Piala Malaysia: pemain dan penyokong kena utamakan kemenangan moral
PADA malam Sabtu, Kelantan-Negeri Sembilan akan mengulangi pertemuan pada perlawanan akhir Piala Malaysia apabila kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Bukit Jalil.
Dalam pertemuan tahun lepas, Kelantan tumpas kepada Negeri Sembilan. Pada pertemuan kali ini pula tentulah Negeri Sembilan mahu mempertahankan kemenangan manakala Kelantan pula akan berusaha untuk menebus kekecewaan pada tahun 2009.
Maknanya kedua-dua pasukan mahukan menang, mahu muncul sebagai juara.
Bagaimanapun hanya satu pasukan sahaja yang akan muncul sebagai juara kerana belum ada dalam sejarah bolasepak dunia, dua pasukan menjadi juara bersama dalam sesuatu kejohanan.
Pun begitu, dalam mahukan kemenangan, para pemain dan penyokong harus ingat bahawa bolasepak adalah sejenis sukan yang kena dipersembahkan dengan penuh semangat kesukanan. Pemain mahu pun penyokong kena bersedia untuk terima hakikat samada pasukan dyang iwakili dan disokong menang atau kalah.
Jangan hanya berharapkan kemenangan perlawanan semata sehiggakan apabila kalah sanggup membuat amukkan menggila sebagai tanda kecewa. Kemenangan moral juga kena diambil kira.
Ertinya feel perangai, sikap telus dan tulus serta profesional kena diutamakan oleh para pemain, pegawai dan penyokong pasukan sama ada sebelum, ketika atau selepas selesai perlawana. Kemenangan moral lebih penting dari kemenangan dalam perlawanan.
Sebarang perbuatan yang tidak baik atau sebaliknya yang dilakukan oleh pemain, pegawai atau penyokong menentukan standard moral dan tahap keprofesionalan rakyat dan negeri yang diwakili.
Kalau menang biarlah menang dengan bermoral, demikian juga kalau kalah, biarlah kalah dengan bermoral. Keupayaan sesbuah pasukan hanyalah setkat berusaha, penentuan sama ada menang atau kalah awal-awal sudah tersurat dalam ketentuan Allah dan suratan takdir.
Wednesday, October 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment