Sunday, October 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (837) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Tawar wang kepada pengundi: Pas terlalu terdesak di Galas

MAHU tidak mahu keputusan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas esok (Khmais) akan mencerminkan keputusan yang bakal dibuat oleh majoriti rakyat Kelantan pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.


Sebagai defendan, Pas pastinya mengalami tekanan paling teruk untuk memastikan kemenangan di Galas dapat dipertahankan supaya boleh dipersohorkan kepada para pengundi di kawasan-kawasan lain bahawa Pas masih mendapat sokongan dan perlu terus diberi sokongan.

Pas sebenarnya tahu bahawa sepanjang kira-kira 20 tahun memerintah Kelantan, parti itu hanya lebih banyak beretorik dan hampir tidak ada sebarang kelebihan dilakukan untuk memberi faedah dan menfaat rakyat dan negeri.

Hampir tidak ada sebarang rangka dan kerangka pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat dibuat. Mebangun Bersama Islam hanya dalam bentuk bentuk slogan tanpa rangka dan kerangkanya.

Kekuatan dan keutuhan Kerajaan Pas semata-mata bergantung seratus peratus kepada ketokohan batang tubuh Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Mat yang lebih dinilai atas sifatnya sebagai seorang 'tok guru' dan langkah menggezetkan gelarannya sebagai tok guru ternyata menjadi dan melabakan keperluan politik kepartian Pas yang terdiri kalangan yang jumud.

Kerana ketaksuban melampau menyebabkan ramai yang terlupa bahawa Menteri Besar Kelantan adalah 'Tok Guru Politik' yang mana apa pun yang dicakap dan dilakukannya mesti mengutamakan kepentingan politik yang dianuti serta rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat (PR).

Gara-gara terlalu taksub juga , ada isteri-isteri selaku muslimat Pas sanggup menderhakai suami, sanggup membiarkan urusan rumahtngga dan anak-anak terbengkalai dan tidak terurus dengan segala masa dan tenaga diberikan kepada aktiviti parti.

Ianya berlaku kerana yakin dan terpedayan dengan keercayaan singsang bahawa membantu Pas lebih berpahala dan lebih berpeluang masuk syurga berbanding dengan mentaati suami dan menjaga-selia anak-anak kerana Pas dianggap 'parti tok guru'.

Kesonsangan pemahaman itu adalah kerana kegagalan Pas mentarbiyah pendukung dan penyokongnya gara-gara terlalu ghairah mahu menang dalam pilihanraya, sehingga terlupa tentang tujuan asal penubuhan Pas itu sendiri, menyebabkan parti itu dinajisi oleh aktivis-aktivis yang dipaliti kemungkaran dan menyedut serta menghembus nafas dalam himpunan dosa.

Kifarah dari itulah agaknya. maka di Galas Pas kini sedang menghadapi kemerosotan sokongan yang sangat kronik dan mencemaskan sehingga secara tidak bermoral, Pas mendedahkan amalan yang barangkali rutinnya dengan menawarkan bayaran sehingga RM250 setiap orang kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di Galas supaya balik mengundi.

Bayaran tersebut bagi Pas kononnya bukan rasuah, sebaliknya semata-mata untuk menampung perbelanjaan pengundi luar yang bakal pulang menunaikan tanggungjawab mereka nanti tetapi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ianya adalah rasuah kerana ianya terkandung dalam seksyen 10 Akta pilihanraya. Pas nampaknya mengamalkan sikap merujuk kitab berlainan warna kulit ikut kepentingan semasa.

Pengumuman yang berani itu dibuat membuktikan bahawa membeli dan menyogok pengundi bukan seperkara yang luar biasa kepada Pas yang sering menuding jari memburukkan sikap dan sifat pihak lawan, malah terhadap SPR yang merupakan badan bebas dan berkecuali. Perbuatan itu ternyata mungkar dan berdosa.

Pas sanggup berbelanja besar menawarkan pembiayaan kepulangan 1,557 pengundi yang berada di luar kawasan Galas supaya pulang mengundi, terutama yang tinggal di luar Kelantan, adalah kerana parti itu dalam keadaan sangat terdesak untuk kekalkan kemenangan apabila pengundi tempatan atau yang berada di Kelantan tahu keadaan sebenar dan tidak mungkin mengekalkan sokongan terhadap Pas.

Manakala mereka di luar Galas dan di luar Kelantan yang disogok dengan maklumat pukul tin kosong melalui akhbar lidah resmi parti dan portal-portal pro-pembangkang disogokan dengan pelbagai kelebihan kerajaan Pas yang rata-rata lebih bersifat retorik dan kelentong.

Berpandukan sogokkan laporan yang bercanggah dengan natijah, para pengundi di luar Kelantan menyangkakan Kerajaan Pas adalah modul kerajaan berteraskan Islam dan atas nama parti yang kononnya perjuangannya berteraskan Islam, Pas pada sangkaan mereka yang jumud dan taksub adalah bersih dari sebarang kemungkaran dan aktivitisnya bebas dari dosa dan layak masuk syurga.

Hakikatnya jika Pas dianggap sebuah parti yang suci dari kemungkaran, dosa dan noda serta yakin dengan mendukung dan menyokognya masuk syurga, maka kepercayaan sedemikian adalah amat silap kerana Pas hanyalah sebuah parti politik yang sama juga dengan parti-parti politik yang lain yang mana untuk masuk syurga, syaratmua bukannya kena kuat parti dan mengabdikan diri untuk sesebuah parti politik tetapi kena memantapkan iman dan takwa.

14 comments:

kukujariku said...

Sudah semakin nampak PAS tersasar dari matalamat asalnya...matalamat barunya sudah mengahalalkan cara...apa yang penting adalah kemenangan dan kuasa...ada kuasa ada peluang untuk kaya-raya...

john said...

Ambo suko ayat ni..kepada yang berkenaan sila 'kabar' ayat-ayat ini..

"Gara-gara terlalu taksub, ada isteri-isteri selaku muslimat Pas sanggup menderhakai suami, sanggup membiarkan urusan rumahtngga dan anak-anak terbengkalai dan tidak terurus dengan segala masa dan tenaga diberikan kepada aktiviti parti kerana yakin bahawa membantu Pas lebih berpahala dan lebih berpeluang masuk syurga berbanding dengan mentaati suami dan anak-anak kerana Pas dianggap 'parti tok guru'."

Nok tanyo-Abe li tahu mano ado muslimat2 ni tok laki dio tok restu?..doh agok2 Tok laki muslimat2 ni tok maroh ko bini dio drako? ko jenih bini panah bedal? ko jenis bini tok takut ko tok laki?..dunio akhir zaman....

p/s: baik umno blako pulok dale hal ni. mano pernoh bui duit dale ngepen pilihanraya....hidup umno kito!

Anonymous said...

yor lo abe li...

ambo pun setuju angin dgn john...

umno lah parti paling bersih suci murni...

kato ore...macam ahli syurgo nah nah doh...

dalam rekod dok rajin ambo jupo, umno gulo-gulo duit ataupun projek dale stiap pilihanrayo besar ataupun kecik...


toksoh kato bui duit/projek, janji pun dok pernoh, sebut tubik dari pun pun tadok spatoh...

idup umno...idup meli...

kakiku said...

meli tukang kipas UMNO merintih atas nasib badan :
"Gara-gara terlalu taksub, ada isteri-isteri selaku muslimat Pas sanggup menderhakai suami, sanggup membiarkan urusan rumahtngga dan anak-anak terbengkalai dan tidak terurus dengan segala masa dan tenaga diberikan kepada aktiviti parti kerana yakin bahawa membantu Pas lebih berpahala dan lebih berpeluang masuk syurga berbanding dengan mentaati suami dan mengabaikan anak-anak kerana Pas dianggap 'parti tok guru'".

John tukang karut menjawab :
"Nok tanyo-Abe li tahu mano ado muslimat2 ni tok laki dio tok restu?..doh agok2 Tok laki muslimat2 ni tok maroh ko bini dio drako? ko jenih bini panah bedal? ko jenis bini tok takut ko tok laki?..dunio akhir zaman...."

Aku tukang picit barang untuk naik menasihati meli :
"cerita laki bini dalam kelambu tidak perlu dicatat dalam blog, nanti malu anak menantu".

Penjual Ma'ajun Palat Mamba said...

Kalu kena loh ke Pas tokleh wat tubik keluar kelambu selalu, takleh tulis dalam blog. Baso jenis hipokrit.

Dok kecek bini ore hok akal pendek, ilmu atak sapa sejeput buat kijo macam kuba erek gerat ko Pas berao buleh palo ko?. Bini tok wakil, exco jadi jon tahan punggo dan kulum barang tok llaki jah, kkijo dok.

Kes-kes lagu ni, kes dok guno bini ore sapa sanggup derako kot tok lloki, tok ccaro ko anok-anok kes dok gilo nok masuk surgo boktan jadi orang kuat parti ni beraso tuhan tok boh doso ko. Mengaji bia banyok sikit gat.

Melilau said...

Semasa kerja dgn Kerajaan PAS Kelantan, Meli minta balak tak dapat. Itu sebab selepas berhenti dia jadi Gila UMNO. Masa berkerja dulu kalau disuruh, bontot Nik Aziz & Husam pun dia jilat.

Bangsa penulis macam Meli ni memang dia rasa dia saja betul.

Rakan Sekerja Meli di UPKn said...

Meli minta balak? Betul ke Meli? Aku beso kerja sekali dengan Meli di Urusetia. Kalau tukang taip surat hak ketua-ketua cawangan Pas minta balak ya...Meli mintak sendiri belawok.

Meli tegur pemimpin Pas bukan masa lepas kerja dengan Pas. Seingat aku masa masih kerja dengan urusetia lagi. Boktan tu kontrak dia tak disambung.

Masa Ustaz Loh Air Lanas jadi exco penerangan, Meli kena panggil ke pejabat exco boktan sigun Tok Guru. Tapi Meli terus katak juga. Sebelum masuk uruseta memang dia banyak puji Pas dan katak Umno. Banyak buku yang dia tulis dan terbit sediri julang Pas. Lepas dia masuk Uruseia baru dia berona. Bakpo? Hak tu kena cari sebabnya.

Melilau soh tak kenal Meli...tak tau feel perangai Meli. Tuduh Meli mintak balak adalah fitnah besar. Sealim mana pun Melilau, payah nak masuk syurga kalau tak minta maaf dan menerima maaf dari Meli. Meliau adalah jenis orang Pas yang menyebabkan Pas berkerapah dengan kemungkaran dan bakal dikidarah Allah. Ko guano Abe Li ambo.

Anonymous said...

Melilau ni baso bengong. Dok buat finah ko Meli ni do dosa kering-kering. Tak hairanlah kalu dia fitnah pun sebab mmg perangai pemimpin PAS suka fitnah, membuat tuduhan melulu, mencarut. Mmg puak ni perangai gitu sebab saing dia syaitan dan iblis. Perangai pun mcm tu jgk lah. Tq

joostspring said...

john...nak suka kawe bace ayt demo...

semua hok pas kata ko umno dulu pas amik jilat habis dah..lani pas pulak berehi wat projek mee segera..bkn stakat buat projek..buat geran tanah segera pun aada..jilat la ludah dan muntah pas tu..hahahahahha

pah nak pelepah diri ulang oyt wat umno buat dulu..

wahhalalan pas wahharam umno....parok2

melikapakjangak said...

Para penjenguk budiman!

Tujuan kita berblog antara lain bagi tujuan penmabahan ilmu dan maklumat melalu perdebatan tentang sesuatu isu yang dibangkitkan sesuai dengan amalan demokrasi di negara ini.

Kita bebas untuk memberikan pendapatan dan pandangan tetapi tetap kena memelihara displin, kesopanan dan adat resam. Mohon dalam memberikan pandangan dan pendapat, sama-samalah kita displinkan diri untuk memelira kesopanan.

Saya sentiasa terbuka, boleh diseranah dengan kata dan cara seteruk dan seberat mana pun tetapi para penjenguk kena hormati para penjenguk yang lain. Semolek-moleknya kena elak dari guna kata-kata kesat, apatah lagi lucah. Pelihat adat sopan budaya kita.

Anonymous said...

"Tambang kenderaan" balik mengundi... apakah itu RASUAH/ POLITIK WANG?

Atau sekadar membantu para pengundi yang kesempitan untuk tunaikan kewajipan mengundi di PRK/PRU, sedangkan undi mereka rahsia, parti mana yang mereka pilih tidak ditentukan .....

Bandingkan dengan projek mee segera.. atau songgokkan lain yang lebih besar dan terang2an....

Pengundi saja yang berhak tentukan siapa wakil rakyat mereka....

khairul said...

Saya ni bukan orang Kelantan jauh lagi la nak suka yang hijau bulat putih ditengah. Jangan pulak tuduhsaya keris bersilang. Ayat-ayat komen anda menggambarkan diri anda semua. Kalau ini didikan "tokguru", saya percaya sangat yang mengajarnya pasti lebih dari itu lagaknya. Bukan nak mengata. Tetapi hakikat. Anda semua harus ingat, berkupiah tidak smestinya sebaik malaikat, berbaju kot tidak mestinya sejahat iblis. Tapis ayat-ayat anda semua. Komen biar membina. Anda bukan orang yang waras jika hanya pandai mengutuk, menghina, mencerca...... Saudara meli hanya mengutarakan apa yang telah dilalui bukan sembarangan mengatakan sebegitu. Nyata anda-anda yang mengutuk mengiau tidak rajin untuk mengikuti tulisan saudara meli.... Terima Kasih

Anonymous said...

Ajaran "tok guru PAS" amat keji & jijik pada pandangan melayu UMNO.....

Bagaimana pula dengan ajaran "dewata2 UMNO" Mahathir, Najib, Muhyidin, RaisYatim, dll ... ketua2 UMNO sekular tu... orang lain semua tak atau memerintah & mentadbir kecuali "dewata2 UMNO/BN" walaupun yang UMNO/BN tu... kecetekan ilmu, keburukan akhlak, keangkuhan kuasa, ketamakan harta, ....

Ketaksuban & kepercayaan kepada UMNO satu2nya "penyelamat melayu", kadang2 mengatasi keimanan kita kepada Allah, Rasul, Kitab Al Qur'an & Islam ... kesyirikan tersembunyi (sirri), akidah songsang seperti ini amat ketara walaupun kita sering sujud (sembahyang) memperhambakan diri kepada Kebesaran & Kekuasaan Allah Rabul jalil.

Apakah jiwa kita diselaputi dengan keindahan dunia & sekularisme, mengaku Islam pada zahir tapi menolak hukum hakam Islam secara batin (hati) bagaikan Abdullah bin Ubay & munafikin madinah dizaman Rasulullah SAW?

Anonymous said...

PAS kata orang UMNO tolak hukum islam...

Saya rasa tidak...Kalau ditanya orang yang menyokong UMNO tentunya dia kata TIDAK...

Orang PAS saja yang beranggapan begitu...

PAS berdegar-degar nak buat hukum islam tapi sampai sekarang tidak buat jugak....mengapa????
Kalaulah sesenang buat hukum islam seperti menelan air liur sudah tentunya akan dibuat oleh pemerintah....

YB. Nizar bila ditanya tentang hukum islam, beliau menyatakan bahawa TIDAK ADA DALAM MANUSKRIP PAS YANG MENGATAKAN BAHAWA PAS NAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM.

ORANG PAS SAJA YANG TERKELIRU DALAM HAL INI...

Bicara tentang hukum memang mudah...untuk melaksakannya amat sukar kerana negara kita sudah ada perlembagaan yang tersendiri yang dibuat oleh orang dulu-dulu...

Banyak perkara yang perlu diubah dan memerlukan persetujuan rakyat malaysia....

seperti orang PAS yang suka buat fitnah dan mengata orang...
adakah itu tidak berdosa????
Kalau berdosa apakah hukumnya???? Kalaulah hukum hudud dilaksakan....mungkinkah kena kerat lidah....

kadang-kadang apa yang dianggap mudah tetapi sukar untuk dibuat walaupun kita hendak buat....