Thursday, October 7, 2010

MUNCUL KEMBALI (816) - DIKEMASKINI, DITOKOK-TAMBAH DENGAN PEMBETULAN EJAAN

SPR akan tulah kerana marahan Tok Guru Nik Aziz?

YANG paling ditakuti oleh pedukung dan penyokong Pas ialah bila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan marah. Berbanding dengan Allah marah, mereka lebih takutkan Tok Guru Nik Aziz marah.

Semasa masih bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan dulu, saya sering dengar cerita tentang ada orang mengembek macam kambing kononnya kerana kacau Tok Guru berucap dengan suara embekan kambing.

Ada juga cerita kononnya dua pembunuh upahan sedang berenang atas darat kerana semasa mahu ke rumah Tok Guru mereka dapati ada sungai yang terpaksa direnangi, walhal mereka sebenarnya sedang meniarap dengan gaya sedang berenang depan rumah Tok Guru.

Banyak lagi cerita-cerita keramat Tok Guru mejadi cerita lisan yang sangat popular, rata-rata dipercayai dan dikagumi oleh pendukung dan penyokong Pas, menjadikan mereka takut menjadi sasaran kemarahan Tok Guru Nik Aziz oleh kerana faktor dan punca apa sekali pun.

Kononnya si pengembek macam kambing hanya berhenti mengembek setelah meminum air tawar Tok Guru Nik Aziz dan bila Tok Guru Nik Aziz menyapu kepadalnya denagan iringan bacaan tertentu.

Kononnnya pengembek, orang yang mengabil upah untuk menembak Tok Guru Nik Aziz dan mereka yang pernah menjadi mangsa keramat Tok Guru hanya kembali dipulih setelah minum air tawar dan diberi maaf oleh Tok Guru, sekali gus telah menjadi penyokong tegar Pas dan Tok Guru Nik Aziz.

Mereka tidak takut akan ditimpa musibah kerana ingkari perintah sembahyang, puasa, bayar zakat, naik haji atau melanggar larangan menipu, baham kawasan balak, menyeleweng, makan rasuah, menderhakai ibubapa, menderhakai suami dan keluar rumah tanpa izin suami bagi isteri dan sebagainya.

Ianya membuktikan bahawa bagi pendukung dan penyokong Pas, keramat Tok Guru Nik Aziz, bahana kalau boleh membuat Tok Guru Nik Aziz marah lebih ditakuti berbanding dengan musibah kerana ingkari perintah dan larangan Allah, atau Allah marah. Membuat tuduhan, tohmahan dan berprasangka buruk adalah antara yang dilarang oleh Allah.

Versi cerita keramatnya Tok Guru Nik Aziz sama dengan cerita lisan tentang kekebalan pimpinan komunis (bagi saya mereka adalah pejuang kemerdekaan tetapi dilabelkan sebagai komunis dan anasir subversif oleh penjajah) seperti Haji Rashid Maidin (kini Allahyarham), Haji Abdullah CD (Bong Dollah) dan Haji Abu Samah Mohd. Kassim (kini Allahyarham) yang kononnya kebal kerana amalan memakan pacat.

Saya berkesempatan berjumpa beberapa kali dengan Haji Abdullah CD selaku Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga pengasas Rejimen Ke-10 PKM yang terdiri dari para pejuang Melayu yang antaranya terdiri dari kalangan ustaz dan imam masjid. Rejimen berkenaan diwujudkan di Temerloh, Pahang.

Saya turut bertemu beberapa kali dengan Haji Rashid Maidin dan Haji Abu Samah Mohd. Kassim yang merupakan Ahli Kerja Pusat PKM dan bertanya soalan cepu emas tentang kekebalan mereka.

Masing-masing tunjuk bekas parut luka kena tembak, membuktikan mereka tidak kebal, malah Haji Abdullah CD pernah menderita agak lama akibat diracun oleh agen musuh yang menyusuk masuk dan menyamar dan berpura-pura jadi pejuang.

Bila ditanya macam mana mereka boleh selamat dalam keadaan mustahil merka boleh selamat, termasuk Haji Abu Samah yang bersembunyi dalam serumpun lalang tidak hangus walaupun kawasan sembunyian beliau dibakar oleh pihak tentera (hanya setompok kawasan yang menjadi tempat persembunyian tidak hangus), mereka kata segala-galanya ketentuan Allah kerana mereka pertaruhkan nyawa dan darah untuk agama, bangsa dan tanah air.

Mereka juga menolak kepercayaan mereka ada ilmu ghaib, sebaliknya latihan perang gerila menjadikan pergerakan mereka menjadi lebih tangkas berbanding dengan latihan perang medang oleh pasukan keselamatan yang mereka akan elak bertempur dengan para perajurit seagama sebangsa, kecuali dalam keadaan perlu mempertahankan diri.

Bagaimanapun saya tidak berkesempatan untuk bertanya Tok Guru Nik Aziz secara terus apakah cerita-cerita lisan tentang kekeramatan beliau itu benar atau sebaliknya sehingga ada pendukung dan penyokong Pas, khususnya pentaksubnya cukup yakin dengan dongengan sedemikian, menjadikan mereka gerunkan mulut masin, anak panah malam dan keramat Tok Guru Nik Aziz, menyebabkan beliau semacam diBERHALAkan oleh pendukung dan penyokong yang taksub dan tidak benar-benar mendalam ilmu agama masing-masing.

Sehubungan dengan itu saya tidak pernah percaya tentang cerita-cerita keramat Tok Guru Nik Aziz kerana sebagaimana yang dioketahui umum, Rasulullah s.a.w. sendiri pun boleh patah gigi dan luka-luka semasa berperang.

Tak 'kanlah Tok Guru Nik Aziz lebih keramat dari Rasulullah s.a.w. Siapa yang lebih dekat dengan Allah dan lebih disayangi Allah antara Rasulullah s.a.w. dengan Tok Guru Nik Azuz sehingga Tok Guru Nik Aziz boleh jadi lebih keramat dari Rasulullah s.a.w?.

Semasa berbual kosong seleapas Ketua Pengarang Siasah/blogger tersohor Haji Mohd Sayuti Omar bersama seorang rakan sarapan bersama saya di Warung Tonggeng Rais Mumbai tidak jauh dari rumah saya pagi tadi, saya ketawa sendiri bila ada yang bayangkan kemusnahan SPR kerana marahnya Tok Nik Aziz terhadap suruhanjaya itu. Haji Mohd Sayuti tinggalkan saya di warung lebih awal kerana beliau ada komitmen lain.

Bagi saya orang yang membuat bayangan songsang itu termasuk dalam bilangan memBERHALAkan Tok Guru Nik Aziz, boleh membawa kepada kecederaan akidah dan perlu bertaubat dan kembali bersyahadah.

Marahnya Tok Guru Nik Aziz kerana SPR menetapkan 4 November sebagai tarikh pengundian yang dianggapnya tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah dirancang untuk memberi kelebihan kepada Umno. Sidang DUN akan bermula 1 November.

"SPR tidak fikir langsung cerita orang lain, dia fikir cerita Umno dia sahaja. Saya sebut ini terangterang, kita sudah tetapkan sidang DUN yang perlu dihormati. Itulah bendanya. Ini menimbulkan kebencian masyarakat Kelantan terhadap SPR" demikian marah Tok Guru Nik Aziz sebagaimana yang dipetik dari laporan akhbar.

Yang lucunya, malah saya yakin orang SPR akan ketawa berdekah-dekah apabila Tok Guru Nik Aziz kata SPR tidak pernah bertanya kepada kerajaan negeri tentang tarikh tersebut yang sudah ditentukan sebelum ini.

Kenapa SPR mesti bertanya kerajaan negeri? Siapa kerajaan negeri dan Tok Guru Nik Aziz kepada SPR sehingga apa pun keputusan yang nak dibuat kena rujuk kepada kerajaan negeri dan Tok Guru Nik Aziz?

Kepada Pas mungkin Nik Aziz bernilai tinggi, kepada pendukung dan penyokong Pas mungkin Tok Guru Nik Aziz keramat tetapi ianya tidak bernilai dan keramat kepada SPR yang terpaksa melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya.

Yang paling hebat dan berkuasa di SPR adalah pengerusi dan timbalan pengerusinya. Sebagai badan bebas dan berkecuali, SPR tidak perlu tunduk dan kena takut tulah oleh marahan sesiapa pun.

Apakah kerajaan negeri dan Tok Guru Nik Aziz ada laporkan tentang tarikh sidang DUN kepada SPR supaya tidak berlaku pertembungan tarikh. Apakah tidak mungkin SPR tidak tahu pun yang tarikh ditetapkan bertembung dengan sidang DUN kerana tidak dimaklum.

Hujan kena turun ke bumi, bukannya kena naik ke langit. Dalam urusan tentukan tarikh pilihanraya, SPR yang lebih berkuasa, bukannya kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Kononnya SPR fikirkan cerita Umno sahaja sebagaimana dakwa-dakwi Tok Guru Nik Aziz, itu bagi saya adalah tuduhan liar yang boleh membawa dosa dan kecacatan kealiman serta ketakwaan pendakwa-dakwinya.

Dalam pada itu Insyaallah saya akan turun ke Galas sepanjang kempen pilihanraya kecil kerana kebetulan ada beberapa urusan. Oleh kerana ramai di kalangan orang Pas dan penjenguk blog ini semacam memprovok saya supaya bantu Umno/BN, maka pada pilihanraya kecil Galas ini saya akan cuba bantu Umno/BN kerana itu yang orang Pas mahukan.

Bantuan saya sekadar yang termampu adalah dalam bentuk individu, tanpa diajak, dipengaruhi, dipujuk, dipelawa atau dipaksa oleh mana-mana individu atau mana-mana puak dalam Umno/BN.

Saya mahu dengan kekalahan Pas di Galas akan membuka mata orang Pas untuk memuhasabah diri tentang kesilapan-kesilapan kecil gerakan kalau tidak segera dibendung boleh menjadi umpama pemasangan periuk api dan bom jangka yang akan memusnahkan Pas sendiri.

Bagi saya Pas perlu terus wujud dan utuh untuk menjadi parti pembangkang Melayu yang berkarisma dan bereputasi tinggi dan ianya tidak patut lebur oleh beberapa kecuaian yang menyumbang kepada kesongsangan dari tujuan asal penubuhannya dalam gerakan terkininya.

Saya juga tidak akan bergelewat dengan orang Umno/BN atau bertumas di pos-pos Umno/BN. Yang pasti saya mahu lihat Umno/BN menang tanpa mengharapkan sebarang faedah sebagaimana kalau Pas menang pun saya tak akan dapat apa-apa faedah.

Saya meminta berbanyak-banyak maaf kepada Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman (selaku pengarah pilihanraya dalam pilihanraya kecil DUN Galas), Dato' Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Haji Abdul Fatah Haron (boss saya semasa di Urusetia Penerangan dulu) kerana saya terpaksa menyatakan sokongan saya pada pilihanraya kecil kali ini dan tidak akan lagi berkecuali seperti pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas gara-gara provokasi keterlaluan oleh orang Pas dan pengujung blog supaya saya bantu Umno/BN.

Dato' Haji Abdul Halim, Dato' Haji Wan Abdul Rahim (Cikgu Rahim) dan Haji Abdul Fatah (Ustaz Fatah) adalah merupakan antara tokoh-tokoh Pas yang sangat saya hormati dan segani dan merupakan antara segelintir tokoh Pas yang saya yakin cukup tahu dengan pendirian politik dan prinsip saya sebagaimana saya hormati dan segani tokoh-tokoh seperti Tan Sri Annuar Musa, Allahyarham Hassan Ismail dan beberapa yang lain dalam Umno Kelantan.

Untuk pilihanraya umum ke-13 pula, bergantung kepada keperluan semasa sama ada saya akan sokong Umno/BN, Pas atau kembali berkecuali. Bagaimanapun orang Pas tidak perlu gundah dengan keputusan saya untuk bantu Umno/BN dalam bentuk ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong dalam pilihan kecil Galas kerana saya bukannya seorang tokoh yang berpengaruh pun.

Siapa sangat seorang Meli yang pernah menerima anugerah gelaran 'BUDAK SAKIT OTAK', 'BUDAK SAKIT JIWA', 'MELI SAIKO' dan apa yang Meli cakap dan tulis tidak lebih dari umpama tiup belon sehingga sebesar mungkin sehingga akhirnya belon akan meletup dengan bunyinya 'sama derah' dengan kentut sahaja dan tidak akan ada yang mati kerana letupannya.

Hakikatnya wakil rakyat yang pernah anggap saya dengan anggapan-anggapan sedemikian yang pernah saya katakan pada setiap orang sebelum berlangsungnya pilihanraya umum bahawa saya mahu beliau akan menerima hakikat kalah teruk dalam pilihanraya telah mengalami kekalahan yang sukar untuk dipercayainya kerana lawannya sangat lekeh lagi 'kelaghoh'.

17 comments:

kucabagha said...

Bersetuju dengan saudara bahawa kadang-kadang keegoan PAS kerana sentiasa memenangi pilihanraya di kelantan boleh menyebabkan lupa diri dan lupa akan kekuasaan Allah tidak sebagaimana yg sentiasa dilaungkan.

Anonymous said...

ego UMNO tadak ko?
Duit royalti minyak tu tak nak serah ko kerajaan pilihan rakyat. ... tapi serah ko puak2 buaya bahan projek kerajaan pusat melalui JPP ..... orang lain terganga mulut doh 20 tahun...... projek mesti ko ketua2 bahagian umno, atau ketua pemuda umno, atau berjawatan umno saja.... huhuhu...

john said...

hahaha..ni baru ambo tahu cerito2 keramat tok guru ambo..guano ambo selaku pengikut setio tok tahu eh?..ko ore2 hok ado niat tertentu hok dok bowok cerito2 nih..wallahualam..

yo..pengikut pas ado pe'el perangai masing2 dale menyanjungi tok guru ni. Klau dae jenis beci ko tok guru ambo panda2 la nyo reko cerito 'takut ko tok guru lebih pado takut ko Tuhe!'..ore umno buleh la terimo bendo2 lagu nih tamboh2 ado ulama' tersoho dari pondok geting tuh..Abe li tok ser penaik imej ulama' pondok geting ko?..

Spr meme terae la barua umno, sebab tu dulu ado usul nok letok spr bowoh parlimen tapi bilo umno setuju..ambo raso baik abe li dok kat pos2 bn ngundi Galas nanti jadi penceramoh takpo kalu raso tok cukup..

p/s: sapo akan keno 'tuloh' spr ko abe li?

kakiku said...

meli kata :
"YANG paling ditakuti oleh pedukung dan penyokong Pas ialah bila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan marah. Berbanding dengan Allah marah, mereka lebih takutkan Tok Guru Nik Aziz marah".

Subhanallah! bertaubatlah brother! umur yg dimiliki tu dah sampai ke tahap subsidi.
Kemarahan manusia tidak boleh disamakan dgn kemarahan Allah. Jika disamakankan kemarahan Allah dgn kemarahan manusia, hukumnya adalah syirik.

meli ...
Kalau kau menganggap pendukung dan penyokong PAS jenis manusia tolol dan gila kerana memuja TGNA. Maka tidak masuk akal ketololan dan kegilaan mereka sehingga sanggup mensyirikan Allah.
Tuduhan liar tersebut merupakan pembohongan yang jelas. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apakah yang ada dalam hati disebalik kejijikan dan keracunan ini.
Besar harapan bahawa tuduhan ini bukan lahir daripada mata yang telah dibutakan, telinga yang telah ditulikan, mulut yang telah dibisukan, atau mereka yang tidak terdaya mengunakan akal pemikiran dgn sempurna.
صم بكم عمى فهم لا يعقلون
(baqarah, 171)

meli ...
Teramat mustahil kami sanggup berkata begitu, Subhanallah ini merupakan pembohongan yang besar.
"ما يكون لنا أن نتكلم بهذا سبحانك هذا بهتان عظيم

meli ....
Perbuatan syirik seperti ini hanya layak dilakukan oleh mereka yang memusuhi Allah, bukan pendukung atau penyokong PAS.
إذا فريق منهم يخشون الناس كخشية الله أو أشد خشية
"sebahagian dari mereka (yahudi)takutkan manusia seperti mereka takutkan Allah, atau lebih takut (kepada manusia) daripada Allah". (an-Nisa',77)

meli .....
Dosa syirik terlalu besar untuk dituju kepada pedukung dan penyokong PAS :
إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء
"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampuni sesiapa yang mensyirikannya, dan bersedia untuk mengampunkan sesiapa sahaja selain daripada dosa syirik".

kakiku said...

COPY AND PASTE
tunggu ! brother kita kata :
"Oleh kerana ramai di kalangan orang Pas dan penjenguk blog ini semacam memprovok saya supaya bantu Umno/BN, maka pada pilihanraya kecil Galas ini saya akan cuba bantu Umno/BN kerana itu yang orang Pas mahukan".

Taniah!, sepatutnya yang UMNO menyokong UMNO, dan tidak aib bila yang UMNO bangkit untuk menentang PAS.
Tiada siapa pun yang merasa kecewa bila seorang pejuang UMNO membawa periuk belanga dan tikar bantal untuk membantu UMNO. Galas adalah medan terbaik untuk membuktikan keikhlasan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti. Ada rezeki dapat sesuatu ...

ini jangan percaya :

"Bantuan saya sekadar yang termampu adalah dalam bentuk individu, tanpa diajak, dipengaruhi, dipujuk, dipelawa atau dipaksa oleh mana-mana individu atau mana-mana puak dalam Umno/BN".

ini juga jangan percaya :

"Saya juga tidak akan bergelewat dengan orang Umno/BN atau bertumas di pos-pos Umno/BN. Yang pasti saya mahu lihat Umno/BN menang tanpa mengharapkan sebarang faedah sebagaimana kalau Pas menang pun saya tak akan dapat apa-apa faedah.

ini hanya gula-gula :

"Bagi saya Pas perlu terus wujud dan utuh untuk menjadi parti pembangkang Melayu yang berkarisma dan bereputasi tinggi ......

ini lawak senario :
"Untuk pilihanraya umum ke-13 pula, bergantung kepada keperluan semasa sama ada saya akan sokong Umno/BN, Pas atau kembali berkecuali".

Kuang kuang kuang.
dari central market KL.

Anonymous said...

Orang-orang yang nyata memusuhi Allah ialah :
orang-orang DAP yang orang PAS sanggup peluk dan mrndoakan kesejahteraannya.
Sejahil-jahil orang UMNO yang sudah lama berkawan dengan MCA dan MIC tidak pernah mendoakan sebegitu dan ditempat suci itu.
Orang PAS yang baru saja berkawan dengan DAP sanggup buat begitu biarpun orang ISLAM lain tidak sanggup buat.

Bagi saya semua orang islam tidak terlepas dari syirik sekiranya fahaman tentang ketuhanannya kepada Allah tidak begitu mendalam.

Mengecualikan PAS dari terjebak dari syirik adalah satu sifat ego penyokong PAS yang harus djauhi.

Tidak ada dalam surah ataupun hadis yang mengatakan orang-orang PAS terlepas dari syirik.

Mengecualikan PAS daripada terlepas dari syirik adalah seolah-olah mengiakan hujahan Meli kerana mengganggap PAS sebersih-bersihnya sehingga terlepas dari syirik.

PAS bukan TUHAN dan bukan ISLAM.
Nik Aziz bukan RASUL dan seharusnya tidak terlepas dari dosa. (ambo pun serupa).

Anonymous said...

yang jelas lagi nyata ialah penyokong PAS lebih mengutamakan kepentingan parti mereka dari Islam. Mereka ditarbiyah berkaitan parti mereka sehingga sanggup mempertahankan PAS sehingga keliang lahad. Lebih hina-dina apabila mereka, yakni penyokong PAS, dijamin masuk syurga oleh Tok Guru yang dirinya sendiri menunggu keredhaan Allah untuk masuk syurga. Syangnya pengikut PAS, ilmu Parti yang mereka tahu lebih mendalam berbanding dengan agama. Mereka adalah golongan GHURUR yang tidak boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain kecuali dari puak-puak Asobiyyah mereka. Moga Allah mengampunkan puak-puak pendusta dan penipu agama Allah yangmenjelmakan diri mereka sebagai orang agama melalui topeng PAS yang mereka pakai. Sedangkan golongan ini sebenarnya perosak dan penghancur agama.

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...
Blog tuan cukup hebat kerana berani menyampaikan maklumat yang tersembunyi dari pengalaman yang tuan alami sendiri sehinggakan tulisan tuan dikritik hebat oleh penyokong fanatik parti pembangkang yang seakan apa yang tuan cerita itu adalah satu rekaan ..begitulah kalau dah taksub ..dan pengalaman seperti ini pernah saya lalui cuma kita sedar bila menghadapi manusia yang "keras keng ni" kita duduk senyap ajalah kerana tak guna bukan nya mereka guna minda untuk menilai sesuatu.Kalau tebeng tunggu begomo tadak pasal.Jadi bodo pulak kita.Sebagai pelayar blog kita perlu membaca blog yang pro dan kontra..barulah kita dapat maklumat dan terpulanglah untuk membuat rumusan...dan pilihan. Cuma yang bezanya kebanyakkan blog yang pro pembangkang tak terima tulisan dalam bentuk kritik .Bagi mereka semua yang lain salah dan tak betul..ya kah...? Walalhualam...maaf kerana telah cuba mencelah ke blog tuan.

amri said...

Sebenarnya meli nak sangat sokong UMNO di Galas kali ni sebab dia yakin UMNO boleh benang. Dia nak nanti tulis dalam blog dia...hah kan ambo dah kata, PAS tak akan kemana dengan Islam dia.. orang gua musang tak sir dah ka PAS".

Kenapa berani sangat nak bantu UMNO Di Galas. Rasa ada peluang lah tu... he he.

Dulu dok dalam PAS tak dak peluang dan tak diberi peluang.

Jual tanah laku banyak bakali.

Anonymous said...

Komen Amri October 9, 2010 10:00 AM
adalah berkaitan. Salahkah Meli meluahkan pandangan dia dalam blog dia. Apakah hanya sokong parti yang bertopengkan Islam bernafsu iblis dan bersahabat dgn syaitan baru dikatakan betul. Kalu demo takpuas hati demo buat blog sendiri dengan tulis semahu-mahunya kerana nama demo dalam senarai n.ajis untuk masuk syurga.

melikapakjangak said...

Para pengunjung yang budiman. Terima kasih atas komen, pandangan, kritikan, tohmahan dan prasangka.

Saya terima segalanya dengan terbuka. Sebagaimana saya menggunakan hak saya untuk menyatakan pandangan saya, maka anda semua berhak untuk menilai saya.

Sesungguhnya saya bukan suci tetapi saya rasa saya berhak untuk sucikan hati, diri dan hala hidup saya sesuai dengan apa yang Allah dan rasul mahukan. Semua manusia berhak sucikan diri. Kita bukan wali tetapi kena berusaha mewalikan diri.

Saya jadikan akal sebagau alat timbang-tara untuk membuat penilaian dan memilih laluan hidup manakala al-Quran dan hadis sebagai rujukan mutlak.

Saya yakin sebahagian besar dari penjenguk blog saya tidak kenal saya secara dekat. Bila saya buat sesuatu, saya dilihat mengharapkan faedah walaupun hakikatnya bukan begitu.

Natijahnya sama ada ketika saya bekerja untuk Pas mahu pun saya mula tidak mengecam Umno, hanyak hak-hak dan keperluan peribadi saya hilang.

Dalam tempoh seminggu dua ini, saya sedang menghadapi satu kehilangan yang tidak memampukan saya senyum, ketawa dan ceria seperti biasa ketika berdepan dengan makhluk di muka bumi ini jika saya pisahkan diri dari al-Quran dan Hadis, dari Allah dan Rasul-Nya.

Besar budi Madrasah Al-Balaghulmubin yang diasaskan oleh Allayraham Dato' Haji Muhammad bin Nasir (Dato' Biji Sura) yang mengasaskannya serta para ustaz yang menjadikan saya celik tajwid, celik fiqah, celik usuludin, celik tasauf, celik surah dan celik ilmu tatfsir walaupun kecelikkan saya tidak sampai ke peringkat pusat pengajian tinggi timur tengah. Madrasah Al-Balaghulmubin yang walaupun di pedalaman letaknya tetapi berjaya melahirkan manusia-manusia hebat berjasa besar dalam memastikan pengamalan media saya sejak tahaun 1973 tidak limpah tebing dari tujuan untuk berkata dan menulis apa yang benar walaupun pahit dan menyebabkan saya terpaksa berdepan dengan banyak kehilangan. Saya boleh terus ceria kerana saya yakin sama ada hak terima atau hak kehilangan, segala-galanya milik Allah.

Saya sokong Umno dalam piihanraya kecil Galas tanpa harapkan apa-apa. Yang melihat saya ada tujuan tersembunyi bermanka mereka lebih mengatasi Penglihatan Allah kerana boleh nampak yang terselit di hati kecil saya. Semuga Alah ampunkan dosa kerana mendahulu takdir dan semacam lebih tajam penghlhatannya dari penglhatan Allah.

Penglibatan saya dalam bidang penjualan ladang menjadikan saya rasa saya perlu sokong Umno dalam pilihanraya kecil galas, kalau tidak saya akan berdosa. Saya jelejahai kawasan Ulu Kelantan dan dapat melihat kemusnahan oleh tangan-tangan dan kerakusan manusia.

Sebagai seorang yang ditakdikan diwujudkan di dunia dengan kecenderungan suka berfikir dan merenung, saya merasakan ada sesuatu hikmah dan tujuan kenapa Allah takdirkan saya boleh masuk keluar ladang untuk urusan jualan ladang dengan para datik dan tan seri sedangkan saya hanya Meli anak kelahiran Rong Chenak yang serba darat, lekeh dan serebeh.

Mengambil kira dari sudut itulah, maka saya membuat pendirian saya di samping faktor-faktor lain yang hanya Allah yang Maha Tahu dan saya sentiasa memohon keampunan kalau apa yang saya lakukan menyongsang dari apa yang dihalalkan-Nya. -- BERSAMBUNG

melikapakjangak said...

SAMBUNGAN.....

Saya suka dan mengharapkan Umno menang di Galas dan tidak harapkan apa-apa faedah sebagaimana saya telah menyumbang walaupun barangkali ibarat melukut di tepi gantang usaha usaha untuk tumbangkan Umno/BN pada tahun 1990 di Kelantan. Ganjaran yang saya dapat hanya diberi peluang bertugas di Urusetia Penerangan dengan gaji permulaan RM800 dan berakhir dengan RM1,200 sehingga kontrak saya tidak disambung pada tahun 2005 kerana banyak membuat teguran terhadap kerajaan dan Pas.

Saya masuk Urusetia pun bukan saya yang minta tapi ada tiga wakil Pas/Kerajaan Pas yang datang pujuk saya menyebabkan saya yang telah memulakan perniagaan dengan agak stabil terpaksa pisahkan dari perniagaan yang merupakan antara kera nabi semasa hayat baginda.

Saya pernah bekerja sebagai ketua biro kepada akhbar milik tokoh Umno tetapi masa itu saya kuat sokong Pas dan gunakan akhbar berkenaan untuk faedah Pas bagi setiap laporan dari Kelantan. Ibrahim Ali dan Datik Bakri (Kelantan Water Sdn Bhd) saman saya dan akhbar tempat saya kerja kerananya.

Majikan saya (orang Umno) tidak pernah minta saya berhenti kerana saya sokong Pas dan gunakan akhbarnya untuk faedah Pas. Saya berhenti dari akhbar berkenaan saya tidak mahu dipindahkan ke ibupejabat walaupun saya dinaikkan pangkat. Itu cara dan prinsip hidup saya yang tidak akan taksub kepada selain dari Islam, al-Quran, Hadis, Allah dan Rasul-Nya.

Anonymous said...

Meli kata akhiri ayatnya .. "Majikan saya (orang Umno) tidak pernah minta saya berhenti kerana saya sokong Pas dan gunakan akhbarnya untuk faedah Pas. Saya berhenti dari akhbar berkenaan saya tidak mahu dipindahkan ke ibupejabat walaupun saya dinaikkan pangkat. Itu cara dan prinsip hidup saya yang tidak akan taksub kepada selain dari Islam, al-Quran, Hadis, Allah dan Rasul-Nya"

Elok benarlah tu..meli.. bermajikan UMNO yang puak2 fanatik UMNO percaya hanya UMNO saja yang boleh menyelamatkan melayu. Walaupun ada ketua2 besar mereka tolak mentah2 hukum Islam, hidup bergeluman dengan rasuah & maksiat, menfitnah para pejuang Islam/rakyat yang bukan UMNO, dll. Kurafat UMNO ini sama dengan ahli musyrik yang lain percaya kepada kehebatan makhluk walaupun bercanggah dengan syariat Allah.

Yang jelas UMNO berjaya mensekularisasikan Melayu selepas 53 tahun merdeka. UMNO terima kerakyatan pendtang cina & india secara jus soli. UMNO serah pulau singapura, batu putih kepada cina singapura. UMNO mengadaikan bahasa melayu-hapus jawi & PSMI-50 tahun undang2 & mahkamah masih guna bahasa inggeris untuk melayu/rakyat dapat keadilan. OTak penjajah masih tebal dalam pemikiran UMNO, jika dibandingkan dengan Jepun, Iran, Turki, Cina, Korea, Thailand, Indonesia, Arab, dll...tiada keyakinan sendiri & tiada jatidiri... hasilnya berapa ramai melayu yang tersasar... murtadnya, jual maruah diri, gadai tanah air, membinasa diri dengan rasuah, penipu, dadah, keldai dadah, zina, sumbang mahram, buang anak, mat rempit, kaki lepak ditempat sesia, ponteng sekolah, ponteng kerja,dll..

Dasar pembangunan UMNO pun cukup bagus untuk bantu kaum bukan melayu kaut kekayaan,... melalui Dasar Buruh Asing yang mana nikmat pembangunan dikuasai oleh berjuta2 pendatang2 asing Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Filipina, Myammar, dll.... Kerana terlalu ghiarah nak tunjuk kita maju, UMNO jual kepentingan rakyat dan bangsa kepada orang2 asing... banyak kerugian dan masalah negara hasil dari dasar bodoh & amalan alibaba UMNO ini..... dan UMNO tak mampu nak selesai lagi.... UMNO liabililiti Melayu ... sanggup lepas entiti bangsa kerana kejar keuntungan sedikit.....

Bagusla ... meli pun bersekongkol dengan puak2 UMNO tu.... memang serasi... hehehe....

Anonymous said...

Meli kata akhiri ayatnya .. "Majikan saya (orang Umno) tidak pernah minta saya berhenti kerana saya sokong Pas dan gunakan akhbarnya untuk faedah Pas. Saya berhenti dari akhbar berkenaan saya tidak mahu dipindahkan ke ibupejabat walaupun saya dinaikkan pangkat. Itu cara dan prinsip hidup saya yang tidak akan taksub kepada selain dari Islam, al-Quran, Hadis, Allah dan Rasul-Nya"

Elok benarlah tu..meli.. bermajikan UMNO yang puak2 fanatik UMNO percaya hanya UMNO saja yang boleh menyelamatkan melayu. Walaupun ada ketua2 besar mereka tolak mentah2 hukum Islam, hidup bergeluman dengan rasuah & maksiat, menfitnah para pejuang Islam/rakyat yang bukan UMNO, dll. Kurafat UMNO ini sama dengan ahli musyrik yang lain percaya kepada kehebatan makhluk walaupun bercanggah dengan syariat Allah.

Yang jelas UMNO berjaya mensekularisasikan Melayu selepas 53 tahun merdeka. UMNO terima kerakyatan pendtang cina & india secara jus soli. UMNO serah pulau singapura, batu putih kepada cina singapura. UMNO mengadaikan bahasa melayu-hapus jawi & PSMI-50 tahun undang2 & mahkamah masih guna bahasa inggeris untuk melayu/rakyat dapat keadilan. OTak penjajah masih tebal dalam pemikiran UMNO, jika dibandingkan dengan Jepun, Iran, Turki, Cina, Korea, Thailand, Indonesia, Arab, dll...tiada keyakinan sendiri & tiada jatidiri... hasilnya berapa ramai melayu yang tersasar... murtadnya, jual maruah diri, gadai tanah air, membinasa diri dengan rasuah, penipu, dadah, keldai dadah, zina, sumbang mahram, buang anak, mat rempit, kaki lepak ditempat sesia, ponteng sekolah, ponteng kerja,dll..

Dasar pembangunan UMNO pun cukup bagus untuk bantu kaum bukan melayu kaut kekayaan,... melalui Dasar Buruh Asing yang mana nikmat pembangunan dikuasai oleh berjuta2 pendatang2 asing Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Filipina, Myammar, dll.... Kerana terlalu ghiarah nak tunjuk kita maju, UMNO jual kepentingan rakyat dan bangsa kepada orang2 asing... banyak kerugian dan masalah negara hasil dari dasar bodoh & amalan alibaba UMNO ini..... dan UMNO tak mampu nak selesai lagi.... UMNO liabililiti Melayu ... sanggup lepas entiti bangsa kerana kejar keuntungan sedikit.....

Bagusla ... meli pun bersekongkol dengan puak2 UMNO tu.... memang serasi... hehehe....

melikapakjangak said...

PEMBETULAN.....

......... kera nabi semasa hayat baginda....baca: KERJA NABI...ulang...KERJA NABI...bukan KERA NABI, silap taip.

kakiku said...

meli ...
hati demo hak demo,
batang tubuh demo kepunyaan demo,
nak sucikan diri hal demo,
nak mengaku wali tiada siapa marah,
nak jadi ulamak, semua pun suka,
tapiiiiiiiiii,
yang ini ....:

""YANG paling ditakuti oleh pedukung dan penyokong Pas ialah bila Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan marah. Berbanding dengan Allah marah, mereka lebih takutkan Tok Guru Nik Aziz marah".

i- Siapa "pedukung dan penyokong PAS" menjadikan marah TGNA lebih besar dari marah Allah?.

ii- Siapa ustaz, siapa tok guru di Madrasah Al-Balaghulmubin yang mengajar ada puak dan kelompok tertentu dikecualikan neraka bila syirik kepadanya?.

iii- Adakah soleh?, adakah ikhlas?, adakah wali?, adakah taksub kepada Qur'an, hadis dan Islam? Apabila dengan mudah menuduh 60% rakyat Kelantan melebihkan kemarahan TGNA dari kemarahan Allah.

Sebagai seorang bekasan "Madrasah Al-Balaghulmubin" yang "celik tajwid, celik fiqah, celik usuludin, celik tasauf, celik surah dan celik ilmu tatfsir", adalah baik untuk demo menarik balik tuduhan yang melulu ini.

penjual ubat "barang naik",
Pantai Dalam PJ.

Anonymous said...

Meli, tak payah dok layan puak-puak Assobiyyah PAS yang diberi jaminan masuk syurga secara mudah. Puak ni puak GHURUR yang memusnahkan agama bukannya mempertahankan agama. Perjuangan puak ni meletakkan parti melebihi segalanya. Sebab itulah puak dia ni dok berjuang demi parti sebab ahli-ahlinya telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Royat apa pun dia dah tak endah kerana kepalanya telah dibius dengan tawaran syurga secara mudah manakala pihak lain didakwa sebagai ahli neraka. Inilah ciri utama GHURUR yang disebut Allah dan Rasulullah SAW yang meminta kita menjauhinya.