Budaya Melayu dah ke Afrika Selatan dan Teluk lebih 1,000 tahun lampau
TIDAK kenal maka tidak cinta. Kerana tidak kenal apa itu Melayu dan tidak tahu tentang apa itu Melayu, maka ada Melayu yang tidak bangga jadi Melayu, malah ada Melayu yang anti dan mahu memerangi ketuanan Melayu.
Melayu bukannya satu bangsa kecil atau 'sengkek' sebenarnya kerana selain dari pernah menguasai seluruh Semenanjung hingga ke Tumasek (kini Singapira), Melayu pernah berkuasa hingga ke Negara Prathama (hampir dengan Bangkok sekarang) atas nama Jawaka.
Kerana itu tidak hairan kalau bahasa Melayu kini mempunyai penutur yang bukan kecil, yakni 300 juta di seluruh dunia.
Hakikat dan natijahnya bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat kerana sebelum Laksmana Cheng Ho mencipta sejarah pelayarannya, anak raja Melayu telah pun melakukannya tetapi tidak banyak catatan dibuat kerana sikap dan sifat orang Melayu tidak suka membanggakan diri.
Adat resam, budaya, malah budu - sejenis perencah pembuka selera di Kelantan dan Selatan Thai khususnya telah dibawa ke Afrika Selatan dan Teluk kira-kira 1,000 tahun yang lampau.
Ia dibawa oleh Sanjaya, anak raja Melayu yang pakar dalam pelayaran dan peperangan di lautan dan bercita-cita menakluki dunia dengan lambang nusantaranya, wau bulan.
Sanjaya telah membuat pelayaran jauh membawa adat resam dan budaya Melayu bagi meninjau kawasan-kawasan yang akan ditakluki dan telah menyeberangi Lautan Hindi hingga ke Selatan Afrika yang tidak berani dilakukan oleh sesiapa pun ketika itu.
Apabila sesuatu kawasan ditawan dalam misi tinjau dan tawannya, maka akan dinaikkan wau bulan sebagai tanda kawasan berkenaan berada dibawah taklukkannya.
Setelah mengisytiharkan nama wakilnya bagi mengetuai kawasan ditaklikinya, Sanjaya meneruskan pelayaran dalam misi tinjau dan takluk dengan membawa lambang nusantara, yakni wau bulan.
Bersama tenteranya Sanjaya singgah di Bahgdad, Iraq, mengunjungi khalifah Bani Abbasiah, Al-Amin bin Harun Aminurashid (808-813 Nasehi).
Keberanian dan kehebatan Sanjaya yang merentasi Lautan Hindi dikatakan amat dikagumi Al-Amin, malah khalifah itu sangat tertarik dengan budaya dan adat resam Melayu yang menjadi identiti Sanjaya dan bala tenteranya.
Hasil dari penempatan wakilnya pada kawasan-kawasan yang ditawannya, maka orang Melayu dikatakan berada pada setiap pelosok dunia hingga kini.
Siapa Sanjaya?
Dia adalah dari keturunan Raja Gauthama yang membangunkan Kerajaan Raktamrittika dengan ibu kotanya bernama Singpora terletak di Ulu Kelantan.
Raktamrittika ditubuhkan selepas Gauthama memberontak dan menghentikan pembayaran ufti tahunan kepada kekandanya, Kelingga-warman atau Maharaja Gunung yang pusat pemerintahannya di Kemboja. Kelingga-warman menduduki takhta pada tahun 556 Masehi.
Kelingga-warman telah melantik Gautama menjadi Raja Kelanthana berfungsi sebagai gebenor tertinggi bagi Jawadwipa yakni Segenting Kra dan semenanjung.
Bila Gauthama memberontak, maka nama Jawadwipa atau Kelanthana atau Langkasuka telah bertukar nama kepada Raktamrittika.
Tempat yang dipilih sebagai ibu kota adalah sangat baik dari segi strategi perang, dilindungi oleh benteng-benteng alam semulajadi yang dapat mematahkan serangan musuh dengan mudah.
Kekayaan yang diperolehi dari hasil emas di kawasannya menjadikan Raktamrittika tambah berpengaruh dan akhirnya berjaya memperluaskan daerahnya hingga keseluruhan negeri Kelanthana.
Ekoran dari itu nama Kelanthana tenggelam oleh Raktamrittika, malah negeri-negeri lain turut tenggelam namanya, kecuali Pahang yang kekal gunakan Kelanthana sehingga beberapa dekad.
Ke arah akhir abad ke-7 (670 Masehi), seorang cicit kepada Raja Gauthama yang bernama Prabhasadharma atau Dapunta Hyang Sri Jayanasa menaiki takhta yang mana kerajaannya yang berpusat di Kelantan muncul dengan nama Sri Wijaya Mala, nama berdasarkan sejenis bunga terantai dalam bahasa Sanskrit.
Sri Jayanasa merupakan raja pertama atau pengasas Kerajaan Sri Wijaya Mala yang mulanya berkembang di kawasan Jawadwipa, kemudian melebar sehingga menjadi empayar 'thallasocrcy' yang kedua di Asia selepas Funan.
Sri Jayanasa dikenali dengan Raja Merong Mahawangsa atau Maharaja Gegar Alam. Dalam sejarah Indonesia dia dikenali dengan Maharaja Segenta Alam yang kuburya ditemui di Palembang.
Sri Jayanasa gugur di Madura dalam misu pekanlukkannya terhadap Kalingga atau Jawa Tengah selepas kejayaannya ke atas Palembang.
Sri Jayanasa telah memindahkan ibu kota atau pemerintahan Sri Wijaya dari Kelanthana ke Palembang.
Sanjaya adalah cucu kepada Sri Jayanasa.
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
khayalan, buat komik ajelah.
memang betul, Sanjaya telah menakluk hampir satu pulau jawa, maka sebab itule ada persamaan kelantan dan jawa. Contonhnya wau bulan juga ada dijawa, wayang kulit juga ada dijawa, susur galur kerajaan Sanjaya dimusnahkan oleh kesultanan Melaka di bawah sultan Mahmud Syah dgn panglimanya Temenggung Seri Maharaja Tun Mutahir, sebelum bergelar Bendahara.
Wallahualam.
Anonymous said...
khayalan, buat komik ajelah.
December 23, 2010 6:44 PM
JENIS BUTA SEJARAH, BODOH TIDAK BOLEH DIAJAR, CERDIK TAK BOLEH NAK TUMOANG. KURANG ILMU BANTU. AMAL HIDUP RESAM KATAK BAWAH TEMPURNG
cuba tengok di sini .... http://mistisfiles.blogspot.com/
Post a Comment