Thursday, December 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (920)

Palestin minta serang Palestin?

SUKAR untuk dipercayai tetapi demi gilakan kuasa, semuanya boleh jadi dan tidak ada yang mustahil.


Kalau benarlah laporan AFP yang memetik pendedahan WikiLeack, amat malang bagi rakyat Palestin dan segala misi bantuan kemanusiaan ke sana akan menjadi umpama mencurah air di daun keladi.

Anggota parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbad didakwa meminta Israel menyerang Kumpulan Hamas yang merupakan pembangkang kepada Fatah.

Laporan AFP berdasarkan pendedahan WikiLeack dipetik sebagai berkata, Ketua Agensi Keselamatan Israeal (Shin Bat) dalam kenyataannya kepada pegawai Amerika Syarikat (AS) mendakwa pegawai Fatah di Gentig Gaza telah meminta bantuan Israel untuk menyerang pangkalan pengaruh Hamas.

Menurut laporan Ketua Shin Bat, Yural Diskin, kepada pegawai AS, Fatah menghadapi sitausi sifar dan meminta Shin Bat menyerang Hamas. Mereka terdesak dan todak mampu membendung kebangkitan Hamas.

Diskin mendakwa, Shin Bat mempunyai hubungan yang sangat baik dengan perkhidmatan keselamatan Abbas, di mana mereka berkongsi hampir semua maklumat.

Tokok Diskin, Fatah tahu keselamatan Israel adalah tunjang kepada kewujudan Fatah bawah terajuan Fatah dalam bergelut dengan Hamas di Tebing Barat.

Hamas dengan Fatah mempunyai hubungan yang tegang selama beberapa tahun dan kemarahan memuncak apablia Hamas menang pilihanraya pada tahun 2006.

Kalau demikianlah sikap Abbas atas nama Presiden Palestin yang sanggup mengarahkan Israel yang bukan sahaja 'seteru' Palestin tetapi juga musuh umat Islam seluruhnya, sukar untuk dikategorikan sebagai apa Mahmoud Abbas sebenarnya dan betapa tertipunya misi kemanusiaan ke Gaza.

Apa itu Hamas

Hamas adalah akroni bagi frasa bahasa حركة المقاومة الاسلامية, atau Harakat al-Muqawama al-Islamiyya atau 'Pergerakan Pembela Islam yang telah memenangi pilihanraya pada tahun 2006 dan sepatutnya memerintah Palestin sekarang.


Berikutan dari kemenangan dalam pilihanraya itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Namun, pada 14 Jun 2007 Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin Bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza.

Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya. Sehingga ini sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat. Pendedahan WikiLeack sebagimana yang dialporkan oleh AFP secara tidak langsung telah terbongkar sikap sebenar Abas dalam menyekat pengaruh Hamas, rupanya beliau meminta bantuan Israel.

Kerana gilakan kuasa, presiden Palestin itu sanggup mengkhianati bangsa sendiri.

Brigad Izz ad-Din al-Qassam

Brigad Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah dibentuk pada tahun 1992, dinamakan sempena mengenang jasa pejuang Palestin, Sheikh Izz ad-Din al -Qassam. Unit tentera Hamas kadangkala menamakan diri mereka 'Students of Ayyash', 'Students of the Engineer' atau 'Unit Yahya Ayyash'.

Penggasas


Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhawannul al-Muslimun, seorang yang cacat penglihatan.

Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin.

Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya.

Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestin.

Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru.

Ini membuktikan populariti Hamas mengatasi Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.
Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kongdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah.


Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas.
Pada 8 Fbruari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu.


Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007 apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri.

Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas.

Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Genting Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

2 comments:

Wake UP! said...

Kenapa orang Islam sebegitu bodoh meminta kafir memusnahkan sesama Islam?

Harap-harap Malaysia tidak akan jadi seperti ini.

Ingatilah sejarah Si Kitol dan Raja Mendaliar.

pok nik said...

Abg Meli..di Malaysia pon berlaku doh..PAS minta PR "bedil" UMNO..sama lah tu Hamas minta bedil Fatah.. Malaysia ni sikit lagi jadi Palestin kedua la nampoknyo.Yahudi Singapura masuk memerintah Malaysia (melalui DAP)..habis cerita.. Pakat sengeh la belako PAS dgn UMNO..tercabut serban Tok Guru tak tahu mano..