Masa depan negara bergantung kepada bagaimana remaja dicorakkan
SEMUA pihak perlu terlibat, perlu ambil bahagian, ambil peduli dan prihati dengan apa jua usaha bagi menangani masalah remaja kerana mereka adalah aset kepada masa depan negara tercinta.
Langkah kerajaan yang merancang kegiatan-kegiatan untuk remaja yang menjadikan kerajaan turut berperanan sebagai 'rakan kongsi' mereka adalah suatu langkah yang menepati sasaran dan patu menerima sokongan padu dari semua pihak.
Saya bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebarang kegiatan untuk remaja perlu disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini, malah kena elak dari menyongsang arus.
Paling penting, apa jua kegiatan untuk kumpulan sesasaran hendaklah dipastikan berfungsi dan mampu menarik penglibatan remaja itu sendiri supaya bersama-sama ikut serta dalam menggerakkan transformasi negara.
Tidak dinafikan hakikat dan natijahnya bahawa dalam usaha membawa perubahan besar yang menyeluruh dan komprehensif menuju sebuah negara maju, ia turut menuntut transformasi sosial yang melibatkan remaja sebagai pelengkap.
Sekali lagi saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa golongan remaja yang lazimnya dikaitkan dengan pelbagai gejala sosial termasuk merempit mampu menjadi 'kawan' kepada kerajaan dengan syarat segala aktiviti dirancang dengan baik dan teratur yang menepati cita rasa mereka.
Harus diingat bahawa merempit bukan perlakuan remaja jahat, tetapi dilakukan oleh remaja nakal yang mahu hilangkan kebosanan kerana tidak ada kegiatan atau aktiviti yang boleh menghilangkan kebosanan mereka.
Hakikat dan natijah yang tidak dapat ditolak ialah rata-rata remaja sukakan cabaran bagi membina pengalaman sebagai persediaan menghadapi alam dewasa supaya mereka menjadi lebih baik sebagai orang dewasa berbanding dengan orang yang lebih dahulu dewasa dari mereka.
Aadalah mat kena dan sangat tepat kalau seorang perdana menteri sendiri berpandangan bahaa para remaja patut diajak untuk menjadi kawan kerajaan dan pimpinan kerajaan, libatkan mereka dengan kegiatan yang dirancang dengan baik. Kalau kerajaan dan pimpinan kerajaan jauh dari mereka, kerajaan dan pimpinan kerajaan tidak dapat lentur mereka.
Dalam apa pun kegiatan untuk remaja, maka remaja sebagai kumpulan sasaran kena diberi peranan dan perjalanannya haruslah dilakukan dengan cara betul dan ketertiban mengikut kesesuaian agama dan negara.
Kemahuan Perdana Menteri supaya semua pihak yang menggerakkan program membabitkan remaja terutamanya yang terlibat dalam gejala merempit supaya menyelami cita rasa dan kecenderungan mereka, patut direalisasikan dengan segera dan penuh komited serta profesional.
Tugas dan tanggungjawab melentur remaja bukan boleh dibuat sambil lewa, main-main atau sekadar melepas batuk di tangga, sebaliknya kena dilakukan dengan penuh komited kerana masa depan negara bergantung kepada bagimana remaja dicoarkkan.
Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment