Ketulusan lebih penting dari kelulusan
JIKA diukur dari sudut pemilikan sijil, calon Umno bagi pilihanraya kecil DUN Galas, Abdul Aziz Yusoff memang kena kalah roma kepada calon Pas yang merupakan seorang doktor. Tetapi dalam politik dan berkerajaan pemilikan sijil bukan syarat utama kerana kalangan yang ditakdirkan menjadi pemimpin mempunyai kelebihan tersendiri.
Rasulullah s.a.w. bukan lulusan mana-mana universiti, malah baginda tidak boleh membaca dan menulis pun tetapi cendekiawan mana yang mampu menandingi kualiti keilmuan baginda, juga kualiti sebagai ketua kerajaan, ahli perniagaan, panglima perang dan sebagainya. Khalifah Ar-Rasyidin juga bukan lulusan mana-mana universiti.
Maknanya kelulusan tidak penting dan bukannya syarat utama untuk menjadi pemimpin. Yang penting adalah ketulusan dan kesanggupan untuk menjadi pemimpin/wakil rakyat yang berkualiti, yang lebih mengutamakan kepentingan awam daripada kepentingan peribadi. Soal tulus tidak tulus hanya indivi berkaitan dan Allah sahaja yang tahu.
Menang atau kalah calon di Galas pada saya bukan bergantung kepada siapa yang lebih berkelulusan tetapi bergantung kepada kesanggupan untuk tulus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kewakil-rakyatan yang Allah Maha Tahu siapa di antara keduanya yang memiliki kesanggupan itu.
Calon yang memiliki kesanggupan itulah yang akan menang dengan restu-Nya kerana penduduk Galas yang merangkumi kawasan bandar Gua Musang perlu terus dibangun dan dimajukan sesuai dengan kedudukannya sebagai antara pekan pintu masuk ke Kelantan, sekali gus merupakan pekan industry, terutama berasaskan kelapa sawit dan getah.
Wakil rakyat yang mampu berhubung secara langsung dengan piahk pusat pastinya dapat lebih cepat mengeksploitasi kekayaan hasil sawit, getah dan bahan-bahan galian bagi mengubah wajah Gua Musang khasnya dan Galasnya amnya sebagai pekan perindustrian. Justeru itu adalah lebih bijak jika pengundi Galas memberi kemenangan kepada calon Umno pada 4 Novrmber nanti.
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment