Wednesday, October 6, 2010

MUNCUL KEMBALI (814)

Pas dah dawas di Galas

AGAK lama saya tidak muncul melalui blog ini. Lebih banyak masa saya habiskan di Ulu Kelantan kerana urusan penjualan ladang gara-gara secara tidak langsung saya telah tercebur dalam bidang pembrokaran penjual ladang sawit, ladang getah, kawasan balak dan kawasan tanah kosong setelah balaknya didagangkan tetapi tidak ditanam dengan sawit atau getah klon sebagaimana sepatutnya.

Saya mula kenali dan memampiri Ladang Relai Sdn Bhd, Ladang Tinjau Sepang Sdn Bhd, Ladang Gemalai Sdn Bhd, Ladang Kapasiti Harapan Sdn Bhd, Liziz Sdn Bhd dan macam-macam ladang lagi yang sudah ditanam dengan kebanyakannya adalah sawit, di samping ada yang ditanam getah serta depun.

Saya juga ke kawasan Aura Kurnia Sdn Bhd seluas 15,000 ekar yang sudah jadi tanah kosong sejak sekian lama tetapi masih belum ditanam sawit sebagaimana sepatutnya. Saya turut sampai ke kawasan yang dimilikkan kepada Anggerik Fajar Sdn Bhd dan saya tahu dan diberitahu siapa itu pemilik Anggerik Fajar Sdn Bhd itu yang mendapat kelulusan kawasan balak di Hutang Simpan Lebir seluas 10,000 ekar.

Pada hari kematian ADUN Galas, saya berada di Gua Musang. Lima hari kemudian saya datang lagi. Saya diberitahu semua bilik hotel sudah ditempah, malah rumah-rumah persendirian telah disewa sehingga RM15,000 sebuah bagi tempoh kempen pilihanraya yang tarikhnya belum pun diumumkan lagi.

Maknanya orang dalam kawasan Galas, yang mana kawasan bandar termasuk di dalamnya akan menerima durian runtuh. Ada beberapa orang yang mengenali saya sebagai pengamal media tidak lepas peluang bercakap tentang peluang Umno dan Pas dalam pilihanraya kecil Galas yang bakal diadakan.

Mereka semacam sepakat kata meramalkan Pas sudah dawas di Galas dan akan kalah dalam pilihanraya kecil di kawasan itu nanti, malah kalau diadakan pilihanraya kecil di Dabong pun, Pas akan kalah. Dakwaan itu mendorong saya untuk membuat tinjauan rambang secara tidak langsung.

Tinjauan rambang saya mendapati bila Ku Li diumumkan sebagai pengarah pilihanraya Galas, maka ianya sudah merupakan satu titik tanda bahawa Umno akan menang di kawasan berkenaan. Bila Ku Li diura-urakan akan dipilih sebagai calon, Pas semakin lemas dan Pas pada posisi ibarat sang kancil mahu berak tahi gajah untuk bercakap tentang kemenangan parti itu di Galas.

Walaupun di peringkat negeri dan pusat Ku Li dilihat sudah tidak bersusuh tetapi di Gua Musang, lebih-lebih di Galas Ku Li tetap unggul. Jika Ku Li terima tawaran sebagai calon, ianya umpama pembuka pintu kepada kejayaan Umno/BN tawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sekaligus beliau akan mengetuai kerajaan negeri sebagai MB.

Orang Gua Musang khasnya dan Kelantan amnya pasti boleh nampak apa akan berlaku kepada Gua Musang dan Kelantan jika Ku Li jadi MB. Justeru Pas akan menggunakan segala macam cara, termasuk keceluparan Dato' Nik Aziz dengan harapan Ku Li bukan sahaja akan tolak tawaran sebagai calon tetapi juga sebagai Pengarah Pilihanraya.

Ku Li kini menjadi ancaman besar kepada Pas bukan sahaja di Gua Musang tetapi juga di Kelantan. Kalau sebelum kes pemasyhuran Tuanku Mohd. Faris Petra sebagai Sultan mengggantikan ayahnda baginda barangkali Pas boleh jinakkan Ku Li, tetapi selepas kes itu, adalah amat sukar bagi Pas untuk jinakkan Ku Li.

Saya yakin kalau Ku Li menjadi Ahli Dewan Undangan Galas nanti, beliau akan diberi laluan untuk mengetuai badan perhubungan Umno negeri, sekali gus beliau akan memberi laluan pula kepada ahli Parlimen Pasir, Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding atas tiket Umno di mana-mana kawasan DUN dalam kawasan Gua Musang.

Demikian juga dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Tan Sri Annuar Musa, akan diberi laluan kerana antara keduanya akan menjadi calon TMB dan exco kanan kabinet negeri terajuan Ku Li.

Jika tiga kepala ini bersatu dalam satu kepimpinan, Kelantan mampu mengatasi kehebatan pembangunan Terengganu, Pahang dan Perak kerana ketiga-tiganya merupakan tokoh berkarisma dan memang semacam dilahirkan untuk jadi pemimpin.

20 comments:

Anonymous said...

"Dawas" = luntur kesannya/ luntur fungsinya .....

Apakah PAS telah luntur fungsinya / semangatnya sebagai "Pejuang Islam & Kemanusiaan" semata2 berdepan dengan Ku Li/ UMNO Gua Musang diDUN Galas?

Aqidah dan semangat jihad para pendokong PAS untuk perjuangan Islam boleh luntur kerana seorang manusia atau sesuatu parti?

Pada saya, perjuangan Islam dan keadilan sejagat tetap diteruskan.. walaupun kemungkinan kalah!

Tetapi kita yakin bahawa perjuangan Islam menentang sekular UMNO/BN dan korupsinya adalah satu tuntutan syarak dan salah satu ibadah ketaatan kepada Allah. Mengapa kita perlu takut kepada makhlukNya.. ? Mengapa kita bimbang dengan kekuasaan dan kekayaan para pendusta agama?

Kita yakin Allah bersama dengan kebenaran dan keadilan ... Dia yang akan memutuskan nikmat kemenangan atau ujian kekalahan.... kita hanya berusaha dan berjuang ... melalui proses/kaedah yang tidak bercanggah dengan syarie....

Insya allah... Allah bersama dengan mereka2 yang mukmin, mustadhaifin dan yang teraniaya....

Demokrasi.. semua berhak untuk bertanding, ..hak rakyat memilih, .. dan Allah yang menetapkan.....Selamat mengundi, secara bebas, bersih dan adil..

Anonymous said...

Saya tidak nampak dimana perjuangan PAS mendahului Islam dari parti. Apa yang jelas lagi terang ialah perjuangan parti mendahului Islam.Perjuangan PAS adalah untuk Parti. Yang berdusta kepada agama Allah adalah PAS. Yang menipu Allah adalah PAS. yang menjadi rakan penipu PAS cuma DAP dan PKR. Sebab itulah dalam pilihanraya kecil DUN Galas nanti tunggulah rakyat bawahan akan ajar pemimpin PAS supaya akhirnya kembali kepada matlamat asal penubuhannya.

Anonymous said...

Tidak ada yang tidak benar melainkan amat dan tersangat benar. Ambo amat mensetuju dengan demo

john said...

"Saya yakin kalau Ku Li menjadi Ahli Dewan Undangan Galas nanti, beliau akan diberi laluan untuk mengetuai badan perhubungan Umno negeri, sekali gus beliau akan memberi laluan pula kepada ahli Parlimen Pasir, Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding atas tiket Umno di mana-mana kawasan DUN dalam kawasan Gua Musang.

Demikian juga dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Tan Sri Annuar Musa, akan diberi laluan kerana antara keduanya akan menjadi calon TMB dan exco kanan kabinet negeri terajuan Ku Li.

Jika tiga kepala ini bersatu dalam satu kepimpinan, Kelantan mampu mengatasi kehebatan pembangunan Terengganu, Pahang dan Perak kerana ketiga-tiganya merupakan tokoh berkarisma dan memang semacam dilahirkan untuk jadi pemimpin."

-FUUH..TINGGINYO CITO2 ABE LI, HEBATNYO IMPIAN ABE LI..LO NI KO BARU NAPOK SEMO NIH? TOK JIB TOK NAPOK KO? MOHYIDDIN TOK NAPOK KO VISI NI SEBELUM NI? STOPA MAMAT NGA AWE ADEK NOK TOHOK MANO?..

ABE LI EH..TULONG KABA SIKITLAA..UMNO TOK JJALE KALU TAK DOK DUIT. DAE DOK MAIN TUKAR JAWATE GI MARI..GI MARI..AGOK2 HOK KENO HANDING TU SUKO KO? NOK BUI MAKE GAPO KO PENYOKONG2 DAENYO TAK DOK JAWATE PETING, MAKNO NYO TAK DOK PITIH MASYUK DOH LA..

P/S:TOK SOBA NOK TENGOK KEMPEN UMNO DI GALAS NI..

Anonymous said...

Petikan Ayat JOHN (October 7, 2010 5:08 AM)

ABE LI EH..TULONG KABA SIKITLAA..UMNO TOK JJALE KALU TAK DOK DUIT. DAE DOK MAIN TUKAR JAWATE GI MARI..GI MARI..AGOK2 HOK KENO HANDING TU SUKO KO? NOK BUI MAKE GAPO KO PENYOKONG2 DAENYO TAK DOK JAWATE PETING, MAKNO NYO TAK DOK PITIH MASYUK DOH LA..

Nak tanya JOHN :
PAS ni parti suci sesuci Islam yang dicipta Allah ko ? PAS tak main duit ko?. Kawe nak cabar JOHN supaya mendedahkan kepada rakyat Klate dan rakyat Malaysia SIAPA yang berkepentingan disebalik syarikat yang mengeluarkan DINAR EMAS di Kelantan. Hari ni kawe nak berdebat dengan JOHN kalu dia Ikhlas. Tolong nyatakan jugak ( senarai) SIAPA yang terima duit Hadiah (RASUAH) dari balak. Kawe cabar demo JOHN sepertimana kawe sebut yang Khatib Baca Khutbah di P.Pinang mendoakan Kesejahteraan Khlifah Amirul Mukminin Lim Guan Eng( yang dianugerahkan oleh PAS)di P.Pinang tapi demo tak caya. Kawe bimbang Demo pun DAWAS jugak serupa PAS yang menjadi Parti pemusnah Islam. Parti yang MEMBANGUN BERSAMA DAP di Perak suatu ketika dulu.

Kukuhkan perjuangan Islam. hancurkan Parti bernafsu Syaitan yang berlabelkan Islam untuk meraih sokongan.

john said...

debatan diterima:

ambo peminat dan penyokong pas, ambo tahu sapo hok pegang jawatan dale urusae dinar emas kelate, antaronyo huse muso. Ambo tok pelik pasal huse exco, jadi dio keno ado tanggungjawab dale setiap program ekonomi negeri. Stakat ni anok sykt negeri kelate banyok menyumbang sumber ekonomi kepado negeri buke mace kbykn anok syarikat umno hok tinggal tahi hute ko kerjaae baru..buleh cek tengok dikedah, selangor dsb..

Pasal kontrak balak tu, tak po la selagi dio buleh menyumbang ko negeri apo salohnyo..kalu rasuah sprm akan dakwo..ambo tok rusing..hok tu hok ore hi-lite ko sore jah hok ore lain jugok buleh laman web kickdefella tok expose pun..pado ambo baik bui ko penyokong pas dari bui ko umno ko guano weh..

Anonymous said...

Takdak lg dalam mana-mana pentadbiran , exco jadi pengarah kpd syarikat yang ada kepentingan busines.Tapi di kelantan, kerajaan membangun bersama DAP boleh melakukkannya. Demo ni jenis toho bab-bab pengurusan pentadbiran. Kawe tak terkejut pun dengan cara demo jawab Ustz.John.

kata John :
"Pasal kontrak balak tu, tak po la selagi dio buleh menyumbang ko negeri apo salohnyo.."

Nilah kijo puak PAS. Alah ko masuk alik puak dia hukumnya boleh. Kalu orang UMNO terima bentuk hukumnya haram. Sedap-sedap jah dalam kerja haram macam ni(rasuah). jenis tafsir gini Serupalah dengan waima orang kata buatlahlah zina takpe selagi tak kena igat (tangkap). Kalu kena igat baru takleh. Ko guana maksud demo ustz. John. Tolong gi jengok rumah sorang bekas exco balak PAS yang ada 16 bilik. hak tu termasuk dalam hadiah jugak ko atau gi ko selising jumpa dengan bekas wakil rakyat PAS yang dapat manafaat hasil balak untuk 7 ketrunannya yang dikatakan tak habis makan. bersambung lagi Ustaz John....

john said...

debatan diterima..

kata John :
"Pasal kontrak balak tu, tak po la selagi dio buleh menyumbang ko negeri apo salohnyo.."

- abe weh, ambo kato doh bowoh tu abe weh..kalu dio terimo kontrak denga cara rasuah tokkan Anuar safian pemudo umno kelate nok dok sajo? laporae polis la jawabnyo..sprm ko..demo keno ingat kalu pasal rasuah ko kerajae negeri ni tok keno buat laporan takpo asal masuk suratkoba..hok tu pun tok napok lagi? tengok kes rm4billion tu..bendo takdok pun..siap buat laporan lagi..gillo punya umno! pasal kes ariffahmi hari tu guano sprm dok diae? tajo haji rm65k guano sprm dok diae..MUGO TAK DOK KES!!! baso bengong natang umno!..

p/s: maaf, terkasar bahaso..debat dale posting lain pulok deh anom...

Anonymous said...

John ni basa babok. Jenis nak masuk syurga cara mudah dgn cara sokong PAS. Mu ingat syurga ni hak mak bapak nik aziz ko. So lagi mu kena faham. Siasatan SPRM ni buleh diselesaikan sesegeranya ko mcm cara mudah nak masuk syurga dengan undi PAS jah. Ore yang serupa John mikir ni kena cek otak dahhh.

Anonymous said...

I checked with few state government authorities recently, Aura Kurnia sdn bhd has been fully acquired by other Melayu/Bumiputera Plantation company whose actively on the business. Alhamdulillah.
Sekurang ada juga Melayu/Bumiputera yang genuine dan bersemangat.

Anonymous said...

I checked with few state government authorities recently, Aura Kurnia sdn bhd has been fully acquired by other Melayu/Bumiputera Plantation company whose actively on the business. Alhamdulillah.
Sekurang ada juga Melayu/Bumiputera yang genuine dan bersemangat.

Anonymous said...

sedara ambo keja estet ini. pejabat di Shah Alam. konfirm syarikat ni telah dibeli oleh compeni melayu.

Anonymous said...

syarikat Melayu berkaitan berniaga dengan minyak? bagus le.

Anonymous said...

Bukan sudah lama dijual tanah ini? Aku setuju 100 persen. Nama syarikat Melayu tu siguros aku rasa. Bagus lah dari bagi pada company alibaba.

Anonymous said...

Aku dengar company aura kurnia ni ada kes mahkamah di kota baru sekarang. Sebab sudah di jual tapi tidak mengaku jual. Jadi pembeli tu nama siiguro saman penjual. Hati hati la macam macam orang sekarang

Anonymous said...

Ada kes mahkamah sekarang.

Anonymous said...

Ramai broker maut werrr. Jual kawase lepah tuh gilo talak hahaha. Malaysia boleh. Boleh tipu.

Anonymous said...

pasaran talak
Malaysia juga ramai broke maut ini. Mao cepat kaya

Anonymous said...

Be careful in Kelantan, gua musang, kita Bharu, tumpat
Many people like this

Anonymous said...

Apa cerita bro ..
Masih kes mahkamah kb? Aku tgh nak jadi broker juga ni