Taktik dan teknik berpolitik kini pada skala merbahaya?
RAJA/SULTAN dan institusi keistanaan bebas dari palitan fahaman mana-mana politik. Jarang kedengaran raja/sultan dan institusi keistanaan bersuara tentang isu-isu yang berkaitan dengan politik.
Tetapi kini nampaknya raja/sultan dan institusi keistanaan mula bersuara tentang kebimbangan Majlis Raja-Raja terhadap trend politik semasa yang dilihat meniupkan angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.
Penyuaraan itu diserlahkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang mengeluarkan kenyataan mengenai kebimbangan majlis tersebut, atas titah peritah Raja-Raja Melayu.
Saya sependapat dengan raja-raja Melayu bahawa trend politik dan isu perkauman yang berlaku sejak kebelakngan ini membimbangkan dan patut dipandang serius oleh semua pihak di negara ini.
Oleh kerana pencetusnya adalah orang politik dalam usaha mempertahankan dasar parti dan bermatlamat menarik sokongan rakyat terhadap parti masing-masing sehingga sanggup meniupkan api perkauman, maka orang politiklah yang kena mengambil bahgian pro-aktif bagi masalah perkauman menjadi lebih parah.
Ianya adalah berpunca dari taktik dan teknik berpolitik kini pada skala merbahaya ekoran dari keghairahan parti-parti politik yang sanggup berbuat apa sahaja dalam persaingan mendapat sokongan rakyat sebagai pengundi dan pemberi mandat.
Jika parti-parti politik terus mempertahankan ego masing-masing dengan apa yang dilakukan, , lambat laun ianya akan menjadi api yang marak membakar.
Taktik dan teknik serta pendekatan sanggup buat apa sahaja asalkan dapat sokongan kalau tidak segera dibendung akan menjadi peluru berpandu dan bom kimia yang akan memusnahkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan berbilang anutan agama di negara yang bermasyarakat majmuk ini.
Bagi maksud pembendungan itu, pemimpin parti-parti politik di negara mesti memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan daripada kontrak sosial yang tidak patut dijahanamkan.
Semangat yang diterapkan kepada ahli parti-parti politik tanpa mengira dideminan oleh kaum apa sekali pun perlu mengikut permuafakatan dan persefahaman antara kaum bagi memastikan perkara yang tidak diingini membabitkan isu perkauman tidak berlaku.
Usaha-usaha pembendungan secara pro-aktif perlu dilakukan segera dan berkesan sebelum susu sebelanga tertitik nila, sebelum rebung menjadi buluh dan sebelum nasi menjadi bubur.
Orang pilik kena patut mengelak dari menggunakan isu-isu perkauman untuk menarik rakyat menyokong mereka dengan meletakkan kepentingan keselamatan dan kententeraman negara mengatasi keperluan politik kepartian walaupun barangkali ianya tidak melbakan dari sudut kepentingan politik kepartian.
Manakala rakyat pula perlu bijak menilai dan menentukan pilihan mereka. Sikap bertolak ansur antara kaum akan menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, termasuk dalam berpolitik dan berparti politik untuk mengelak tercetus kembali peristiwa berdarah seperti 13 Mei.
Sunday, October 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apabila umno tergugat semuanya jadi bahaya sehingga ada pemimpin sanggup 'berkecai tubuh,bertongkat paruh' nok pertahan sesuatu kawasan...ingat nok pertahan martabat Islam...ko guano abe li kito?...
Peliknya PR, lebih-lebih lagi Pas kuat bagai nak rak, bila pilhanraya berselerak. Jibir sauz kuman, nak berak tahi gergasi, begitulah jadinya. Jadilah macam sang pungguk gila berahi puteri bulan, mampus dalam anan-angan.
Hamba rakyat pacal yang hina dina ini... hormati pandangan Raja-raja melayu ..... tapi janganlah pandangan mereka berpihak & pilih kasih kepada sesuatu pihak yang berkepentingan kepuakan tertentu saja.... khususnya UMNO...
Raja2 melayu wajar berhukum berlandaskan Alquran & alHadist kerana mereka Ketua Agama Islam setiap dibawah kekuasaanya....
Raja2 melayu sudah tiba membebaskan diri dari bawah pengaruh "elemen penjajah kufar", "puak berideologi UMNO saja" dan "amalan jahiliyyah melayu" ....
Raja2 melayu sudah tiba menjadi Model Kepercayaan & Kebudayaan Negara".... sebaik2nya mencontohi amalan & perjuangan para khalifah arrasyiddin yang diredhai Allah itu...
Raja2 melayu simbol kemerdekaan, kedaulatan & keagungan negara ... bukan sebaliknya...
Pada masa itu, pandangan raja2 melayu amat tinggi nilainya & daulatnya.... kami ucapkan- "ALLAHU AKBAR! Daulat tuanku!"
Post a Comment