Wakil rakyat kena sentiasa mempamerkan kewibawaan
WAKIL rakyat yang diberi mandat oleh rakyat samada mewakili parti pemerintah atau pembangkang sewajarnya kena sentiasa mempamerkan kewibawaan, prestasi dan reputasi cemerlang.
Saya amat bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa kematangan dan keibwaaan mutu perbahasan penting supaya badan perndangan negara sentiasa releven dalam melaksanakan tanggungjawab mensejahterakan rakyat.
Tugas utama wakil-wakil rakyat adalah membawa masalah rakyat ke dewan perbahasan dan menyelesaikannya dengan secepat dan semksima mungkin.
Silap besar, malah kewibawaan, prestasi dan reputasi wakil-wakil rakyat boleh dipertikaikan jika yang dibawa dan diperdebatkan adalajh hal-hal yang tidak boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Membawa masalah politik yang dianuti ke dalam persidangan adalah suatu tindakan yang sangat tidak bhijak memandangkan parlimen atau dewan negarea serta dewan-dewan undangan negeri adalah untuk perbahasan dan perdebatan antara puhak pemerintah dengan pembangkangkan untk selesaikan masalah rakyat.
Parlimen, dewan negara dan dewan-dewan undangan negeri bukan tempat untuk berbahas tentang fahaman dan kepentingan politik kepartian. Ini terbukti apabila lambang mana-mana parti politik dilarang dibawa masuk ke dalam dewan, malah wakil-wakil rakyat dilarang memakai lencana parti dalam dewan.
Tetapi oleh kerana kurang ilmu bantu dan kegagalan sestengah wakil rakyat memahami fungsi sebagai wakil rakyat, rata-rata wakil rakyat membawa masalah partoi da kepentingan parti yang wakili ke dalam persidangan walaupun ianya bersifat melanggar peraturan.
Sepatutnya hal-hal politik kepartian hanya dijadikan bahan perdebatan semasa kempen pilihanraya sahaja manakala di perlimen, dewan negara dan dewa-dewan undangan negeri adalah gelangang untuk pihak pemerintah dengan pembangkang berdepat demi kepentingan rakyat.
Wakil-wakil rakyat kena terima hakikat menerima mandat samada sebagai wakil rakyat parti pemerintah atau pembangkang dengan tugas utama mereka adalah melaksanakan tugas yang memberi faedah kepada rakyat, bukannya asyik berbahas dan berhujah tentang kepentingan parti yang diwakili.
Dalam amalan demokrasi tugas dan peranan wakil rakyat pemerintah dengan pembangkangang sama-sama penting kerana tugas wakil rakyat pemerintah melaksanakan segala dasar kerajaan manakala pembangkang tugas menegeur segala kepincangan dan kelemahan pemeintah secara profesional.
Kepincangan yang kena ditegur adalah atas sifat kerajaan, bukannya atas sifat parti yang perlu diteghur dan dilanyak sewaktu kempen pilihanraya.
Apabila rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan sedia ada walaupun pembangkang rasa tidak patut, keputusan majoriti rakyat kena diterima dan dihormati.
Mempersoalkan kerajaan, apatah lagi mengkhianati kerajaan bermakna mempersoal dan mengkhianati keputusan rakyat, sekali gus bermakna parti yang mempersoalkan keputsan rakyat mencari balah dengan rakyat.
Justeru wakilwakil trakyat samada yang mewakili pemerintah atau pun pembangkangkang kena mengupayakan diri metranformasikan institusi parlimen, dewan negara dan dewa-dewan undangan negeri sebagai badan perundangan bertaraf dunia, supaya kualitinya setaraf dengan negara-negara maju.
Di luar parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, terutama dalam edah pilihanraya bolehlah wakil-wakil rakyat melepas giat memakin, menghamun, bercakap, berbahas dan berdebat atas nama kepentingan pilutik kepartian yang diwakili.
Tetapi buila masuk parlimen atau dewaan-dewan undangan negeri, maka apa pun yang dicakap, dibahas, didebat, dikritik dan dicadangkan hendaklah atas kapasiti wakil rakyat mewakili pemerintah atau pembangkang tanpa bias kepada parti ploitik yang dianuti.
Dengan itu, maka segala perbahan, perdebatan, kritikan dan cadangan atau resolusi mestilah bersifat berkepentingan rakyat dan negara dan tidak bias kepada kepentingan parti politik yang diwakili sehingga kepentingan rakyat yang sepatutnya diberi keutamaan terabai.
Monday, December 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam,
adakala kita lihat orang politik akan cepat melenting dengan berhimpun ramai ramai jika ada perkara yang melibatkan orang islam berperangai kurang islamik, contohnya baru baru ini berpakaian busana muslim yang dikatakan tidak menepati tuntutn syarak sebaliknya dibiarkan sahaja isu padri yang menyebar dan berdakwah kristian dengan mengutuk ,mencela dan menghina agama ajaran islam bawaan nabi kita Mohammad S.A.W,saya bukanlah anti kepada perhimpunan tersebut tetapi biarlah turut sama mengambil tindakkan keatas tatakelakuan Padri yang nyata menyalahi peraturan Perlembagaan Malaysia dan bukannya hanya dengan membiarkan sahaja selagi tidak menyentuh kewibawaan mana mana parti politik tetapi disebaliknya kewibaan agama dipinggirkan....
Post a Comment