Thursday, December 2, 2010

MUNCUL KEMBALI (893)

Isu perlantikan Lim Kit Siang sebagai TPM: pimpinan Pas rujuk kitab kulit berbeza?

KETUA Dewan Ulana Pas, Datuk Harun Taib tidak bertsetuju dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menamakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menerima mandat majoriti rakyat bagi penubuhan kerajaan pada pilihanraya umum ke-13 nanti.


Manakala timblannya, Dato' Ahmad Yaakub yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menyokong kemahuan Anwar yang turut menerima sokongan dari Mursyudul Am, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Malah, Ahmad menyifatkan Harun mengeluarkan kenyataan tersebut atas dasar peribadi dan bukan mewakili Dewan Ulam Pas atau pati itu sendiri. Persoalannya, kalau ketua dianggap bercakap atas sifat peribadi, apakah timbalannya pula boleh bercakap mewakili dewan atau pun parti?

Kepada Ahmad, bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tidak mustahil ianya berlaku (perlantikan orang bukan Islam senagai TMP?). Cuma yang paling tepat, katanya, perkara itu boleh ditangani sekiranya Islam diletakkan pada tempat tertinggi.

Dengan mempersetujukan kemahuan melantik penasihat parti yang terang-terang anti Islam, apakah ianya bersifat meletakkan Islam pada tempat tertinggi. Apakah Lim Kit Siang akan lebih Islamik dari Tan Sei Munhiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri pada waktu ini.

Kalau nak dikatakan persetujuan Ahmad dan bosnya Nik Aziz adalah keputusan parti, tetapi Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menegaskan PR tidak pernah membincangkan perlantikkan Lim Kit Siang sebagai TPM. Kalau PR tak buat keputusan, maknanya Pas pun tak pernah buat keputusanlah mengenainya.

Aapakah dengan kenyataannya itu, Nasharuddin bakal mengalami sejarah hitam dimaki hamun, disumpah-seranah dan persampah-sarap, malah dihalau dari jawatan ahli parlimnnya di Kelantan oleh Mursyidul Am kerana menyokong gagasan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno oleh Presiden Pas, Datuk Seri Haji Adul Awang dulu?

Nampak sangat dalam berdepan dengan banyak isu, pimpinan Pas sering menjadi setangkai tidak sebau, malah masing-masing seakan masing-masing merujuk kitab dari warna kulit yang berbeza sehingga berlaku ketidak-seragaman pandangan dan pendirian.

Apakah jika diberi mandat oleh rakyat, Pas sesama sendiri mampu menseragamkan pandangan dan pendirian, sekaligus akan memastikan setangkai akan sebau. Kalau dengan sesama Pas pun bercanggahan, macam mana dengan parti-parti lain dalam PR, tentulan lebh bercanggahan lagi.

Hakikat yang kena diterima oleh Pas dan rakan-rakan dalam PR, menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Pembangkang boleh janji apa sahaja dalam pilihanraya tetapi bila janji tidak dilaksanakan, akan diberi alasan tidak ada kuasa kerana jadi pembangkang.

Pembangkang boleh bertetorik tetapi kerajaan tidak boleh mungkir janji dan tidak boleh bermain dengan retoriksme seperti pembankang. Janji kena dilaksanakan, kebajikan rakyat dan pembangunan negara kena diutamakan. Ianya bukan satu kerja mudah.

Contohnya bila menjadi kerajaan di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, apa lebihnya neei-negeri berkenaan dari sudut mental dan fizikial jika dibanding dengan semaa bekerajaankan Umno/BN serta negeri-negeri yang terus kelah diperintah oleh Umno/BN.

Apa yang rakyat boleh diterima yang lebih baik dari semasa berkerajaankan Umno/BN selain dari disogokkan dengan pelbagai retokrisme. Yang berubah pu barangkali wakil-wakil rakyat dan amnggota exco, kalau dulu ada seorang bini, sekarang jadi pengamal poligami.

Kalau dulu pakai kereta 'Datsu Baulu' atau Honda 70cc, sekarang pakai Mazdez dan beberapa buah kereta. Kalau dulu pakai selipar jepun rongak tumit, sekarang pakai kasut berkilat. Kalau dulu sewa rumah teres pun bayarannya sering tertunggak, sekarang miliki banglo mwwah.

Apakah dengan wakil-wakil rakyat dan exco serta pimpinan parti di negeri-negeri yang dibei mandat menjadi kerajaan menjalani hidup lebih mewah dan bergaya, ianya memberi faedah kepada rakyat?

Yang akan membuat penilaian sakasma adalah rakyat yang mana ditangan mereka ada kuasa yang paling ditakuti oleh parti-parti politik bila menjelangnya pilihanraya, yakni undi. Supaya tidak terpeangkap oleh retoriksme, maka rakyatlah yang kena buat penghakiman dengan bijaksana dan profesional.

8 comments:

Anonymous said...

Niat mengundi pas.

Dulu: Sahaja aku pangkah pas untuk menegakkan negara Islam kerana Allah taala!

Sekarang: Sahaja aku mengundi pas untuk melantik Lim Kit Siang sebagai TPM kerana Allah taala???

Anonymous said...

tak usah berbalah tentang jawatan tu... tumbangkan dulu BN baru kita berkira....

PM- dari PKR/PAS-mana yang disetujui
TPM1- dari PKR/PAS-mana yang disetujui
TPM2- dari DAP -LKS- jika disetujui

...

Tumbangkan BN, tegak PR ......

Anonymous said...

sejarah terkini membuktikan perubahan tampok kepimpinan membawa sesebuah negara makin teruk dan kebelakang.
pakistan lebih teruk selepas musharraf.
indonesia lebih kacau selepas suharto.
iraq lebih mundur selepas saddam.

pada saya perubahan tidak perlu buat masa sekrg. bn sudah ok

Anonymous said...

Aku tak nampak apa yang pemimpin2 PAS akan buat melainkan untuk kemewahan hidup mereka sahaja. Tak lebih dari itu.

Hasrat PAS nak tegak negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud tu tinggal momok pemimpin2 PAS saja. Itu hanya tipu helah sahaja. Tak ada pun dalam jadual mereka sekarang. Sah, terang dan nyata bahawa saudara/saudari penyokong2 PAS kena tipu sahaja.

Rakyat sedang melihat dan mengkaji sepak terajang pembangkang.

Sekarang mereka dah jadi pemerintah kepada 5 buah negeri. Apa hebatnya kerajaan yang mereka pimpin. Rakyat telah merasa terseksa dibawah pemerintahan pembangkang.

Rakyat dulu tidak mengundi BN bukan kerana marahkan BN tetapi marahkan Pak Lah dan menantunya KJ yang telah memporakperandakan kerajaan BN.

Kerana menang terlalu besar, maka Pak Lah dan menantunya lupa diri. Mereka berdua terlalu bencikan TDM, maka diwujudkan pegawai Tingkat 4 yang dikhaskan untuk melenyapkan pengaruh TDM.

Kerajaan BN dibawah Najib jauh bezanya dengan kerajaan dibawah Pak Lah dan KJ. TDM dan penyokong2nya menyokong Najib. Dibawah Pak Lah dan KJ TDM dan penyokongnya berada di luar UMNO.

Jadi senario politik sudah berubah. PKR sudah berpecah belah. Ramai pemimpin2nya yang hebat2 telah keluar parti kerana mereka telah sedar siapa Anwar sebenarnya. Rahsia Anwar ada dalam kocek pemimpin2 PKR yang telah meninggalkan parti. Mereka ini dulunya orang yang paling rapat dengan Anwar. Sekarang mereka berada di luar. Apa menghalang mereka untuk membuka pekong Anwar.

Dato Nalla kawan rapat selama 30 tahun. Kemana Anwar pergi,maka adalah Dato Nalla. Tugas Dato Nalla ialah untuk memuaskan nafsu serakah Anwar dengan menyediakan perempuan2 yang diperlukan oleh bossnya. Ezam Mohd Nor juga pernah bertemu dengan Dato Nalla dan dia telah diberi "taklimat terpeinci" oleh bekas sahabat baik Anwar itu.

Tak percaya tanya Ezam apa yang dia telah lihat. Ezam telah teramat yakin dengan keputusannya setelah bertemu dengan Dato Nalla.
YB Ezam dah tahu segala-galanya.

Minta Anwar dan Azmin Ali saman Dato Nalla kalau berani. No way they will do it.Yakinlah sudah pasti kedua-duanya tak berani. Sebab mereka tahu bahawasanya Dato Nalla tahu cerita dalam kain mereka.

Jadi kepada penyokong2 PAS ikutlah langkah pemimpin PKR yang telah meninggalkan Ketua Umum PKR. Mereka telah bertindak bijak.

Jangan menjadi orang yang tak bijak kerana merelakan diri mengikut pemimpin yang telah disahkan oleh Mohd Sabu, Karpal Singh, Mahfuz Omar serta Ustaz Taib mengenai moral Ketua Umum PKR itu. Layarilah U Tube berkenaan pengakuan mangsa untuk lebih jelas.

Moga2 anda semua mendapat petunjuk dan hidayah. Amin.

Amal Ma'ruf Nahi Mungkar

Anonymous said...

Rasulullah SAW berkira dulu dgn pakatan Yahudi sebelum dipilih sebagai Ketua Negara Madinah melalui As Sohifah Al- Madinah. PAS pulak nak tumbangkan BN dulu baru nak berkira. Islam ke PAS yang sebelum ini konon mencontohi Sirah Nabawi.

Anonymous said...

Hahahahahahahaha........hamPAS
Dadadadadadadada........DAPig
Tokoh " Ambo Tak Tau 2010" jatuh kepada ..........

Cikgu Di said...

Salam buat tuan dan penjengok blog tuan....
Dalam negara yang mengamal dasar demokrasi majoriti yang menang dalam mana-mana pilihanraya akan dinobatkan sebagai pemerintah tulin. Jika berlaku kekurangan majoriti membentuk kerajaan maka tentunya memerlukan gabungan parti-parti yang dikira sealiran parti induk yang menang yang boleh diterima oleh pemimpin masing-masing atau dengan kata lain yang sebulu dan boleh tidur sebantal. Maka sudah jelas ini yang akan mencorak masa depan Bumi ini dan warisan anak cucu kita yang akan datang. Maka dalam menentukan pilihan kerajaan sudah tentu bukan semudah yang difikirkan dan bukan juga cuba-cubaan.Satu undi yang diberi amat bermakna untuk 5 tahun yang akan datang atau seterusnya. Dan yang paling malang jika yang kekal memerintah itu telah menjadi"cagag"
dan "pohon bunut" yang entah apa penyumbang kepada rakyat....Walahualam.

Anonymous said...

Maaf la klu ambo royat ni dgn bhasa yg xberlapik.gilo dh nate puak melayu yg sokong dap ni.apakah demo2 ni ingat bangsa cina lbh baik dr bangsa melayu,huduh2 pn bngsa kite sndr jgk.adakah cina akan jg kebajikan dn keadilan melayu bl mereka berkuasa? tgk la nsb melayu di pulau pinang lagu mana bl dap perintah negeri tu.terpinggir dn hina dibumi sendiri.pah kito nk buwi dap jd pemimpin kite lg?apa hukum kite memilih pemimpin kafir yg terang2 melawan islam utk jd pemimpin umat islam?wat mari fatwa ambo nk th jgk. Klu fatwa kato blh,ambo akn trma knytaan dgn hati terbuka dn mngkaui hakikat tu.