Monday, October 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (825)

Kejayaan milik pemberani

SELAIN dari nasib, kesungguhan, ketekunan, komitmen dan sanggup menghadapi segala cabaran dan rintangan, keberanian adalan antara faktor penyumbang kepada sesuatu kejayaan.


Pelancaran Buku Hala Tuju Program Transdormasi Ekonomi (ETP) adalah satu langkah berani oleh seorang Perdana Menteri bernama Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengambil risiko yang tidak pernah diambil oleh Perdana Menteri sebelumnya.

Ianya adalah suatu keberanian luar biasa seorang Perdana Menteri dalam mempertaruhkan kyakinan terhadap kebolehan setiap rakyat Malaysia yang akan menjadi tunggak kepada kejayaan EPT.

Sama ada yang bekerja dengan swasta atau mahu pun awam diharap dan patut berganding bahu menjayakan 131 Perojek Permulaan (EPP), 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan.

Dengan jaminan kewujudan 3.3 juta peluang pekerjaan tambahan, ETP adalah pelengkap agenda transformasi pentadbiran Datuk Seri Najib untuk menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendaatan melalui 12 Bidang Ekonomi Utama Negara.

Melancar dan melaksanakan program yang melibatkan RM1.392 trialion sebagai transformasi bagi menjayakan program ekonomi negara dekad akan datang adalah suatu keberanian luar biasa.

Keberanian itu pastinya berdasarkan kepada suatu perancangan yang pastinya dibuat secara bijaksana dan profesional dan profesional serta berdasarkan kedudukan terbaik negara dari sudut kestabilannya.

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bernama Datuk Seri Najib ini hanya mampu diterima oleh mereka yang mempunyai daya faham berskala besar dan ianya pasti akan ditentang oleh mereka yang menganggap peluang menikmati sebungkus nasi kerabu dan secawan teh setiap pagi pun sudah sesuatu yang sangat baik bagi sebuah kehidupan invidu.

Mudah-mudahan walau sehebat mana pun penentangan terhadap keberanian yang telah dipamerkan, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak akan berpatah balik ke belakang dalam menjayakan ETP.

Sesungguhnya kejayaan adalah milik pemberani, untuk menjadi pemberani bukan sesuatu yang mudah.

5 comments:

Anonymous said...

ekonomi malaysia sudah lama dikuasai oleh BURUH ASING-indon, bangla, filipina, veitnem, myammar... sejak zaman mahatahir kutty lagi... dasar nak menunjuk2 hebat.. tapi... orang melayu hampir sejuta dipusat serenti dadah atau hidup dalam dunia dadah, hiburan dan maksiat .... melayu tak produktif... bala' dari sistem hidup sekular & korupsi yang diperjuangkan oleh UMNO...

Tiada program berkesan nak bina ekonomi secara berdikari... semuanya hasil keringat pendatang asing sejak dari penjajahan british sampai kepada rejim UMNO/BN sekarang! Pendatang Cina dalah lama kuasai ekonomi, begitu juga mamak & india, Melayu terkulat2 kerana dasar ekonomi ali-baba UMNO.... sejak kian lama itu...

Sekarang ini jutaan pendatang asing ...kuasai setiap aspek penghidupan pribumi yang dijumud & dikembirikan oleh UMNO & senjata ISA, Polis, Mahkamah, AUKU,...dll...

Apa lagi UMNO nak jual/gadai khazanah negara ini?
Masih percaya lagikah Melayu kepada UMNO & juak2 pengampunya.....????

john said...

Salam..

Memang Najib seorang 'pemberani' kalau di lihat kepada tajuk laporan malaysiakini spt dibawah:

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina (http://www.malaysiakini.com/news/146435)

p/s: Tulong komen abe li kito deh..tajuk ni dalam utusan meloya nga berita hairan tak dok ni.

Anonymous said...

John,
mu ulas ni kelab malam dan spa nak bina kat mana. Hak aku tahunya Selangor Darul Islam mempunyai jumlah luar biasa banyaknya. Negeri ahli Syurga (dunia) dan diperintah oleh ahlul dunia wal harta al-qaruni.

john said...

Untuk hantu tanpa nama si Anom@umno..

Tajuk M'kini hari ni

1.KTMB catat kerugian RM1.45b
sehingga 2008
2.Audit: Pelajar tak layak juga
dapat wang KWAPM
3.Malaysia 'tersangkut' di tangga
56 indeks rasuah
4.Pulau Pinang catat hasil paling
tinggi

hok mano +ve, hok mano -ve...

Anonymous said...

Yang main dadah termasuk anak tok wakil rakyat dan exco Pas pun. Bewgapo sumbangan Pas dalam pencegahan masalah dadah selain dari bual. BAKPO TAK GUNA DOA KEBERKESANAN DAN KERAMAT DOA. BUKANKAH DARI DOA ORANG SURUH PECAH PERUT, LEBIH BAIK DIDOAKAN SUPAYA DI NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH PAS (KALAU ADALAH, TERMASUK DI PUAU PINANG DAN SELANGOR) BERSIH DARI GEJALA DADAH DAN KEROSAKKAN MORAL. YANG BANYAK BUANG ANAK, YANG BANYAK TAGIH DADAH DI NEGERI YANG PAH PERINTAH. BAKPO TAK DOA DOK MUSTAJAB SANGAT GAT DOA?