Saturday, October 30, 2010

MUNCUL KEMBALI (834)

Umno sedap duduk

PELAPOR amatur dan sukarela saya macam marah dan merajuk bila saya kata sedap duduk la kalau takdok bisul ppinggo gat bila dia kata Umno dalam keadaan sedap duduk di Galas sekarang lloni.

Kononnya kalau tak jadi ambil dia sebagai pekerja pun tak apalah bila saya merancang memulakan operasi syarikat penerbitan saya kembali setelah terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan baru-baru ni.

Dia sedang tunjuk kemampuan menjalankan kerja-kerja pemberitaan bila saya minta dia mesti buktikan bahawa dia mampu buat kerja kemediaan kalau mahu kerja dengan saya kerana bidang kemediaan bukan satu kerja mudah, kena kerja laju macam jet turbo atau kena laju macam peluru scud atau patriot.

Tak boleh macam resam kerja kerajaan, sedang baca suratkhabar pun bila ada call akan diberitahu sedang metting, banyak buat bual dari buat kerja, apatah lagi bagi yang menjawat jawatan-jawatan perlantikkan politik. Lapan tahun saya berada dalam suasana kerja yang lebih slow dari rangkakan sang kura-kura sewaktu saya tersalah menjadi kakitangan kerajaan secara kontrak.

Ikut laporannya Umno akan menang dengan majoriti lebih 2,000. OKatanya rang Pas dah lemah semangat dah dan lembik siku tulang. Sesetengahnya dah balik, tak sanggup terus jalankan kempen kerana tak berapa makan cekak, nak datang kempen pun macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Sukar untuk saya pastikan sama ada laporannya itu benar atau pakai hentam kromo. Macam mana pun pada asasnya saya yakin Umno akan menang di Galas dengan majoriti besar berdasarkan bual-bual kosong semasa saya ke kawasan DUN Galas sebelum dan selepas wakil rakyat Pas di sana belum mati lagi.

Bukan kerana Umno kuat atau pengaruh Ku Li hebat tetapi kerana orang tidak mahukan Pas lagi yang mana kalau orang Pas nak tau puncanya, kena tanyalah para pengundi sendiri, buat bancian macam gerakan membanci penduduk. Pas dah macam pokok betik musim hujan, nampak hijau segar molej tetpai buruk akar

Rata-rata pengundi dah sedar bahawa antara politik dengan parti politik adalah dua benda yang berbeza sedangkan Pas mahukan pengundi melihat parti politik tidak boleh pisahkan dari Islam. Itu silap dan dosa besar Pas di samping soal-soal yang berkaitan dengan moral dan tarbiyyah mula terpisah dari perjuangan parti itu kerana diuji dengan sedikit kemeangan, macam orang yang tak pernah dapat duit banyaklah, dapat RM600 dah rasa macam RM600 bilion, dah mula manggak dan berlagak.

Zaman Rasulullah s.a.w. serta para rasul, malah masa penciptaan Adam lagi politik sudah wujud tetapi belum ada mana-mana nabi dan rasul berparti politik, kecuali Rasul Melayu dan Rasul sepupu YB Ustaz Abdul Fatah Haron, orang Repek yang berparti politik.

7 comments:

kakiku@penjualUbatBarangNaik said...

catatan meli pembodek UMNO kepada musuhnya PAS :
"Bukan kerana Umno kuat atau pengaruh Ku Li hebat tetapi kerana orang tidak mahukan Pas lagi".

Kuang kuang kuang!
UMNO tak kuat dan KU LI tak hebat tapi PAS orang benci.
Siapa yang benci?.
Meli yang benci dan terlalu benci sehingga benci-bencian.
Apa sebab beliau benci bersangatan pada PAS?.
tiada siapa dari kalangan manusia yang tahu kecuali yang Maha Tahu.
Mungkin sebab beliau bencikan mursyid am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Maka bencinya juga merebak melintasi parti pimpinan Tuan Guru. Bahkan orang yang nampak baik dengan Tuan Guru pun dikritiknya, sebagai manusia tidak sepatutnya diberikan pangkat dimuliakan kerana durhaka kepada ibubapanya sendiri.
Mungkin beliau mengidap deman panas dan sakit kepala seperti Ust. Nor Idris, ulamak tersohor dalam UMNO.
Mungkin ada orang lain telah menyekat kehendaknya, atau mencurah semen ke dalam periuk elektrik miliknya yang digunakan untuk menanak nasi.
Tapi semua itu mungkin sangkaan buruk hati seorang penjual ubat dan pemicit supaya barang orang lain naik.
Mungkin hati meli suci dan sesuci-sucinya, bagaikan air jernih dalam bekas yang berdebu, kata orang suci dalam debu.

Kalau PAS kalah di Galas, ahli PAS tidak rugi apa-apa, kecuali ahli PAS yang berkepala otak UMNO.
Kalau PAS menang di Galas, ahli PAS hanya dapat bonus, dapat melihat kemenangan sebelum mereka mati.
Jika mereka melanun dan merompak harta rakyat seperti UMNO selepas memperolehi kemenangan mereka layak bersama UMNO selepas mereka mati.
Apa yang nak di gembirakan dengan kekalahan PAS atau kegembiraan dengan kemenangan UMNO, kerana kita sedang menuju jalan mati.
KitadDah tua dah meli ooooweiii.

Cikgu Di said...

Kematian adalah kepastian. Dan setiap jiwa akan kembali menemuiNya.Amal yang dibawa penentu segala-galanya. Tapi sifat maufirah yang ada padaNya mudah diberi pengampunan antara Khalid dan hambanya. Tapi dengki, kianat benci dan umpatan sesama manusia pendidnding dari pengampunan Tuhan. Maka kenapa medan ini diperluaskan hingga apinya menjulang ke langit setiap kali kedatangan musim mengundi. Apakah kita sanggup memikulnya dengan andaian yang kita buat atau yang dicipta ? Jika benar apa yang di kata maka itu adalah umpatan, jika salah yang di reka maka itu adalah fitnah.....semoga saya dan anda akan selamat dan tidak terjerat dalam delema ini...wallahualam.

kukujariku said...

umpatan harus diperluaskan pemahamannya...
adakah kita harus membisu kerana bila diluahkan takut jadi umpatan...???
anggap sesuatu itu sebagai berita... apa yang baik diambil dan yang buruk dilempar jauh-jauh... anggaplah ruangan di sini sebagai perbincangan... medan untuk memberi pendapat masing-masing... cuma kalau betul-betul orang mukmin pasti pendapat yang diluahkan dengan beradab...adab orang-orang mukmin... luahan secara ikhlas dan tidak beremosi adakah sebaik-baiknya... kerana bila kita beremosi tentunya akan menzahirkan amarah... dan bila amarah tentunya syaitan akan mengambil peluang...wallahualam.

kukujariku said...

Orang islam tidak membenci nabi muhammad...tapi mengapa ada yang membenci nik aziz????? Fikir-fikirkan...

john said...

"Orang islam tidak membenci nabi muhammad...tapi mengapa ada yang membenci nik aziz????? Fikir-fikirkan..."

-tok ser tamboh ko bakpo ore islam ramai ulama2 dulu terbunuh kerano ore isle sediri? Tokoh2/ilmuan islam hok keno bunuh ko talibarut ore islam sediri tok ser pikir?..(Ore syiah tok iktiraf khalifah khulafa' rasyidin)...demo tok leh nok samo nga Nabi Muhammad S.A.W sebab dio manusio agung!..tu pun ado lagi penganjur fesyen Islam (agamo Islam) dok persendo dio!...pertanyoaan demo ditolak! tak relevan!

Anonymous said...

N.ajis mabuk konon nk mencontoho Rasulullah SAW tapi akhirnya terpedaya dengan kepentingan parti assobiyyah nya. Kalu kita tgk Abuya pada mula-mula timbul dulu nampak nak ko Islam tapi lama-lama mabuk dek pemujaan pengikutnya sapa ko tak ingat tempat berpijak. Serupa je dengan N.ajis yang mengeluarkan mcm-mcm fatwa yang bertentangan dengan jumhur ulamak. Sebab itu senarai ahli syurga dan negara ada dengan N.ajis. Subhanallah

Anonymous said...

Pilih mereka yang bertaqwa kepada Allah, tolak mereka yang mempersendakan hukum hakam Allah....

Diakhirat nanti setiap orang akan bersama dengan golongan mereka yang dia cintai...... kalau dia cintai golongan yang soleh mereka akan bersama-sama denga mereka...
Jika dia cintai golongan fasik, mereka akan bersama dengannya...