Rela mati kerana Karpal: kemelampauan yang melampau
GARA-GARA pimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat memfirasatkan segala retorik untuk tumbangkan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya umum ke-13 nanti tidak mungkin menjadi realiti, menyebabkan ramai yang 'meracau', antaranya kerana badi Projek 16/9 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih bersifat mimpi yang tidak menjadi realiti.
Terbaru, Ahli Parlimen (Pas) Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dikenali sebagai arkitek Pas, terutama Pas Kelantan, turut dilanda 'penyakit meracau' yang memberi amaran mahu mayatnya dilangkah terlebih jdahulu ika ada pihak yang ingin mengusik 'Karpal Singh', satu amaran yang meyebabkan pendukung dan penyokong Pas sendiri boleh terhenti denyutan jantung beberapa ketika.
Saya sendiri sebagai pengamal media yang bukan baru mengenali beliau dan merupakan tokoh Pas yang amat saya hormati di samping Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman, sukar untuk mempercayai tokoh yang bertanggungjawab mencadangkan penggezetan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan title 'Tok Guru' apabila Mursyidul Am Pas itu yang sebelumnya dikenali dengan 'ustaz' setelah Nik Aziz menjadi Menteri Besar, boleh mengukir amaran 'sombong bodoh' itu.
Strateginya mentitlekan Nik Aziz dengan 'Tok Guru' amat menjadi apabila Nik Aziz kini dilihat sebagai 'tokoh suci' kerana bertitlekan 'Tok Guru' walaupun mentitlekan Nik Aziz sebagai 'Tok Guru' itu agak sumbang kerana lazimnya gelaran 'Tok Guru' diberikan kepada guru-guru sekolah pondok manakala pengkuliah agama tanpa menjadi guru sekolah pomdok seperti Nik Aziz dititlekan dengan 'ustaz' sahaja.
Sudah tentu amaran Ahli Parlimen Kota Bharu itu berstrategi tetapi saya yakin strateginya kali ini bukan sahaja tidak menjadi tetapi akan menjadi 'senjata makan tuan' kepada Pas dan juga kepada dirinya sendiri sebagai arkitek Pas yang mana hasil dari kerja keras bersama Dato' Abdul Halim dan Ustaz Abdul Fatah Harun (kini ADUN Bukit Tuku) atau lebih dikebnali dengan '3 ABDUL' pada waktu itu telah meberi kemenangan besar sehingga Umno/BN gagal menang sebarang kerusi parlimen dan dewan unndangan negeri pada pilihanraua umum 1990.
Walaupun kata orang masuk kandang kerbau kena menguak, masuk kandang kambing kena mengembik, namun tindakan Ahli Parlimen itu mengambil sikap cuba menyuaikan dengan keadaan dan mood majlis pada Konvesyen Pakatan Rakyat itu ibarat tukang masak terlebih masukkan garam dalam masakan kerana tokoh yang mahu dipertahankan itu pernah menegaskan langkah mayatnya dulu kalau mahu laksanakan pmerintahan secar Islam di negara ini.
Kalau amaran itu bermaksud mahu mempertahankan Nik Aziz atau Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, saya yakin Wan Abdul Rahim akan mendapat sokongan solid bukan sahaja dari para pendukung dan penyokong Pas tetapi juga dari sekalian rakyat jelata negara ini yang beragama Islam tanpa mengira bangsa.
Keterlanjuran atau mungkin kesengajaan yang bersifat strategi berkonsepkan 'bodoh sombong' atau 'sombong bodoh' itu bagi saya adalah antara rentetan kifarah terhadap perjuangan Pas yang sudah banyak tergelincir dari rel dan landasan dan mataamat asal perjuangan serta pendekatan dan tatacara perjuangannya kerana dibayangi oleh mimpi retorik Anwar Ibrahim.
Sebagaimana Umno/BN kalah di Keantan pada pilihanraya umum 1990 bukan kerana Pas kuat dan berpengaruh tetapi kerana kifarah ekoran sikap 'bodoh sombong' dan 'sombong bodoh' pimpinan serta pendukung dan penyokong Umno/BN ketika itu, Pas akan kehilangan kuasa di Kelantan di samping negeri-negeri lain yang kini dibawah peerintahan PR akan lebur kerana faktor yang sama, yakni kerana kifarah setelah banyak kemungkaran berlaku dalam Pas akhir-akhir ini.
Saya yakin bukan sedikir orang Pas akan mula merasa geli geleman dengan Wan Abdul Rahim ekoran amarannya itu, malah tidak mustahil kalau pada pilihanrauya umum ke-13 nanti namanya tidak akan tersenarai sebagai calon lagi walapun sama ada beliau dicalonkan atau tidak haeapan untuk Pas mempertahankan Kelantan adalah amat mustahil. Saya yakin Wan Abdul Rahim dan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman boleh agak mengenainya.
Saturday, January 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Awat bodoh sangat ni?
Mati untuk singh cacat tu boleh masuk syurga ka?
Mangkuk hayun punya penyokong komunis.
sedara dia ke????
john sanggup mati kerano sapo pulok...Lim Kit Siang kor Lim Guang Eng..he he he
Ore UMNO sanggup mati kerano agamo denga bangso jah...
Tok guru John pulok sanggup mati kerano sapo pulok...he he he Arif fahmi ko Husem
...hebat..hebat sungguh wayang lakonan che gu Rahim bekas speaker DUN Kelantan..sanggup mati untuk mempertahankan Kapal Sink anti negara Islam..tambah sorang lagi pemimpin PAS yg tiba2 jadi histiria tahap gaban..ko dekat PRU 13 ko menjadi2 sasau kerana nak tarik undi bukan melayu..celako celako celako..
Salam buat tuan..
Dalam mencari identiti dan setia kawan kadang-kadang kita mudah terima bila seseorang itu belaga angin dengan kita dan akan putus angin bila tak belaga dengan kita. Maka mulalah naik angin dan keluarlah bermacam andaian yang kadang-kadang sikir telinga mendengarnya. Tapi bila belaga angin kena sokmo dan boleh telang apa saja hingga sanggup galang ganti batang tubuh sendiri betapa hebatnya bila masuk angin dan belaga angin.Tapi kena kabar kalau banyak sangat naik angin masa berkata-kata nanti orang kata tak kabar pula . Masuk angin keluar asap...nanti ramai pula yang tadak angin nak terima....kita ? Walahualam.
kalau dakwah & jihad PAS tu sesat & bermimpi, berjuang kerana UMNO tu, banyak ko pahala & mudah ko nak masuk surga?
Apa beza perjuangan sekular UMNO dengan sekular DAP tu...?
Bagi otak berkarat UMNO, apa beza cina dalam DAP dengan cina dalam MCA ... tidak anti melayu atau anti-Islamkah MCA, MIC, PBS, Gerakan, PPP, dll.. dalam BN tu?
Tak payah lah Umno & komponen BN beriya2 mempamerkan fahaman sekular hipokrit Islam & jiwa rasis kepuakan yang sempit tu, ... kita bicara politik cara mana nak memerintah negara secara tadbir urus yang baik, integriti pemimpin & pegawai, kebajikan & keselesaan rakyat (kualiti hidup rakyat-termasuk kenaikan harga barangan harian), perpaduan & keadilan nasional, pertumbuhan ekonomi mapan, maruah & kedaulatan negara yang tercabar, dan isu-isu nasional yang kronik!
Benarkah PR bermimpi?
Rakyat sedang menilai kredibiliti parti & pemimpinnya.
Rakyat akan memilih dalam PRU13.
Apa perbezaan BN dengan PR?
Sekurang2 kita kenali komponen2 PR seperti berikut:
DAP- multiracial party, sekular socialist democratic ,
PKR- multiracial party, sekular liberalist democratic .
PAS- multiracial party, Islamist democratic
Perjuangan kesemua komponen PR berasaskan elemen:
1- "multiracial democratic party",
2- "bertunjangkan perlembagaan & prinsip Rukunegara"
3-"menghormati segala institusi-institusi kenegaraan yang termaktub".
4-“tadbir urus yang baik”
5- “kualiti, kebajikan & keselesaan hidup rakyat,
6- “perpaduan, keadilan & kedaulatan nasional”,
7-“pertumbuhan ekonomi & pembangunan mapan”
Gaya politik BN, "emosional-gertak-ugut" isu kesempitan, kejumudan & kepelampauan kaum/puak tiadalah menguntungkan sesiapa! .. gaya berpolitik hishamudin husin, ibrahim ali, nazri aziz,chua soi lek, samy vellu, zaid hamidi, zulifli nordin, gobalakrisnan, dll ... tiada sesuai dengan budaya sosio-politik rasional Malaysia kini!
salam semua,
dalam perjuangan menentang musuh tak kira musuh apa termasuk musuh politik...mempertahankan nyawa rakan adalah harus...contohnya dalam kerjaya sebagai anggota tentera/polis/penjara/bomba dll..jika rakan kita akan dibunuh musuh tak kira muslim ker kafirka kita kena selamatkan...itulah lumrah perjuangan...soal mapuh (mati) masuk syurga atau neraka Allah akan tentukan...
Bukea bejuae umno ko pasik gerenti ke syurgo ko nerako. kalu doh sngoti tau denga hork kecek lagu tu pun demo keno fahae. pok ko sin tu doh woyat langkah mayat po ko sin dulu baru bolih pasik laksanokae negaro isle. dok ko tuh dok gok neh... jangae sapai guling geralok suroh demo sanggup mati krno petahekae pok so sin...semo taung pok sin tu kulup tok sunat pung. aloh aloh aloh...!!!
hbs wat tubik segala cerita dan alasan utk bela DAP dan segala juak2 yg kena dgn selera
kawe wat tubik wah ni jah..
"HARAM BERKONGSI KUASA DGN KAFIR"----sapa eh wat tubik statement ni dulu
kahkhkahkahakhakhakhkaha.....
meta ko nak ko sokongan DAP, wat haram tukar jadi halal...
kahkhkahakhakahkaha..
"WAH HARAM MU,WAH HALAL AKU"
pah ko kiamat pas jah betul kl pas duk pegang buah tu...
hahahahhahahhahahahah
Pelik puak-puak PAS Celaka ni. Lanhkah mayat untuk melaksanakan hukum hudud ok juga. Ni terbalik jadinya. langkah mayat utk pertahan Karpal Singh.
Celaka ! Celaka ! Celaka
Kawe dah jadi tak pahe ... bodoh dan bengong
..jangan dok marah ko che gu Rahim tu..dia cuma bela bakal tok mertua dia..dengar kata anak tino karpal singh comel mirip Asha Paresh..boleh la jadi hak nombor 3...
UNTUK TATAPAN PENYOKONG PR SILA JENGOK KE BLOG SRIKANDI 7.
INSAF INSAF LAH.
Ambo rasa ambo meli..cik gu Rahim ada darah gemuroh..ambo rasa dio nak kata langkah mayat dia dulu kalu sapa2 nak apa2kan Tok Guru Nik Aziz atau Tok Hj Hadi..Tp dia terkejut tengok Karpal cacat tersengih lalu tertubitlah ayat langkah mayat dia dulu kalu nak hantam Karpal..teori mudah ambo la..tak payoh mikir byk2. Serabut palo. YB Cik Gu Rahim setakat boleh ajak main "aji" atas wakaf ok kot..
ana rasa dia nampak serban singh tu lebih besar.....jgn-jgn nanti keluar pendapat nak lantik singh jadi tpm pulak..tu pun belum perintah malaysia. mintak2 dijauhkan Allah.
Aku orang umno, di Hulu Sengaor dulu tu saya pangkah UMNO Ustazzz Kamalanathan... DAP tak main la... kekeekekek
Post a Comment