Tuesday, November 2, 2010

MUNCUL KEMBALI (839)

Kebijaksanaan pengundi menentukan nasib warga Galas

ESOK (Khamis 4 November), seramai 10,330 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang akan menggunakan kuasa undi bagi menentukan calon dari parti mana yang akan dinobatkan sebagai wakil rakyat mereka yang baru.


Segala urusan kempen dan penerangan, mengikut undang-undang dan ketetapan peraturan dari parti-parti yang bertanding, sudah dinoktahkan pada pukul 12.00 tengah malam nanti. Lazimnya petugas parti dan pakar-pakar politik sudah pun dapat membuat ramalan parti mana yang akan menang dan parti yang akan kalah.

Tempoh pukul 12.01 tengah malam hingga ke masa pusat-pusat mengundi dibuka seawal pagi sampailah menjelang tempoh masa mengundi tamat menjelang petang, adalah masa bagi para pengundi membuat penilaian terhadap kempen dan penerangan yang diberikan oleh para petugas parti-parti yang bertanding sepanjang tempoh dibenarkan berkempen dan seterusnya mereka sebagai pengundi membuat keputusan pemilihan.

Memberi mandat kepada mana-mana calon yang mewakili parti-parti yang bertanding bermakna memberi harapan dan mempertaruhkan nasib para pengundi khususnya dan seluruh warga Galas amnya untuk tempoh sehingga dewan undangan dibubarkan atau kerana kematian dan menyebabkan pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Sukar untuk dipastikan sama ada 4,399 pengundi Galas yang telah mengundi Pas pada pilihanraya umum ke-12 akan terus mengekalkan keputusan itu atau masing-masing akan mengubah pendirian untuk bersama-sama 3,753 pengundi yang telah memberi undi kepada Umno pada pilihanraya umum lepas.

Atau keseluruhan 10,330 pengundi berdaftar di Galas akan mengambil bahagian mengundi supaya peratus keluar mengundi mencapai angka 100 peratus dan tidak hanya 80.89 peratus seperti pada pilihanraya umum ke-12 bagi menjamin parti yang dipilih dan disukai bukan sahaja akan menang tetapi majoriti yang diperolehi juga akan tinggi.

Saya dan sesiapa pun juga yang bukan warga Galas hanya boleh membuat andaian dan ramalan setelah hanya beberapa ketika berada di Galas tetapi kebijaksanaan para pengundi Galas sendirilah yang akan menentukan nasib mereka. Pengundi Galas telah berpengalaman berwakil-rakyatkan dari Umno dan juga berpengalaman berwakil-rakyatkan dari Pas.

Ertinya mereka mempunyai cukup kebijkasanaan yang berteraskan pengalaman dalam membuat penilaian dan perbandingan parti mana yang akan memberi faedah dan menfaat bila diberi mandat, Justeru apa pun keputusan yang dibuat oleh majoriti pengundi Galas ianya adalah suatu kebijaksanaan yang kena diterima oleh semua pihak dengan tulus dan telus.

Cuma yang perlukan bagi para pengundi Galas dan ianya juga adalah suatu kebijaksanaan sebenarnya ialah, cepat-cepatlah ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dan bermuka manislah dengan semua pihak tanpa mengira petugas dari parti mana untuk kemudahan pengangkutan tetapi parti mana yang menjadi pilihan, biarlah ianya tersimpan di dalam hati. Undi adalah rahsia.

Sesungguhnya bukan sahaja rakyat Kelantan tetapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti dan menunggu penuh debar untuk melihat kebijaksanaan pengundi Galas dalam membuat pilihan wakil rakyat yang akan membawa suara mereka ke dewan undangan negeri untuk dimaklumi dan diambil tindakan bagi mengatasi segala apa jua masalah yang dihadapi.

Kebijalsanaan wakil rakyat pula adalah membawa masalah rakyat ke dewan undangan negeri bagii ahli dewan undangan negeri, untuk makluman dewan dan tindakan segera kerajaan yang memerintah mengatasinya, bukannya membawa pujian dan mempersohorkan pencapaian yang lebih bersifat masuk angin keluar asap atau ibarat memukul tong kosong, bunyi kuat tetapi butir buahnya habuk pun tak ada.

Wakil-wakil rakyat yang banyak mempersohorkan faedah yang tidak seberapa dapat dinikmati rakyat adalah wakil rakyat bodek yang tidak banyak memberi faedah dan menfaat kepada rakyat di kawasan yang diwakili dan wakil rakyat sedemikian kena dinyahkan bila tibanya pilihanraya tanpa mengira parti mana yang diwakilinya.

3 comments:

Anonymous said...

Wakil rakyat yang paling lama mewakili rakyat Gua Musang adalah Tengku Razaliegh Hamzah, Ku Li, bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, bekas Ketua Perhubungan UMNO Kelantan ... tiba2 TV3 tunjuk semua kedhaifan dan kemelaratan rakyat dikawasan Parlimen yang diwakilinya sejak lebih 20 tahun itu....

Sebelum ini wakil2 rakyat dari UMNO lebih 50 tahun kuasai DUN Galas..... tetapi wakil rakyat PAS yang baru mewakili DUN Galas hampir 2 tahun tu yang dipersalahkan tentang setiap kegagalan & kekecewaan rakyat di DUN Galas.. inilah putar belit pendokong-pengampu UMNO/BN dalam menipu rakyat...

Tapi sekurang2 wakil rakyat PAS telah menunjuk prestasi yang baik walaupun dalam tempoh yang singkat..... Kewujudan deretan kedai & aktiviti perniagaan dikawasan gersang sepanjang jalan utama banadr Gua Musang sebelum ini ... bukti yang rakyat kawasan tersebut sedang menikmati perubahan & kemajuan dibawah Tadbiran kerajaan PAS......

Selamat mengundi....... menolak korupsi, mendokong kesejahteraan bersama.....Undilah PAS.

Cikgu Di said...

Dalam memilih wakil rakyat sememangnya bertujuan untuk menyelesai apa saja permasalahan yang dihadapi oleh rakyat setempat. Dalam hal ini maklumat yang tepat hanya akan diperolehi dari tinjauan dan kesan yang dilaksanakan oleh wakil tersebut. Kadangkala kerana terpengaruh dengan ceramah dan janji kosong maka mejoriti yang menang dalam mengundi akan menimbus kebenaran yang sejati atau sebaliknya. Maka inilah yang menjadi sesetengah wakil rakyat selesa selepas satu-satu pilihanraya kerana bagi mereka janji kosong dan sedikit gula-gula sudah memadai untuk menerima pencen perkidmatan mereka.Tanggungjawab terhadap rakyat dibiarkan bagaikan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.Inilah yang banyak berlaku di mana -mana tempat yang wakil rakyatnya berada dalam zon selesa dan hanya turun padang 5 tahun sekali.Maka hari ini setiap pengundi perlu membuka minda dan menilai sendiri perkidmatan yang telah diberikan oleh wakil rakyat yang di pilih dari parti yang mampu membawa perubahan dan bukannya satu janji dan impian yang belum tentu menjadi kenyataan.Jadilah pengundi yang bijak dalam memilih parti yang sedia memberi kidmat pada rakyat.Selamat mengundi ...walahuaalam

joostspring said...

anom..

mentang2 dah nak raya keling..lu pun ckp mcm keling eh..

kat perenggan ats lu ckp gua musang mundur sbb duk bwh kuli..lu slhkan umno..

kat perenggan bwh lak lu bgth gua musang ni maju..konon2nya kerajaan pas yg buat..

yg mana stu ni cha...

macha...isu yg diutarakan di gua musang tu isu tanah dan terletak dlm bidang kuasa kerajaan negeri iaitu pas...kl umno berkuasa 100thn dan kerajaan negeri yg perintah kelantan tu pas,xleh nak buat aper jgk kl berkaitan dgn tanah..

sblm ni umno yg berehi wat projek segera kl ada prk..

di galas kali ni pas pulak yg berehi wat projek segera..projek SIJIL tanah segera..hahahahahhaha