Monday, November 8, 2010

MUNCUL KEMBALI (845)

Parti politik perlu ada roh

SEBAGAIMANA penulis pernah tuliskan bahawa Parti Melayu Semangat 46 (S46) terajuan Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) tidak akan mampu bertahan walaupun isteri penulis ketika itu adalah antara aktivis S46, terutama bagi kawasan Kota Bharu Kelantan, penulis juga berani tegaskan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengalami nasib yang sama dalam tempoh terdekat.


Jangan terkejut kalau PKR dikuburkan sebagaimana S46 dikuburkan dengan ahli-ahlinya secara pukal akan kembali kepada Umno manakala pecah-pecirnya mungkin akan menyertai Pas bagi ahli dari kalangan orang Melayu manakala orang India akan sertai MIC atau DAP dan Cina pula akan sertai MCA atau DAP.

Sebagaimana S46, PKR juga sebuah parti yang rapuh, parti yang tidak ada roh, bersifat kosmetik dan tidak jelas tujuan dan matlamatnya selain dari serpihan rajukan oleh kalangan yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digugurkan dari kabinet dan dipecat keahlian oleh Dr Mahathir Mohamad (kini Tun).

Kerana merasakan Anwar terniaya dan Dr Mahathir telah mengkejami Anwar, maka PKR diwujudkan dengan matlamat untuk melawan Dr Mahathir, untuk nyahkan Dr Mahathir dari kepimpinan negara.

Oleh kerana Dr Mahathir Presiden Umno ketika itu dan menjadi perdana menteri pun atas nama ahli dan pemimpim Umno, maka mahu nyah dan musnahkan Dr Mahathir, maka Umno yang kena dipunah dan dihancurkan. Antara matlamat PKR adalah untuk hancurkan Umno, hancurkan identiti dan jiwa Melayu.

Sifir yang digunakan oleh PKR sama juga dengan S46. Kedua-duanya kerana simpati dan mahu membela seorang tokoh yang mahu dinobatkan sebagai perdana menteri, S46 denga Ku Linya manakala PKR dengan Anwarnya.

Apabila Dr Mahathir sudah bukan lagi perdana menteri dan presiden Umno, PKR jadi hilang matlamat asal penubuhannya.

Kalau dikatakan PKR diwujudkan mahu membela Melayu menggantikan Umno, PKR bukan parti Melayu tetapi besifat majmuk, malah parti itu lebih mirip kepada DAP dan Gerakan yang keahliannya boleh terdiri dari pelbagai kaum dan anutan agama.

Seandainya mahu dikatakan PKR mahu menjadi model sebagai sebuah parti yang boleh menyatu-padukan keahlian yang majmuk, apakah parti itu pernah tidak berkocak, berombak, beralun dan bergelombang dari dalam.

Ikatan kerjasama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain, terutama dengan Pas dan DAP apakah kemas sebagaimana ikatan kerjasama parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Apakah kerajaan yang didomannasi Pas di Kelantan dan Kedah, yang didomanasi DAP di Pulau Pinang dan didomanasi PKR di Selangor membawa wajah dan corak kesepakatan PKR-Pas-DAP sebagaimana negeri yang dikuasai parti komponen BN yang membawa warna BN secara total atau sebaliknya lebih bersifat nafsi-nafsi.

Bukan sahaja rakyat sebagai pengundi perhati tetapi pendukung dan penyokong PKR sendiri memerhati dan mengkaji perjalanan PKR, ke mana arah tujuan dan destinasi sebenarnya.

Untuk apa mereka berdemonstrasi dan mengacau ketenteraman awam yang kononnya atas nama keperluan reformasi apabila kerajaan negeri yang berjaya ditubuh hasail kesanggupan mereka menahan pedih gas pemedih mata dan pecah muka kena belantan tidak sebaik yang diharapkan, malah nasib Melayu di Pulau Piang menjadi semakin kelabu.

Di Selangor walaupun Menteri Besar Melayu beragama Islam, apakah suara Melayu lebih laku dan sejauh mana Islamiknya Selangor dibawah kerajaan berdominankan PKR berbanding dengan semasa pemerintahan BN.

Apakah nasib orang Melayu semakin baik atau sebaliknya. Semuanya menjadi fokus pemerhatian rakyat selaku pengundi dan pendukung dan penyokong PKR sendiri. Anwar pada dasarnya tidak boleh memastiakan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sendiri diperintah dan ditadbir sebagaimana yang dimahukannya.

Malah untuk menasihati Kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selngor pun beliau tidak layak kerana masalah dalaman PKR pun tidak selesai, malah sentiasa wujud masalah-masalah baru, membuktikan bahawa suaran dan pandangan Anwar sudah tidak lagu dan tidak dihormati lagi.

PKR pasti akan menjadi semakin retak dengan kes virus terbaru oleh tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mula pecahkan tembelang tentang keadaan sebenar PKR, menyebabkab beliau menarik diri dari bertanding jawatan dalam pemilihan parti, sekaligus meletak semua jawatan dalam parti.

Sehubungan dengan itu, maka semakin jelaslah bahawa apa yang telah berlaku kepada S46 akan diulangi oleh PKR dalam tempoh terdekat apabila segala ketembusan dan ketirisan tidak boleh ditampal dan disumbat, apabila kemambaan tidak mampu dipulihkan oleh kemujaraban serbuk kopi tongkat ali dan pelbagai kopi campuran lagi termasuk kopi mak janda yang matlamatnya bukan mahu menggoda tetapi mahu berniaga.

PKR semakin kurang stamina malah sedang terancam oleh kelumpuhan kerana timbul pelbagai krisis dalaman. Kenapa keadaan itu belaku? Jawabnya kerana sebagaimana S46, PKR juga dilahirkan tanpa roh, tanpa matlamat sebagai Umno ada roh kebangsaannya manakala Pas pula ada roh Islamisme.

PKR hanya berpaksikan simpati terhadap Anwar yang mana simpati itu tidak akan kekal lama, apatah lagi kalau tokoh yang disipatikan itu semakin 'lecas', 'dawas' dan menjadi 'ular air' dalam perjuangan yang bukannya berkepentingan awam tetapi lebih kepada mencapai impian untuk menjadi perdana menteri.

Dengan apa yang sedang berlaku dalam parti yang menampakkan sikap berpihaknya kepada kalangan tertentu dalam PKR atas nama Penasihat PKR, apakah Anwar akan mampu menjadi perdana menteri yang lebih baik dan lebih adil dari perdana-perdana menteri yang telah lepas dan yang ada sekarang skiranya beliau berjaya ditakhtakan sebagai perdana menteri.
Protes yang ditunjukkan oleh Zaid akan membawa kesan parah kepada PKR kerana Zaid bukan tokoh sembarangan dan bukan kelas 'tamada' atau 'capera'. Tindakan Zaid akan menjadikan luka PKR lebih parah.


Apa pun teori yang dibuat dan apa alasan pun diberikan untuk mempertahankan PKR dari kemusnahan dan keleburan, wajah maut PKR semakin dekat dan pendukung dan penyokong taksub PKR kena bersiap untuk menerima hakiat bahawa PKR terpaksa dipusarakan tanpa nisan dan masing-masing kena pilih antara dua yakni sertai Umno kalau mahu berpihak kepada kerajaan dan pilih Pas jika mahu jadi pembangkang.

Kedua-dua parti tidak akan mengalami buruk akar macam pokok betik di musim bah kerana kedua-duanya ada roh, ada matlamat penubuhannya dan ada dentinasi untuk ditujui.

3 comments:

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...
Satu pandangan dan pendapat yang menarik yang perlu difikirkan bersama. Kerana hala tuju sesebuah badan politik adalah untuk membentuk kerajaan yang mantap , teguh dan berkemampuan dalam membina rakyat dan negara ke arah kemajuan yang sebenar seiring dengan negara lain. Jika ianya bercelaru dan asyik tendang menendang sesama kita mana mungkin ini dapat dicapai..macam dalam sebuah rumah tangga asyik berkelahi maka anak jadi mangsa makbapak berdarah hidung. Mana ada masa nak lihat dan selesai masalah dan kepentingan rakyat/ negara asyik-asyik fikir masalah yang timbul dalam parti dan bengang tak berkesudahan.....walahualam

Anonymous said...

... pengajaran besar...
satu ketika PKR, PAS cukup seronok menerima 'virus politik' dari parti2 komponen BN. Lompatan para 'virus politik' BN ke dalam PKR bukan menyegarkan tetapi melumpuhkan. Padahnya menimpa muka sendiri.

Hati-hatilah melayan para kaki lompat (bekas pemimpin atau bekas blogger) dari BN ini.

Budaya politik tempat cari makan saja. Kemudian gigit jari kita pula.

Rakyat semakin gusar. Mana satu mulut buaya, mana satu mulut harimau?

Anonymous said...

abg li,gewana koha berat nampak gu abg li hak nama MSO tu,ya kah hak orang dok kecek dia jual siasah dia ke puak nuar.