Saturday, October 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (817)

Kekalahan terawal Pas di Galas

APA yang diharapkan oleh Pas supaya pendirian Tengku Razaleigh memberi kemenangan moral kepada parti itu dan menempelak Umno dengan menolak tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya bagi Pilihanraya Kecil DUN Galas terbukti tersasar apabila Ku Li secara resmi menerima pemilihan beliau sebagai pengarah pilihanraya bagi kawasan berkenaan.

Pada pendapat saya, kepetusan Ku Li yang sangat mengecewakan Pas khususnya dan Pakatan Rakyat (PR) amnya merupakan kekalaan terawal Pas bagi Pilihanraya Kecil DUN Galas, malah ianya bersifat umpama tampalan tahi terlumur ke muka parti itu yang bagi saya kini dilanda wabak dan sindirom riak dalam ria, gara-gara gagal dalam ujian meraih menerima kemenangan yang dinikmati sejak penghuhujung tahun 1990.

Sindrom dan wabak itu akan berkesudahahan dengan Pas akan terpaksa sekali menghadapi saat-saat duka nentapa sebagaimana yang diterimanya pada tahun 1978, sebelum kembali menikmati tuah pada tahun 1990 dengan bantuan Ku Li dan Parti Melayu Semangat 46 dan sekali lagi terselamat dari rebah dan musnah apabila muncul isu pemecatan Datuk Seri Anwaae Ibrahim ketika parti itu dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan'.

Kesediaan bekerjasama dengan DAP, menyokong bukan Islam berceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran, menyokong bukan Islam memberi kuliah di masjid, menghalalkan hasil judi untuk diagihkan kepada golongan miskin adalah antara punca Pas mula dinilai semula oleh pemberi mandat pada peringkat nasional.

Manakala pada peringkat negeri, khususnya pada peringkat tempatan di Galas, kes premium tanah yang meningkat, keghairahan membotakkan kawasan hutan, pemasyhuran Sultan baru ketika Sultan yang sedia ada masih hidup menjadi faktor kepada ramai pendukung dan penyokong akan paling belakang terhadap Pas pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November nanti dan ianya juga akan menjadi punca kepada ketersungkuran Pas di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tidak mustahil akan ada pimpinan, pendukung dan penyokong Pas yang mengidap peyakit jantung akan 'padam' kerana terkejut, kecewa dan 'frust menonggeng nyior' jika Ku Li terima tawaran menjadi calon Galas kerana disedari kalau bukan Ku Li jadi calon pun Pas tetap akan kalah, kalau Ku Li terima jadi calon Pas akan kalah dengan teruk.

Justeru itu Pas menyusun pelbagai gerak dan perang saraf untuk memastikan Ku Li tidak akan terima tawaran menjadi calon. Antaranya dibangkitkan soal mertabat serta kononnya mahu memilih calon dari kalangan Orang Asli sebagai lawan Ku Li adalah untuk gerak dan perang sarah bagi tawarkan hati Ku Li untuk terima tawaran sebagai calon.

Bagaimanapun Ku Li bukan sahaja tokoh yang matang, tetapi juga merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas. Hakikatnya tidak akan hilang bisa ular menyusur duri. Tidak akan rendah dan jatuh mertabat Ku Li dengan menerima tawaran menjadi calon Galas kalau maksud dan tujuannnya untuk memberi khidmat seara telus dan tulus kepada penduduk dalam kawasan yang diwakili.

Justeru, saya yakin Ku Li akan menerima tawaran sebagai calon DUN galas walaupun beliau akan diperhina dan dipersenda dengan Pas memilih Tok Batin Orang Asli sebagai calonnya, sekali gus apabila Ku Li menang dalam pilihanraya kecil itu ianya akan menjadi titik tolak kepada perubahan senario politik Kelantan untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Yang pasti, pada pilihanraya umum ke-13, sekalian makhluk di bumi dan di langit akan menyaksikan kerusi Menteri Besar Kelantan menjadi milik Ku Li.

17 comments:

john said...

Untuk abe li yang terpaksa menyokong umno kerana katanya dia kecewa sebab pengomen dok kutuk dia...

"Nak berpolitik mesti tahan kena kutuk

Oleh Dr Charles Rank

Perkara ini ialah asam garam berpolitik.

Azmin kutuk Mahathir, Mahathir juga sering kali mengutuk Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan Tuan Guru Abdul Hadi (TGAH) semasa beliau berkuasa. Tapi TGNA dan TGAH tidak pernah melatah dan ahli PAS juga tidak pernah memberi komen dalam akhbar. Yang saya dengar TGNA dan TGAH cuma kutuk Umno. Dan perkara yang disentuh dan dikomen ialah penyelewengan dalam Umno dalam semua hal termasuk kesucian agama Islam.

Tidak pernah kedua Tuan Guru ini mengutuk individu. Ada satu insiden di mana TGNA panggil Umno "barua". Tidak lama kemudian mantan PM kita ini telah mengunjungi Kelantan dan dalam ceramah, beliau terus menghentam TGNA dan mengutuk serta mengaibkan TGNA. Itulah Dr Mahathir yang sebenar.

Apalah sangat nak disanjung mantan Perdana Menteri itu. Projek-projek mega yang telah dijalankan dan sudah terlaksana bukannya dari duit poket dia. Semua duit projek dalam Malaysia ini ialah duit rakyat.

Nak kata beliau perjuangkan bangsa Melayu semasa beliau berkuasa, tidak juga. Saya tengok kaum Melayu tidak ada apa-apa bezapun kalau nak ‘dibenchmarkkan’ dengan kaum lain. Malah kaum Melayulah yang menjuarai serta menduduki "TOP ON THE LIST" dalam istilah penagihan dadah, peragut, mat rempit, pembuangan bayi, perogol dan rasuah. Inilah wacana yang ditiup dan dicanang atas nama PEMBANGUNAN oleh Umno.

Saya yakin jika ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan, insya Allah.

P/s: guano gamok abe li kito?..kalu gambar tok guru keno kecing, keno cut n paste dengan gambar pelik/ keno kato kaw2 punyo..stakat abe li ore ngato lagu tu pun perit doh!..sesuailah denga jiwo umno tuh...

melikapakjangak said...

Sdr John!
Saya tidak tau usia anda berapa tahun dan selama mana dan bila masanya anda telah terlibat dalam gelangang politik.

Saya mula terdedah dengan politik pada tahun 1973 apabila saya tercebur dalam bidang kemediaan. Guru politik terawal saya adalah Allahyarham Dato' Muhammed Nasir yang juga guru terawal saya dalam bidang kepengarangan.

Saya bergaul dengan pendukung dan penyokong pelbagai parti sejajar dengan sifat saya sebagai pengamal media yang kena berkecuali.

Saya melihat dan terlibat (sekadar tahap melukut tepi gantang) dengan kejatuhan Pas pada tahun 1978, pernah rasa perit pedih mata oleh semburan gas pemedih mata.

Masa Umno mula memerintah Kelantan apabila kerajaan Pas tumbang pada tahun 1978, saya menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) di mukim (kampung) saya dan banyak menjalankan kerja-kerja tok penghulu selaku pengerusi JKKK yang kurang mahir menulis dan membaca rumi walaupun diketahui saya pro Pas tetapi saya bukan ahli Pas.

Saya juga melihat kejatuhan Umno pada tahun 1990 dan faktor kejatuhannya. Saya bukan baru dalam politik Kelantan tetapi saya bukan aktivis politik kepartian. Maknanya saya tidak terikat untuk statik dengan sokongan terhadap mana-mana parti.

Kerana memenuhi hasrat penjenguk blog yang mahu saya sokong Umno adalah sebahagian dari faktor kenapa saya sokong Umno bagi pilihanraya kecil DUN Galas. Lebih jauh dari itu banyak faktor lain yang lebih pentinng sebenarnya.

Kalau anda tidak berpolitik secara fanatik dan tidak hanya yakin Pas, DAP dan PKR sahaja yang wangi manakala Umno dan komponen BN busuk belaka, anda juga akan jadi macam saya kalau anda berkesempatan menjelajah setiap inci bumi Kelantan.

Sebagai pengamal media, tidak ada kampung di Kelantan yang tidak pernah saya sampai. Ketika Ulu Kusial jalannya teruk sehingga kereta pacuan 4 roda pun sangkut dengan dan kena tarik dengan jentera pembajak, saya dah sampai ke sana. Ketika untuk ke Lebir, Kuala Betis, Pos Brook, Lojing dan pos-pos Orang Asli yang lain kena naik kereta pembajak yang dibubuh penyambung untuk punggah baja turut digunakan sebagai kenderaan pengangkutan, saya dah pun sampai ke sana, malah untuk ke Taman Negara melalui Kuala Koh dengan menaiki bot pun saya dah sampai yang mana Orang Aslinya ketika itu masih bercawat, masih gunakan kulit kayu dan bel;ulang binatang sebagai pakaian, sayah dah samnpai ke destinasi-destinasi berkenaan.

Lihat sahaja bekas tapak KB Mall. Dulu tempat apa dan siapa yang menutupnya. Kerajaan Umno atau Pas. Demikian juga dengan Parit Dalam kawasan sekitar Pasar Lido yang merupakan pusat-pusat maksiat yang cukup terkenal di Kelantan. Kerajaan Pas atau Kerajaan BN yang tutup?.

Rata-rata saya perhatikan yang terlalu fanatik dalam berpolitik di Kelantan sekarang ini adalah kalangan yang tidak berkesempatan melihat Kelantan sebelum Pas menang pada tahun 1990 atau yang tidak pernah lica pun memampiri mukim, daerah dan jajahan sendiri, apatah lagi negeri seluruh negeru.

Saya melihat perkembangan ini, kerana itu ada kala dan ketikanya saya sokong Umno dan ada kalanya saya sokong Pas, ikut keperluan, terutama tuntutan fardu kifayah.

Keadaan yang merimas dan mencemaskan di Ulu Kelantan menjadikan saya perlu pastikan Umno menang supaya orang Pas memuhasabah diri. Jarang orang mengaduh kalau kaki tidak terpijak sulur lalang atau tunggul resang. Pas tidak mungkin akan tengadah kalau tidak terantuk.

Anonymous said...

Ku Li yang dianggap keramat politik diGua Musang... yang puak2 UMNO beriman yang dia tak akan kalah selama2nya tu...

JIka Ku Li pun kalah juga dalam PRK DUN Galas.. ni......

Maka padahnya, mungkin senario politik Melayu UMNO akan menjadi lebih parah lagi.... mungkin tiada lagi tempat yang selamat lagi bagi para pemimpin korup UMNO sekular dalam PRU13 nanti?

Rakyat semakin muak membara dengan sikap angkuh berterusan yang tidak pernah sedar diri para ketua2 & pembodek2 UMNO dalam memboloti hak & harta rakyat serta manipulasi jentera kerajaan .... walaupun PRU12 rakyat telah memberi isyarat yang jelas....

Arus perdana rakyat... semakin deras dengan peristiwa2 ulang tayang sifat keangkuhan dan ketamakan UMNO .. dalam kes penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim, royalti minyak, kenaikan harga minyak & barangan harian, pembunuhan tahanan sprm & polis, perebutan tender & projek dikalangan kroni UMNO/BN, amalan rasuah yang semakin menjadi2dikalangan pegawai2 kerajaan & ketua2 UBN, parahnya jenayah2 remaja & pendatang asing, agihan pekerjaan & kekayaan negara yang tidak seimbang, sistem pendidikan yang celaru yang lahir generasi gasar tanpa agama & akhlak, bebanan kos hidup yang meningkat kerana penyelewengan & pembaziran, dsb.... arus perdana rakyat tak sama dengan cerita yang direka oleh pembodek2 dalam arus perdana UMNO/BN... 1 Malaysia, Rakyat inginkan perubahan yang fundamental & struktrural ... bukan transformasi tempelan yang retorik .... rasuah semakin berleluasa, penyelewengan jentera kerajaan tiada batasan, ... pemimpin hanya suka bercakap berjela2 lagi merapu......

Kalau nak meriah lagi di PRK Galas .. ni lawan 3 penjuru...
KU LI lawan Brahim Ali (awang bbual besar) lawan PAS....
hehehe.... tenguk sapa hebat ....

Anonymous said...

Yang PASti PAS kecewa bila Ku Li dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya di Galas. Nik Aziz saran Ku Li tak perlu tanding kerana beliau kena jaga taraf. Dalam Islam ada taraf tinggi dan taraf rendah jugak ko ?. Nik Aziz lupa ko yang Ku Li pernah tanding di DUN Hulu Kelantan (Galas skrg) masa mula-mula terlibat politik. Ku Li orang lama dalam politik. Sekilas ikan di air dah diketahui jantan betinanya. maksud tersirat Nik Aziz dah dibaca hanya orang bodoh sahaja yg tdk dapat menilai hujahan Nik Aziz supaya Ku Li tidak terlibat dalam PRK di Galas Kali ni. Kalu dah penakut bagi tau sahaja lah. Malu kalu Tok Guru (Garu) setara tu jah hujah utk mempengaruhi Ku Li.Nga puak-puak PAS bolehlah sebab puak ni Kohok Tok Guru rela telan.

Anonymous said...

Abang Li, tak payah dok layan puak-puak Assobiyyah PAS yang diberi jaminan masuk syurga secara mudah. Puak ni puak GHURUR yang memusnahkan agama bukannya mempertahankan agama. Perjuangan puak ni meletakkan parti melebihi segalanya. Sebab itulah puak dia ni dok berjuang demi parti sebab ahli-ahlinya telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Royat apa pun dia dah tak endah kerana kepalanya telah dibius dengan tawaran syurga secara mudah manakala pihak lain didakwa sebagai ahli neraka. Inilah ciri utama GHURUR yang disebut Allah dan Rasulullah SAW yang meminta kita menjauhinya.

Anonymous said...

Semoga dipanjangkan umur Nik Aziz. Koho kecek koho memberi gambaran keadaan dirinya kini. Moga BN manfaatkan percakapan Nik Aziz dalam usia Dawasnya kini. Pihak wartawan juga kena banyakkan temubual dan minta pandangan Nik Aziz untuk dijadikan bahan jenaka yang melucukan.He He He

john said...

Bosae aku anom datas ni..kalu dae demo tok berani nok jawab gak dok ulae perkataan 'ghurur' tuh dale setiap postingnyo..mu baru jupo ko perkataan tuh. Biarlah abe li nok jawab komen2 hok ore tok berehi ko dio pado demo hok tak dok modal nok jawab tu...GHURUR..GHURUR..GHURUR..pandai pulok dok kato ghurur kokrae yang pemimpin demo dok 'lagho' denga dunio tuh tok ghurur pulok..sumbat sungguh la...

p/s: tq pado abe li kerano respon, jange dok soho nga pengalame banyok tuh takut sesat dihujung usio..

Cikgu Di said...

Dalam mencari kebenaran seseorang itu jangan saja berpaksi kepada satu individu yang membuat kita terlalu taksub dan percaya. Amanah sebagai YB samaada di bahagian ADUN maupun Parlimen perlu diambil kira. Kalau setakat menjadi wakil rakyat dan pandai berkhutbah maka sudah layak mejadi pemimpin rasanya kurang tepat. Apalagi kalau orang luar dari Kelantan yang singgah untuk sementara waktu masih ada untuk menjadi jurucakap permasalahan anak tempatan maka tentunya lagi rumit. Rasa dan perasaan tidak sama apa yang dialami oleh anak jati Kelantan yang selamanya disini.Dan mereka akan kembali ke tempat asal setelah tempuh kidmat tamat. Dan tentunya mereka akan galas pergi bersama pencen dan habuan wakil rakyat yang mereka kaut .Maka apakah perjuangan ini akan berterusan selepas itu ? Lihatlah pada wakil-wakil rakyat yang telah pencen yang dulu kaki ceramah dan pengibar bendera nombor 1 tapi bila dah dapat habuan kemana mereka ? Begitu juga kesan ludahan air mulut mereka hingga kini masih berbau loya dengan janji kosong dengan kata-kata insyallah sebagai penyedap hati kepada rakyat bawahan yang ingin mendapat penyelesaiaan dalam apa jua yang dimajukan. Betullah kata setengah orang.. negeri Kelantan rakyatnya beragama maka letaklah apa jua calon atau siapa saja yang dibawah bendera mirip agama pasti rakyat akan pangkah kerana yakin dengan parti tersebut miskipun yang dilantik itu Pak Kadok yang hanya sekali-sekala mendekati rakyat sewaktu tiba pilihanraya dan mula membaca ayat-ayat untuk menyatakan perjuangan parti mereka . Maka kita pun kagum dan terus memberi kepercayaan demi kepercayaan hinggakan orang asing pun sudah pandai guna ayat-ayat Quran untuk menyakinkan bahawa ini perjuangan bersama antara kita dan mereka.Lalu kita pun tidur sebantal demi cita-cita bersama tapi dalam hati berlainan natijah yang tak dapat dibaca melainkan mereka yang benar-benar diberi hidayah untuk mengetahui hakikat sebenarnya sendiwara yang dilakonkan.Yakinkah kita untuk bersama dengan mereka sedangkan lagu dan irama pun sudah tidak senada sejak dari awal lagi..?.Masihkah kita perlu mengharap ? ...wallahualam.

kukujariku said...

Angan-angan John begitu pelik sekali....
John ternyata mengigau disiang hari dengan berkata :
"Saya yakin jika ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan, insya Allah."
Cuba fikir John...
Kalau PAS nak memerintah Malaysia dia kena bertanding calon Ahli Parlimen lebih daripada separuh kawasan Parlimen di Malaysia dan mesti menang semuanya.
Adakah PAS boleh meletakkan lebih daripada separuh calon Parlimennya di PRU 13 nanti?
DAP dan PKR akan beri laluankah?
Kalau tidak boleh....usahlah berbual dan berangan-angan...
Lihatlah pemerintahan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya...Adakah Islam dinobatkan dan dijunjung....
Kalau hasil judipun diberi untuk orang Islam ranggah....Kalau kilang arakpun pergi buat lawatan...kalau nama Allah pun boleh diguna untuk kristian....bagaimanalah hendak membenterasnya....????
Gejala mat rempit...penagih dadah...orang-orang muda yang di bawah pemerintahan PAS pun adakalanya tidak sembahyang (adakah kerajaan negeri tidak berhak memikirkannya)....masih berleluasa di Kelantan...PAS peduli ko....ko nok nanti jadi PM baru nok cakna benda-benda tu...
Kalu PAS jadi PM pun rasanya tidak boleh buat....macam Nizar di Perak ketika jadi MB....tok buat gapo satu kerana takut ko DAP...
Aduh...
Jangan jadikan anggan-angan membelenggu fikiran kita....dan janganlah kita mati dalam angan-angan....kerana pastinya tidak akan jadi kenyataan....
Fikirlah :
Segala peristiwa yang berlaku dibawah kerajaan Pakatan Rakyat sekarang adalah bayangan jika ia menang pada masa yang akan datang.....
Bil air naik di Pulau Pinang dan di Kedah adakah melambang kerajaan berkebajikan laungan PAS?
Mujur ambo pakai air telaga...

Anonymous said...

John, puak-puak PAS dok kata dan ngutuk ko UMNO dengan pelbagai panggilan yang hina lagi hina demo tak bosae. Bila kita panggil ko puak-puak demo dengan sebutan GHURUR hak demo tak khenne demo tiba-tiba jadi bosae.

Kata demo ""Nak berpolitik mesti tahan kena kutuk" Oleh Dr Charles Rank. Kawe dok ingat sebagai pejuang parti syurga demo rujuk kepada pandangan pemikir Islam. Rupa-rupanya Barat juga menjadi rujukan. Demo ni tak ubah cara berfikir semace dengan DAP dah.

Demo kata "Tapi TGNA dan TGAH tidak pernah melatah .. " . kalu demo kecek dengan batang kayu yang Nik Aziz tak pernah melatah boleh lah. Nik Aziz bukan setakat melatah tapi doakan yang buruk untuk orang lain. Doa berserta reaksi amarah serupa tu ikut sunnah nabi ko atau ikut Al- Imamul Sheikh Khlifah Guan Eng dan Hujattul kapal Singh.

Masa Dr. Mahathir dok serang kerajaan Pak Lah hingga akhirnya keluar UMNO sekejap maka PAS dok ingat Dr. Mahathir sokong mereka. Dr. Mahathir diangkat sebagai hero dan pelbagai pujian pada beliau untuk memancingnya masuk kedalam parti hamPAS itu, dipapar dan dipapar dan dipapar dalam akhbar rasmi PAS huHARAkah sepanjang tempoh protesnya kepada kerajaan Pak lah. Tapi bila Dr. mahathir balik semula kepangkuan UMNO maka beliau menjadi mangsa serangan PAS. Itulah gambaran betapa hipokrit dan munafiknya parti yang menjual dan menjaja hudud utk meraih sokongan.

Sebagai parti hamPAS, angan-angannya tidak berkesudahan. Antara angan-angannya "Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis" . Tambahan angan-angan parti hamPAS lagi ialah "Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan... ". Lo ni kerajaan hamPAS di Kelantan dah selesai ko masalah penagihan dadah, HIV (antara tertinggi di Malaysia), mat rempit (pusat di Pengkalan Chepa) , pembuangan bayi (dalam mangkok tandas Masjid Telipot pun boleh buat) dan pembakaran mayat bayi (di Kuala Krai), peragut ( berpusat di Kota Bharu Bandaraya Islam, Melor dan Pasir Mas), Pelacuran (Jalan Hamzah) dan kes-kes rogol ? manakala ada kes rasuah statusnya belum diumumkan oleh SPRM.

Sebagai Parti Angan-Angan Sokmo (PAS) pahh ko bilapun dok sedap dan ralik dengan buaian negara Islam dengan menjaja hukum hudud (tapi tak sebut dah lo ni). Itulah raut dan rupa wajah PAS yang kononnya nak kepada Islam (bukan nak ko Islam tapi dok mabuk ko parti jah), bernafsu kebendaan dan berjiwa haloba ini. Sedapnya puak-puak ni ialah jaminan syurga oleh Tok Gurunya.

kakiku said...

Kuang kuang kuang,
meli....
ratib "Madrasah Al-Balaghulmubin",
berguru dgn mat nasir,
cerita dulu-dulu,
sejarah lama-lama,
kerajaan PAS jatuh 1978,
kerajaan UMNO jatuh 1990,
apa asal KB mall,
aku orang lama,
ikhlas,
makan garam dulu,
pejuang nombor wahid,
lemak manis kuih tahi itik,
rasa masam tahi hidung,
kesah lama tagih simpati.
Kuang kuang kuang

meli ..
dah jadi UMNO pergilah bersama UMNO,
siapa nak dengar, telinga mana tersumbat tahi,
PAS hari ini, esok UMNO pula,
Tahun ini bantu PAS, tahun depan tolong UMNO,
sekerat haruan sekerat keli,
tubuh badan di Kelantan, hati di Thailand.

ikan gelama si ikan duri,
pergi mengail menguna perahu,
tiada guna demo menyuci diri,
gerak gemalai semua dah tahu.

Anonymous said...

Nik Aziz tak pernah mengutuk individu dalam UMNO.., cuma dia doakan Datuk Najib pecah perut jah...

Anonymous said...

meli..
meli..
he..
he..

Anonymous said...

Teramat setuju dengan kukujariku. Tanding tak sampai separoh kerusi angan angan melangit.

Anonymous said...

Yang pasti, pada pilihanraya umum ke-13, sekalian makhluk di bumi dan di langit akan menyaksikan kerusi Menteri Besar Kelantan menjadi milik Ku Li

HOK NI KAWE PALING SUKO. MELI PANDAI MENENTUKAN PERKARA-PERKARA DIMASA HADAPAN. SETARAF DGN GAPO KALU DAPAT HIKMAH GGINI??.....KAH KAH KAH....