Kewangan Islam: MPFC bertindak bijak
FORUM Kesedaran Perancangan Kewangan Syariah anjuran Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MPFC) yang berlangsung di Kelab Diraja Selangor pada 14 Disember 2010 diberitahu, industri kewangan Islam kini mengalami kepesatan pertumbuhannya.
Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd. Razif Abdu Kadir memberitahu forum, industri kewangan Islam itu dianggarkan bernilai RM3.13 trilion (US$1 trilion) setahun.
Pertumbuhannya adalah pada nisbah 15 hingga 20 peratus setahun dan dijangka mampu mencecah RM6.26 trilion (US$2 trulion) setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Ertinya industri kewangan Islam berpotensi besar melahirkan millioner, bilioner dan trilioner di kalangan para pemain industri berkenaan. Antaranya termasuklah para pemain dari Malaysia yang merupakan Islam.
Malaysia mempunyai bumi yang subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Misalnya getah yang berasal dari Brazil dan sawit yang berasal Afrika hidup subur di sini dan keduanya menjadi komoditi utama dan penting negara.
Di samping itu perut bumi Malaysia juga kaya dengan pelbagai logam termasuk emas, biji besi, bijih timahm unirium dan pelbagai logam ladi. Di dasar lautnya pula ada hasil petroleum dan gas.
Dengan kesuburan muka buminya dan setiap inci tanah sesuai untuk semua jenis tanaman serta di perut bumi dan dasar lautnya kaya dengan sumber galian, Malaysia berpotensi menarik masuk sebahagian besar dari industri kewangan Islam dmi faedah rakyat dan negara.
Bagaimanapun sayang seribu kali sayang kerana Malaysia dikatakan ketandusan mereka yang mahir dalam perancangan kewangan Islam untuk mempromosi industri itu ke tahap yang lebih luas.
Pada masa ini negara mempunyai kurang daripada 300 orang perancangan kewangan Islam. Jumlah itu tidak mampu memenuhi keperluan inustru berkenaan.
Inisiatif proaktif pelbagai pihak perlu diketengahkan, terutama dalam bidang pendidikan yangmelahirkan lebih ramai individu yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang berkenaan.
Ini adalah kerana industri kewangan Islam menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif sejak beberapa tahun kebelakangan dan peluang itu patut direbut dan eksploitasi dengan sewajarnya.
Dalam usaha untuk mengesan dan mengetengahkan bakat tempatan dalam bidang berkenaan, MPFC telah memetrai memorandum perjanjian (MoA) dan memorandum persefahaman (MoU) dengan lima buah universiti bagi melahirkan graduan berkelulusan parancang kewangan berdaftar (RFP).
MoA dan MoU yang berlangsung di Kelab Diraja Selangor pada 14 Disember 2010 adalah antara MPFC dengan Open Universiti Malaysia (OUM), UKM, USM, UUM dan UCSI University.
Melalui MoA dan MoU itu adalah dijangkakan antara 400 hingga 500 graduan yang mempunai kelayakkan RPF dapat dilahirkan setiap tahun oleh universiti-universiti berkenaan.
OUM akan melahirkan graduan RPF bertaraf sarjana manakala UKM, USM, UUM dan UCSI University akan melahirkan graduan bertaraf sarjana muda dan diploma.
Ketika ini MPFC sudah pun bekerjasama dengan sembilan buah unversiti dan merancang menambah sebuah lagi universiti pada tahun 2011, yakni UiTM.
Hendaknya bidang pengajian berkenaan walaupun barangkali lebih sukar berbanding dengan bidang-bidang pengajian lain, ianya akan menjadi pilihan bakal-bakal graduab Bumiputera yang pada umumnya beragama Islam.
Dengan itu secara tidak langsung barangkali ianya dapat membantu usaha untuk melahiran Bumiputera yang berkemahiran dalam industru kewangan yang sekali gus akan berkemahiran dalam bidang ekonomi dan dapat merapatkan jurang Bumiputera dengan bukan Bumiputera dalam pencapaian dan penguasaan ekonomi.
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment