Produk keluaran negara patut ke pasaran global
KEUPAYAAN menghasilkan produk walaupun sekualiti mana sekali pun tidak akan memberi sebarang makna jika tidak dapat dipasarkan. dengan kata lain, mahu tidak mahu penghasilan produk dengan pemasatan kena seiiring.
Ekoran dari bahan-bahan mentah boleh diperolehi dengan mudah serta kepakaran dalam dalam menghasilkan pelbagai produk olh rakyat negara ini, pelbagai produk boleh dihasilkam yang sepatutnya mempunyai saiz yang besar.
Ini adalah kerana produk-produk yang dikeliarkan halal dan inya boleh dipasarkan kepada para penggunaka bergama Islam yang dianggarkan berjumlah 1.9 bilion dan yang bukan beragama Islam yang jumlahnya juga sekitar 1.9 bilion. ertinya penduduk dunia sekarang berjumlah 3.8 bilion.
Sekurang-kuragnya ada 56 buah negara yang menjadi ahli Persidangan Negara-Negara Islam yang patut menjadi target atau sasaran pasaran produk-produk halal keluaran negara ini.
Kalau ada pun di kalangan pengeluar produk itu berpelajaran tinggi dan menguasai bahasa-bahasa perantara utama dunia, jumlahnya tentulah tidak ramai.
Paling ramai bilangan pengeluar peroduk, terurama yang berteraskan makanan dan minuman, tidak berkelayakkan untuk kerja makan gaji dan terpaksa libatkan diri dalam penghasilan produk, kebanyakannya diwarisi apa yang telah disaakan oleh orang tua masing-masing.
Mengharapkan mereka menerokai pasaran global adalah mustahil, antaranya kerana masalah bahasa perantara. Justeru kena ada agensi khusus sebagai transit pasaran global untuk produk-produk yang dihasilkan.
Tugas dan perlu perlu dipastikan oleh pengeluar ualah menghasilkan produk berdasarkan permintaan pasaran manakala kerja mempromosi dan memasarkan priduk ke pasaran global kena ada badan dan agensi khusus.
Berdasarkan fakta Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), datuk Syed Hussien Al-Habshee, daripada 56 anggota OIC, termasuk negara kita, nialai perdagangan sesama mereka hanya menyumbang 12 peratus daripada keseluruhan nilai perdagangan global.
Kesempatan itu patut direbut oleh para peniaga di negara ini tetapi kena ada badan khusus sebagai penunjuk arah, perancang dan penyediaan pelan, rangka dan kerangka mengambil kesempatan yang ada bagi mengisi kelompangan, antaranya barangkali kerana 55 negara anggota OIC lagi sukar untuk dapatkan bahan mentah bagi hasilkan produk.
Bank Pembangunan Islam (IDB) ada menyediakan dana berjumlah RM6.2 bilion (AS$2 bilion) bagi tujuan pembiayaan aktiviti eksport dan import sesama negara di kalangan anggota OIC,
Para pengeluar produk di negara ini patut merebut peluang itu dan menjayakan hasrat dan sasaran IDB agar pertumbuhan perdagangan sesama negara Islam meningkat tiga hinga empat peratus setahun.
Bagaimanapun kerana beberapa faktr, antara kerana para pengeluar produk tidak mempunyai tahap pemikiran global bagi pemasaran produk-produk yang mereka, maka badan khas milik kerajaan dan agensi khas oleh pihak swasta dibawah pemantauan pihak berkuasa perlu diwujudkan.
Peranan badan khas serta agensi khas itu adalah mengurus dan mengawas-selia pemasaran global, mengintai peluang dan mencadangkan para pengeluar produk menghasilkan produk-produk yang besar saiz permintaan di pasaran global.
Pengetinan atau pemerosesan dokong, duku, langsat, durian, pulasan, manggis, rambutan, setol dan sebagainya perlu susahakan supaya buah-buahan berkenaan tidak terbiar dan terbuang pada setiap kali musim buah kerana kebajiran buah-buahan melebihi kerperluan dan perintaan pasaran.
Jerik petai, heruk jering, jeruk kerdas, jeruk mamang, jeruk binjai, jeruk butir getah, jeruk lada jengik, butir nangka rebus, butir cempedak goreng, butir durian rebus dan sebagai adalah antara produk-produk yang patut diglobalkan pemasarannya kerana ianya berkhasiat.
Teh daun kayu gelam yang boleh kurangkan kolestrol, teh kulit kayu halban yang boleh ubati penyakit saraf menambah-kuatkan tenaga batin lelaki, th daun halban dan teh daun senduduk yang boleh menjadikan kaum wanita umpama sentiasa dara bagi suami dan mcam-macam lagi patut diproduk dan dipasarkan di pasaran global.
Hakikat dan nattijahnya ramai yang boleh mengluarkan produk berdasakan kepakaran termasuk pemakanan yang boleh hilangkan ketagihan rokok, dadah dan alkohol ttapi segala-galanya akan jadi longgokkan sekiranya produk-produk yang dihasilkan tidak ada tempat untuk dipasarkan.
Saturday, December 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tepat sekali. Industri halal boleh dijanakan oleh pengusaha tempatan dan Bumiputera serta dipasarkan ke negara-negara anggota OIC.
Post a Comment