Thursday, November 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (841)

Pas dikifarah di Galas
(tulisan turut dihantar ke sebuah akhbar arus perdana)

WALAUPUN ramalan pencapaian majoriti dibawah dari angka yang penulis ramal dan firasatkan, namun seramai 5,324 pengundi telah memberi undi kepada Umno/BN manakala 4,134 pengundi memberi undi kepada Pas/PR menjadikan jumlah undi yang terima Umno/BN 1,190 undi lebih tinggi dari undi yang diperolehi calon Pas/PR. Dengan statistik itu, yang menang adalah Umno/BN manakala yang kalahnya adalah Pas/PR.


Umno/BN menunjukan peningkatan sokongan yang boleh membuatkan pakar-pakar politik Pas boleh pitam apabila jumlahnya menokok daripada 3,753 undi yang dipungut pada pilihanraya umum lepas, kepada 5,324 pada pilihanraya kecil kali ini, melonjak sebanyak 1,571 undi.

Manakala Pas/PR mencatatkan penjunaman pungutan undi daripada 4,399 undi yang dipungut pada pilihanraya umum lepas kepada hanya 4,139 undi pada pilihanraya kecil, merosot sebanyak 760 undi.Berdasarkan kepda statistik itu menunjukkan 760 pengundi Pas pada pilihanraya umum lepas telah lari kepada Umno/BN manakala 811 pengundi yang mungkin tidak mengundi pada pilihanraya umum lepas telah memberi undi kepada Umno/BN.

Mmungkin mereka adalah sebahagian daripada 1,557 pengundi berdaftar yang berada di luar kawasan dan dibayar sehingga RM250 oleh Pas supaya pulang mengundi telah memberi undi kepada Umno/BN.


Terbukti seloka Mursyudul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bertujuan mempersendakan taktik dan teknik Umno/BN berpolitik yang berbunyi bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi lembu erek , bagi gula kuca telah menjadi senjata makan tuan.

Walaupun berbaris panjang menerima bayaran sehigga RM250 setiap dari Pas, namun undi diberikan kepada Umno/BN dan Pas/PR kecundang di Galas, menjadikan Pas/PR berada pada posisi 'malu boleh pitih habis'.


Walaupun calon Umno/BN debek dan diperdebekkan oleh Pas/PR, namun calon berkenaan tetap menjadi pilihan majoriti pengundi Galas dan memang itulah yang telah ditentukan oleh takdir dan suratan-Nya.

Mempertikaikan keputusan itu termmasuk dalam bentuk tidak pandai menari dikatakan lantai tidak rata bermakna mempertikaikan takdir dan suratan-Nya krana kalah menang telah sedia terskrip dalam suratan takdir.Penulis yakin dan optimis dengan keyakinan penulis saya bahawa Pas akan kalah, termasuk akan kehilangan kuasa memerintah di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 kerana kifarah-Nya,

Ini adalah kerana Pas telah jauh tersasar matlamat asal penubuhannya oleh kalangan yang berpendidikan agama dalam Umno, termasuk antaranya ayahnda dan nenda kepada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Untuk memastikan Pas terus hadir dalam barisan pembangkang di negara ini, parti itu perlu bersih dari apa jua kemungkaran kerana tergilakan kemenangan kerusi dalam pilihanraya.

Ssebaliknya pimpinan terkini Pas kena menyemak dengan terperinci tujuan dan matlamat asal Pas diwujudkan dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan walapun secara teorinya jika Pas statik pada matlamat asal penubuhannya, pada teori lojikal terkini ia tidak akan mendapat sokongan.


Tidak guna Pas mempunyai sokongan yang kuat dan memiliki kerusi yang banyak kalau kemenangan dan pemilikan kerusi dalam keadaan mungkar, aktiviti dan program-program yang dijalankan juga bersalut dan bertempek-tempek dengan kemungkaran yang orang Pas sendiri boleh tahu apakah kategori kemungkaran yang sedang mensindromi dan memvirusi Pas.

Dengan sesama manusia pimpinan Pas boleh kelentong, membuat dakwaan, mepengaruhi dan berlakun suci dan murni, kononnya jauh dari bibit kemungkaran, tetapi Allah dan kalangan yang tidak ada kepentingan politik kepartian boleh nampak dan boleh tercium bau busuk Pas walaupun disembunyikan di sebalik jubah labuh, purdah, serban, kopiah dan janggut atau pun di sebalik taitle tok guru, ustaz, ustazah dan muslimah.

Pas boleh selamat kalau ianya dibentuk sebagai sebuah parti politik yang sentiasa telus dan tulus serta bersedia untuk menerima teguran, kritikan dan cadangan walaupun dari individu lekeh dan sengkek sebagaimana Umar Al-Khattab pada hari perlantikkan baginda sebagai khalifah, boleh menerima teguran dan ancaman mata pedang dari seorang lelaki tempang.

Hentikan pendekatan ketaksuban yang mirip kepada memberhalakan seseorang tokoh yang kerana terlalu dipuja, sekaligus merasakan diri hebat dari yang hebat, maka segala teguran dan pandagan orang lain dianggap hampas belaka dan apa yang dimahukan mesti dilaksanakan tanpa boleh dibantah dan dipertikaikan walapun ianya memusibahkan parti.

Pada penulis Pas akan kembali diwajahkan dan beraktivitikan sebagaimana matlamat asal penubuhannya apabila parti itu kehilangan kuasa di Kelantan dan Kedah pada pilihanraya umum ke-13 nanti dengan pimpinan yang merasakan Pas hebat dan kuat kerana pengaruh dan jihonya pula ketika itu sudah tidak lagi menjadi antara komponen penting dalam menggerakkan Pas yang mana kalau pun belum mati, barangkali akan sudah bertukar antara 'taik' dengan nasi.

14 comments:

Anonymous said...

Terimalah bala Allah, dahlah calon kalah, Pejabat Agung PAS pulak terbakar. Moga PAS muhasabah diri. Ahlinya pula hendaklah lebihkan Islam dari parti. Tahniah UMNO. Strategi pilihanraya kali ini sederhana, tidak agresif dan keterlaluan seperti PAS, tapi beroleh juga kemenangan dengan izin Allah. Ternayata strategi UMNO kali ini cukup mengesankan.

Anonymous said...

ambo setuju sgt dgn ulasan pak meli. nampak sgt perjuangan pas yg begitu tersasar drp perjuangan asal, terlencong dgn tok gurunya sendiri. kaffarah krn kata2 nyombong dan perbuatan debber tok guru agongnya sendiri. tok guru tak ser ulas faktor kekalahankah? sekalo dia ulas selalu....... kato org tu kata org ni........ INSAF2LAH...........

john said...

John ucap tahniah kepada BN dan juga kepada Abe li mulut masin (ado kasyaf jugok ko?)..Kami akan terus berusaha..segala yang baik itu adalah perancangan-Nya, segala yang kurang dan lemah adalah dari manusia..pejuang islam tidak akan luntur semangat (sedih dan kecewa ada kerana manusia itu lemah dan berperasaan) kami anggap ini sebagai salah satu cara untuk mengenalpasti kelemahan...kami pasti Islam Syumul akan dijulang...TAKBIR3X.!

melikapakjangak said...

Tuan John!
Jangan kaitkan saya dengan mulut masin, manis, masam, pahit, kelat atau pun tawar. Saya hanya manusia biasa yang membuat ramalan dan firsat berdasarkan pemerhatian, termasuk keadaan semasa.

Bagi saya melabelkan seseorang itu mulut masin atau keramat adalah suatu bentuk pemujaan dan bersifat memberhalakan sesama mnusia yang tidak patut berlaku dan menjadi suatu kefahaman bagi kita umat Islam.

Hal ini sedang mewabaki, mensindromi dan memvirusi Pas yang kena segera dibendung kalau Pas tidak mahu memerima kifarah-Nya. Mknanya Pas kena bergantung kepada Allah, bukan bergantung kepada pengaruh, kehebatan dan ketokohan dalam bentuk individu.

pemudacakna said...

BULAN tidak pernah menangis kerana ia ciptaan tuhan untuk mengindahkan alam pada waktu malam...ia adalah sebaik-baik ciptaan Yang Maha Berkuasa...bulan kadang-kadang GERHANA untuk menginsafkan manusia bahawa hidup ini janganlah riak...takbur, suka menabur fitnah dan mengadu domba...dan menyangka orang lain tidak sebaik dan semulia kita....bersyukur pada tuhan di atas qada' dan qadarnya ini...Allah huakbar!

kukujariku said...

Mimpi dan igauan meli sudah menjadi kenyataan...satu kebetulan yang aku kagum dengannya kerana aku was-was pada mulanya...kadang-kadang mimpi juga memberi pedoman untuk kita...cayalah meli!

Cikgu Di said...

Cukup menarik coretan tuan begitu juga para pengkritk yang kadang-kadang membuat tuan panas telinga.Tuan cukup cool melayani kerenah pembaca blog tuan. Syabas.. terima kasih untuk semua kerana sifat terbuka dan dapat menerima kenyataan, pandangan dan teguran. Minda kelas 1 adalah minda terbuka dan dapat membuat rumusan ke arah yang terbaik.. walahualam

Anonymous said...

Tahniah Y.B ADUN Galas yang baru, tahniah kepada Pengarah Pilihanraya BN Galas, Ku Li, dan lain2 ..... selamat berkhidmat bangunkan gua musang supaya wajah2 dan visual kemiskinan dan kemelaratan rakyat gua musang tiada lagi diTV3 atau kempen PRU/PRK akan datang....... dimana lebih 50 tahun parlimen gua musang dibawah UMNO..... kita terima dan hargai keputusan proses demokrasi walaupun masih diragui sesetengah amalannya.....

Untuk kepimpinan dan pendokong PAS, satu iktibar ghazwatul Uhud dan Hunain, kekalahan dimedan perang bukan kekalahan perjuangan, teruskan usaha dakwah & jihad.

Jangan salahkan rakyat atas tindakan mereka. Mereka bertindak mengikut fikrah dan citarasa mereka. Fikrah yang dibentuk dalam kehidupan harian mereka. Kita diantara yang sebahagian yang membentunya.

Wahai para pemimpin PAS/PR;

Bukan masa untuk kamu merebut kedudukan, tapi masa berebut memberi sumbangan.

Bukan masa kamu bermimpikan kenikmatan dunia yang sedikit, tapi kita kejarkan nikmat Allah diakhirat yang lebih baik & kekal.

Kamu adalah hanya seorang rakyat, maka hendaklah kamu dekat dengan rakyat, dampingi rakyat dan sentiasa bersama rakyat.

Janganlah kamu berlagak pembesar atau penguasa. Jangan kamu dilihat sebagai penjahat, penindas atau penzalim.

Kamu perlu tawan dan menangi hati rakyat dengan keimanan dan kesolehan .... kamu akan menangi PRU13!

Allahu Akbar!

Melilau said...

Sukanya Meli apabila Pas kalah di Galas. Aku pula suka dan tidak suka. Aku suka BN menang sebab BN kalau menang dia lupa diri, PRU boleh cantas. Aku tak suka Pas kalah sebab nampak Pas bagi jalan kapada Kuli.

Anonymous said...

Salam tuan Meli...,

Pas dikifarah di Galas

Pertama, doa tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya telah membuktikan kebenaran pada pihak yang benar untuk diangaktNya. Tahniah kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Musa Aman selaku pengarah PRK bagi DUN GALAS dan Batu Sapi serta semua petugas yang terlibat juga terima kasih kepada semua pengundi2 yang bersedia berada di jalan yang benar. Juga terima kasih kepada tuan Meli yang berani bertindak diatas catatan yang difikirkan benar.

Penjenguk Setia...

Kah!Kah!Kah! said...

Melilau said...
Sukanya Meli apabila Pas kalah di Galas. Aku pula suka dan tidak suka. Aku suka BN menang sebab BN kalau menang dia lupa diri, PRU boleh cantas. Aku tak suka Pas kalah sebab nampak Pas bagi jalan kapada Kuli.

KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

Pas bagi jalan pada Ku Li? Samapi sanggup bayar RM250 ke pengundi yang duduk di luar kawasan Galas pun Pas masih bagi jala?

KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

Pilihanraya Umum 13 selerak Kelantan. Ko guano Meli?

Anonymous said...

Kah..kah..kah.. ada yg sakit jiwa dengan kekalahan PAS di Galas. Siapa lagi kalau tidak Kah...Kah..Kah.. kahkahkah Tuiii.

Anonymous said...

TERIMA KASIH-PAS..!!!!kata Ku Li

Anonymous said...

Undi kepada PAS meme dah makin merosot... Di PRK Manek Urai, majoriti menurun mendadak kepada 56 undi sahaja.... PRK Galas dah terbalik kot.. dari menang jadi kalah.

PRU 13.., ader can bungkus lebih banyak kerusi..! Masa ni laa YB2 PAS nak gomo duit rakyat.. Diaorang tak ader byk peluang gomo duit sebab tak ader byk projek d Kelantan..., tapi boleh gomo duit komisyen balak atau pun gomo tanah kerajaan, melalui permohonan2 proksi.

Dah lamaa dah kawe kenal PAS ni...!!