dengan nafsu-nafsinya. Tengoklah nanti apa bala dan kifarat Allah yang bakal PAS terima.

Anonymous said...

Pembetulan ayat dan ejaan :

Memang pun Khalifah Amirul Mukminin Al-Ustaz Lim Guan Eng memperolehi hasil judi untuk disumbangkan kepada orang susah di Pulau Pinang. Bagi PAS kalau puak -puak (PR- penipu Rakyat) terima barang serupa tu istilah yang mereka gunapakai ialah bukan hasil judi/rasuah tapi itu berupa hadiah namanya. Hukumnya boleh terima. Sama juga dengan sumbangan duit hasil balak yang diberikan pemaju balak kepada PAS di Kelantan. Itu namanya hadiah yang ikhlas. Lain pulak kalau duit itu disumbangkan kepada UMNO . Itu rasuah namanya. Itulah hebatnya PAS. Segala hukum- hakam Allah PAS pasti akan sesuaikan dengan nafsu-nafsinya. Tengoklah nanti apa bala dan kifarat Allah yang bakal PAS terima didunia atas peranan besarnya itu.Hidup kerajaan Islam DAPAS.

kelabbenciUMNO said...

Bila pula UMNO bercakap mengenai duit hasil judi?
Suci sangatlah UMNO tu, duit judi tak makan, tapi lesen judi dikeluarkan.
Suci sangatlah UMNO tu, duit judi tak makan, tapi duit rasuah dirembat.
Suci sangatlah UMNO tu, duit judi tak makan, duit kerajaan dirompak.
Kalau ada orang UMNO yang berani kata hasil judi najis dihadapan pemimpinnya, aku cium tangan dia sampai ke ketiak.

Anonymous said...

Suci ko PAS, DAP dan PKR tak pernah ambik duit hadiah (Rasuah)
Suci ko PAS, DAP dan PKR sapa ko nak besar kilang arak di Shah Alam (lihat Blog Khalid Samad, MP PAS Shah Alam)
Suci ko PAS, DAP dan PKR dok keluar lesen judi di negeri-negeri yang diperintah dengan alasan nak jaga kepentingan bukan Islam.
Suci ko PAS, DAP dan PKR sapa ko takdak kroni sikit abuk dalam pentadbirannya.
Suci ko PAS, DAP dan PKR sapa ko rumah Urut dan Kelab Malam di Selangor ( Exco agama PAS) dan Pulau Pinang tumbuh melata.

Semuanya suci sebab dok jaja negara Islam dan hukum hudud.

Anonymous said...

Dulu masa BN-Gerakan kuasai P,Pinang lebih 50 tahun .... ada Khalifah Amirul Musyrikun Al-Auta Lim Chong Eu & Koh Tsu Koon ... banayak jugak tanah rezab Melayu P.Pinang .. lesap... UMNO pun bersekongkol jual hak2 Melayu negeri Pulau Pinang ...... mamak2 UMNO tak demonstrasi pun ketika itu ...... kerana dapat habuan yang sama kot....?? Para Khalifah Amrul munafikun dari rejim UMNO tak sebuk apa pun ....

Anonymous said...

kalau nak tulis bukan dengan nafsu tetapi dengan hujah dan bukti. Kalau setakat nak tohmoh dan nak buat tuduhan liar, kawe buleh tulis mace-mace berkait dengan kerajaan PR (penipu rakyat)Tohmohan dan prasangka buruk kepada orang lain itu adalah amalan puak-puak jahiliah. Jangan hidupkan budaya jahiliah dalam kerajaan Islam PASDAP di Pulau Pinang dan kerajaan sekular Islamik yg diterajui oleh PKR di Selangor (sokongan kuat PASDAP).

Anonymous said...

hehehe ... ada marah ka? ... nak suruh cari fakta... kecurangan 7 kedurjanaan UMNO terhadap Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air Melayu? ... aku rasa budak tadika boleh sebut banyak jugak kecuali manusia2 yang taksub dengan UMNO saja yang tak nampak! Gerombolan United Malay National Organisation ini dari dulu yang mereka nampak fulus saja, sebab itu Penjajah British, Lee Kuan Yu & Pendatang Cina Singapura sampai hari ini boleh goreng mereka!

Gerombolan rejim United Malay National Organisation ni mana ada jiwa /semangat Melayu/Islam tulin... nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) diInggeriskan kepada Gerombolan United Malay National Organisation (UMNO).

Bank Pertanian diubah kepada AgroBank....

Macam2 lagi lah identiti Melayu / Islam yang lesap oleh Gerombolan rejim United Malay National Organisation ni ..

Entah apa jadi lagi kepada Melayu/Islam jika Gerombolan rejim United Malay National Organisation ni memerintah lebih lama lagi......

kahkahkah.......Gerombolan rejim United Malay National Organisation menyamar pejuang mMelayu, tapi peralat dan parhambakan Melayu untuk kekalkan kuasa segelintir ketua2 / Para Khalifah Amrul munafikun dari rejim UMNO saja ... melayu.. melayu... sebab tu nik aziz tak berapa bangga dengan kejahilan dan kedayusan sesetengah orang melayu yang berjiwa hamba dan terjajah!

Anonymous said...

Bila pulak demo dan gerombolan demo menjadi pejuang melayu ? heran kawe. ada jugak Melayu yang tak kenal bangsa dia sendiri tiba-tiba berjuang untuk Melayu.

Sama juga dengan perjuangan PAS yang kuat menentang penjualan arak tiba-tiba dah offer untuk perluaskan kilang arak di Shah Alam. Ajaib bin pelek pejuang PAS kini kesan dari penjenaman semula parti itu dari PAS kepada DAPAS.

Anonymous said...

Saya bersetuju. Apapun tanya kepada Mat Serba Onar (MSO)