Tuesday, October 26, 2010

muncul kembali (829)

Jangan rosakkan peluang bakal peminjam PTPTN

PPERBADANAN Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) pastinya diwujudkan bagi membantu memudahkan rakyat negara ini yang menglami masalah kewangan melanjutkan pelaran peringkat tinggi. Segala urusan perbadanan itu patut dipermudahkan dan ianya tidak patut dibeliti dengan pelbagai kesulitan.

Para peminjam sepatutnya merasa bersalah dan berdosa seandainya tersenarai sebagai antara peminjam yang tidak membayar balik pinjaman menyebabkan PTPTN dijangka mengalami defisit RM45.89 bilion sehingga Rancangan Maaysia Ke-11 ekoran prestasi bayaran balik peminjam tidak memuaskan.

Sikap sengaja tidak mahu bayar dan lari dari tanggungjawab membayar hutang patut dielakkan.
Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut, apatah lagi kalau dituntut. Lebih-lebih keengganan membayar hutang oleh peminjam menyebabkan peluang orang lain untuk mendapatkan kemudahan itu boleh terbantut.


Ingatlah walaupun hanya sepuluh sen terlekat hutang dengan mana-mana individu dan dengan sengaja cuba mengelak dari melunasinya, jika ksi peminjam mati, rohnya tidak akan diterima oleh langit dan bumi dan akan tersiksa antara langit dengan bumi.

Apatah lagi pinjaman dengan PTPTN yang secara tidak langsung bermakna peminjam berhutang dengan berjuta rakyat negara ini yang tidak mungkin pemiinjam berpeluang berjumpa satu demi satu bagi meminta maaf dan dihalalkan hutan PTPTN yang sengaja kita tidak mahu bayar.

Keengganan membayar hutang barangkali kerana peminjam tidak sedar bahawa peminjam sedang melakukan dosa kerana tidak bayar hutang.

Mungkin peminjam rasa sangat bijaksana dan hebat kerana pihak PTPTN gagal mengesannya dan perbadanan itu tidak mampu mengambil sebarang tindakan terhadap peminjam kita yang tidak bayar balik pinjaman.

Tetapi pada hakikatnya peminjam terbabit sangat bodoh kerana hidup dengan menghimpun dosa, malah sebarang punca rezeki yang diperlehi dapat menjadi tidak halal, kalau diberi makan kepada ibubapa, anak isteri dan sebagainya samalah seperti memberi bara-bara api neraka.

Justeru untuk memastikan peminjam tidak berada dalam keadaan dosa dan peluang untuk bakal peminjam rosak kerana PTPTN kekeringan dana oleh angkata peminjam yang hanya tahu meminjam tetapi tidak tahu membayar, maka setiap peminjam perlu tampil untuk membayar balik pinjaman pada kadar yang mampu dibayar setiap bulan berdasarkan kemampuan yang dimiliki.

Keberfungsian PTPTN dalam membantu kalangan yang layak menyambung peajaran ke pusat pengajian tinggi tetapi datang dari keluarga yang kurang bernasib baik tidak patut dibantutkan, sebaliknya kena dipastikan fungsi PTPTN sentiasa lancar.

5 comments:

john said...

Salam...

hahahaha..peminjam ptptn tok bayar napok pulok abe li kito deh..pado hal kebanyokae peminjam tuh jenih budok2 hok mengganggur kerano kerajaan gagal menyediakan peluang pekirjoaan!...hok tiris juto2 melalui kementerian/ rasuoh projek2 kerajoe eperti didedohkan Audit 2009 tok ser bunyi pulok!!!..bodek slagi buleh bbodek..

kakiku said...

kuang kuang kuang!
mengigau apa pula!
org tua ni merepek?
budak-budak tak bayar hutang,
hutang pinjaman wajib bayar,
baguslah itu, warga perihatin,
demi menjaga masa depan anak cucu,

Kuang kuang kuang!
tak merepek pula kpd lanun-lanun,
yg kerja siang malam,
merompak dan merembat,
duit negara harta rakyat,
sehingga hampir bankrap muflis,
mereka ni kaki hutang,
kira hitung berapa kali,
MARA mampus dan disuntik,
kira berapa bank kerajaan mampus,
Bank BUMIPUTERA bagai ular sawa,
ditelan ular lidi CIMB,
Bank rakyat mampus kerana tinju,
malu ....
ketam nak mengajar anak.

Anonymous said...

Demo reti ko lagu mana sistem pengurusan bank. Berniaga bank tak sama dengan jual ubat barang naik kaki lima yang belum tentu barang tukang jual ubat sendiri naik.

Wan Ku Nik Semelit said...

Mengaji buwi pinjaman, pinjaman pulok tak bayar, pahtu kerijo nak suruh ulur buwi pulok? Lamo-lamo gat nak berak pun suruh kerajaan tiling terang, berat la.

Anonymous said...

Sedap kecek blako mugo xlalu sndr.kami xsalahkan krjaan srtus prtus.trma ksh krna mmbntu kami mnjdi seorg terpelajar ttpi tugas seorg 'bapa'(krjaan) tdk tamat stkt itu sj ttpi haruslah trus mmbntu,mmbimbing anaknya shgga bjya.apa guna nya ijazah berkeping2 tapi tiada kerja.lbh baik jd tuakng buat rmh.apa gunanya ada ijazah jika xdpt digunakan dan hdp pula dikelilingi hutan berpuluh2 ribu(ptptn).sbgi sbgi seorg pmnjam ptptn yg mmpnyai pnglmn xmampu byr blk ptptn,sy cadangkan krjaan dgn scra serius patut mgkaji pnca knpa kami xmmpu byr blk ptptn dn mgmbl tndkan serius dgn sgra spya mslh ini tdk mnjdi satu barah kpda kerajaan.lulusan dip hari pn dibyr gaji rm5,6 ratus sj.kami trpksa byr rmh swa,mkn,duit mtr dn lain2 blnja sdgkan stp bln nk kna byr ptptn rm150 mcm mana kami nk hdp.nk krm duit kt mak ayah kt kg pn xmmpu usahkan nk mnympan utk dr sndri.itu xtrmsk lg xmmpu mmbli insurans kshtn.jika brlku apa2 brmkna kami akan mati katak shja.bkn mncri alsn utk tidak mahu byr,kami dh berusaha dn brsbr utk mndptkan keje yg lbh baik krna tiada org tdk mahu bjya ttpi prlukan masa.krjaan msti mncri kaedah utk mmbntu graduan ni dgn mnyediakan kursus,latihan dn mnyediakan pnjman utk siswazah berniaga krna dr perniagaan wujudnya peluang pkrjaan utk org lain.disamping mngurangkan pngguran,krjaan jga dpt mngtip hasil cukai indvdu dan cukai pndptn perniagaan..dasar krjaan skg xefisien dgn mnykat dana kpda agensi2 krjaan spt mara dn tekun dimana slma ni mrka yg byk mmbntu ushwn khususnya ushwn garduan bumiputera.nk hrpkn bank?indah khbr dari rupa.krna mslh ini lah anak muda tdk mahu lg mnyokong krjaan pusat yg dilihat tdk peka kpda mslh ini dimana generasi graduan muda inilah bakal pemimpin ms hdpn.