Monday, December 6, 2010

MUNCUL KEMBALI (898)

Sesuatu benda menjadi bernilai kepada yang memerlukannya

KEPADA kanak-kanak duit syiling 10 sen atau 50 sen sangat berguna dan bernilai kerana dengan wang sebanyak itu mereka boleh beli gula-gula. Kepada orang dewasa, jumlah sebanyak itu tidak bernilai kerana 10 sen atau 50 sen tidak lagi boleh membeli walaupun hanya sebatang rokok.


Demikian juga dengan darjah kebesaran, kepada orang yang memerlukannya barang ianya amat bernilai, malah untuk dapatkan gelaran 'datuk' mialnya ada yang sanggup membayar sehingga RM300,000. Ada sesetengahnya 'gah' dengan gelaran datuk walaupun hanya ''Datuk Sulu' atau 'Datuk Mindanao'.

Tetapi kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah gelaran itu barangkali tidak ada keperluan baginya kerana itu beliau hanya lebih dikenali dengan Tengku Razaleigh atau 'Ku Li' tanpa ada gelaran dibubuh di depan namanya.

Kerana itu beliau menegaskan menarik darjah kebesarannya yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan terdahulu oleh tindakan Sultan Muhammad Ke-V yang merupakan cucunda saudaranya tidak mendatangkan sebarang masalah kepadanya.

Sebaliknya beliau menganggap apa yang berlaku itu bukan sesuatu yang penting kerana baginya melakukan perbuatan baik selagi hayat masih ada melebihi segala-galanya.

Cuma pada pendapat saya ada sesuatu yang tersirat di sebalik kata beliau: "Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan raja negeri yang boleh dibuang", ianya suatu petunjuk bahawa beliau tidak menyenangi apa yang berlaku dalam institusi kesultanan Kelantan dan kerana itulah gelaran untuk beliau ditarik.

Lagi pun beliau masih menganggap Sultan Ismail Petra merupakan Sultan Kelantan yang sah dan berpendapat, Sultan Ismail Petra walaupun gering masih mempunyai keupayaan menjalankan tugas-tugas sebagai sultan dan menyifatkan cara pelantikan Sultan sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Secara peribadi saya tidak yakin apa yang berlaku, terutama kes-kes penarikan balik darjah-darjah kebesaran dari Tengku Razaleigh dan gelaran kepada ramai penerima sebelum ini adalah keputusan peribadi Sultan Muhammad Ke-V yang nampaknya semacam sanggup mengaib dan menderhakai ayahnda bonda sendiri kerana takhta.

Sebaliknya baginda menerima nasihat yang berniat jahat, malah apa yang baginda ungguli ini dalam proses menaiki takhta seandainya dijejaki oleh anak-anak raja dan sultan di negeri-negeri lain, tidak mustahil insitusi keistinaan akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah tidak lama lagi.

Baginda digembar-gemburkan sebagai seorang raja yang mesra rakyat, mesra agama dan mesra masjid tetapi mana ayat al-Quran dan Hadis yang menghalalkan seorang anak mengaibkan dan menderhakai ibubapa, malah kalau anaknya muslim tetapi ibubapanya bukan muslim pun, ibubapa tetap dituntut agar dihormati.

Kelihatannya sikap mesra rakyat, mesra agama dan mesra masjid baginda telah cuba diambil kesempatan dan dimaipulasi oleh kalangan tertentu yang menyimpan dendam terhadap instutusi keistanaan, khususnya terhadap Sultan dan Raja Perempuan sehingga baginda semacam terlupa akan dosa besar kerana mengaib, melukai hati dan mendehakai ayahnda bonda.

Seluruh rakyat Kelantan, terutama alim ulamak akan berdosa kalau tidak menyembah derhaka memperingatkan baginda tentang dosa besar kerana mengaib dan menderhakai ibubapa. Kerana tidak ada yang melakukannya, maka saya mengambil peluang melalui tulisan ini untuk memperingatkan baginda dan diharap akan sampai kepada baginda, sembah derhakai dari rakyat marhain yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Sebagai bangsa Melayu yang sayangkan bangsa dan bahasa Melayu yang sangat fanatik, saya sangat menyayangi institusi keistanaan kerana raja dan sultan adalah merupakan antara benteng ketuanan Melayu.

Institusi keistinaan dan jawatan sultan atau raja akan dimusuhi oleh mereka yang anti ketuanan Melayu walapun ianya berbangsa Melayu. Golongan inilah yang akan memanipulasi kalangan tertentu dalam institusi keistanaan sendiri untuk hapuskan insitusi yang barangkali dianggap membazir dan tidak banyak memberi faedah kepada rakyat dan neger serta negara.

Justeru itu institusi keistanaan serta para sultan dan raja-raja Melayu kena lebih berhati-hati dengan golongan ini yang akan menggunakan pelbagai cara ke arah menghapuskan institusi keistimewaan dengan melihat kewujudan sultan atau raja lebih bersifat pendewaan sesama manusia.

7 comments:

wanbaki said...

Walau beriman 1000 tahun... walau disukai berjuta jelata... Derhaka ayahnda diada diduga... Walau Raja seisi alam, berdosa besar derhaka kedua ibubapa

Anonymous said...

Pandangan peribadi:

Ketaatan kepada Allah adalah bersifat MUTLAK.

Ketaatan kepada Ibubapa / suami/ guru / pemimpin adalah bersifat NISBAH - relatif & bersyarat mengikut syariatNya.

Bukti:
Nabi Ibrahim AS pernah "menyanggahi" ibubapa yang melahirkan dan menyelamatkan nyawanya dari kezaliman Namrud kerana "ketaatan kepada Allah" ....

Nabi Musa AS pernah "menyanggahi" Bapa angkatnya Raja Firaun yang menyelamatkan & membesarkanyan kerana "ketaatan kepada Allah" ....

Nabi Muhammad SAW pernah "menyanggahi" bapa saudaranya yang merayakan kelahirannya (maulid nabi) kerana "ketaatan kepada Allah" ....

Ada kisah para sahabat RA yang pernah "menyanggahi" ibubapa yang melahirkan dan membesarkan mereka kerana "ketaatan kepada Allah" ....

Iktibar:
Dalam isu istana Kelantan ini, mengapa kita tidak lihat dari sudut perkara pokok dalam "Institusi Kesultanan Muslim Melayu yang semakin tercemar" oleh kerenah sumbang dan mungkar sesetengah pemilik tahtanya...

Sejarah Institusi Kesultanan Muslim Melayu di Tanah Melayu ini bermula dari Kerajaan Islam Melaka lagi. Banyak persekitaran Institusi Kesultanan Muslim Melayu telah dikotori oleh mereka-mereka yang jahil dan fasik serta mementingkan diri sendiri!
Runtuh kesultanan Melaka kerana pegawai-pegawai tukang fitnah & kaki rasuah...
Raja-raja Melayu yang melutut kepada penjajah British hingga kita terjajah. Begitu juga dengan "penasihat-penasihat istana" yang mendorong kepada menanda tangani pembentukan "Malayan Union" dan "Perlembagaan karangan Suruhanjaya Reid" yang merugikan Melayu pada jangka panjang.... .
Kerenah "buas" dan "boros" pihak istana juga telah menjadi cerita rakyat khusus muslim melayu.....

Sebenarnya HIJRAH PEMBAHARUAN amal budaya kebaratan & kemungkaran pihak Istana kepada amal budaya ISLAM yang hakiki amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat sejak kian lamanya...

Sultan Muhamad V mungkin salah seorang tokoh hijrah dari kalangan Istana masakini.... mengapa disangsikan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan?

Anonymous said...

Persoalannya, aapakah Sultan yang digulingkan sama dengan;

1. Ibubapa Nabi Ibrahim yang melahirkan dan menyelamatkan nyawanya dari kezaliman Namrud?
2. Raja Firaun, Bapa angkat Nabi Musa?
3. Bapa saudara Rasulullah s.a.w. yang merayakan kelahirannya (maulid nabi?
4. Menyamai ibubapa para sahabat r.a. yang mengamalkan hidup secara jaliliah?

Sultan yang ada (dilucutkan jawatan) beragama Islam dan tidak menghalang rakyat jelata ke masjid untuk beribadah pun.

Yang menyebabkan "Institusi Kesultanan Muslim Melayu semakin tercemar" bukan datang dari dalam istana ttapi hasil dari mainan orang politik yang gila kuasa dan institusi istana jadi mangsa.

Yang patut dihapuskan adalah amalan demokrsai yang diimport dari barat, ianya tidak wujud pada zaman pemerintahan baginda, para sahabat dan kerajaan Islam sebelum ia lebur dan diganti dengan bentuk kerajaan yang diwajahkan oleh orientalis.

Apa yang sedang berlaku adalah ke arah menghancurkan sistem pemerintahan beraja yang sifatnya ala khalifah dan mahu digantikan dengan pemerintahan berdasarkan warna yang dicorakkan oleh orang politik gara-gara kuasa lebih diberikan kepada orang politik.

Barangkali Malaysia lebih baik diperintah tanpa campurtangan orang politik sebagai Brunei yang sentiasa stabil kerana pergerakan politik tidak laku gadai di sana.

Kita renungkan bersama degan terbuka dan profesional tanpa sebarang prejudis demi masa depan anak cucu kita.

Malang benar kalau sutan dan institsi istana menjadi alat nafsu serakah orang politik yang sanggup berbuat apa sahaja, termasuk merasa tidak ada sebarang nilai kemelayuan walaupun ianya berbangsa Melayu semata-mata kerana kepentingan politik kepartian.

Anonymous said...

PEMBETULAN:
mengamalkan hidup secara jaliliah?....BACA....mengamalkan hidup secara jahiliah?....ULANG.... jahiliah

Anonymous said...

Anon December 7, 2010 9:34 PM


Betulkah semua raja-raja melayu sekarang tiada yang amal cara hidup jahilyyah?

Hebatkah kealiman & ketaqwaan raja-raja melayu selayak para khalifah Rasulullah SAW?

Maksumkah raja-raja melayu setaraf Rasul SAW?

Betulkah raja-raja melayu sekarang tak perlu teguran dan perubahan penulinan???

Siapa yang pajak-gadai-jual tanah air sendiri seperti Pulau Singapura, Pulau Pinang, ...?

Sekiranya baginda tuanku Raja-raja Melayu masih dibawah telunjuk politik sekular kapitalis UMNO saja... ianya amat malang dan mendukacitakan seluruh umat... banyak yang HALAL MENJADI HARAM, yang HARAM MENJADI HALAL .... lihatlah fakta yang telah berlaku 50 tahun lepas!

Institusi raja adalah milik rakyat semua, bukan UMNO saja!

Anonymous said...

Demo kena ingat lepas Nabi Muhammad s.a.w. takdok nabi dan rasul doh. Makannya tidak akan ada lagi mana-mana manusia yang akan setanding dengan Rasulullah s.a.w.
Kalau tak cukur janggut sampai menyapu koho kaki pun cari manusia setanding dengan Rasulullah s.a.w. tak makan jjupo.Kalu jjupo pun jenis Ayah Pin atau Rosul Melayu hak sah sesat barat. Kalau raja-raja Melayu rasa mereka setaraf dengan Rasulullah s.a.w. gat, taraf mereka samalah dengan Ayah Pin dan Rosul Melayu. Kalau ada mana-mana individu yang rasa setaraf dengan nabi juga, sah jenis sesat. Puak-puak hak lagu ni la hok berani berani kata anak pun boleh derako dan malukan mokpok, kes mokpok amal cara hidup jahiliah.

Anonymous said...

Kalau ibubapa atau suami atau pemimpin yang terlebih dulu DERHAKA KEPADA ALLAH .. anti-sunnah, anti-hudud, anti-tutup aurat, anti-lagu "selimut putih", anti-Sekolah Agama Rakyat, anti-program quamulail anggota kerajaan/pelajar, anti-amal Islami, anti-perlembagaan syariah, anti-Islam hakiki,... kerana "muslim keturunan" lebih beraqidah ideologi sekular... Sudah tentu jika terdapat "anak/ isteri/ rakyat derhaka" atas kefasikan dan kezaliman ibubapa/ suami/ pemimpin muslim keturunan jenis ini ... sesuatu yang fitrah insan!

Fitrah insan soleh tiada redha atas kemaksiatan kepada Allah walaupun terhadap darah dagingnya.

Kesyubahatan terhadap kemaksiatan kepada Allah merupa gelaja negatif dalam komuniti mukmin.

Walaupun kaum jahiliyyah sekular dan assobiyyah cuba mainkan sentimen "KETAATAN KEPADA INSAN LAIN" yang bertalian darah sebagai justifikasi DOSA golongan mukmin dan pejuang Islamis, ianya hanya sebuah hipokrasi kaum sekular yang tipikal.

Hipokrasi UMNO pertahankan raja-raja Melayu satu sandiwara politik.
UMNO lucutkan kuasa perlembagaan raja-raja Melayu-1982,1988,..
UMNO londeh kebejatan raja-raja Melayu dizaman Mahathir, cukup trajis....
UMNO tabalkan Sultan Kelantan baru, Tengku Ibrahim Indera Putra bagi menyaingi Sultan Ismail Putra,...
UMNO keji Sultan Terengganu dengan bahasa kesat "nnate (binatang)"..

Sikap bermuka-muka dan budaya pengampu UMNO terhadap institusi istana boleh menjadi "diebetis" kepada raja-raja Melayu!

Raja-raja Melayu perlu dokongan semua rakyat bukan UMNO saja!