Saturday, November 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (856)

Anak bongsu selamat disunatkan

SYUKURLAH walaupun terketar-ketar kedua belah tangannya, anak bongsu lelaki saya Muhammad Hafizuddin, 11, telah selamat disunatkan di klinik Dr Ramzi Hassan - ananda kepada Ustaz Hassan Idris, tokoh pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) petang semalam. Allahyarha, Ustaz Hassan adalah antara individu yang sangat saya kagumi.

Pilu saya melihat anak bongsu saya terintai-intai menunggu kemunculan ibunya yang diharapkan akan memberinya semangat macam ibubapa kanak-kanak lain yang turut bersunat yang ditemani uibubapa serta datuk dan nenek masing-masing. Saya tidak boleh menemaninya di bilik sunat kerana saya tidak tahan melihat darah.

Saya minta menantu saya, Ermizi Mohd. Noor, suami kepada anak perempuan saya, Nurzilla Emillia (anak keempat), temankan. Tanpa diberitahu rupanya dia pun tidak boleh tahan melihat darah, malah dia hampir-hampir pengsan, terpaksa berlari keluar dan bawa demam sampai ke hari ini.

Nurzilla Emillia anak perempuan saya yang temankan. Saya segera jauh 'kan dri bila ketika mahu masuk bilih sunat anak saya bertanya: "ma tak mari lagi, abah?". Saya tahu ketika itu dia berharap benar agar mamanya datang. Tetapi sehingga dia selesai disunatkan, kelibat wajah mamanya pun tidak nampak.

Keluar dari bilik sunat dan sepanjang perjlanan pulang dia tidak menampakkan apa-apa kesakitan, malah seronok kerana pengalaman bersunat barangkali tidaklah sesakit sebagaimana yang disangkakannya.

Bila petang, ubat bias dah hilang power dia mula mengadu alat sulit pedih. Kakaknya memberikannya ubat yang dibekalkan klinik. Tetapi nampaknya ubat penahan sakit tidak segera memberi kesan. Kesakitan semakin teruk.

Saya dapat agak kesakitan yang teramat sangatnya apabila kaki dan tangannya kejang kerana menahan sakit dan dalam hidupnya selama 11 tahun, ini kali pertama saya dengan dia menangis dan meraung dengan demikian kuat. Lazimnya kalau dia menangis sekadar melilih airmatanya sahaja.

Air mata lelaki saya mula gugur dan lebih banyak dari air mata saya yang pernah tumpah ketika mendoakan kepada Allah agar dia diberi peluang hidup semasa terpaksa dimasukkan ke dalam inkubetor selama tiga bulan kerana dilahirkan melalui pembedahan dalam keadaan tidak cukup bulan.

Ketika itu risaunya saya kerana tulang kepalanya belum cukup round. Sebelah kepalanya lembek dan pada jangkaan saya dia akan mengalami kecacatan. Beratnya ketika lahir hanya 1.25 kilgoram.

Sepanjang tiga minggu pertama saya tidak berhenti menangis memohon kepada Allah agar dia dapat membesar dengan ikrar saya akan menjaganya dan akan menyaksikan pembesarannya. Lima anak yang lain saya tidak berpulang melihat pembesaran mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja kewartawanan yang sentiasa mengejar masa.

Syukurlah dia selamat dan setakat ini dia tidak mengalami demam-demam yang agak teruk walaupun sering menalami demam-deman ringan di samping kecerdasan mindanya sangat ketara. Berbanding dengan anak-anak yang lain, dialah yang paling rapat dengan saya.

Ketika dia meraung dan menangis menahan keperitan kerana bersunat, saya tidak tahan melihat penderitaan, malah saya memohon kepada Allah supaya memindahkan kesakitan itu kepada saya. Dalam keadaan dia sangat mengharapkan sokongan moral itu, anak perempuan saya call bini saya supaya balik.

Malangnya sehingga hari ini, bini saya tidak balik jengok tengok pun. Mujurlah setelah kira-kira empat jam meraung dan menangis tidak berhenti-henti dan saya juga menangis kerana tidak tahan membayangkan kesakitan yang ditanggung, sakitnya reda dan dia akhir tertidur.

Bila sedar dari tidur, terkeluar dari mulutnya: "ma tak ccaro ke adik. Dia pentingkan kerjanya. Adik besar, adik pun malas ccaro ko ma. Dia tak sayang ko adik" dalam kepiluan saya memperigatkanya supaya hangan bencikan ma. Dia diam tetapi berpesan jangan telefon ma. Dia tak sir jjupo.

Semuga dengan apa yang berlaku tidak akan menimbulkan rasa dendam antara seorang anak dengan seorang ibu. Dua kali saya melihat air mata anak jantan saya mengalir kerana keengganan ibunya bertemu ketika mereka ingin sangat bertemu.

Baru-baru ini anak nombor ketiha saya (lelaki) menunggu ibunya dari pagi sampai petang sebelum bertolak meninggalkan Kelantan untuk bekerja dan berdikari di luar Kelantan. Tetapi sampai saat dia melangkah turun dari rumah dalam keadaan kesedihan. ibunya terus tidak muncul, malah telefon genggamnya dioffkan.

Bukan sedikit airmatanya tumpah ketika itu dan saya dapat rasakan apabila lama dia mengucup tangan saya, air panas menitis di tangan saya. Namun saya katakan padanya bahawa ibunya sibuk dengan kerjanya dan pergilah dengan niat untuk nantinya dia akan jadi anak yang dikagumi oleh seorang ibu.

Demikianlah kerasnya hati seorang muslimat Pas yang melihat bahawa partiu yang dianuti lebih utama dari segala-galanya, termasuk lebih penting dari anak-anak. Saya yakin kerana Pas adanya spesis manusia jenis seperti itu, parti berkenaan akan terus ditimpa kifarah demi kifarah.

6 comments:

Kak Mahh said...

Berdoa lah semoga ALLAH melembutkan hatinya,insyaallah berkat doa suami dan anak-anak doa tersebut akan dimakbulkan ALLAH.

Anonymous said...

jangan salahkah parti...bini mu yg salah,dia lupa taunggunjawap dia,mu lagi bsalah,sebab mu dayus,bini mu pun mu xleh nak control,jate jenis gapo mu ni,kecek juto2...

Anonymous said...

ore tino kalu de jadi berat nati raso lah. berat bena dia. supo kuba telucut tali. habih baca artikel ni, ambo pun raso nak maroh. ma gapo lagu ni. beranok pandai. Tapi abe li ni jenis sabar gitu mo deh. Ambo tok leh setaro tu. Ambo tabik.

melikapakjangak said...

PENJELASAN:
Anonymous said...
jangan salahkah parti...bini mu yg salah,dia lupa taunggunjawap dia,mu lagi bsalah,sebab mu dayus,bini mu pun mu xleh nak control,jate jenis gapo mu ni,kecek juto2...

UNTUK makluman, sebelum bini saya tidak aktif sebagai muslimat Pas dia adalah ibu yang pengasih. Tujuan saya izinkan dia sertai Pas kerana mengharapkan dia akan mendapat bimbingan keagamaan yang betul. Saya tidak cukup ilmu untuk memuslimatkan sesiapa, termasuk bini.

Setahu saya kes bini pandang lekeh kepada tok llaki kerana taksub kepada Pas bukan kes pertama berlaku. Hakikatnya saya sebagai suami tidak jadi masalah, sehuud-huduh dan sesesak-sesak saya pun kalau saya ada keinginan untuk berbini lagi, masih ramai yang bersedia jadi bini saya.

Yang malangnya bini saya. Kerana salah terima dakwah dan tarbiyyah dia hidup dalam keadaan berdosa sekiranya saya jenis tok llaki ikut perasaan dan ada rasa marah atau tidak reda dengan apa yang dia lakukan. Pas tidak boleh jamin dia masuk syurga.

Sama ada saya dayus atau tidak itu atas penilaian Allah Maha Mengetahui. Manusia sesama manusia tidak mampu membuat penilaian tanpa prejudis. Saya tidak kontrol kerana saya harap dia dapat ilmu dengan menjadi muslimat Pas.

Tugas suami adalah mmastikan anak bini jauh dari jilatan api neraka. Saya belum cerai bukan kerana saya dayus tetapi saya mahu dia insaf bahawa apa yang sedang dilakukan adalah suatu bentuk kesesatan dan kerosakkan akidah yang perlu diperbetulkan.

Saya boleh lafas cerai dengan talak sama banyak daun kayu kayan yang bertaburan dan sama jumlah dengan buih-buih di pantai tetapi saya kena betulkan akidah dia dulu kerana dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Kalau tidak kerana dalam urat nadi anak-anak kami ada darah kami brsama, mudah untuk saya buat keputusan.

Walaupun saya tidak mengaji agama sehingga bertaraf tok guru atau setidak-tidaknya berkelas tok siak tetapi saya lepasan sekolah agama, banyak membaca dan menulis hal-hal agama.

Saya sering memikirkan tentang kepentingan orang lain melebihi diri sendiri. Lagi pun saya lebih kenali bini saya. Saya memilih mengahwinunya pun kerana bagi tujuan dakwah walaupun ketika itu saya sudah bertunang dengan orang lain.

Kerana tujuan dakwahnya juga, maka tunang saya itu bersetuju pertunangan kami diputuskan dan meredakan saya mengahwini isteri saya sekarang dan saya sentiasa ingat pesan bekas tunang saya, jika suatu ketika apa yang hakikatnya bercanggah dengan apa yang diharapkan, bersalabarlah dan berserah kepada Allah, jangan buat tindakan dan keputusan ikut perasaan, jangan lupa rujuk al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak.

Saya boleh bersabar kerana saya menunggu dan melihat hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana bila saya serah kepada Allah, saya yakin Allah akan menguruskannya. Cuma saya berdoa kepada Allah supaya janganlah bini saya ditimpa celaka dan laknat kerana perbuatannya kalau saya ada rasa marah dan dan reda, bermakna dia senyum, ketawa, menangis, makan, minum, berjalan, tidur, menyeedut dan menghembus nafas dalam dosa yang berganda atas nama bini derhaka.

Dosa juga pasti akan turut diterima oleh mana-mana pihak atau individu, termasuk pimpinan, pendukung dan penyokong yang berpihak kepadanya, apatah lagi yang mengapi-apikannya. Saya berdoa semuga semuanya akan insaf dan bertaubat nasuha kerana semakin hari kita semua semakin hampir dengan kematian.

john said...

Takpo lah penjelasan panje lebar alik tok laki doh tuh..nanti daenyo masuk mahkamah nanti kito buleh dengar alik bini dio pulok lagu mano? main dale gelanggang sendiri sedap alik tuan rumoh la..sama2 kita tungguuu hok mano betul hok mano saloh..laki bini jah hok tahuu...