Sunday, December 26, 2010

MUNCUL KEMBALI (925)

Jahil lebih menyumbang kepada kepada perceraian

DENGAN jumlah 268,023 kes perceraian bagi tempoh lima (2005 - 2009) adalah satu angka yang cukup besar.


Walaupun penurunan ketara pada tahun 2006 yakni daripada 177,491 pada tahun 2007, namun bermula tahun 2008 telah menampakkan peningkatan yang berterusan sehingga tahun 2009. Jumlah kes dikatakan meningkat pada tahun ini.

Mungkin ada benarnya facebook an SMS menjadi antara penyumbang kepada kes-kes perceraian tetapi pokok utamanya bagi saya adalah kejahilan yakni kerana pasagan jahil berkaitan dengan adab peraturan dan hukum hakam perkahwinan dan hidup berkeluarga.

Kerana jahil, isteri tidak tahu adat dan adab dan tuntutan bergaul dengan suuami secara baik, tidak mengendalikan kerja-kerja rumah dengan sempurna, tidak berhias untuk suami tetapi berhias bila di luar rumah dan tidak tahu terma-terma yang dikatakan derhaka kepada suami serta gagal menjaga nama baik suami.

Kes-kes perceraian pada umumnya bukan berpunca dari suami tetapi disebabkan oleh isteri yang minta cerai kerana terpedaya oleh godaan syaitan dan iblis yang kadang-kadang berkopiah dan berserban serta berimejkan maha pandai agama tetapi bersultan di mata beraja di hati.

Kerana terpedaya oleh godaan dan pujukan syaitan menyebabkan isteri lupa bahawa meminta cerai dari suami adalah satu dosa besar. Yang boleh asingkan diri tepat tidur adalah suami bagi tujuan mengajar isteri tetapi haram bagi isteri berbuat demikian selagi suami tidak beri talaq, malah dikatakan tidak akan tercium bau syurga kerana dosa derhaka.

Justeru itu kebanyakan perceraian berlaku di kalangan isteri yang berkerjaya, aktif dalam politik atau yang cergas dalam NGO yang sering berada di luar rumah. Jarang berlaku perceraian di kalangan isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa walaupun hidup dalam keadaan serba sukar dan daif.

Pada saya, bagi mengtasi kes-kes perceraian di kalangan pasangan beragama Islam, suami isteri patut dipastikan sekurang-kuragnya hafal surah dan makna bagi Surah Ath-Thalaq dan An-Nisa' yang ada menyebut tentang adab dan peraturan hidup bersuami isteri, termasuk tentang proses perceraian.

Pakar-pakar motivasi mahu pun pakar dalam soal hidup berkeluarga bersumberkan kajian sekularisme dan berkiblatkan ilmu yang bukan berteraskan Islam tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana yang pasti kes-kes perceraian berlaku kerana kejahilan pasangan tentang hukum hakam.

2 comments:

Anonymous said...

banyak la kluar dlm blog .... adun pas maksiat ... bakpo eh ... nak jatuh doh ko pas ... akhirat esok ... ada nabi pengikutnya ribu2.... ada nabi pengikutnya ratus2 ... ada nabi pengikutnya puluh2 .... ada nabi pengikutnya seorang ... ada nabi tiada seorang pun pengikut .... Agama Islam ni kena pakai apa tuhan kata ... bukan manusia kata ... bukan buka semua apa yng ada supaya dapat sokongan pengundi ... saya dulu beratus orang saya kecek masuk pas .... sekarang saya kecek undi UMNO... mungkin UMNO ni jahat ,,, tapi kalau pakah Pas takut dengan Agama sekali kena jual oleh PKR.. DAP

Cikgu Di said...

Salam buat tuan...
Rumah tangga dibina atas kerukunan yang abadi untuk hidup bersama dalam apa jua keadaan. Zuriat yang beri Allah adalah amanah yang dipertanggunjawab untuk penerusan hidup selepas kematian. Dan zuriat adalah antara 3 perkara yang dapat menolong seseorang insan yang telah kembali menemui Allah. Alangkah beruntungnya jika kita mempunyai anak yang soleh mahupun solehah yang dapat mendoakan kita setelah ketiadaan kita disini dari hasil perkongsian tersebut. Maka doakanlah semoga setiap rumah tangga yang terbina dipelihara dengan baik dan terhindar dari keruntuhan yang mungkin menjadi ujian besar untuk mereka yang pernah menempuhinya.Walahualam.