Wednesday, December 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (890)

Nik Aziz boleh terima Lim Kit Siang sebagai TPM: bukti Pas era Nikazizsme sudah tersasar dari matlamat

HAKIKAT yang tidak boleh ditolak oleh catatan sejarah politik negara ialah Pas adalah parti serpihan Umno yang dilahirkan oleh kalangan yang berpendidikan agama, terutama kalangan yang menerima pendidikan di Timur Tengah.


Peranan Pas yang dilahirkan hasil pertemuan pertama alim ulamak pada 24 November 1951 hasil inisiaitif Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim, adalah bertujuan membangkang dan membetulkan Umno dari sudut keagamaan.


Haji Ahmad. Badawi yang merupakan pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah adalah ayahnda kepada mantan Perdana Menteri Kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan antara pelajar madrasah berkenaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam.

Selain dari matlamat pengasas Pas untuk menjadi pembangkang dan penegur Umno dari sudut keislaman, mengekalkan kuasa Melayu dan Islam sebagai pemerintah utama negara adalah antara matlamat Pas kerana secara umumnya setiap orang bangsa Melayu di negara ini adalah beragama Islam.

Apabila Mursyisul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh paling pengaruh dan paling dipakai buah fikiranmya oleh Pas pada waktu ini boleh bersetuju dengan janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang bagi menubuhkan kerajaan, secara terang lagi bersuluh ianya jelas bercanggah dengan matlamat, tujuan dan fungsi Pas diasaskan.

Malah pada perhatian saya, Pas pada era Nikazizsme telah menjadikan Nik Aziz bersikap umpama tikus membaiki labu dan tupai membaiki buah manggis , menjadikan Pas semakin kehilangan identiti sebagai sebuah parti politik yang konon perjuangannya berteraskan Islam.

Seandainya majoriti rakyat, terutama majoriti pendukung dan penyokong Pas boleh terpedaya dengan pendekatan berpolitik gaya Nik Aziz pada era Pas dibayangi sindrom dan wabak Nikazizsme ini, negara pasti akan mengalami bencana besar.

Kalangan bukan Melayu bukan sahaja akan terus menguasai bidang ekonomi tetapi juga akan menguasai politik dan juga kuasa pemerintahan dan pentadbiran negara sebagaimana pada waktu ini sedang berlaku di Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu rakyat tidak boleh terikut-ikut dengan pendekatan berpolitik PKR dan Pas dengan yang cuba bermain api untuk membakar peluang dan keistimewaan Melayu sebagai bangsa pertuanan negara ini sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Jangan cuba-cuba mahu tunggu terantuk baru tengadah kerana apabila nasi sudah menjadi bubur, menangis keluar air mata darah sekali pun bubur tidak akan bertukar menjadi nasi kembali.

Biarlah pemimpin, pendudukung dan penyokong PKR dan Pas terjun dengan labunya, kita rakyat jelata jangan ikut terjun sama.

Sayangilah negara dan bangsa kita di samping hormati dan kekalkan persefahaman serta keharmonian dengan kaum-kaum lain sebagai rakan senegara tanpa sanggup mengorbankan ketuanan kerana mahu tunjuk sifat dan sikap setiakawan melampau.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali

19 comments:

john said...

"Selain dari matlamat pengasas Pas untuk menjadi pembangkang dan penegur Umno dari sudut keislaman, mengekalkan kuasa Melayu dan Islam sebagai pemerintah utama negara adalah antara matlamat Pas kerana secara umumnya setiap orang bangsa Melayu di negara ini adalah beragama Islam."

-pertanyaan ambo kepado si abe li bijok panda....Ado ko slamo ning yang pas dok tegur umno dok ambik caro? Yang slamo ni dok terus miskin dan tergadai tu pas ko yang punyo angkaro?..

ni ambo paste apo yang tok guru kato..baco molek dan terimo denga hati yang terbuko buke hati yang penuh dendam dan buke utk nok suruh abe li mem'berhala'kan tok guru..

"Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai."..

kata TGNA lagi..

"Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang MUSLIM YANG SOLEH!"

p/s: celik mato..buko hati..jange dok ulas bende hok tok tahu hujung pangkal..ni mesti ambik dari sumber utusan..

john said...

Nok lagi..hok ni dari Prof Aziz Bari pulok..abe li kure sikit nok maroh denga ore akademik aka 'bebas politik'..

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'

-Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya yang Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Dr Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

NONE "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz (kanan)."

""Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini,"

Sang Guna said...

john,
adakah lim kit siang itu seorang alim?.
Klu mengikut kata Prof aziz bari pulak, Adakah logiknya sebuah negara yg majoritinya beragama Islam dipimpin oleh seorang pemimpin bukan islam.
Cakap byk tak guna, org bukan Islam di malaysia ni blm pernah tertindas di bawah kepimpinan org Islam, tapi blm tahu lg jika bukan Islam yg memerintah, apa nasib anak2 melayu ni nanti.
Skrg ni aje diorang dah mintak mcm2 apa lagi klu dah berkuasa, terus amik je tak payah mintak2 lagi.
Ekonomi, diorang dah kontrol kita baru skrg berposak2 nak bersaing dgn diorang, cuma ada ini aje iaitu kuasa politik, takkan ini pun kita nak berikan habis.
memang byk pemimpin melayu islam yg tak guna, tapi ianya bukan dlm umno saje, pas dan pkr pun byk jugak melayu islam yg tak guna.
Jadi melayu itu harus bersatu sebenarnya utk meyingkirkan mana melayu Islam yg tak guna tu.
Yg pegi seboleh2nya nak rebut jaga hati cina tu pasal apa?.
Diorang dah hidup senang lenang kat malaysia ni tak kira walau siapa pun yg memerintah.

Zek said...

Sebenarnya Nik Aziz tak boleh dipakai lagi pendapatnya. Dah menyimpang jauh daripada perjuangan PAS zaman Uztaz Zulkifli Mohamed, Dato Asri Hj Muda.

Cuba kita perhatikan siapakah yang hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim di hari pertama perbicaraan liwatnya.

Kenapa Mat Sabu tak hadir? Kenapa Mahfuz Omar tak hadir? Kenapa Taib Azamuddin tak hadir? Kenapa Haji Hadi tak hadir untuk memberi sokongan moral pada Anwar?

Sebab mereka tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Mereka telah mendapat maklumat yang sahih mengenai perangai Anwar semasa dia berada di dalam UMNO dulu. Taklimat yang jelas telah diberi oleh Umi Hafilda, Khairuddin Abu Hassan, dan mangsa2 liwat Anwar.

Anonymous said...

pandangan ini sgt malang bg orang islam. dulu kata orang islam tak boleh angkat orang kapir jadi pemimpin. tak baik. haram. sekarang dah terbalik. saya dan keluarga tidak akan pangkah pas lagi.

Anonymous said...

Zek said...
"Kenapa Mat Sabu tak hadir? Kenapa Mahfuz Omar tak hadir? Kenapa Taib Azamuddin tak hadir? Kenapa Haji Hadi tak hadir untuk memberi sokongan moral pada Anwar?

Sebab mereka tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Mereka telah mendapat maklumat yang sahih mengenai perangai Anwar semasa dia berada di dalam UMNO dulu. Taklimat yang jelas telah diberi oleh Umi Hafilda, Khairuddin Abu Hassan, dan mangsa2 liwat Anwar."
-------------------------------------
Orang sepeti Zek & Meli .. ni adalah manusia tipikal yang "sangat beriman" dengan kata-kata pemimpin2 UMNO.. bahkahn mungkin dia merasakan perkataan2 ketua2 UMNO dan media UMNO terlalu sahih dan muktamad berbanding denmga alquran dan hadis. Quran & hadis amat ketat dengan syarat2 pengadilan & penghakiman berkaitan dengan zina, liwat dan rogol... persaksiannya saja wajib 4 orang lelaki yang adil tanpa keraguan dari unsur fitnah. Hukum zina & liwat serta rogol amat berat disisi Allah. Persaksian palsu juga dinyatakan secara khusus didalam alquran, QAZAF, dan hukumannya amat berat juga! Sedangkan penganut UMNO bermain2/bersenda2 dengan isu ZINA/LIWAT ini terutama dalam kes Anwar Ibrahim. Anwar tidak pernah melalui proses pengadilan yang betul dalam mahkamah UMNO sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah UMNO! Masyarakat awam amat ragu akan pengadilan pincang sepanjang kes beliau. Dalam m keraguan fakta bercanggah pendakwa raya UMNO, dia dihukum penjara 6 tahun. Kemudian disusuli pula dengan liwat II dizaman Dollah badawi & Najib. Pun melalui proses yang meragukkan. Apakah kita boleh juga turut menghukum berdasarkan penghakiman yang meragukakn itu?

Tiadalah yang suka menjilat najis "fitnah terhadap orang-orang mukmin" kecuali yang MUNAFIK atau DUNGGU orangnya.
Mereka, ahli fitnah, amat gembira bersekongkol dengan para pemimpin jahil lagi fasik.

Sebahagian ketua2/ pemimpin jahil lagi fasik UMNO amat cuai dengan perintah2 Allah,... sesetengah isteri2 & anak2 mereka melanggar hukum Allah secara terbuka walaupun berkali-kali menunaikan haji/ puasa / solat hari raya / perarakan maulid rasul yang ditayangkan kaca TV /akhbar.

Meninggalkan para pemimpin jahil lagi fasik terutama dalam UMNO yang korup amatlah dituntut pada ketika ini. ...

melikapakjangak said...

Nak ke saya dedahkan nama anak-anak tok wakil yang main dadah fan nama-nama bapa mereka dengan kawasan yang diakili sekali?

Nak ke saya dedah nama anak tok wakil curi motsikal dan raba jubur anak dara orang dengan kawasannya sekali?

Nak ke saya dedah nama bini pemimpin besar Pas halau penyewa rumah yang tidak berapa sega kerana gagal bayar sebulan sewa?

Nak ke saya dedah nama ketua dewan muslimat dan kedua dewan pemuda Pas satu di kawasan ditangkap berkendak dalam satu bilik di Cherating?

Nak ke saya dedah nama orang Pas (kini tok walik di satu kawasan) tarik perempuan sundal masa ikut rombongan speaker ke Hadnyai yang mana saya ikut sama dalam rombingan tu?

Nak ke saya dedah satu persatu feel perangai tok-tok wakil Pas dan pemilikkan rumah oleh tok-tok wakil Pas yang tidak sepadan dengan elaun sebagai tok wakil.

Nak ke saya dedahkan nama tok wakil yang minta kawasan lombong bijih besi, emas, kawasan balak dan kawasan ladang guna proksi?

Saya banyak maklumat peribadi tentang feel buruk tokoh dan wakil rakyat Pas ni wei. Itulah antara punca lenapa saya tidak boleh terus sokong Pas sebagaimana kalangan yang fanatik kerana mereka tak tau keadaan sebenar.

Kalau saya diasak dan terus dicabar untuk membongkar feel buruk orang Pas, saya akan dedahkan.

melikapakjangak said...

Sebagai pengamal media yang beretika, saya masih belum berhasrat untuk lakukan serangan peribadi.

Bagaimanapun pendirian saya untuk tida terus sokong Pas hendaklah dihormati sebagaimana Umno menghormati saya walaupun saya bukan orang Umno.

Masa saya bekerja dengan Urusetua Penerangan Kerajaan Pas Kelantan, orang Umno terus rapat dan mesra dengan saya kerana mereka tahu saya ukan orang parti politik.

Tetapi orang Pas menampakkan bersikap sangat tidak profesional. Serang orang boleh, bila diserang miulalah jadi macam keling minum segelas tapi mabuk 7 dozen, macam ikan lampam dan ikan juara mabuk taik.

john said...

Bagus!!!....ambo selaku penyokong pas dengan ini mencabar kepada abe li kita untuk mendedahkan apa pe'el buruk yang dipunyai oleh tok2 wokil, kaum kerabat, bini ko anok ko kerana mereka2 ini jika sekiranyo benar telah membuat onar, mako menjadi tanggungjawab abe li doh untuk membetulkan kemungkaran! Ambo cabar!! senang sikit bukan apa, supaya mereka2 ini tidak menjadi kudis dalam pas. Ingat ambo sokong pas buke kerano berhalokae individu tapi dasar ISLAM yang dimahukan. Individu buleh beruboh...AMBO CABAR!! DEDAHKAN!!! kecek dega2 tok guno..pengalamae dok dale urusetio tok guno kalu tok dipergunakan untuk membetulkan kemungkaran..jika tidak semua apa yang abe li buat ini adalah lahir dari KEKECEWAAN!

melikapakjangak said...

PEMBETULAN:
Nak ke saya dedah nama orang Pas (kini tok walik (BACA: TOK WAKIL di satu kawasan) tarik perempuan sundal (MASUK BILIK) masa ikut rombongan speaker ke Hadnyai yang mana saya ikut sama dalam rombingan tu?

joostspring said...

john..

wat lu AZIZ BARI ni spesis 'bebas politk'

hahahahahhaha

WAH HARAM MU WAH HALAL AKU...hahahahahahha

KETUANAN NIK AJIS...

hhahahahahhaa

zek said...

Anon Dis 1 2010 11.37PM:

Kamu ada jumpa secara peribadi Mat Sabu, Mahfuz Omar, Ustaz Taib, Karpal Singh, Dato Nalla, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi.

Tanya mereka secara jujur apa yang mereka tahu tentang Anwar.

Anonymous said...

Mat sabu pun pernah hadapi fitnah khalwat ....

satu lagi jika Mat Sabu, Mahfuz Omar, Ustaz Taib, Karpal Singh, Dato Nalla, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi.... tu ada bukti SILALAH MEREKA2 INI JADI SAKSI DI MAHKAMAH ... meli boleh syor pihak pendakwa raya / peguam negara panggil mereka2 ini sebagai saksi! .......

tegakkah benang basah?

Anonymous said...

Meli... berHALAkan UMNO/ Mahadir/ Najib tak apa ko???.......

Anonymous said...

salam...
utk pengetahuan zek yg baru 2 hari kenal politik...!
isu liwat anwar ni mula diketengahkan oleh MAT SABU, sewaktu Anwar masih dlm BN...bukan oleh puok2 BN. Mat Sabu dulu yg timbulkan....puok2 PAS sokong! aleh2 skrg puok PAS pulok tlg beckup Anwar...demi kepentingan politik!

Anonymous said...

Buat Anon December 3, 2010 12:39 AM

Orang PAS jah dok berhalakan Nik Ajis Kura sapa sium selipar, tungkat Ajis dan Sikit lagi jubor taik pun cium jgk. Baso jenis babok. Orang UMNO takdak hak gong mcm PAS. Kes cium Nik Ajis Kuro sebab dia jamin puak dan penyokong PAS masuk syurga. Muga syurga-syurga ni hak makpok pala bapok dia jong buat. celaka! celaka ! celaka!

Anonymous said...

Kata Anon 3 Disember 2010, 8.44 AM
"isu liwat anwar ni mula diketengahkan oleh MAT SABU, sewaktu Anwar masih dlm BN...bukan oleh puok2 BN. Mat Sabu dulu yg timbulkan....puok2 PAS sokong! aleh2 skrg puok PAS pulok tlg beckup Anwar...demi kepentingan politik!"

Ambo 100 % setuju dengan kenyataan tersebut. Yang tak setujunya ialah TOK GARU dan penjilat selipar dan tongkat saktinya. Celaka! Celaka ! Celaka!

joostspring said...

john...

kahakhakahakhakha..

john kata dia sokong pas sbb dasar pas dan bkn sbb individu..

hahahahhahahahhhahaha...

yg mu duk dokong "KETUANAN NIK AJIS KURO" tu gapo john wei...

kahakhakahkahakhakah...

mu bkn dgr pun buah jamaah pas..mu dgr buah ajis kuro jah...

hahahahhahahahahahah...

abe li..

buah kilas org sipe ngelas2...bru kesan dia ada UMPHH...hahahhaha

tggu dlm kempen PRU13 nanti abe li wajib dedah semua tu...biar org thu sapa pas sbnrnya...

hahahhahahahahahhhahahaa

Anonymous said...

Ambo sokong woh kilas ni abe li smpan dl.ms dkt kempen plhnrya ke 13 nati abe li dedah.klu napok alik pas ni berlagak sgt la abe li wat tubek la.biar rkyat th sapo pmmpin pas yg sbnrnya.pd firasat ambo,pas akan kalah pd plhnrya ni.sbgi anak muda,kami dh muak dgn propaganda pas. Kecek degar2,cari salah ore.salah sndr xnapok.bkn nk caro ko rakyat tp caro ko perut sndr,caro ko nk peruduh ore.islam ajar gini ko?islam mu!lagu ni.gapo hok krjaan pas kelate buat pd anak mudo di kelate ni?dh la kijo pyh.tok wakil sdp la kokok die blako.