Tuesday, October 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (828)

Macam mana mahu bentuk pakatan tubuh kerajaan kalau dalam pilihanraya pun tidak sehaluan

BILA dua buah parti yang bekerjasama dalam satu pakatan meletakkan calon masing-masing pada sesuatu kawasan yang diadakan pilihanraya, apakah bila disyarah tentang pakatan untuk tumbangkan kerajaan boleh diterima sebagai lojik oleh mereka yang mendengar sayarahan?

Demikian halnya apabila PKR dan SAPP letak calon masing-masing pada pilihanraya kecil Kawasan Parlimen Batu Sapi, ianya membuktikan bahawa pakatan pembangkang tidak ada rangkan dan kerangka dalam perjuangannya dan para pengundi akan terfikir macam mana boleh sepakat dalam penubuhan kerajaan.

Tidak kira apa punca dan faktornya dan tidak kira sama ada SAPP dianggap 'pengacau' oleh PKR atau SAPP labelkan PKR macam mana, rakyat boleh nampak tentang kecaca-marbaan pakatan pembangkang yang pada saya tidak ada rangka dan kerangka dalam perjuangan kerana Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri diwujudkan tanpa roh.

Barisan Nasional (BN) yang berdominasikan Umno ada rohnya dan jelas matlamat penubuhannya. Pas diwujudkan dengan roh untuk berpolitik secara yang selari dengan Islam manakala DAP dengan rohnya, demikian juga dengan SAPP, ada rohnya yang lebih bersifat tempatan.

Tetapi PKR wujud tanpa roh dan matlamat utamanya adalah untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mabuk kepayang mahu menjadi Perdana Menteri, satu tindakan yang tidak direstui Islam dalam pemilihan pemimpin. Rasulullah s.a.w. sendiri menolak tokoh yang mahukan jawatan kepimpinan.

Bila PKR yang demikian matlamatnya disokong, maka secara langsung atau tidak langsung pihak yang menyokong PKR adaah menyokong tatacara pemimlihan pemimpin yang tidak disukai oleh Rasulullah s.a.w. yang bermakna menjadi sesuatu yang juga tidak disukai Allah s.w.t. kerana apa yang tidak disukai dan yang disukai oleh Rasulullah s.a.w. adalah dengan peretujuan Allah.

Kerana identiti dan matlamat penubuhannya bukan berkepentingan umum, maka PKR bukan sahaja tidak dihormati oleh SAPP tentang apa yang menjadi pendiriannya tetapi akhirnya parti-parti lain juga akan mengambil langkah yang sama dengan SAPP pada pilihanraya umum nanti.

Pada saya umur PKR tidak akan panjang, malah ianya sedang berdepan dengan sidrom dan wabak 'dawas'.

No comments: