Nik Aziz akan menjadi ledakan bom kepada Pas
ULAMAK dulu-dulu kalau dipuji, dikatakan akan segera diambil lumpur yang kotor dilumurkan ke muka. Tujuannya supaya tidak termakan puji dan tidak timbul rasa riak, angkoh, sombong dan bongkak dengan keilmuan yang dimiliki gara-gara pujian diterima.
Sebagai ulamak yang rata-rata distatuskan oleh pendukudung dan penyokong Pas yang taksub, malah ada semacam unsur-unsur pemberhalaan sesama manusia, Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ada unsur-unsur itu.
Apa yang diperhatikan, bila menerima pujian oleh penceramah lain ketika duduk menunggu giliran berceramah, beliau akan senyum memanjang dan tidak menampakkan wajah cemas dengan pujian yang diterima, apatah lagi samapai tahap melumur lumpur ke muka.
Padahnya, beliau seakan terlupa bahawa dengan menyenangi pujian dan pemujaan telah memberi peluang kepada syaitan dan iblis menguasai pemikiran dan pertimbangan, menyebabkan apa yang tidak patut dicakap oleh seorang yang berstatus tok guru boleh dicakap sekali gus menjadi pendirian dan prinsip hidup.
Sering kali soal takdir dan suratan-Nya dikesampingkan. Umpamanya bila Pas kalah dalam pilihanraya, beliau boleh kata gara-gara lawan dibantu oleh pengundi hantu, kerana Suruahanjaya Pilihanraya (SPR) berpihak kepada lawan, pengundi dibeli dan macam-macam andaian lagi tanpa ada keinginan untuk memuhasabah diri.
Sepatutnya caka-cakap sedemikian hanya menjadi mainan ketua-ketua cawangan yang masuk Pas tanpa dikenali dengan sebenar-benarnya apa itu Pas dan tujuan apa Pas diwujudkan, bukannya menjadi bahan percakapan seorang tokoh seperti beliau, sebaliknya beliau kena melarang kerana cakap-cakap seperti itu bersifat mempersoalkan takdir dan suratan-Nya.
Ayat wamakaru-wamarallah hanya setakat pengucapan di bibir tetapi tidak dalam bentuk istiqamah,menjadikan para pendukung dan penyokong Pas yang taksub sering melupakan kewajipan mempercayai takdir dan suaratan-Nya. Bila kalah, dituding punca kekalahan ke sana sini, tanpa ada sekelumit kesedaran untuk mencari salah sendiri.
Kerana teruja dengan pujian dan pemujaan, pandangan orang lain yang bercanggah dengan naluri sendiri tanpa mengambil kira kebaikan di sebalik keburukkan, terutama bagi jangka panjang, ditolak mandatori. Pas seolah-olah milik peribadi yang kena dicorak dan diwarnakan dengan corak dan warna yang dimahukannya sahaja.
Ilmuan seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Preseiden Pas yang menyokong gagasan presiden berhubung perpaduan Melayu dimaki dan dihina seolah-olah bekas pensyarah UIAM itu tidak kenal 'wau buta' dalam soal hukum hakam dan politik.
Kekahalan Pas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas juga masih lagi dipertikaikan suratan dan takdir-Nya apabila keputusan dengan majoriti yang begitu besar diperolehi Umno/BN diragui, malah diandaikan bahawa pengundi dipaksa mengundi Umno/BN.
Kalau pun benarlah Umno/BN paksa pengundi supaya mengundi Umno/BN atau pengundi disogok dengan berbungkah-bungkah emas, apakah Umno/BN mampu meminda dan membeli takdir dan ketentuan-Nya. Siapa menang dan siapa kalah di Galas pada hakikat dan natijahnya sudah sedia terskrip dalam ketentuan dan takdir-Nya.
Saya bersetuju dengan Saudara Zulkiflee Bakar dalam tulisannya dibawah tajuk 'Kalah Kerana Nik Aziz' Mingguan Malaysia semalam, malah bagai saya kekalahan Pas itu kerana Allah masih sayangkan Nik Aziz supaya memuhasabah diri atas nama Mursyidul Am Pas, Menteri Besar Kelantan dan tokoh yang distatuskan sebagai 'tok guru'.
Antaranya dalam menerima keputusan pilihanraya pada masa-masa akan datang, beliau tidak boleh kesampingkan soal takdir dan suratan dengan tidak menuding sana sini, sebaliknya kena berusaha segera mencari punca kenapa Pas tidak ditadirkan menang yang pastinya ada sebab dan musababnya.
Kalau Nik Aziz kekal dengan sikapnya sekarang, terutama mengekalkan tradisi setiap kenyataan dan kemahuannya dianggap oleh para pendukung dan penyokong Pas seolah-olah 'satu perkara' yang tidak boleh diingkari di samping menganggap bahawa Nik Aziz adalah roh yang menghidupkan Pas, maka Nik Aziz akan menjadi umpama bom berangkai dan peluru stinger, scip dan patriot yang akan meleburkan Pas.
Umat Melayu dan Islam pada umumnya memerlukan Pas terus hidup dan bermaya untuk menjadi pembangkang Melayu-Islam yang berfungsi memberi teguran dan cadangan dari sudut keagamaan kepada pemerintah, selari dengan tujuan dan matlamat asal penubuhannya.
Amat malang bagi umat Melayu-Islam kalau akhirnya Pas terpaksa lebur kerana menjadi mangsa pengeboman dan pelancaran peluru scud setra patriot oleh sikap Nik Aziz yang boleh menolak dengan serba lekeh pandangan kecedekiawan seperti Nasharuddin Mat Isa dan Noor Idris yang pada hakikatnya bukannya dari kelas tok guru pondok, malah dari sudut pemilikan ilmu, belum tentu Nik Aziz lebih berilmu dari keduanya.
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Nik Ajid Oh Nik Ajid. Pakat doalah biar panjang umur dan idup lama.Kalau buleh supa kawan dia, syaitan.Kalu dia hidup lama banyak lagi jenaka dan lawak hak dia buleh buat.
Nik Ajid oh Nik Ajid. Kalu PAS mene mulut dia senyap dip. kalau PAS kalah salah ko ore lain lak. Nik Ajid Oh Nik Ajid Ingat mulut masin rupa-rupanya tahi hidung yang masin. Sebab itu PAS kalah di Galas.
YA, TOK GURU DAH TAK LEH MIKIR MOLEK DAN DAH UJUB BEDO'OH DAH. KENA SEDARKAN DIA SEGERA. BERSARAKAN SAJA.
Tuan Guru Mursyid Nik Abdul Aziz, Tak gi Mekah ko tahun ini kot-kot ada orang nak sponser. Sponser itu dalam kamus PAS hadiah dan infak namanya. Fahamam !!!!
Kalau orang yang sama bagi kepada UMNO itu namanya rasuah.
Berpada-pada lah Nik Aziz, demo juga akan mati dan dipersoalkan di akhirat nanti.
Ilmuan yang terbaik sentiasa menggunakan ilmu yang dimilikki sebagai pendoman dan penyuluh jalan.Hakikat ilmu adalah roh amal yang keluar dari natijah tersebut yang kemudiannya dizahirkan dengan akhlak dan muamalak yang murni. Manakala maklumat adalah pengetahuan yang diperolehi sekadar penerimaan luaran yang belum tentu dapat diamalkan. Maka inilah perbezaan besar yang menyebabkan kekeliruan yang timbul dari ilmu dan maklumat. Apakah setelah menerima status yang diberikan maka layaklah seseorang itu diikuti 100% oleh pengikutnya tampa menggunakan neraca pertimbangan tersebut dalam menentu baik buruknya... fikir-fikirkan ..walahualam.
Sedap molek nyo gomo ko tok guru ambo awo kaloh deh. tak po..tak po..lok demo lah. Ambo tok kisoh..kito cobo pru pulok tengok jo lo sungguh ko dok prk galas ni buleh menumbaekae pas kelate..ko nok bodek tok jib jah belako nih....dari segi semangat petugas set2 ambo tok kure pun..nok tamboh lagi nih biar pengundi jugok bersemangat nok mampuskan umno!
SU MB Kelantan: Taktik kotor menangkan BN di Galas
Tulisan Zulkiflee Bakar (Mingguan Malaysia, 7 November 2010) atas tajuk “Kalah kerana Nik Aziz” adalah disanggah. Rasional sanggahan adalah berpaksikan bahawa bukan sifat sebenar Tok Guru Nik Aziz seperti mana digambarkan oleh penulis tegar Umno itu. Apa yang berlaku di bumi dan sepanjang pengamatan pelbagai pihak (termasuk pengkaji politik) terhadap perjalanan pilihan raya kecil Galas adalah amat ketara bahawa BN mencapai kemenangan disebabkan BN menggunakan kempen taktik kotor.
Nilai kekotoran kempen BN itu boleh dikaji menerusi rancangan dan tingkah laku pasukan kempen Barisan Nasional yang menang di Galas 4 November lalu. Di sini dikemukakan sekurang-kurang 10 jenis taktik kotor, jijik, mual dan bercanggah dengan nilai-nilai demokrasi yang sudah menjadi ‘makan-minum’ parti Melayu Umno pimpinan Mohd Najib.
Pertama, akhbar Utusan Malaysia (28 Nov. 2010) sehari selepas penaman calon telah menyiarkan gambar Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri menghulurkan sampul surat berisi RM300 kepada seorang warga emas, Alias Junuh. Permualaan kempen dengan sogokkan wang yang adalah bercanggah dengan Sekseyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Namun, pihak SPR diam tanpa komen dan media tidak melaporkannya sebagai sogokan atau rasuah.
Kedua, saban hari tempoh kempen berjalan, media milik Kerajaan Pusat, khususnya Radio dan TV milik Kementerian Penerangan menyiarkan laporan dan pengakuan palsu individu kononnya menjadi mangsa pengambilan tanah untuk projek Ladang Rakyat. Sedangkan penjelasan dari pihak Ladang Rakyat, bahawa tiada projek Ladang Rakyat dalam DUN Galas. Apa yang sebenar ialah sebilangan pengundi DUN Galas telah terpilih sebagai penerima deviden RM200 sebulan diberikan oleh Ladang Rakyat. Tetapi penjelasan pihak Ladang Rakyat tidak disiarkan.
Ketiga, mahkamah telah menerima pendaftaran kes tuntutan wang royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan ke atas Petronas dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu kempen. Tetapi apa yang berlaku, pihak BN telah menjanjikan dalam risalah beredar kepada pengundi bahawa royalti akan dipulangkan kepada rakyat Kelantan bila mengundi BN.
Sambungan....
Keempat, menyebar fitnah dalam internet ”Umno Online” laman rasmi Parti Umno Malaysia kononnya calon PAS terlibat dengan khalwat dengan seorang wanita yang namanya sama dengan nama ibu calon PAS, Dr. Zulkefli. Penafian Calon PAS telah dibuat sendiri oleh Dr. Zulkefli tetapi laman milik Umno itu terus memutar fitnah itu dengan fitnah baru pula, kononnya Dr. Zulkefli akan bersumpah menafikan isu khalwat di masjid. Pendekatan itu amat serius dari segi agama, mengapa ulama dan mufti tidak menegur fitnah yang jalang begitu.
Kelima, BN didapati amat rakus menggunakan jentera jabatan dan agensi Kerajaan Pusat sebagai jentera kempen BN. Ini dilakukan secara terbuka dan meloyakan. Antara yang paling jelas ialah salah guna Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA). Pihak JHEOA kemudian telah melantik Timbalan Ketua Setiausaha sebagai pegawai bertanggungjawab bagi mempastikan pengundi Orang Asli mengundi BN.
Keenam, menyebar rakaman video ungkapan seorang hamba Allah yang berperangai pelik dinamakan sebagai “Nor Deris” yang mengeluarkan kata-kata kesat dan kotor serta fitnah terhadap Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Antara fitnahnya, kononnya Tok Guru Nik Aziz tidak mahu bersalam dengannya. Sedangkan cerita sebenar, “Nor Deris” itulah yang mengaku dia tak mahu bersalam kerana melihat tangan Tok Guru Nik Aziz serupa dengan “tangan syaitan.” Rakaman itu dimuatkan dalam laman Umno Online milik Umno Malaysia yang kemudian disebarluas oleh laman-laman internet pro-Umno.
Ketujuh, media kempen BN termasuk akhbar, risalah, perayu undi dan pemimpin BN bertanggungjawab sepenuhnya menyebar laporan salah tentang kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dalam menyelesaikan permohonan milik tanah penduduk Gua Musang, termasuk melibatkan pengundi Cina di Kampung Pulai, Tanah Putih dan Kampung Baru. Pengakuan yang dibuat oleh mantan Ketua Jajahan Gua Musang, Abdullah Mat Yusoff mengenai beribu-ribu permohonan sejak sepuluh tahun terakhir ini. Malah, menurutnya berlaku kelewatan kelulusan permohonan adalah disebabkan karenah Kesedar yang tak mahu bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Namun, kenyataan Abdullah itu tidak disiarkan oleh media BN atau Umno Online.
Sambungan...
kelapan, menggunakan kakitangan Special Branch Polis (SB) bagi mendapatkan maklumat dari Bilik Gerakan PAS. Sehingga ada SB itu berjaya dikesan oleh pihak PAS atas perbuatan yang disuruh oleh BN itu. Ia jelas memperalatkan SB sebagai anggota keselamatan awam dan mempalitkan nama buruk pasukan polis atas semata-mata kepentingan BN saat pilihan raya. Jelas pihak BN tidak ada kepakaran sendiri melainkan menumpang jentera kerajaan.
Kesembilan, memfitnah Kerajaan Negeri Kelantan sebagai bertanggungjawab merosakkan punca air bersih bagi kegunaan Orang Asli. Sedangkan tanggungjawab sebenar untuk perawatan dan penjagaan serta pembinaan bekalan air bersih bagi penduduk Orang Asli ialah pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang terletak di bawah menterinya selaku Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Afdal. Sebagaimana dakwaan pihak JHEOA sendiri, tanggungjawab itu gagal dilaksanakan kerana karenah pihak kontraktor yang dikatakan menyeleweng.
Akhirnya, kesepuluh didapati di penghujung kempen, pihak pasukan kempen BN telah mengedar pembohongan berupa sogokan janji pembangunan Projek Mega berjumlah RM3.254 billion. Projek tersebut ialah Berjaya The Park (RM1.5 billion), Permata Timur (RM146 juta), Perumahan Rakyat Galas (RM180 juta), Golf Club dan Country Resort (RM856 juta), Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus cawangan Universiti Kelantan (RM316 juta). Sogokan projek mega merupakan taktik kotor/tipu (gula-gula ke atas pengundi) bertujuan memikat pengundi mengundi BN. Apa yang pasti projek mega itu dikatakan bohong kerana tiada satupun tapak projek itu yang mendapat kelulusan tanah, sedangkan semua tanah bagi apa-apa projek sekalipun terlebih dahulu perlu diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Berdasarkan 10 nilai kerja salah laku pihak BN di sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas tersebut, maka amatlah tepat kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz , betapa kemenangan BN itu disebabkan ugutan, sogokan dan tekanan ke atas pengundi.
Mungkin penilaian itu dapat diperkukuhkan lagi dengan hujah bahawa kemenangan BN adalah berkait rapat dengan strategi kotor dan taktik memfitnah ke atas pemimpin dan parti PAS serta pencapaian Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak dua dekad lalu. Apa pun, semoga pengundi Galas tidak terus tertipu selama-lamanya dengan pelbagai aktik kotor BN setiap kali pilihan raya.
Hehehehe...kalu kita ngaji ugama tinggi-tinggi tapi guna ilmu ugama untuk mengelirukan orang lain..akhir sekali kita sendiri akan jadi terkeliru..
..fatwa terbaru ialah tentang 'demonstrasi'...mentang2lah puak PASDAPPKR ni kaki demonstrasi maka difatwakan bahawa ibadat sembahyang berjumaah, Haji di Mekah merupakan satu demonstrasi juga...
...eh eh eh demo tahu ke natang gapa demonstrasi tu..nampaknya demo dah terkeliru..biarlah diri sendiri saja yang terkeliru, jangan mengelirukan orang ramai..
nanti orang kata PAS ni Parti Ajaran Songsang...
..tentang kekalahan PAS di Galas tu kena terimalah hakikat kekalahan itu..kena percaya dan terima Rukun Iman yang ke 6 tu...
Mole ulasan John. Nak lawan ketentuan dan takdir Allah. Demo ingat pengundi Galas bodo ko apo tokleh mmikir hak mana baik hok mano buru. Demo ingat Nik Aziz demo jah hok cidik. Patutlah orang Pas kena bbodo belako.
taksub membabibuta hingga ada yang anggap nik aziz wali. bantah kata-kata dia kena musibah.
wali tu walilah tapi wali utk kahwin je. hak lain ngarut jah. keangkuhan dan kesombongan serta sikap agah dan takabur ada padanya. yang salah orang yang betul dia. semua ore lain tak tahu islam dia sore jah tahu. semua fatwa politik yg dibuat kini kembali menyerang dirinya. kalu tak insaf kdiri tak tahu lah nak ulas apa lagi.
Sesekali BN menang dikawasan-kawasan pendalaman seperti UMNO di DUN Galas, PBS di Parlimen Batu Sapi, belum ni MIC di Parlimen Hulu Selangor,... para pencacainya sudah angkuh bagaikan tidak berpijak bumi...
Tak payahlah menghina yang kalah, itu proses demokrasi- ada kalah, ada menang.... dengarlah nasihat Ku Li, jangan cemuh tokoh2 pembangkang yang kalah..... Nik Aziz, Anwar, dll.. mereka adalah salah seorang negarawan yang dipinggirkan oleh sejarah UMNO saja .... bukan oleh rakyat jelata...
Nasib pada PRU 13 akan datang masih panjang dan berliku.... selalunya.. sifat takburlah yang menggagalkan diri sendiri....
Post a Comment