Sunday, November 7, 2010

MUNCUL KEMBALI (844)

Pemimpin kena sentiasa rapat dengan rakyat

SARANAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kepimpinan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turun padang bagi melihat permasalahan rakyat dan menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing patut dilihat dari skop yang lebih luas.

Ianya patut merangkumi juga kakitangan awam semua peringkat yakni dari peringkat kementerian sehinggalah kepada jabatan-jabatan peringkat jajahan, daerah dan mukim sebagai jentera kerajaan.

Sudah sampai masanya untuk wakil-wakil rakyat, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, anggota exco, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menunggu rakyat membawa masalah kepada mereka tetapi mereka kena turun kepada rakyat untuk mencari masalah dan diselesaikan.

Tidak mudah untuk rakyat datang berjumpaperdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, anggota exco, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan untuk membawa dan mengadu masalah kerana terpaksa berdepan dengan protokol berbanding dengan perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, anggota exco, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan datang kepada rakyat.

Amalan tradisi memesrai rakyat ketika berkempen pilihanraya patut dibakul-sampahkan kerana rakyat sudah matang dan berpengalaman dalam menghadapi kerenah dan tradisi orang politik dan kakitangan kerajaan yang menagamalkan sikap mesra bermusim dan ketika memerlukan undi. Lepas menang mahu menyambut wakil rakyat yang menerima budi undi dari rakyat kena diraikan dengan majlis-majlis yang menterpaksakan rakyat berbelanja besar, sepatutnya wakil rakyat yang raikan rakyat sebagai tanda balas budi.

Perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, anggota exco, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, ketua setiausaha, ketua pengarah, pengarah, ketua-ketua jabatan tidak boleh lagi bergantung kepada laporan atas kertas oleh orang bawahan yang rata-rata akan hanya melaporkan yang baik dan menyembunyikan yang buruk. Keutamaan mendapat laporan terus atau menyelami sendiri masalah yang dihadapi dan ditanggung rakyat patut dijadikan tradisi.

Sudah sampai masanya untuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, anggota exco, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, ketua setiausaha, ketua pengarah, pengarah, ketua-ketua jabatan membuat penayamaran sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab r.a. untuk mencari masalah rakyat dan diselesaikan.

Tidak akan terkikis dan tertanggal status perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, menteri besar, anggota exco, kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, ketua setiausaha, ketua pengarah, pengarah, ketua-ketua jabatan yang menyamar jadi petani, nelayan, penternak, buruh, fakir miskin, penganggur dan sebagainya bagi tujuan mendapatkan maklumat sebenar supaya rangka dan kerangka mengatasi masalah dapat dibuat dengan lebih tepat, cekap dan berkesan.

Sebaliknya rakyat jelata akan hormat, sayang dan akan sentiasa doakan kesejahteraan pemimpin yang sedemikian sifatnya, yang sanggup merasai sendiri apa yang rakyat rasakan dan bukannya hanya mendapatkannya melalui siri taklimat yang rata-rata akan diutamakan kebaikandan kejayaantetapi disembunyikan apa tidak tidak baik dan gagal.

No comments: