Saturday, November 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (855)

PRK atau PRU patut dijadikan ukuran

KENYATAAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad bahawa prestasi yang yang baik ditunjukkan Barisan Nasional (BN) pada dua pilihanraya di Kelantan bukan jaminan kepada parti itu untuk menguasai Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13 nanti bagi saya bersifat menyongsang arus.


Mustapa nampaknya tidak yakin dengan keupayaan Umno/BN yang mana di Kelantan yang beliau adalah pemimpinnya. Sikap dan kenyataan beliau itu umpama kepala keretapi yang menggunakan arang batu kekurangan bahan bakar itu.

Mana mungkin gerabak keretapi boleh meluncur dengan laju kalau kepalanya lemah dan tidak cukup tenaga untuk meluncur. Sepatutnya Mustapa kena mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, bukanya sebelum bertolak ke medan pertempuran, beliau sebagai panglima perang lemah semangat dan melangkah longlai serta memberi gambaran tentang kekalahan yang bakal dialami dalam pertempuran yang dihadapi.

Mustapa kena ingat, semasa pilihanaraya kecil (PRK) Galas, Umno/BN bukan melawan Pas tetapi melawan sebuah kerajaan kerana yang menjadi kerajaan di Kelantan adalah Pas dan UMno/BN adalah pembangkangnya. Ianya patut dijadikan ukuran pretasi dan reputasi Umno/BN di Kelantan.

Hakikatnya tidak mudah untuk pembangkang melawan sebuah kerajaan tetapi Umno/BN terbukti mampu bukan sahaja meraih kemenangan tetapi kemenangan yang dicapai juga dengan majoriti yang tinggi walaupun dari sudut standardnya, calon Pas jauh lebih standard berbanding dengan calon Umno/BN terutama dari sudut pandang Pas.

Mahu tidak mahu kena diperakukan bahawa Umno/BN sudah ada kekuatan dan keyakinan terhadap Umno/BN mula pulih dan tugas pimpinan Umno/BN, terutama Mustapa sebagai peneraju utama Umno/BN Kelantanlah untuk menambah-mantapkan lagi keyakinan rakyat sebagai pengundi.

Antaranya segala janji yang diberikan kepada pengundi kena dilaksanakan segera tanpa sebarang dalih, jangan tunggu sampai bendera dan poster parti reput. Jika janji dimungkiri dan segala kata tidak dikota, rakyat akan melihat mereka diperbodohkan dan pasti akan menggunakan kuasa undi untuk melepas geram dalam PRU-13 nanti.

Kawasan Galas bukannya besar mana pun, malah apa yang menjadi keperluan penduduk Galas, malah untuk keseluruah kawasan parlimen Gua Musang tidak akan mencecah angka RM1 bilion. Kalau pun cecah RM1 bilion, jumlah sebanyak itu bukannya besar bagi sebuah kerajaan pusat.
Sehubungan dengan itu, pada saya, walaupun janji yang dibuat pada kempen PRK Galas lebih tertumpu pada Galas semata-mata, namun dalam melaksanakan janji, adalah lebih bijak jika ianya merangkumi seluruh kawasan Parlimen Gua Musang itu sendiri.


Antara yang perlu disegerakan ialah pembaik-pulihan jalan Gua Musang-Kuala-Balah-Jeli di sekitar Meranto yang kini agak teruk dan merbahaya kepada pengguna jalanraya, pembaik-pulihan jalan Sungai Sam-Dabong-Kuala Balah di samping penurapan tar Jalan Gua Ikan-Ulu Temiang perlu disegerakan kerana ianya akan dapat membantu mencergaskan pembangunan ekonomi penduduk sekitar.

Itu adalah antara harapan penduduk ketika saya secara tidak langsung berkunjung ke kawasan bberkenaan baru-baru ini dan mereka yakin kerajaan Pas Kelantan tidak ada berkeupayaan untuk melaksanakan memandangkan masalah air pun dikatakan hanya dapat diatasi dalam tempoh 17 tahun walaupun sebelum ini kerajaan pusat telah memberi sumbangan RM500 juta bagi tujuan itu, namun kualiti air dan pembekalan air tetap pada tahap yang sama.-

1 comment:

Anonymous said...

Abe Li, ambo ada esar 500 borang kajiselidik rambang kepada 3 peringkat masyarakat Kelantan di kawasan luar bandar, daerah dan pusat bandar (di kelantan) untuk kajian pengajian ambo. 5 kumpulan sasar yang terlibat :

1) Golongan Muda (100 borang)
2) Golongan Wanita ( 100 borang)
3) Golongan dewasa/tua (100 borang)
4) Masyarakat Cina ( 100 borang)
5) Masyarakat India (100 borang)

Rumusan dari kaji selidik yang dibuat untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU 13)untuk state dan parlimen adalah seperti berikut :

a) Akan beri mandat kpd BN = 58 %
b) Mengekalkan PAS sebagai
kerajaan di Kelantan = 30 %
c) Bosan dgn Parti Politik = 06 %
d) Malas pergi mengundi = 05 %
e) Gagal memberi jawapan = 01 %

Ada yang membuat catatan tambahan bahawa mereka bosan dengan kerajaan PAS yang mentadbir terlalu lama, benci dengan parti kerana suka kata mengata dan meluat dengan Tok Guru Nik Aziz yang telah tua.

Untuk pengetahuan abe Li, ambo orang akademik, buka orang parti tapi minat kepada kajian kecenderungan dan sentimen politik.Tqvm