Friday, December 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (912)

Kementerian IKS satu keperluan

MAJU mundur, hebat tidaknya sesbuah negara bergantung kepada pencapaian ekonominya.
Kegagalan membina dan memantapkan ekonomi adalah kegagalan sesebuah negara, sesuatu bangsa, sesebuah masyarakat mahu pun sesebuah keluarga.


Dari sudut kaca mata Islam, kemisklinan, kedaifan dan kemerempatan dilihat mendorong kepada kemungkaan.

Maknanya Islam mahukan umatnya jadi golongan berada kerana tidak ada disebut bahana yang akan menimpa jika umat Isam kaya.

Tidak ada cara, peluang, kesempatan dan usaha yang lebih menjanjikan pemainnya kaya kecuali bidang perniagaan.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. sendiri mengesakan bahawa 99% sumber rezeki ada dalam perniagaan. Berniaga adalah merupakan pekerjaan terawal baginda selain dari menternak.

Penegasan Rasulullah s.a.w. itu terbukti benar apabila rata-rata mereka yang kaya, samada yang terkaya bertaraf dunia atau negara, daerah, mukim dan kampung adalah kalangan para peniaga.

Perniagaan pula kena dilakukan secara serius, tidak boleh dianggap sebagai hobi atau bagi mengisi lapang.

Sebaliknya berniaga memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi, kesabaran serta ketahanan mental dan fizikal.

Mereka yang berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang memulakan dari bawah, dimulakan secara kecil-kecilan sebagai proses belajar membina pengalaman.

Justeru adalah amat wajar jika pihak kerajaan dan badan-badan berkanun memberi penekanan dalam melahirkan dan menyelia perkembangan usahawan pada peringkat permulaan keterlibatan dalam perniagaan.

Mereka pastinya yang terkategori sebagai pemain industri kecil dan sederhana (IKS) yang jumlahnya jauh lebih besar dari bilangan tokoh-tokoh korporat, malah berdasarkan kepada satu perangkaan, pada tahun 2000 terdapat 190,000 orang rakyat asing bekerja dengan para usahawan IKS.

Maknanya IKS mampu memberikan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. Wajarlah jika IKS diberi lebih perhatian.

Sehubungan dengan itu gesaan Konsortium Usahawan Makanan Dan Industru Asas Tani Sdn Bhd (Komitra) supaya kerajaan segera mewujudkan Kementerian Industri Kecil Dan Sederhana patut dipertimbangkan dan direalitian segera.

Sebagaimana kata Presidennya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Muhammad, kementerian itu perlu sekiranya mahu melihat usahawan kecil Bumpiutera berdaya saing dan maju di negara ini.

Kalau dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara maka diwujudkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, kenapa Kementerian Industri Kecil dan Sederhana tidak boleh diwujudkan dengan peranan khusus untuk membina dan menyelia perkembangan dan pencapaian para pemain IKS.

Walaupun hanya berkelas usahawan kecil, namun para IKS mempunyai jumlah yang ramai dan ianya ada pada semua tempat, termasuk di desa-desa.

Para pemain IKS barangkali mampu dan berkemahiran menghasilkan pelbagai produk tetapi tidak ada keupayaan untuk menerokai pasaran global.

Kementerian Industru Kecil Dan Sederhanalah yang patut memainkan peranan menglobalkan pasaran produk serta kena berperanan meng-up-gredkan para pemain IKS.

Sebagaimana industru pelancongan, IKS juga akan menjana pendapatan terus kepada rakyat akar umbi.

Dengan adanya kementerian khusus, sudah tentu program satu produk satu desa atau satu daerah atau satu negeri akan dapat dilaksanakan dengan sasaran pasaran adalah di luar negara di samping pasaran dalam negara.

Oleh itu pihak kerajaan tidak sepatutnya berlengah-lengah dan mengambil masa yang lebih lama bagi mewujudkan Kementerian IKS yang pada penulis adalah merupakan satu keperluan bagi negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

Sewajar nya iks diberi nafas baru dgn mewujudkan kementerian pks.yg pntg nya bumiputera dibantu bg sm2 bjya dgn kaum tiongha krna org melayu masih baru dlm perniagaan dn mmrlukan bntuan dn skongan utk kehadapan,manakala bangsa cina telah lama berniaga sejak berkurun2 lama dan telah membina peradaban.oleh itu menjadi keperluan dn jgk tggjwb kerajaan mmbntu org melayu(krna majoriti pks adalah dari org mlyu) spya org melayu tdk akan tercicir dlm kite mengejar misi untk mencapai negara maju pd thn 2020.sy yg mmpnyai pglmn sbgi usahawan iks sgt mnykong tulisan abe li.jika iks tdk dibantu sgra maka rmi pgusaha iks yg akan gulung tikar dn hasrat utk melihat org melayu brjya dn mnguasai prniagaan tidak akan trcpai nnt krna indstri iks skg sdh nyawa2 ikan dan tnggu utk melingkup habis jika krjaan tdk brbuat sesuatu@mgmbl tndakan dgn kadar sgra.

Anonymous said...

Daripada berbalah pasal politik,lebih baik la berdebat pasal mcm mana nak memajukan ekonomi bangsa melayu.ada jgk pekdah nya.baru la otak tu 'terbuka' skt.ni tak dok buang masa dk kecek pasal politik menjatuhkan sesama melayu adala.klu kite terus mcm ni smpai bl bangsa kite nk maju? Klu bab kecek politik,semua nmpak hebat,cba test kecek idea nk memajukan ekonomi bangsa plk mcm mana.ada sesiapa berani sahut cabaran?john?chegu din,kukukakikukikis,jootspring?