Titisan tinta sama nilainya dengan titisan darah syuhada
KEMAHUAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya media massa di negara ini digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan Islam sebagai agama yang cantik dan menarik patut direalitikan oleh para pengamal media.
Sama ada disedari oleh pengamal media atau sebaliknya, tugasan mereka sama peranannya dengan peranan para ulamak sekiranya tugasan yang dijalankan tidak bercanggah dengan Islam.
Sesungguhnya setiap titisan tinta pengamal media/penulis/sasterawan/wartawan, barangkali pada waktu ini boleh disamakan dengan setiap huruf yang dicatat sama ada menggunakan mesintaip atau komputer serta setiap patah yang diucap oleh pengamal media elektronik bagi tujuan dakwah, sama nilainya dengan titisan darah para syuhada.
Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan mendorong pembaca, pendengar dan penonton ke arah kemungkaran dan syirik, ianya akan menjadi kayu api neraka bagi membakar diri kerana dosa sendiri dan dosa orang yang terpengaruh dengan laporan yang dibuat.
Justeru itu, pengamal media sepatutnya kena melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu keagamaan di samping ilmu kemediaan. Setidak-tidak kena mula menulis dengan membaca Bismilleah dan menamatkannya dengan Alhamdulillah di sampin doa supaya apa yang dilaporkan tidak tersasar dari kerja dakwah.
Pada zaman ini, pengamal media juga pada hakikatnya boleh memudahkan kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh para taligh dan tablighah kerana mereka boleh menyampaikan dakwah tanpa perlu mengentuk pintu demi pintu, sebaliknya hanya akan masuk ke rumah tidak kira apa penganut agama melalui media cetak dan elektronik.
Penulis sempendapat dengan Perdana Menteri, langkah itu, yakni dakwah dan promosi tentang kemolekkan dan kesempurnaan Islam boleh dilakukan sekiranya umat Islam menguasai media massa bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat dunia.
Bila menguasai media yang sehebat Hitler pun takutkan peranan media, maka bolehlah dilakukan promosi tentang agama Islam secara tersusun dan bersungguh-sungguh serta memperkenalkan Islam yang betul kepada dunia iaitu sebagai agama yang tidak jahat dan bukan ganas.
Bagi penulis mewujudkan media cetak dan elektronik bagi tujuan dakwah adalah fardu kifayah kepada umat Islam sedunia. Umat Islam di negara ini terutama kalangan ilmuan dan para usahawan akan menanggung dosa jika usaha ke arah itu tidak dibuat dan direalitikan.
Melalui media yang dikusai umat Islam, dunia mesti diberuthau hakikat bahawa Islam sejak dahulu sentiasa memperjuangkan keamanan sejagat. Islam ini juga mengiktiraf hak individu, kebebasan beragama dan turut meletakkan wanita di tempat yang betul.
Pada penulis fardu kifayah mewujudkan media dikuasai umat Islam ke atas kerajaan yang memerintah negara ini terlaksana dengan pelancaran TV AlHijrah yang menyediakan pelbagai program bercirikan Islam.
TV AlHijrah boleh berperanan dalam mencapai objektifnya untuk memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya dan kena turut berfungsi merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan dalam masa sama masyarakat bukan Islam dapat membuang perasaan prejudis dan buruk sangka terhadap Islam.
Kalangan bukan Islam tidak patut terus dalam keadaan fobia apabila disebut perkataan Islam, sebaliknya akan menganggap masyarakat Islam sebagai rakan yang baik. Lagi pun memang itulah hakikat kerana Islam adalah agama perpaduan yangmemberi rahmat kepada sekalian makhluk.
Penulis yakin hararapan Perdana Menteri juga menjadi harapan seluruh rakyat supaya TV AlHijrah menjadi wahana perpaduan ummah dan saluran pendidikan tidak formal dalam memperkenalkan ajaran Islam yang betul, harmoni dan membawa kesejahteraan.
Wajarlah dengan tawaran program berdasarkan perspektif Islam dengan sasaran golongan belia Islam sebagai penonton utamanya oleh TV AlHijarah. Langkah itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama suci itu.
Dalam pada ittu para petugas TV AlHijrah patut berlumba-lumba merebut peluang agar apa yang dicatat dan diucap dalam setiap progra yang disiarkan akan akan sama dengan nilai titisan darah para syuhada kerana setiap apa yang dicatat dan diucap berunsur dakwah dan menyumbang ke arah mengembangkan syiar Islam.
Tuesday, December 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"KEMAHUAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya media massa di negara ini digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan Islam sebagai agama yang cantik dan menarik patut direalitikan oleh para pengamal media."
Komen drp seorang 'sahabat cyber'
hayatilah maksud ayat ini:
"Wahai orang2 yg beriman(jika sungguh kamu beriman),mengapa kamu berkata2 apa yg kamu sendiri tidak kerjakan atau beramal dengannya. Sangat besar kebencian di sisi Allah, jika kamu berkata2 atau bercakap2 apa yg kamu sndiri tidak pun melakukannya...."
PM,kita atau sesiapa pun jua jgn hanya pandai berkata2 spt seekor burung tiong yg belajar bercakap ,tetapi diri sdiri tak tau apa yg diperkatakan dan diperbuatkan.. Ketahuilah Allah tidak sesekali memandang atau mengambil kira apa yg anda cakapkan semata2 tanpa beramal dgnnya krn yg pandai berkata2 itu mungkin terpancul drp lidah manusia yg bersifat MUNAFIK..
Jadi usahkah anda terpesona hanya kerana kata2 yg indah dan punya bunga bahasa yg tinggi tapi tidak berharga di sisiNYA...
Kepada PM pelbetulkan dhulu,anak-isteri dan diri sendiri dalam bab2 hidup beragama, barulah mana manusia yg jujur didunia ini akan mengikut jejakmu.jika tidak tak usah lah belajar mgampu2,ini bukan masanya lagi...wahai meli kapak.
Post a Comment