Peratus sokongan terhadap Umno atasi Pas di Galas?
PELAPOR-PELAPOR amatur dan sukarela yang berada di Galas melaporkan peratus sokongan terhadap Umno kini mengatasi Pas, menjadikan jentera Pas dalam keadaan ssaloh aboh dan terpaksa menambah jumlah jentera setiap hari bagi memastikan parti itu hanya kalah dengan majoriti paling kecil, bukan lagi untuk menang.
Pendekatan berkempen dan serangan peribadi serta perlekehan terhadap kerajaan pusat dikatakan antara faktor penyebab keadaan itu berlaku, sekali gus menjadi pengundi sedar bahawa selama ini mereka tertipu dengan janji palsu, yang bangunkan Galas adalah kerajaan BN berdominasikan Umno, terutama melalui KESEDAR, sebuah agensi kerajaan pusat manakala Pas hanya asyik buka ladang komersial yang rata-rata selepas hasil balak dikeluarkan, tanah yang kononnya dipohon untuk ladang sawit atau getah tinggal terbiar.
Pasukan gerak saraf Pas dikatakan cuba memainkan peranan memecah-belahkan Umno supaya nampak berpuak-puak tanpa mempedulikan bahawa apa yang dilakukan utu tidak selari dengan ajaran Islam, malah boleh jatuh ko haram jadah. Gerak saraf pasukan Gerak Saraf banyak memusnahkan selera dan pecah lior pengundi terhadap Pas.
Jentera Umno yang menggunakan pendekatan serba sederhana dan lebih memberi peluang kepada pengundi menggunakan akal membuat pemilihan dan dengan Umno mengambil sikap seakan tidak memaksa pengundi memilih itu, menarik minat pengundi untuk kembali memberi kemenangan kepada Umno, apatah lagi apabila sepanjang tempoh memberi mandat kepada Pas, tidak ada rekod baru dicipta dari sudut apa lebihnya yang pengundi dan penduduk Galas dapat dengan memilih wakil rakyat dari Pas pada pilihanraya umum ke-12.
Perubahan paling ketara dikatakan berlaku di Sungai Terah yang mempunyai 1,661 pengundi, Batu Papan (1,402 pengundi), Bandar Baru (1,006 pengundi), Bandar Lama (1,548 undi), Kampung Bharu (2,105 undi) dan Lepar Tupai (567 pengundi) yang menjadi harapan utama Pas untuk memungut undi sebanyak mungkin.
Manakala pengudi dari kalangan orang asli di Pos Hau (226 pengundi), Bihai (180 pengundi), Blau (201 pengundi), Belatim (201 pengundi), Sungai Bor (229 pengundi) dan Pos Brooke (451 pengundi) bukan menjadi target harapan Pas. Pencerbohan terhadap tanah milik orang asli bagi kelulusan ladang-ladang komersial, termasuk apa yang dinamakan ladang rakyat menjadikan orang asli jadi tidak pecah lior kepada Pas.
Terima kasih pelapor amatur dan sukarela atas kerjasama yang diberikan sehinggakan walaupun saya tidak ke sana kerana perlu menguruskan rumah dan abak sekolah, saya seolah-olah berada di sana dalam bentuk penerimaan maklumat semasa.
Kesemua pos-pos orang asli dan kawasan dalam DUN Galas bukan asing bagi saya kerana saya sudah pun mendatanginya semasa Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob Menteri Besar lagi dan juga pada era pemerintahan Pas di Kelantan. Justeru saya tetap dengan keyakinan saya, Umno akan menang dengan majoriti besar di Galas.
Thursday, October 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
parok2..john kena turun galas jugok nih..tok leh jadik ni..mungkin sumber dari ore yg paling hampir denga abe li yang menyebabkan abe li trpakso menjago anok dirumoh ni..
Mr John!
Untuk maklumat anda, sumber tu bukan datang dari isteri saya walaupun beliau di sana.
Pada dasarnya, kami tidak ambil kisah antara satu sama lain dalam soal politik, malah bila di rumah kami tidak bincangkannya.
Saya mengormati pendirian isterinya dansaya amat kagumi pencapaiannya, malah sering mendoakan kejayaan walaupun kami tidak sehaluan pandangan dan pendirian dalam politik.
Kepentingannya lebih krpada kepentingan politik manakala saya lebih kepada kemediaan. Bagaimanapun saya sentiada meredakan minat, kecenderungan dan keaktifannya dalam berpolitik.
Sumber yang saya perolehi adalah dari rakan-rakan saya yang ada di sana. Saya mohon supaya ianya tidak dikaitkan langsung dengan isteri saya.
Jika pembangunan di Lojing dianggap "pencerobohan haram", sila semak pemilikan di Lojing:
-Ladang2 milik KESEDAR-kawalan kerajaan pusat UMNO/BN
-Ladang2 milik KADA-kawalan kerajaan pusat UMNO/BN
-Ladang2 milik FELCRA-kawalan kerajaan pusat UMNO/BN
-Ladang2 milik FELDA-kawalan kerajaan pusat UMNO/BN
dll
Kemudian buat perbandingan.... mana yamg lebih teruk pencerobohannya....
Dahlah yang kawasan tanah tinggi dikawasan berhampiran Lojing di Cameron Highland milik kerajaan UMNO Pahang dah lama dikuasai oleh Cina bekas komunis & penuh dengan pekerja2 asing bangladeshi.....
Gelagat & perangai puok2 UMNO ..tak pernah berubah.... duitan ......
Post a Comment