Friday, December 17, 2010

MUNCUL KEMBAI (911)

Kenapa Mesir dan negara-negara Rantau Arab takut dengan program senjata Iran?

AGENSI berita AP melaporkan dari Kaherah pada 3 Disember 2010, Presiden Mesir Hosni Mubarak memberitahu delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS) bahawa semua pihak di Rantau Arab amat takut jika Iran memiliki senjata nuklear.


Apa yang diberitahu Mubarak itu terkandung dalam satu kawat diplomatik AS pada bulan Mei 2008. Kaat itu merupakan antara berdozen-dozen dokumen diplomatik rahsia AS yang dibocorlan oleh lamanweb WiliLeacks sejak penghujung bulan November 2010.

Sehubungan dengan itu bagi Mubarak Mesir terpaksa memulakan program senjata nukleranya sendiri jika Iran berjaya dalam usaha membangunkan senjata nuklearnya.

Pastinya keinginan Mesir memulakan program senjata nuklear yang tentunya dengan bantuan AS adalah bagi mengimbangi program senjata nuklear Iran yang semakin maju menyebabkan timbul kegelisahan di kalangan kuasa besar yang tidak mahu kuasa bear mereka tergugat atau tercabar.

Matlamat Iran sebagai sebuah negara Islam membangunkan senjata nuklear adalah bagi memberi tentangan kepada musuh-musuh Islam, terutama Israel dan koncu-koncunya.

Sudah tentulah Mesir bukan sasaran permusuhan bersenjata Iran kerana umat Isslam sesama umat Islam dilrang bermusuhan kerana mereka bersaudara tanpa mengira bangsa, warna kulitu dan kelainan bahasa pertuturan, budaya dan adat resam.

Justeru adalah sesuatu yang amat pelik dan aneh kalau lalau Mesir bukan sahaja resah dan gelisah tetapi berpendirian bahawa program senjata nuklear Iran menjadi ancaman terhadap negara itu dan negara-negara di Rantau Arab.

Sepatutnya Mesir kena bimbang, marah dan resah gelisah kalau Isreal yang membesarkan perusahaan penghadilan senjata serta keghairahan AS untuk mencorakkan Asia Barat ikut acuan kuasa besar yang mahu menjadi polis dan hakim dunia.

Kembimbangan Mesir terhadap kemajuan program senjata nuklear Iran, apatah lagi kesediaan Mesir untuk memulakan program senjata nuklear bagi berdada dengan Iran yang merupakan saudara seagama adalah bersifat takutkan bayang-bayang dan mencurigai kesengotian kualiti keIslaman Iran.

Lebih bijaknya kalau Mesir dan negara-negara di Tantau Arab khususnya dan negra-negara umat Islam seluruh dunia bukan sahaja memberi sokongan moral trtapi kena membantu Iran menjayakan program senjata nuklearnya supaya pemilikan senjata umat Islam seimbang ddegan pemilikkan bukan Islam kalau pun tidak lebih baik lagi.

Berbanding dengan AS, Iran sebagai sebuah negara umat Islam lebih boleh diharap dari kemungkinan membantuMesir dan negara-negara Rantau Arab yang lain sekiranya keselamatan diancam kerana bantuan akan diberi atas semangat Islam berbanding dengan jika Pas dengan jika AS memberi bantuan yang ada laba yang dicari.

Oleh itu dari segi lojiknya, adalah sesuatu yang pelik dan sukar diterima akal apabila Mesir sebagai sebuah negara umat Islam merasa takut dengan kemajuan program senjata nuklear Iran, sebaliknya Mesir dan negara-negara di Rantau Arab patut merasa lebih selamat dan berdaya saing dengan pihak yang mnusuhi umat Islam.

4 comments:

Anonymous said...

saya sokong seratus peratus

Anonymous said...

Negara Arab sekular, Negara Umat Islam di tadbir oleh pemimpin sekular .. semuanya menjadi pak turut yahudu/ barat/ USA... sebab itu mereka takut dengan Iran tapi berkasih sayang dengan puak2 zionis.... termasuk UMNO APCO.....

Anonymous said...

PAS Khawarij hanya slogan sahaja. Senjata hanya mengkafirkan orang. Islam ditafsir sendiri. Betapa hinanya agama bila PAS Khawarij menyamakannya dengan parti. PAS Khawarij itu Islam dan Islam itu PAS Khawarij. Siapa yang undi PAS Khawarij masuk Syurga. Syurga macam hak kepunyaan mak bapak dia pulak.

Cikgu Di said...

Salam buat tuan..
Betapa jauhnya pemikiran dan perjuangan umat hari ini dengan zaman sahabat dahulu. Dengan kebangkitan Rasul maka penyatuan umat dapat disatu dan inilah rahsia kegemilangan Islam dalam sejarah hingga ke Cyprus dan terbinanya kota Cardoba yang kini tinggal sejarah.Begitu juga hari ini jika umat Islam bercakaran sesama sendiri usah mimpi disiang hari untuk bangkit semula. Inikan hendak bersatu sebutpun sudah rasa sangsi sesama sendiri apatah lagi jika dibubuh karak dipunggung maka melenting tak tentu pasal lalu saling curiga sesama kita atau bangkit asah parang untuk saling melibas sesama sendiri kerana sudah kabur siapa lawan siapa teman saudara...walahualam.