Friday, December 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (894)

Tok ngulu Kak Lah ada suami baru - tolong jangan kaitkan dengan saya

WALAUPUN saya anggap bini saya sudah pun mati setelah dia tinggalkan saya dan anak-anak kira-kira dua bulan yang lalu, nampaknya masih ada yang datang ke rumah mencari beliau atas kapasitinya sebagai penghulu wanita.

Semalam ada yang datang untuk memaklumkan tentang kematian ibunya dan mahu diuruskan bantuan kifalah. Saya kata bini saya dah tak ada. Dia masuk cari sampai dalam bilik. Bila gagal temui bini saya, dia kata 'takdok sungguh'.

Saya suruh ke rumah seorang lagi penghulu wanita. Katanya 'payoh bbaso. Bengkeng bedo'oh'. Saya kata saya tidak boleh bantu kerana selama ini pun saya tidak pernah ambil peduli dengan kerja buat bini saya.

Pagi ini semasa dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan untuk membeli roti untuk anak saya yang sedang dalam pantang bersunat, saya berjumpa lagi dengan orang berkenaan. Dia tanya saya 'betul ke Kak Lah tinggalkan rumah kerana gilakan jantan lain?'. Saya hanya responinya dengan ketawa.

Semasa pulang dari membeli roti, ada seorang lelaki yang lazim datang ke rumah kerana berurusan dengan bini saya berada di halaman rumah dengan enjin motosikal tidak dimatikan. Selepas memberi salam, dia bertanya saya: betul ke Kak lah dah kawin baru? Pasal apa Abe Li dengan Kak Lah bercerai?

Saya hanya ketawa dan mempelawanya naik ke rumah. Dia tidak mahu. Tanpa ditanya dia memberitahu baru-baru ini ada kawan dia jumpa dengan Kak Lah pada suatu malam sedang berjalan dengan lelaki memakai jeket hitam berbadan gempal.

Bila kawannya tanya siapa lelaki tu, Kak Lah jawab suami dialah. Saya hanya ketawa dengar laporannya dan terpaksa minta diri kerana ada kawan telefon ajak minum pagi di warung tonggeng Rais.

Nampaknya macam-macam cerita timbul tentang bini saya. Tidak hairanlah kerana dia orang ssohor, glemor, ramai kenalan dan anak buah. Kononnya bila telefon , tidak diangkat walaupun si pemanggil ada urusan yang amat penting.

Melalui posting kali ini, ingin saya tegaskan supaya apa-apa cerita tentang bini saya mohon jangan disampaikan keada saya kerana saya tidak mahu ambil peduli lagi tentang dia.

Saya anggap dia sudah mati, malah saya sudah sembahyang jenazah (ghaib) dan membaca al-Quran untuk kesejahteraan rohnya atas sifat dia sebagai ibu kepada anak-anak saya.

Setelah dia mengambil keputusan meninggalkan saya dan anak-anak tanpa dihalau, malah tanpa berlaku sebarang selisih faham, maknanya dia telah memilih jalan mati dan itulah kehebatan dan kebisaannya sebagai MUSLIMAT PAS.

Sebagai suami, saya tidak boleh MENJANJIKAN SYURGA untuknya kerana syurga bukan saya yang buat, ianya milik Allah dan siapa yang berhak menikmati syurga terpulang kepada ihsan-Nya. Yang sah, isteri yang derhaka kepada suami tidak ada ada bau syurga.

Barangkali kesetiaanya kepada parti yang diperhambakan dirinya atau dengan jaminan si lelaki yang bukan saya tetapi dia mengaku suaminya, dia boleh masuk syurga walaupun atas nama seorang isteri yang derhaka!

Soal dia nak bergalak dengan siapa yang konon kata kawan paling rapatnya dia tinggalkan saya kerana mahu memilih hidup glemor setaraf dengan standartdnya yang bergaul dengan orang ternama, orang besar-besar dan berdarjat, itu haknya dan saya tidak boleh campur dan tidak pelahap masuk campur.

Walaupun dia masih isteri saya (kerana kami belum bercerai secara sah), dia sudah ada suami baru dan mengaku sudah bersuamikan lelaki lain, itu juga haknya. Saya tidak boleh campur dan tidak pelahap masuk campur kerana sebagai muslimat Pas dia lebih mendampingi alim ulamak berbanding dengan saya.

Cuma apa yang diharapkan ialah janganlah lagi saya diganggu dengan laporan dan mesej tentang pergerakan isteri saya kerana saya tidak mahu ambil tahu, saya mahu menjalani hidup dengan cara saya sendiri bersama anak-anak.

Bagi saya bini saya dah mati dan saya mahu anak-anak saya anggap ibu mereka sudah mati. Cuma kalau boleh saya peringatkan, dalam memilih isteri, utamakanlah baka dan keturunannya kerana kalau anjing jenis makan tahi, tidak dimakan tetap akan dihidu juga.

20 comments:

Anonymous said...

meli kapak muncul kembali untuk di kapak siam.

Anonymous said...

ni lah bahananya bila ore tino d lantik sebagai ketua. tak kaba ke diri. pas pun satu hal, ahli jamaah dia buat onar, dia tak reti nk nasihat ko. lama2 pemimpin tinggi dia pn terlibat dlm hal semacam ni. mintak Allah jauhkan...

untuk abe li, mengikut pengalaman saya, kes semacam ni boleh menyebabkan fikiran kita menerewang jauh sebelum tido. maklumlah tengah patah hati lh katakan. alahai nikmatnya

Pemikir Ore Kelate said...

Dok tunggu maklum balas John pasal isu ni, sebab kak lah dengan John dalam satu jemaah, hok bai'ah samp dale PAS (Parti Ajare Sesat).

Ko dale PAS, bole buat gitu John, ada fatwa baru dari tok guru demo ko?

Pakai tudung labuh set2 tino PAS, tapi hati bau taik...tok laki letok bowoh Ju**r.

Anonymous said...

Memang hamPAS.
Layaklah kalu berkawan rapat dengan DAPig pun sebab nafsu-nafsi dok depan manakala agama dok blakang.

Anonymous said...

Abe li rasa kalu bini Abe buke muslimat Pas, dia akan jadi ggiti ke?

Saya dengar kaba, gu dia, tok ngulu juga, pun ada buah kilas.

Nyaris-nyaris kes asmaranya nak dipecah terburai dalam pilihanraya umum ke-12. Kesnya masa tu tok llaki dia sesak.

Bila berkawan dengan lembu, maka akan jadi lembulah kita. Kalu berkawe dengan beruk, maka akan jadi beruk la kita.

Silap besar Abe Li kerana dok lok bedo'oh. Takdok buah cemuru lasung.

Bokali Abe Li ingat orang lain mace perut pedal Abe belako. Tok ramai ore atas muka bumi mace Abe Li.

Akhir pasti bini Abe Li akan ttemu buku dengan ruas, Komis dean Jemaat. Maso tu baru dia tau faedahnya tok llaki dan anak-anak.

Masa sega pah jangok pulok, ramailah orang pcah lior. Tapi gat dan barang luput tarikh doh gat, nak ada harga berapo sen.

Takdok det pajok gadai nak terimo. Akhirnyo, sih inmgus retap ddinding la.

john said...

Hah..dengar ko sebeloh pihok yo lo blako la wei..set2 mu tunggu pulok buoh k.lah pulok lagu mano dae dok bcaro dale mahkamah nung! kecek degar3 nok rutuh glegar rumoh tok guno mugo dengar ko alik tok laki jah tuh..set2 mung keno pikir jugok kalu tok laki dio molek bakpo yang dio lari..ambo tok ser tuduh ko sapo2 rumoh tanggo ore tapi keno pakat pikir2 la..

p/s:pemikir ore kelate tulong pikir masaloh abe li tuh bakpo yang lagi tu tuh...

Orang Lati said...

Lagu mano pum John, bini lari dari rumoh ni ddoso. Kalu ssaloh mati toklrh masuk syurgo, kecuali Abe Li jenis pemaaf.

Hok boleh minta cerai nyo kalu Abe Li murtad, syirik, minum arak, main dadah, berzina. Abe Li buat ko kerja-kerja lagu tu?.

Demo acu try tanyo tok garu ajis demo. Lagu mano hukumnyo. Abe Li kalu dia boleh soba buleh pala sokmo, hak soh dok dalam dosonyo tok ngulu Kak Lah, pakat bersorok la para syautan, termasuk manusua tetapi berhati dan berperut pedal syaitan dan iblis.

Nampok pesen caro demo tulis macam hak lelaki berjeket hitam hak kak lah mengaku tok llaki dia tu mace demo, John.

Demo jange buat perangai John, kawe boleh tolong Abe Li ajok gu-gu gi ppakat katak kalau dok wat kotsir dengan bini orang.

Ambo dengar cerita jauh-jauh, Abe Li jaman mudo tak mudah jugok orangnya, baka Padang Jelapang.

Cuma Abe Li ni khabarnya dia tak mengamuk kotsir. Kalau cukup bukti bokali nyo boleh penyakit mano-mano ssorang.

Kita tunggu dan pakat-pakat tengok.

Mace mana pun Abe Li kena soba. Biarlah akal menguasai perasaan.

Mungkin lepas ni kalu brcerai dengan Kak Lah Abe boleh bini hak molek, hak boleh ccaro ke anak-anak cucu lebih pado mak dan mokwe sediri walaupun cumo mok dan mokwe tiri.

Anonymous said...

Abang li tolong posting gambar bini abang li, teringin jugak nak tengok, lawa sangat ka?

Hj Markoko, said...

...kawe rasa tak pelik lah mana kalu bini abe li jadi gitu..memang perangai PASDAP ni lagu tu..kalu set puak jatan suka tambah bini sebab nak ikut sunah nabi kononnya, tapi set tino pun nak ikut juga tambah tok laki..pelik sungguh, dia belajar mana pesen lagu ni..hebat sungguh muslimat PASDAP ni..mungkin akan ada fatwa baru bahawa muslimat PASDAP boleh berpoligami pakai 2 tok laki..

..tak seka dalam bertudung labuh pun nafsunya menbuak-buak walau pun dah ada tok laki yang gagah..

..Kak Yah weh tolong gat tengok2 sikit puak muslimat demo tu..ni lah akibatnya dok sain rapat sangat dengan Eli Wong Bogel tu..

melikapakjangak said...

Anonymous said...
Abang li tolong posting gambar bini abang li, teringin jugak nak tengok, lawa sangat ka?

December 5, 2010 3:44 PM

SAYA TAK ADA GAMBARNYA SAUDARA. KALAU NAK TENGOR JUGA, SAUDARA BOLEH BUKA FACEBOOK DIALAH. DALAM FACEBOOK SAYA PUN ADA TETAPI SAYA TIDAK PANDAI NAK PINDAHKAN KE BLOG.

NAK KATA LAWA TAK LAH LAWA MANA. BIASA SAHAJA. KALAU LAWA TAK 'KAN DIA NAK 'KAN SAYA KERANA SAYA PUN BUKANNYA DARI KELAS HANDSOME PUN. TAKUT DIA PERASAN LAWA DAN ORANG LAIN TENGOK DIA LAWA TAK TAU LAH SAYA.

KATANYA BULAN NI MAHKAMAH SYARIAH AKAN PANGGIL UNTUK PERBICARAAN SEKALI LAGI. PERBICARAAN BARU-BARU NI SAYA TAK HADIR KERANA TIDAK E\TERIMA SURAT. SAMA ADA PIHAK MAHKAMAH TAK HANTAR ATAU MUNGKIN ANAK-ANAK SOROK. ANAK-ANAK KALAU BOLEH TAK MAU SAYA SERAIKAN IBU MEREKA.

INSYALLAH KALAU SIHAT, SAYA AKAN HADIR KALAU TERIMA SURAT PANGGILAN PERBICARAAN. ATAS NASIHAT LAWYER SAYA DICADANGKAN MENUNTUT TEBUS TALAK DEMI MARUAH SAYA.

BILA SAYA TANYA BERAPA PATUT SAYA TUNTUT. DIA KATA DAH BERAPA TAHUN KAWIN, SAYA KATA 31 TAHUN. DIA SURUH TUNTUT RM31 JUTA. SAYA KATA MANA DIA ADA DUIT. LAWYER KATA DIA KERJA KUAT UNTUK PARTI SEHINGGA ABAIKAN SUAMI DAN ANAK-ANAK, BIAR PARTI DIALAH KUTIP DERAMA MELALUI SIRI CERAMAH PERDANA SELURUH NEGARA.

LAGI PUN KALAU DIA TAK ADA DUIT, MASAKAM DIA SANGGUP HIDUP DALAM KEADAAN BERDOSA PISAHKAN DIRI DARI SUAMI SEDANGKAN PERBUATANNYA ITU BERDOSA NESAR. MUNGKIN DIA CUKUP DUIT UNTUK BAYAR DOSANYA DENGAN DUIT. YANG BOLEH PISAHKAN DIRI BAGI TUJUAN MENGAJAR ADALAH SUAMI, BUAKNNYA ISTERI, UTU PUN KENA ADA HAD MASANYA.

SAYA TANYA KALAU SAYA DAPAT RM31 JUTA, SAYA NAK BUAT APA DUIT TU? KATA LAWYER BUAT YAASAN BAGI MEMBANTU BAPA-BAPA TUNGGAL YANG DITINGGALKAN ISTERI KERANA JATUH BANKRAP ATAU SAKIT MENCARI PENGANTI SEMENTARA MENUNGGU SAAT KEMATIAN. APA HASIL YANG AKAN SAYA DAPAT? KATANYA PAHALAH.

ADA KAWAN PULA CADANGKAN SAUA HANYA TUNTUT TEBUS TALAK 31 SEN UNTUK MEMBERI GAMBARAN NILAI BINI SAYA HANYA 31 SEN, YAKNI 1 SEN UNTUK SETAHUN JADI BINI SAYA. DUA CADANGAN ITU MEMBUATKAN SAYA KELIRU.

INSYAALLAH, SAYA AKAN CUBA DIKIR SECARA PROFESIONAL MANA YANG PATUT. YANG SAHNYA KALAU PUN NANTI DIA KEMBALI SEMULA KEPADA SAYA, KEHORMATAN SAYA KEPADANYA SEBAGAI ISTERI TIDAK SAMA DENGAN DULU LAGI. MUNGKIN SAYA ANGGAP DIA SEBAGAI MAYAT HIDUP. SAYA LAMBAT TERLUKA HATI TETAPI BILA TERLUKA PAYAH BAK SEMBUH.

KERANA ITU SAYA AKAN CUBA MENGELAK DAI RASA BENCI PADA SESAIAPA PUN, BILA SAYA BENCI SAYA AKAN BENCI SUNGGUH-SUNGGUH SEBAGAIMANA BILA SAYA SAYANG SESEORANG SAYA AKAN SAYANG SUNGGUH-SUNGGUH.

john said...

"SAYA TAK ADA GAMBARNYA SAUDARA. KALAU NAK TENGOR JUGA, SAUDARA BOLEH BUKA FACEBOOK DIALAH. DALAM FACEBOOK SAYA PUN ADA TETAPI SAYA TIDAK PANDAI NAK PINDAHKAN KE BLOG."

mintok maaf dulu deh..ambo keliru mugo bang li kato tok pandai nok masuk gambar....tapi ambo tengok panda pulok bang li boh gambar sain( rakan wartawan ) tepi blog ni nga gambar bang li sendiri. Yang sebenarnyo baik bang li terus terang la kato la "tok tegamok nok boh gambar bini ko" baru logik sikit alasan tu. Ko gambar hok ado sebeloh tu ore lain tulong mmasuk??..tanyo jah deh..wassalam..

melikapakjangak said...

Mr John
Maksud saya nak pindahkan dari gambar facebook ke blog saya tak reti.

Masa buat facebook tu saya guna pc lain tetapi pc tu rosak dan segala dokumen, termasuk gambar yang ada dalam tu. ikut kata tukang baikinya, tidak boleh diselamatkan. Di dalamnya mengandungi manuskrip buku dan PDF halaman majalah untuk dihantar cetak.

Umpamanya gambar kulit majalah Wasilatul-Ummah saya yang ada gambar Dr Asri tu, dari blog nak dipindahkan ke facebook tak boleh.

Terus terang saya mengaku dalam soal-soal teknikal ni saya tak berapa reti. Yang buat facebook saya tu anak saya yang berusia 11 tahun tolong buatkan.

Mana-mana yang yang nak tengok gambar bini saya tu buka facebooknyalah, taip ROMELAH HARUN akan keluarlah.

Banyak gambar d dalamnya. Sekarang facebook dia masih aktif lagi ke tidak saya pun tak tau. Saya pun tak tengok.

Nak tengok tuan sendiri cukup mudah, pergi Pasar Borong Wakaf Che Yeh, tanya para penjual atau petugas pemungut hasil kata nak jumpa Tok Ngulu Kak Lah pasti orang akan tunjukkan.

Saya dengar khabar dia kerja di situ. Pergi sekitar pukul 9.00 hingga 3.00 pagi pasti dia ada di situ.

Saya dengar khabar, dia diberi cuti tugasan politik selama tiga bulan dan kini dia bekerja sepenuh masa di Pasar Borong.

Itu maklumat-maklumat yang disampaikan kepada saya tetapi saya tidak ambil peduli. Itu urusan dia dan saya tak akan campur.

Dia pergi saya tak halau, kalau dia nak balik semula saya tak halang tetapi yang pasti hati saya dah terguris.

Untuk menerima sebagai sahabat barangkali boleh tetapi jadi teman tidur rasanya saya sudah tidak ada selera.

Saya amat terluka kerana setelah berkongsi hidup selama 31 tahun, dia tidak cukup kenal siapa saya sebagai suami.

Kebebasan yang saa berikan dan kewakafan saya saya terhadap muslimat Pas kerana dia amat meminati bidang politik telah disalahgunakan.

Saya anggap seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong Pas turut sama berdosa kerana telah menyebabkan sbuah rumahtangga akan hancur, kerana telah melukakan hati saya, anak-anak dan cucu-cucu saya.

Pas akan ditimpa kifarah. Pada firasat saya, Pas akan kalah dalam PRU-13 di Kalantan kerana kifarah.

Ini adalah kerana bukan saya sahaja yang berdepan dengan masalah yang saya hadapi tetapi ada pasangan lain juga yang mana atas nama muslimat Pas, suami dihina, ada yang dihalau dari rumah kerana rumah dibuat dalam tanah milik isteri.

Ada yang lebih teruk kononnya tengok tv pun haram, malah gaji suami yang kerja dengan kerajaan pusat haram dimakan kerana kerajaan dibentuk oleh Umno/BN. Tak rela dibeli makanan untuk anak-anak.

Kalau ditarbiyah dengan betul, masalah begini tidak akan berlaku. Kerana itulah pada saya tidak ada mana-mana bini wakil rakyat atau exco pun yang membenarkan bini masing-amsing seaktif bini saya dan rakan-rakannya lain. Masing-masing tidak yakin bini mereka mampu jaga kehormatan sebagai bini jika diberi kebebasan demi perjuangan.

Saya percayakan Kebijaksanaan Allah. Kerana itu saya tidak peduli dengan apa orang kata. Kalau Allah kata jodoh saya setakat ini, maka saya terima.

Kalau ditakdirkan saya ada jodoh dengan wanita lain pada usia emas begini saya bersyukur, kalau dah tak ada pun saya syukur.

Pasti apa yang bakal berlaku adalah untuk kebaikan saya dan bini saya kerana Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya keuali hamba-Nya lah yan menganiaya diri sendiri.

Lagi pun Allah hanya menguji hamba-hamba-Nya yang layak diuji sahaja.

john said...

"Kebebasan yang saya berikan dan kewakafan saya saya terhadap muslimat Pas kerana dia amat meminati bidang politik telah disalahgunakan.

Saya anggap seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong Pas turut sama berdosa kerana telah menyebabkan sbuah rumahtangga akan hancur, kerana telah melukakan hati saya, anak-anak dan cucu-cucu saya."

-Ambo simpati..kebebasan tanpa kawalan suami pun payah jugok..tok semuo manusia w'pun dale pas tu baik, bang li kan dah ade pengalaman semasa dalam Pas?..hok tu ambo pun tok brehi jadi ore lagu tu hidup dale pas ni..

mudoh pulok bang li menjatuhkan hukuman ke atas semua orang dok? kalu tok guru royak pasal dosa pahala geng2 umno maroh..bila tertimpa atah diri sendiri..ore lain dipersalahkan....(dunnia mein kitne nafratiin (hindustan) = dunia ini penuh dengan kebencian)..

Anonymous said...

kelas2 ore jangok jgk tok ngulu kak lah kita ni..hehhehehheheheheh

melikapakjangak said...

Tuan John!
Kalu kes berlaku dalam Umno tidak pelik kerana ianya parti skular...maknanya orang Umno jahil belaka, terutama dari sudut pandangan orang Pas.

Tetapi bila berlaku dalam Pas kena diambil hal kerana Pas dabik dada dipimpin, didukung dan disokong oleh orang alim belaka.

Kalau wanita Umno tak pakai tudung bukan pelik, tetapi kalau muslimat Pas pakai tudung tapi pakai seluar ketat, ianya satu masalah, apatah lagi kalau tak pakai tudung.

Dosa yang dibuat oleh orang alim lebih berat dari dosa yang dilakukan oleh orang jahil. Tugas orang alim adalah memperalimkan yang jahil, bukan menjahilkannya lagi.

Dosa yang dibuat dalam keadaan jahil ada kemungkinan akan diampuni bila dah alim yakni apabila disedari dosa yang dibuat itu berdosa dan dia bertaubat nasuha.

Tetapi dosa yang dibuat oleh orang alim tentu susah diampuni kerana dosa dibuat dengan sengaja, tahu berdosa tetapi dibuat juga.

Kerana itulah sesetengah ustaz kata sembahyang yang ditinggalkan dengan tidak sengaja, umpamanya kerana tertidur, terlupa sembahyang sehingga habis waktu atau kerana sakit dan sebab-sebab lain yang tidak memungkinkan kita sembahyang, maka kalau diqada' Allah akan terima.

Tetapi jika sengaja ditinggalkan sedangkan kita boleh lakukannya, termnasuk jamak/jamak qasar bagi yang melakukan perjalanan jauh tetapi tidak dikerjakan untuk nantinya diqada', maka kalau diqada' pun tidak akan diterima. Bagaimanapun semolek-moleknya diqada' jugalah kerana Allah Maha Pemurah Lagi maha Penyayang.

Jangan terkejut kalau saya kata ada di kalangan muslimat Pas yang datang ke rumah dan berbual dengan bini saya bercerita tentang pengalaman semasa menyertai kempen di luar Kelantan.

Kononnya dia hairan apabila ikut sembahyang berjemaah berimamkan muslimin yang ikut serta dalam rombongan, sembahyang Zohor hanya dua rakaat, lepas tu qamat lagi dan sembahyang dua rakaat lagi.

Ada rakan yang datang bersamanya tanya sembahyang apa itu. Jawab kata si pencerita tadi dia pun tak tahu. Dia hanya ikut saja.

Bila sampai masuk waktu Asyar, kerana mahu nampak alim, dia mintalah kenderaan diberhentikan untuk sembahyang Asyar.

Muslimin yang jadi imam tadi kata nak sembahyang Asyar apa lagi, tadi dah sembahyang Asyar. Katanya dia tanya macam mana ustaz kata dah sembahyang sedangkan Asyar baru masuk waktu.

Ustaz tu terangkan bahawa sembahyang Asyar sudah dijamak dengan Zohor, Para musafir diberi kelonggaran bukan sahaja boleh dijamak dua waktu sembahyang dalam satu waktu tetapi juga boleh diqasar yakni dikurangkan dari empat rakaat kepada dua rakaat.

Cuma Maghrib yang tidak boleh diqasar tetapi boleh dijamak dengan Isyak yang boleh diqasar dari empat rakaat kepada dua rakaat. Sembahyang yang tidak boleh dijamak adalah sembahyang Subuh. - BERSAMBUNG

melikapakjangak said...

Sambungan....

Ikut kata pencerita itu semua yang dengar mengangguk-anggukkan kepala menandankan kebanyakan anggota rombongan macam beliau juga, tidak tahu tentang jamak dan qasar.

Saya hanya mendengarnya dengan senyum simpul. Terdetik dalam hati kecil saya, berjuang untuk parti Islam kononnya tetapi hal-hal ibadah yang wajib dilaksanakan tidak cukup tahu.

Kalau wanita atau puteri Umno tidak tahu dalam hal-hal sedemikian bukan seperkara yang pelik tetapi bila muslimat Pas tidak tahu pasal jamak dan qasar, adalah sesuatu yang amat pelik kerana mereka sentiasa berdampingan dengan ahli ibadat dan alim ulamak kononnya di samping para ustaz dan lebai walaupun kebanyakannya dari spesis lebai kangkang.

Untuk makluman Mr John juga, soal amal ibadat dan dosa pahala ni tidak kira Umno atau Pas. Semuanya kena. Lagi pun ada fardu ain dan fardu kifayah.

Misal kata ada kes macam bini saya tinggalkan rumah dan anak-anak, atas sifatnya sebagai musklimat Pas, maka seluruh muslimat Pas, pimpinan, pendudukung dan penyokong Pas akan berdosa kalau tidak ada seorang pun muslimat, pimpinan, pendukung dan penyokong Pas yang memberi penjelasan bahawa perbuatannya itu berdosa.

Kalau diberi tarbiyyah tetapi dia tidak terima juga, barulah dosanya akan tertimpa atas kepalanya seorang.

Saya nak tarbiyyah tidak boleh kerana dia anggap saya serba jahil atas alasan saya tidak memberi sokongan pada Pas (kononnya parti Islam) walaupun saya menerima dididikan sekolah agama dan tau sedikit sebanyak hukum hakam.

Orang Umno pun kalau tidak ada seorang pun yang membuat teguran dalam kes aurat misalnya bahawa tidak tutup aurat adalah satu dosa, seluruh impinan, ahli, pendukung dan penyokong Umno akan berdosa.

Tetapi bila teguran telah dibuat tetapi tidak juga diterima-pakai, maka dosa akan ditanggung oleh individu yang tidak ambil endah terhadap teguran.

Anonymous said...

Ingat ko John tulis bersumberkan ayat Quran dan hadis. Rupa-rupanya bersumberkan Parti Asobiyyahnya (PAS) dan lirik lagu hindustan aje.

Anonymous said...

Kalau nak main politik Islam kena dalami Islam sungguh-sungguh, baru tidak jadi tukang angguk, tak 'lah taksub sampai air sisa minum tak guru jadi rebutan, selipar dan tingkat tok guru pun berebut nak jamah, kononnya nak ambil berkat.

Ini nak sembahyang hajat suruh nak lulus periksa pun minta tok guru sembahyang hajat dan ambil air taar tok guru.

Bukankah doa ibubapa dan apa yang dipohon oleh ibubapa untuk anak-anak lebih berkat dan doa serta apa yang dipohon oleh anak-anak untuk ibubapa lebih berkat dan mustajab.

Ambo nok cerita getek pasal cerita bini ambo ko, muslimat Pas jugak tapi dengan sehebat Tok Ngulu Kak Lah, mungkin Tok Ngulu Kak Lah kenal kalu ambo sebut nama. Dia lepas Maahad, Alhamdulilleh dan sangat hormati ambo, kalau parti suruh gi sertai aktiviti tetapi ambo kata toksoh gi dia tok gi. Dia dengar gemala.

Berlaku kelam kabut di kalangan makmun lelaki dan perempuan yang sertai rombongan kempen luar Kelantan juga apabila sembahyang Subuh pada pagi Jumaat pada satu masjid di Gombak berimamkan ustaz yang sertai rombongan kerana masa sampai di masjid, anak mukim dah selesai sembahyag Subuh. Mereka tengah wirid.

Si imam baca surah sejadah, lepas tu terus sujud tanpa ruku' (sujud sawi/sujud tilawah). Ramai yang kelam kabut, hanya sebilangan kecil yang ikut sujud, yang lain ada yang ruku' dulu, iktidal dan baru sujud.

Ada muslimin yang menyebut Subhanallah manakala yang wanita tepuk tangan bagi signal, ingatkan imam terlupa atau terlalai tetapi iman teruskan juga sembahyangnya. Bagaimanapun makmum ikut apa yang imam buat. Masa tu bini ambo duduk ditangga masjid kerana cuti khas yang diberi pada orang perempuan setiap bulan (bulan mari). Dia tengoklah semua gelagat tu.

Bila dah selesai soh lighah, sewaktu nak naik kenderaan balik, ramai yang kerumun imam tadi dan ada yang bertanya: ustaz pakai mazhab mana? Ustaz tergamam dan bertanya pasal awak si anu tadi tanya dia macam tu.

Yang ustaz terus sujud tanpa ruku' tu pasal apa. Bukankah kena ruku' kemudian iktidal baru sujud. Ini utaz terus sujud, kelam kabut kami di belakang. Malu kat anak mukim tengok gelagat ustaz.

Sambil mengucap subhanallah, Ustaz kata setiap kali sembahyang Subuh pada pagi Jumaat kita digalakan baca surah Sajadah dan kita dituntut sujud, sujud sawi atau sujud tilawah.

Malah dalam beberapa surah lain pun kalau jumpa ayat Sujaddan, kita dituntut sujud sawi atau sujud tilawah. Enta-enta cukup sembahyag ke tidak atau hanya pakai kopiah tetapi sembahyang jarang-jarang. Nak nak jadi pejuang Islam sembahyangnya kena cukup.

Dengan syarahan ustaz, masing-masing diam dan saling berandangan sesama sendiri. Jenis manusia macam ni 'lah yang boleh rosakkan Pas sebearnya dan jenis inilah yang taksub, yang boleh percaya sokong Pas masuk syurga, sokong Umno masuk neraka.

Hj Markoko said...

...ehehehehe...kerana kesah rumah tangga Kak Lah Tok Pengulu maka telah terdedah fael perangai hak sengoti para pejuang PAS Khawarij yang taksub gila babi..tetapi diri sendiri dalam hal Fardu Aim pun masih tak betul jalan..tah tah mandi junub pun tak betul..tapi tak mengapa itu perkara kecil saja asalkan undi PAS Khawarij pasti akan masuk 'syurga'..penyokong UMNO walau ngaji di Azhar sekali pun atau sudah bertaraf Mufti, amalan baik mereka hanya setakat lubang kubur saja seperti kata Nick aziz semasa PRK DUN Manik Urai dulu...

..Abang Li jangan bimbang mungkin banyak lagi kesah atau citer kehebatan orang PAS Khawarij akan terdedah dengan sendiri..Allah Maha Mengetahui..Maha Kuasa....

Anonymous said...

menatang meli tadok gas doh.... barang takleh pakai.... bini tak leh tunggu lg...lagipun dia dok makan jaso bini....mememang menatang meli jenis laki dayus....kalu aku jenis mu... aku kerat doh... bui makan ko anjing makan...kah...kah...kah....