Monday, November 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (838)

Orang politik 'gila' dan 'gila-gila'

BAGI saya, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin walaupun berstatus cenedikawan, namun beliau kurang arif dan sedikit cuai untuk memahami selok belok politik, terutama parti politi atau politik kepartian.


Dengan menganggap sudah sampai masanya bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari dunia politik adalah satu tanggapan dan pandangan yang menyongsang arus dalam sifir berparti politik.

Hakikat dan natijahnya, tidak ada istilah bersara dalam dunia parti politik dan aktivis politik, kecuali mati atau setidak-tidaknya seseorang itu terlantar sakit dan hilang daya fikir.

Orang politik secara tersiratnya walaupun tidak ada sijil penyakit mental tetapi mereka terdiri dari manusia gila dan 'gila-gila'. Tanpa ada penyakit gila dan 'gila-gila'. seseorang itu tidak akan dari orang parti politik walaupun mungkin ianya berpolitik
.
Antara jenis dan saiz gila orang parti politik ialah gila kuasa, gila pengaruh, gilakan kehebatan, gila ketokohan dan gilakan sokongan sehingga mereka sanggup menggilakan diri, tindak tanduk dan prinsip untuk mencapai, meraih dan menggapai apa yang digilakan.


Bukan mudah untuk kawal-selia atau menasihat dan diberi penerangan sebagaimana tidak mudahnya untuk menguruskan orang gila, sebaliknya yang menguruskannya pula dianggap gila.

Justeru, memberi pandangan tentang kepatutan Anwae bersara dari politik atas alasan apa sekalipun, termasuk kerana rentak politiknya semakin tidak seimbang, akan menjadi umpama mencampak sesudu gula ke laut yang tidak mungkin air masinnya bertukar menjadi manis atau mencampakkan segenggam garam ke sungai yang tidak mungkin akan menyebabkan airnya menjadi masin.

Maknanya Anwar tidak akan berundur selagi hayat dikandung badan, selagi beliau mampu bergerak dan waras kerana tidak mudah untuk kikis 'gila' dan 'gia-gila' dari kehidupan orang politik.

Sebaliknya saya yakn Dr Asri selepas ini akan menjadi sasaran serangan 'gila' dan 'gila-gila' oleh PKR dan ankan dianggap sebagai cuba menjolok sarang tebuang dan mengejutkan singa jantan lapar yang sedang tidur.

Dengan kata lain, Dr Asri akan menjadi sasaran 'gila-gila' PKR yang kerana 'gila' dan 'gila-gila' orang politiklah juga, maka PKR dilahirkan walaupun secara hakikatnya dan tersiratnya, Umno dan Pas sudah cukup untuk menjadi wadah orang Melayu-Islam di negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

kalau tak ada parti langsung macam mana?

Bertanding saja atas dasar ketranpilan individu .... bukan atas lamabang mana2 puak/ parti...

Siapa yang menang akan mengundi pulak siapa perdana menteri...

begitulah seterusnya.....

Anonymous said...

Mintak Ustaz Dr. Mohd Asri ni masuk politik jugak...., pilihlah mana2 parti dia suka atau tubuh parti baru atau bergerak secara polotik bebas tanpa parti, ... untuk ganti politikus yang tua2 bangka ni... kita pun nak tengok ketokohan & kehebatan dia sebagai ulamak politikus yang lasak & tersohor ni.... rakyat akan bangga dengan senario politik yang segar dan baru.... ke arah "baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafur" ...