Program 100 Hari hanya retorik
HAKIKAT yang kena diperakukan, menjadi sebuah kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Ini adalah kerana pembangkang boleh hanya sekadar membuat janji dan beretorik tetapi tanpa perlu menyumpurnakan janji yang diukir tetapi kerajaan kena laksanakan apa yang dijanjikan, malah apa yang tidak dijanjikan pun tetapi menjadi keperluan rakyat dan negara, kena dilaksanakan.
Justeru itu pada saya Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara, termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan sebagaimana yang konvesyenkan oleh pakatan pembangkang lebih bersifat angan-angan, khayalan dan retorik yang tidak mampu direalitikan sebagaimana juga Projek 16/9 yang merupakan idea dan formula Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ianya akan menjadi bahan ketawa, malah menjadikan rakyat akan semakin menjauhkan diri dari PR kerana hakikat dan natijahnya ini bukan masanya untuk berkhayal, berangan-angan dan beretorik, sebaliknya kena lebih banyak buktikan kemampuan dari hanya menyediakan pelan, rangka dan kerangka yang lebih berbentuk mimpi di siang hari.
Bukan sahaja rakyat jelata, tetapi menteri-menteri besar/ketua menteri pakatan pembangkang pastinya boleh nampak dengan jelas bahawa kalau diibaratkan permainan bolasepak, apabila mereka sendiri beraksi di padang, terbukti tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dihadapi sebenarnya tidak semudah sebagaimana ketika menjadi penonton.
Sebagai penonton, masing-masing cukup bermodal dan bersebab untuk krtitik serta mencari kelemahan dan kesilapan, semuanya dilihat banyak yang tidak kena dari yang kena. Kalau diberi peluang beraksi di padang, apatah lagi sebagai ketua pasukan, rasanya strategi yang lebih baik dapat diatur dan permainan pasti akan lebih berkualiti.
Demikian jugalah bagi pimpinan kerajaan pakatan pembangkang ketika menjadi pembangkang dulu, apa yang kerajaan buat semuanya dilihat tidak kena belaka. Kononnya macam-macam pelan, perancangan, rangka, kerangka dan program yang berjuta kali lebih baik, berkesan dan bermenfaat kepada rakyat dapat dilakukan jika pihak pembangkang diberi mandat menjadi kerajaan.
Pun begitu dengan Program 100 Hari, ianya pastinya diidea, dipelan, dirangka dan dikerangkakan berdasarkan khayalan, angan-angan dan retoriksme yang tidak mungkin mampu direalitikan.
Hanya setelah kira-kira sebulan sahaja menjadi kerajaan di beberapa buah negeri misalnya pada pilihanraya umum ke-12, bukan sahaja berpuluh, beratus atau beribu masalah yang timbul, sebaliknya semacam ratusan ribu masalah melanda.
Rakyat sebagai pemberi mandat dapat melihat betapa tokoh dan parti pembangkang yang diberi mandat sebagai kerajaan sebenarnya tidak sehebat seperti apa yang dicakap, dijanji dan dikhayalkan kalau diberi peluang menjadi kerajaan sebagaimana yang dikhayal, diangan-angan dan diretorikkan semasa masih sebagai pembangkang dulu.
Kerajaan pakatan pembangkang yang bertiang serikan DAP di Pulau Pinang umpamanya yang kononnya ketua menterinya mahu menjadi sezuhud Khalifah Umar Ibnu Aziz yang turut diperaku dan duar-uarkan oleh pimpinan Pas tentang kezuhudannya, yang ketika berusia kira-kira 100 hari menjadi kerajaan dulu berdepan dengan masalah demonstrasi rakyat kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mahu diterima-pakai di negeri itu, kemudian berdepan dengan isu kampung Buah Pala dan kini berdepan pelbagai isu.
Kerajaaan pakatan pembangkang di Perak yang bermenteri-besarkan tokoh Pas yang sebenarnya berasaskan nasib baik kerana undang-undang tubuh tidak membolehkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar di negeri berkenaan, dengan bilangan besar barisan exco terdiri dari tokoh DAP bagi membuat keputusan majoriti di peringkat exco, awal-awal lagi bertembung dengan istana, termasuk dalam pemecatan seorang pegawai kanan kerajaan oleh menteri besar yang terpaksa ditarik balik atas arahan istana.
Kocakan yang sepatutnya ditenang berlaku sebaliknya menyebabkan sudahnya tiga wakil rakyatnya dengan dua daripada adalah dari PKR (berjawatan exco) dan seorang lagi dari DAP (timbalan speaker) keluar parti masing-masing dan telah isytiharkan diri masing-masing sebagai calon Bebas. Padahnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak tumbang dan kini dibawah pemerintahan Umno/BN.
Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang bertunjangkan PKR dan pada awal penubuhannya memeranjatkan rakyat negara ini terutama di kalangan pemberi mandat di negeri berkenaan apabila mempersetujukan projek raksasa ternakan babi dan kegagalan merealisasikan menifesto pilihanraya, termasuk pembekalan air percuma yang kini bukannya percuma ttapi kadarnya dinaikkan.
Malah Selangor adalah negeri yang paling banyak masalah berbanding dengan negeri-negeri lain, pernah dikalutkan wang derma yang diminta dari syarikat-syarikat swasta yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri telah dimasukkan ke dalam akaun PKR.
Selangor turut dilanda masalah penjualan arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam, percambahan rumah-rumah urut macam cendeawan tumbuh selepas hujan di Shah Alam dan masalah tuntutan hutang peribadi menteri besar oleh sebuah bank bejumlah lebih dari RM66 juta.
Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berpasakkan Pas yang agak bersih dari isu-isu yan merimaskan berbanding dengan negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tetap terpalit dengan masalah yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada para pemberi mandat akan melihat mereka membuat telah kesilapan dalam pemilihan.
Bermula dengan menteri besar Azizan Abdul Razak menzahirkan kedegilannya untuk meneruskan hasrat menebang balak di kawasan tadahan air di negeri itu walaupun hasrat ersebut ditentang oleh banyak pihak, malah Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih berpengalaman sebagai peneraju kerajaan juga mahu hasrat itu dikaji semula, maka umum dapat melihat kualiti sebenar Kerajaan Pas Kedah.
Memusnahkan kawasan tadahan air bermakna sengaja menggamit petaka kepada negeri Kedah yang mana padah yang lebih parah akan ditanggung oleh generasi akan datang yang pastikan nantinya akan datang ke kubur menteri besar nanti bukan untuk sedekahkan surah al-Fatihan dan Qulhuallah, tetapi untuk diludah dan diseranah.
Negeri itu turut dikocakkan oleh masalah merobohkan rumah kerat babi yang menimbulkan kemarahan DAP dan yang terbaru berdepan dengan masalah seorang angota exco dari PKR memilih meninggalkan parti itu dan menjadi ahli dewan undangan negeri Bebas.
Kelantan yang merupakan kerajaan pakatan pembangkang paling tua dan bertunjangkan Pas walaupun agak bersih dari masalah tetapi tetap terpalit dengan pelbagai masalah tetapi berjaya dilindungi oleh ketaksuban terhadap moral menteri besarnya.
Baru dalam penggal pertama memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan-kerajaan pakatan pembangkang. Macam manalah agaknya kerajaan-kerajaan terbabit yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain mahu rakyat percaya dengan Program 100 Hari dan akan selesa menghadapi hari-hari berbaki sebelum tibanya pilihanraya umum ke-13.
Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara jika pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas benar-benar berlaku pertukaran kerajaan jika dilihat apa yang berlaku kepada kerajaan pembangkang sekarang di beberapa buah negeri.
Berbanding dengan kerajaan yang sedia ada, kesanggupan rakyat memberi mandat kepada pakatan pembangkang membentuk kerajaan adalah kerana mereka mahu melihat dan menerima bakti pentadbiran yang lebih baik dari kerajaan sedia ada yang tidak akan ada yang menolak untuk memperakukan bahawa kerajaan yang sedaia ada adalah antara kerajaan terbaik di dunia.
Kalau rekod pencapaian kerajaan pakatan pembangkang menyamai rekod pencapaian yang dicapai oleh kerajaan sedia ada pun akan dilihat sebagai suatu kegagalan kerajaan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagilah kalau pencapaiannya jauh tertinggal di belakang, rakyat selaku pemberi mandat akan melihatnya sebagai sangat tidak berjaya dan laungan serta lolongan pembangkang akan dilihat tidak lebih dari umpama tong, bunyinya kuat tetapi tongnya kosong.
Tuesday, December 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kikikikiki..
abe li..
lani kita wat program jubo dlm ketapi koc VIP la pulak..
lpas tu pakat2 g jupa tok garu besar kita suroh dia wat istiqarah minta ampun dosa wat mana terlibat dlm program tu..
hahahahahhahahahaha....
p/s: anda dinasihatkan menjadi ahli pas terlebih dahulu sblm menyertai program jubo ni...takut dosa Xterampun kl bkn ahli pas...borang2 keahlian bleh didapati dari JOHN..
kahkhkahkhakhakhakhakha..
Tuan ada,nama ada..siap ada nama lain lagi nya wi utuk kukuhkan cerita@bukti...
kl rasa xpuas hati dan kata ustaz saidi nipu gak tggu gajah rimau lagi..saman la..
hahahahahhahahahah..
nik ajis sbgi slh seorang yg disebut namanya WAJIB membersihkan diri beliau...
kalu dok gak dan benda ni betul2 berlaku MEMANG PAS adlh IBLIS dan SYAITAN di zaman moden ni...
"CELAKO...CELAKO...CELAKO...PAS CELAKO" kl betul cerita ni...
http://www.youtube.com/watch?v=i_m8UEodweY&feature=player_embedded
Program 100 hari PR.. retorik?
Tapi jika bila kerajaan pusat dibawah PR nanti ..kita pakat2 tengok sama ada retorik atau tidak?
Di Perak dulu dah berubah sikit...
Sama di Selangor la ni.. budaya penyembahan kepada pemimpin UMNo/BN semakin menipis dikalangan rakyat... Di kelantan,.. politik rakyatnya memang ada class..
La ni memang PR tak boleh nak buat sepenuhnya sebab sekat/diskriminasi rejim UMNO/BN yang menggila tu..
Tapi bagi puak2 penganut UMNO ... sokong bermati2an..
PSMI .... idea cet det
1Malaysia...... idea APCO
RM111 juta PERMATA SENI.... rosmah
RM4.5 juta First Lady gathering ... rosmah bini PM katakan,
Hub Hiburan .. ETP,
ISA,
program hapus Rasuah ala-UBN-Najib,
program hapus jenayah ala-altantuya,
bla..
bla..
"lani kita wat program jubo dlm ketapi koc VIP la pulak.."
Ini lah cadangan dari Bapak Segala Iblis....
Masih ku ingat janji-janji PAS di Trengganu.
KALAU KAMI DAPAT MEMERINTAH TERENGGANU, SEBELUM AYAM BERKOKOK KAMI AKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD.
Bila didesak oleh rakyat bila nak laksanakan hukum hukum, macam-macam alasan diberi:
1. Mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.
2. Hukum Hudud merupakan sebahagian kecil daripada undang-undang Islam. Hanya 0.0001%
Mana pergi janji-janji manis mu.
Begitu jugalah janji PR.
Kerajaan PAS perintah Kelantan lebih 20 tahun, sebuah masjid pun tak dapat nak bina. Sampai la ni dok solat kat masjid yang didirikan oleh kerajaan BN. Tak malu. Dulu kata macam2 kat BN.
Nik Aziz kata TDM tak mahu turun dari jawatan PM. Tuduh TDM nak jadi PM sampai mati. Sekarang siapa yang tak mahu turun dari jawatan MB Kelantan.
Siapa yang sebenarnya nak jadi MB sampai mati?
Kata dulang paku serepih,
Kata kat orang dia yang lebih.
Siapa yang dulu kata tak boleh berkongsi kuasa dengan orang kafir?
Sekarang siapa yang berkongsi dengan DAP yang anti Islam dan anti Melayu.
Tengok apa yang kerajaan DAP dah buat pada orang Melayu Pulau Pinang. Ada pemimpin PAS berani bersuara membela sebangsa seagama.
Cakap tak serupa bikin. Siang malam menipu rakyat sahaja kerjanya.
yang peliknya tok guru yang dikatakan keramat (bagi penyokong pas aje) sakit...mengapa tidak uztaz nor yang sakit padahal pada praya galas hari tu ustaz nor berlawan kata dgn tok guru...mengapa ustaz nor tak sakit kalau tok guru betul-betul keramat...siapa allah pelihara sebenarnya? dan siapa benar???
jarae ore pas kato nik aziz keramat.. tapi puok2 umno dok sumpah seranah ko dio ada la.. kerana dio menentang sekular umno dan dok lawan puok2 pasik dalam umno tu.. kalu dio dok puji-puja serta jilat pemimpin2 sekular fasik UMNO tu macae ustaz yusufnor, dasuki ahmad, nor idris, harussani, noh gadut.. tu... baru puok2 umno tu kat nik aziz tu..OK pulak!
bakpo UMNO pelik jika niz aziz sakit atau mati, nabi2 yang ada mukjizat tu pun ada ketika sakit, kalah, susah dan semuanya dah mati....
inilah ajaran kurafat UMNO kepada penyokong2 buta agamanya... heheeheeee
jgn tuduh orang lain pasik. berat tuduhan tu bro. nanti naik atas kepala sendiri
Yang UMNO tuduh nik aziz & PAS tu... "Parti Ajaran Sesat" tu, fitnah liwat/zina pemimpin melayu bukan UMNO, dll .. tu tak berat ko?
rajin2 la dengar orae baca kitab dan tafsir alquran ..... baru tau tinggi rendah iman/Islam kita ni...
org yg tinggi iman tak akan kata pd org lain. Salurkan rasa tak puas hati dgn cara yg betul. Yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Islam tak mengajar kita mcm tu. Kalu mcm ni caranya ahli pas nga umno 2X5
Janji manis ni sapa2 pon boleh reka dan buat..Program 100 hari ko, program 1000 hari ko.. Dia ibarat masa kita nok mengorat ore tino..macam2 janji tp bila dah jadi bini..tok dan 2 kelik bercerai berai baru sedar payah nak tunai janji.. PR ni lagu tu lah jugok. nak naik gaji la..nak ambil alih PLUS la..kecek buleh. DS Anwar perabih gak dulu kes liwat tu!!!takut apa nyo kalu kita tak salah..100 kali masuk mahkamah kita tak gerun.. ni asyik ko dok tangguh semace. Karpal singh tu dah jadi ular anaconda doh..dok belit tengkuk DS Anwar..
Bukan nak sokong sgt UMNO tp PAS mutakhir ni tok tahu kemana hala..asyik dok mimpi nok tawan Putra jaya..tak salah jiwa besar tapi janganlah matlamat menghalalkan cara..itu berdosa besar dalam Islam..tahu belako tapi kejam mata..hok ni heran bin ajaib ni..
Post a Comment