Wednesday, January 12, 2011

MINCUUL KEMBALI (930)

Pelan 100 hari: PRU-13 masanya untuk rakyat buat penilaian

WALAUPUN belum tentu tarikhnya, namun para pengunmdi di negara ini berdepan denangan hakikat natijah bahawa Pilihanraya Umum Ke13 (PRU-13) semakin dekat dan mereka akan membuat pengadilan dan penghukuman melalui kuasa undi.


Sebagai antara strategi memancing pengundi, pihak pembangkang mengutarakan 'Pelan 100 Hari' yang pada dasarnya akan sangat melabakan rakyat. Bagaimanapun ianya amat meragukan, kecuali kepada kalangan yang taksub dan jumud mendukung dan menyokong pembangkang.

Bila kerajaan terajuan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan.Program Tranformasi Ekonomi (ETP), pihak pembangkang menganggap kerajaan mencedok 'Pelan 100 Hari' mereka,.

Apa tanggapan pembangkang dan pantulan serta anjlan pihak kerajaan terhadap isu 'cedok dan tiru' idea atau pelan pihak pembangkangkan, bukan masalah rakyat selaku pengundi. Yang penting, faedahnya kepada rakyat sama ada pelan dan prigranm bersifat retorik atau realiti.

Bagi saya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak bijak dengan menyerahkan kepada budi bicara rakyat untuk menilai secara bijaksana 'Pelan 100 hari' pakatan pembangkang yang bagi beliau sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

Juga rakyat boleh membuat penilai terhadap Program Tranformasi Ekonomi sama ada ianya berbentuk retoriksme atau suatu hakikat, hakiki dan realiti. Hasil dari rumusan itulah, maka rakyat dengan kuasa undi yang ada pada tangan mereka sesuai dengan amalan demokrasi di negara membuat pengadilan dan penghalkiman.

Ada eloknya Perdana Menteri jangan menyahut cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuang berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang perkara berkaitan, sebaliknya kena isi masa dengan melaksanakan segala apa yang dipelan, diramngkan dan dikerangkan sebagai gerka-kerja ETP.

Rakyat yang akan membuat penilaian, pengadilan dan penghukuman. Yang pasti untuk mentadbir sebuah negara jauh lebih payah dari mentadbir dan menstabilkan sebuah parti politik.

Sesungguhnya apa yang berlaku kepada PKR serta sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sedang dinilai oleh rakyat dan akan menjadi aset penting kepada rakyat untuk yakin atau menolak segala pelan pembangkang yang mahu mengambil alih tampuk pemerintah dan menyahkan kerajaan ke kerusi pembangkang.

Rekod pencapaian kerajaan juga sedang dinilai oleh rakyat. Pilihanraya Umum Ke-13 adalah masanya untuk kedua-duanya akan mendapat jawapan pasti siapa yang akan diyakini rakyat.

14 comments:

Anonymous said...

Saya setuju.... rakyat sedang menilai...

Apa bezanya tindakan kerajaan yang diketuai oleh Najib berbanding Pak lah dulu...

Apa bezanya tindakan & amalan kerajaan yang diketuai oleh Najib berbanding perangai Mahathir dulu...

dari aspeks;
1) tadbir urus kerajaan & salah laku pegawai2 awam,
2) ekonomi,
3) rasuah & korupsi,
4) monopoli kontrak, permit, atau GLC,
5) kebajikan rakyat,
6) kenaikan harga barangan pengguna,
7) kadar pengangguran,
8) isu buruh asing & pendatang asing,
9) dadah & krisis sosial,
10)kadar jenayah,

dll.....

Rakyat menilai... Najib dibayangi atau dibawah pengaruh dua kuasa utama:
1) Bininya Rosmah....
2) Mentornya Mahathir...

Ini mata rakyat. Rosmah & Mahathir adalah LIABILITI NEGARA hari ni... mungkin silap? ... sehinggalah keputusan PRU13 nanti.... hehehehe

Anonymous said...

PR Pakatan Penipu. Macam-macam janji. Yang pastinya ketiga-tiga parti yang menganggotai PR semua penipu :

1) PKR penipu kerana mencang keseluruh dunia nak ambil alih pemerintahan malaysia pada 16 September tapi semuanya barua Anwar tahyul aje.

2) PAS tipu orang Islam konon nak laksanakan hudud kalau memerintah. Kalau dilihat senarai Program 100 hari selepas ambil alih pemerintahan tak masukpun tentang negara Islam dan hukum hudud yang dijanjikan selama ini. mana Hj Hadi dan Nik Aziz. Kedua-duanya layak digelar Al-Khazab. tak malu muka sekian lama dok jaja dan jual lelong negara Islam dan hukum hudud, last takde senarai dalam program 100 hari. Maknanya hukum hudud dan udang-undang Islam taklah sepenting program yang tersenarai untuk perubahan itu.

3) DAP janji penipu. Bila nak hapuskan tol di Pulau Pinang. janji Guan Eng sama juga penipunya dengan haji Hadi Al-Khazab yang janji nak laksanakan hukum hudud di Terengganu selepas PAS ambil alih kuasa dari BN sebelum matahari berkokok. Last apa jadi sampai sekarang hudud dah tak kedengaran. barua punya manusia.

Anonymous said...

pembetulan ...

sebelum matahari berkokok hendaklah dibaca ...sebelum ayam berkokok. tq

kukujariku said...

Perlu kita renungkan :
1. adakah tadbir urus kerajaan pr dan salah laku pegawai-pegawainya tiada?
2. adakah ekonomi kerajaan pr melonjak sampai membanggakan rakyat di bawahnya?
3. adakah rasuah dan korupsi kerajaan pr tiada?
5. adakah kebajikan rakyat terbela dan lebih jauh baik?
6. adakah kerajaan pr boleh menjamin harga barang tidak naik?
7. adakah kadar pengangguran di bawah kerajaan pr tiada?
8. adakah isu buruh asing dan pendadatang asing dapat di kawal di bawah kerajaan pr?
9. adakah dada dan krisis sosial dapat ditiadakan dalam kerajaan pr?
10. adakah kadar jenayah dapat di kawal dan ditiadakan?
tambahan:
11. Adakah plan 100 hari dapat dilaksanakan dan tidak angan-angan kosong???
BELUM PERINTAH SEDAPLAH CAKAP...KALAU DAH PERINTAH BARU TAHU!!!!

kalau boleh:
1. Turunkan bayar parking kereta di negeri pr perintah.
2. Turunkan cukai tanah di negeri pr perintah.
3. Turunkan kepala bakul pada penjaja atau peniaga di bawah majlis daerah kerajaan pr.
4. beri tender balak tidak pada kroni...

HARAP RAKYAT TIDAK TERMAKAN BAYANGAN BUDI YANG HENDAK DITABURKAN KERANA BELUM TENTU DAPAT DIBERI ATAU TIDAK...

KANCIL NAK BERAK MACAM GAJAH MANA BOLEH...PECAH JUBOR LA...

Anonymous said...

saya setuju kita bicarakan tentang prinsip dan amalan kedua-dua kerajaan PR dan BN ini serta keuapayaan kerajaan berubah daripada kita dok zikir/ratb ayat2 fitnah liwat & lucah individu tertentu khususnya konspirasi terhadap Anwar.

Cuba kira fikir perubahan pembaikan untuk kepentingan rakyat.. berbanding kepentingan segelintir kumpulan elit kapitalis penguasa ..... baru nampak kelas sikit... bukan idea/ hujah cap ayam..... heheheheeh

kukujariku said...

BUTAkah mata kita...
PEKAKkah telinga kita...
azan minta diperlahankan...
hasan ali dan roni liu berselisih pendapat tentang penjualan arak...
apakah ini tanda tadbir urus yang baik untuk umat islam di bawah pakatan rakyat?????
sedihnya aku...
kalau tak nampak lagi!!!!!

Anonymous said...

UMNO pun berselisih dengan MCA tentang DEB & takrif 1Malaysia Najib ...

UMNO pun berselisih dengan MIC tentang berselerak kuil hindu & Novel Interlok ...

Biasalah berselisih... umno too politiking.. tapi yang jelas program kristianisasi terhadap orang melayu semakin hebat, ramai remaja melayu murtad.. apa umno pegang kuasa buat? Kerajaan pusat UMNO gubal lah undang2 yang jelas & tegas tentang judi, arak, & zina dikalangan melayu ini... baru betul dari dok salak kepada orang tiada kuasa penuh.... negeri & pusat... terutama dinegeri johor ke, pahang ke, melaka ke, N9, perlis ke, terengganu ke,

Anonymous said...

Oiii bahlul. PAS dah berapa ramai mengislamkan orang DAP. Setahu aku mengkafirkan orang ramailah sebab itu kerja PAS. dasar puak khawarij. PKR tak payah tanya sebab coimfirm Islam Liberal. Bila kepala mcm tu maka pengikutnya ttp kepala taik jgk.

Anonymous said...

Oiii bahlul. PAS dah berapa ramai mengislamkan orang DAP. Setahu aku mengkafirkan orang ramailah sebab itu kerja PAS. dasar puak khawarij. PKR tak payah tanya sebab coimfirm Islam Liberal. Bila kepala mcm tu maka pengikutnya ttp kepala taik jgk.

Anonymous said...

anom January 13, 2011 2:38 AM

kl rosmah mu nak kata liabiliti tu memang kena ats kandok dah..

rosmah function dia srupa dgn KJ time zaman pak lah dulu..

TAPI bile mu kata TUN M tu liabiliti, gong dan gila demo terserlah...

nak bandingkan diri mu dgn tun ibarat petala langit peringkat ke tujuh dgn teras bumi plg dlm..

demo habuk pun tarak...sembang je berapi.

Anonymous said...

salam,

kalau bukan kaki kelentong mana boleh jadi ahli politik....kalau tidak cukup bodoh mana boleh jadi ahli mana-mana parti.

oleh itu apa yg ahli politik janjikan jgn dok percaya sangat, lainlah kalau kita memang otak bangang spt keldai.

buka mata tgk negara jiran kita spt filipina,indon & thailand dan yg terkini negara benua org hitam 'tunisia'rakyat telah bangkit kerana tak tahan dgn penipuan pemerintah yg zalim....jgn kita dok berseteru sesama sendiri membela ahli politik yg penipu lagi barua...elok fikir mcm mana nak cari duit bela anak bini...wslm.

kukujariku said...

kalu gitu...
bakpo org indon mari kat malaysia?
org filipina pun mari kat malaysia?
org burma pun mari keat malaysia?
org bangladesh pun mari kat malaysia?
Pah bakpo???
kita tok gi ko negara berkenaan kalau negara tersebut lebih baik drpd kita?????

umnoningok said...

doh bakpo golongan professional, terpelajar dan cerdik pandai lebih suka berada dinegara luar untuk mencari makan?..kenapa kerajaan terpaksa buat promosi untuk menarik golongan2 ini?...dan tak dapat sambutan?

golongan indon, filipina dan burma datang kesini sebab anak melayu malas bekerja! cuba periksa golongan yang mengganggur dikalanaga rakyat malaysia ni berapa ramai?..hasil pemerintahan siapa ini? dulu M'sia sama taraf dengan singapore, taiwan dan korea..tapi lihat apa yang mereka perolehi sekarang ini....

hahahaha...malaysia maju......hasil pemerintah licik menipu...

kukujariku said...

ITULAH HEBATNYA MALAYSIA....
memberi pilihan kepada rakyatnya...
di samping...
membekalkan tenaga pekerja yang profesional kepada negara luar...
Mereka ini bukankah diberikan gaji yang lumayan dan menghendakkan gaji yang lumayan...sampai mereka memilih sendiri...antara upah yang mahal daripada memberi perkhidmatman kepada bangsanya atau negaranya sendiri...