Tentera berhak terima penyelarasan gaji
PENJAWAT jawatan politik boleh dipertiakai dan dipersoalkan dari sudut pembayaran gaji/elaun kerana bentuk tugas mereka lebih kepada bercakap dan berteori, kadang-kadang beretorik.
Tetapi penjawat awam, apatah lagi yang terlibat dalam menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam seperti tentera dan polis tidak patut dipertikaikan, apatah lagi dengki dan irihati jika mereka diberi gaji yang lebih tinggi dari yang dinikmati sekarang.
Selain dari kena mempunyai kelayakan akademi sesuai dengan status jawatan, tentera dan polis kena menjalani latihan khusus alam bentuk mental dan fizikal yang memakan masa yang agak lama dalam bidang berkaitan di samping mereka terikat dengan displin ketenteraan dan kepolisian.
Dalam pada itu tentera khususnya, terpaksa berada di hutan belantara, di lautan dan udara bagi menjaga dan mngaal keselamatan ngara, satu bntuk tugasan yang bukan semua orang boleh dan sanggup buat tanpa adanya aliran darah kepahlawanan dalam diri.
Justeru adalah amat tidak wajar kalau ada mana-mana pihak atau individu yang mempersoalkan penyelrasan skim baru gaji anggota tentera, sekurang-kuragnya akan menyamai skim gaji polis sebagai penjaga, pemantau dan pengawal ketenteraman awam.
Saya sependapat dengan dngan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bahawa gaji tentera sepatutnya lebih tinggi berbanding dngan gaji kakitangan awam yang lain.
Walaupun negara tidak ada peperangan dan tentera dikatakan banyak masa rehat dari masa bekerja, namun tugasan anggota tentera tetap bersifat mempertaruhkan darah dan nyawa.
Lagi pun masa amanlah tentera patut diberi peluang menikmati segala keselesaan kerana sekiranya berlaku perang baru gaji dinaikkan seribu kali ganda sekali pun ianya tidak akan memberi guna kerana itu wang ringit sudah tidak cukup benilai lagi.
Saya juga bersetuju bahawa persepsi masyarakat patut diperbetulkan. Angkatan tentera adalah sebuah pasukan profesional yang banyak menjaga keselamatan negara. Walaupun tidak berdepan dengan muncung senapang musuh, namun anggota tentera ttap ada tugas masa aman.
Sama ada disedari atau tidak oleh masyarakat terbanyak, angkatan tentera sering membantu mmulih dan menambah prasarana untuk dinikmati penduduk khususnya di luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli dalam keaadaan aman selepas pihak anasir subversif menghentikan perjuangan brsenjata dan menandatangani perjanjian damai.
Saturday, December 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
uumm..kat nok ngundi berkokoklah tok teri ko askar2 kito..polis lepas naik, naik..abe terak kito gak pade dok kelik pah..kelik pah jah..doh kalu nok naik gak biar realiti lah..jange dok perabis billion2 ko nok beli senjato jah..gaji pok2 terak kito lagu jah..huhuhuhu..
Post a Comment