Saturday, November 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (854)

Menfaatkan dulu kawasan pertanian dalam negara sebelum tumpu keluar

APA pun yang menjadi pelan, rangka dan kerangka perancangan kerajaan adalah bagi kepentingan rakyat dan negara. Demikian halnya apabila kerajaan merancang mengadakan kerjasama strategik mewujudkan tapak makanan di luar negara sebagai antara usaha bagi meningkatkan bekalan makanan negara.

Saya sangat bersetujun dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rancangan itu adalah merupakan antara langkah-langkah yang diambil bagi membendung kemungkinan berlaku krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga barangan yang melampau dan kekurangan bekalan.

Cuma yang boleh ditumbulkan tanda soalnya ialah kenapa mesti mewujudkan tapak makanan di luar negara dan tidak difokus kepada dalam negara? Bukankah dengan mewujudkan tapak dalam negara, kos penyelengaraannya akan lebih murah di samping banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk warganegara.

Apakah keseluruhan sembilan juta keluasan kawasan pertanian yang merupakan lima puluh pertaus dari keluasan negara sudah benar-benar dimenfaat dan dieksploitasi bagi menampung keperluan makanan negara dan sebagai persediaan menghadapi krisi makanan.

Berdasarkan kepada fakta Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, pada tahun 2009 seluas 531,763.74 hektar kawasan pertanian terbiar. Apakah kawasan yang terbiar itu mesti dibiarkan terus terbiar tanpa diusahakan secara proaktif agar ianya memberi hasil kepada negara dalam bentuk penghasilan makanan.

Apakah negara sudah berpuashati dengan pengeluaran padi di jelapang padi negara dengan hanya 126,155 hekar di bawah MADA (Kedah), 82,000 hektar di bawah KADA (Kelantan), 66,282 hekat Sungai Manik (Perak), 199,199 hektar di Laut Barat Selangor, 104,636 hektar di Pulau Pinang, 17,307 hektar di Seberang Perak, 258,736 dibawah KETARA Terengganu dan 68,350 di bawah projek SEMERAK-KEMASIN (Kelantan) dengan jumlah keluasan keseluruhan terkini seluas 923,565 hektar.

Sebagaimana 686,950 hektar dalam kawasan-kawasan jelapang padi negara tidak sesuai untuk ditanam dengan padi dengan 482,580 daripadanya dijadikan kawasan penghasilan produk berasaskan hasil pertanian dan 204,374 diusahakan dengan tanaman bukan padi, kemungkinan besar sebahagian daripada 531,763.74 juta hektar kawasan pertanian terbiar itu sesuai untuk diusahakan dengan tanaman padi huma.

Justeru, sudah sampai masanya untuk difikirkan pnanaman padi secara alternatif dengan memodenkan dan mengkomersialkan sistem penanaman tradisi padi huma bagi menambah pengeluaran hasil beras negara di samping kena dipastikan setiap sentimeter kawasan pertanian tidak dibiarkan terbiar kerana setiap budi kepada tanah akan ada balasannya.

Harus diingat bahawa sentiasa sentimeter tanah di negara ini subur dan sesuai untuk semua jenis tanaman dan apa pun yang ditanaman tidak perlukan penjagaan dan pengawasan yang terlalu rapi. Yang perlu dirancang hanyalah dengan mengutamakan tanaman yang menjadi keperluan utama kepada negara, seperti beras yang merupakan makanan utama rakyat negara ini.

Langkah untuk memastikan dokong, duku, langsat, rambai, durian, rambutan dan pelbagai buah-buahan tempatan tidak akan hanya gugur menjadi baja tanah pada setiap musim buahan-buahan juga kena dilakukan secara proaktif kerana ianya adalah merupakan anugerah rezeki yang tidak boleh terus dibiarkan membazir.

Kepada saya peruntukkan yang besar perlu disediakan bagi mengatasi masalah pembaziran buah-buahan tempatan di samping dipastikan setiap kawasan pertanian terbiar tidak terus dibiarkan terbiar manakala sistem penanaman padi huma kena dipraktikkan secara komersial dan moden tanpa tidak terlalu memberi fokus kepada mewujudkan tapak pengeluaran makanan di luar negara bagi menampung kemungkinan krisis makanan negara.

No comments: