Tuesday, October 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (826)

Peluang di Galas dan Batu Api: jangan bergantung kepada pengaruh individu

KALAU ikutkan kewajaran dan dari sudut faedah kepada penduduk kawasan terbabit, walaupun tidak akan merubah kedudukan kerajaan di pusat mahu pun di negeri Kelantan, pilihanraya kecil kaeawan Batu Api di Sabah dan di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas Kelantan patut dimenangi oleh Umno/BN.


Ini adalah kerana Umno/BN adalah parti penerima mandat dari majoriti rakyat kekal berkuasa di pusat yang bukan sahaja bertanggungjawab membangunan agama, bangsa negara negara tetapi juga terbukti mempunyai keupayaan dari sudut kepakaran dalam pemerintahan dan pemantapan ekonomi. Dengan kata lain Umno/BN mampu merealitikan apa yang dirangka dan dikerangkakan.

Berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak beretorik dan bermimpi yang tidak mungkin menjadi realiti. Natijahnya pembangkang umpama penonton kepada suatu perlawanan bolasepak manakala kerajaan adalah pemainnya.

Penonton boleh laungkan teori untuk permainan yang berkesan, paling menarik, paling kena dan paling bertektikal, penonton boleh kritik, sumpah seranah dan memperlekehkan pemain tetapi jika diberi peluang bermain sendiri, jangankan mahu dapatkan gol, tendang bola pun belum tentu kena.

Dalam kedua-dua pilihanraya yakecil pada 4 November, pembangkang akan melakukan perkara lumrah dengan mentohmah, memburuk, memperlekeh dan menggunakan pelbagai teknik dan taktik supaya kerajaan dilihat tidak ada nilai walhal pembangkang sendirilah sebenarnya yang tidak ada nilai dan tidak diberi nilai oleh majoriti rakyat selaku pengundi. Ini terbukti apabila mereka tidak diberi mandat untuk tubuhkan kerajaan pusat.

Umno/BN sebagai defendan kena mempersetankan taktik dan teknik pembangkang, membiarkan pembangkang terjun dengan labu-labunya atau kekal dalam angan-angan bagaikan sang pungguk yang mahu nak ke langit bertemu puteri bulan yang dirindu dendam dengan hanya bergalahkan batang bemban.

Yang kena Umno/BN lakukan adalah memberi penjelasan, bukan kemnpen, kepada pengundi secara sederhana dan serba ringkas tetapi mesti ikhlas. Teknik dan taktik memaksa pengundi supaya terima UMno/BN tidak boleh dipakai, sebaliknya buka ruang kepada pengundi untuk membuat pertimbangan dan pilihan yang berbaloi dengan undi yang diberikan.

Paling penting, jangan bergantung kepada kehebatan seseorang tokoh. Misalnya di Batu Api, jangan semata-mata mengikat keyakinan kepada pengaruh dan keberkesanan pengarahan Datuk Seri Musa Aman selaku pengarah pilihanraya atau bergantung kepada pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihanraya di Galas. Kemenangan hanya boleh digapai melalui kesepakatan dalam menjalankan kerja-kerja memikat hati pengundi.

Pengundi mesti disedarkan bahawa kemenangan calon mewakili kerajaan yang berkuasa di pusat bukan untuk faedah parti dan calon yang diberi undi tetapi untuk faedah pengundi kerana apa-apa pun keperluan rakyat akan dapat disalurkan terus dari pusat ke sesuatu kawasan melalui wakil rakyat yang mewakili kerajaan.

Penyaluran keperluan rakyat pada setiap kawasan akan terhalang jika wakil rakyat yang dipilih adalah dari pembangkang. Kalau kerajaan bermurah hati pun menyalurkan segala keperluan rakyat melalui wakil rakyat pembangkang, ianya tidak akan sampai dalam keadaan sempurna, pasti akan ada tembus, bocor dan carik di mana-mana, kesannya akan menimpa kepala kerajaan.

Pada saya Umno/BN boleh menang dengan mudah di Batu Api atau Galas jika rakyat di kawasan terbabit selaku pengundi diberi kefahaman tentang apa tujuan sebenarnya pilihanraya diadakan, apatah lagi jika pengundi dapat dibendung dari terpedaya dengan retorik pembangkang yang banyak berteori tetapi gagal dibuktikan dalam bentuk praktikalnya.

No comments: