Monday, January 3, 2011

MUNCUL KEMBALI (927)

Penjawat awam tidak patut dikemelutkan

WALAUPUN setiap orang mahu tidak mahu akan menyukai, mendukung, menyokong dan menganggotai mana-mana parti politik sesuai dengan amalan demokrasi, termasuk di kalangan penjawat awam, namun masing-masing pasti akan mengutamakan profesionalisme dalam menjalani kehidupan seharian, apatah lagi di kalangan para penjawat awam.


Mekemelutkan penjawat awam kerana kepentingan politik oleh kalangan tertentu adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan amat tidak patut kerana secara tidak langsung ianya akan menyebabkan penjawat awam yang dikemelutkan itu akan mengadapi kesukarakan dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

Demikian halnya dengan Datuk Mohammed Khusrin Munawi apabila perlantikkannya sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) selangor Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan diperkenankan oleh Sutan Selangor ditentang oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berdominasikan Parti Kedailan Rakyat (PKR), diterajui oleh Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Beliau tidak patut dikemelutkan dan menjadikan beliau berada dalam keadaan sulit dan sukar untuk jalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau kejawatan SUK Selangor atas arahan pihak atasan. Kalau beliau enggan bermakna beliau ingkar arahan dan tidak menghormati perkenan Sultan dan boleh dikenakan tindakan.

JPA pula adalah badan bebas yang tidak sepatutnya dicemari lumpur politik dalam segala urusan yang pastinya dilaksanakan berdasarkan terma-terma peraturan dan perundangan yang telah digariskan oleh pihak kerajaan yang terbentuk kerana pilihan majoriti rakyat. Kepentingan JPA tidak sama dengan kepentingan orang politik.

Adalah sesuatu yang amat pelik kenapa Kerajaan Selangor terajuan Khalid menentang perlantikan Mohammed Khusrin. Apakah SUK Selangor yang baru itu menjawat jawatan sebagai ketua bahagian atau jawatan-jawatan lain dalam Umno dan akan menjalankan tugasnya yang akan melabakan Umno.

Juga pasti akan timbul persoalan apakah dalam soal pemilihan pegawai untuk diberi tugas, orang politik lebih arif tentang pencapaian, kebolehan dan kualiti perkhidmatan seseorang pegawai kerajaan berbanding dengan JPA. Siapa sebenarnya yang menyimpan rekod perkhidmatan setiap pegawai, JPA atau orang politik. Rakyat Selangor pasti akan bertanya dan mencari jawapan mengenainya.

Khalid patut mengambil iktibar apa yang berlaku di Kelantan. gara-gara berbalah dengan pegawai kerajaan, Umno/BN kecundang di Kelantan pada pilihanraya umum 1990, malah kerana kurang sebulu dengan para pegawai, Kerajaan Pas Kelantan nyaris-nyaris kecundang pada pilihanraya umum ke-11 apabila parti itu hanya berkerajaan dengan majoriti hanya satu kerusi dan satu kerusi itu pula majoritinya hanyalah dua undi sahaja.

Saya yakin jika Kerajaan Selangor terajuan Khalid terus berkeras untuk menentang perlantikkan Mohammed Khusri, PR bukan sahaja akan kalah di Selangor pada pilihanraya umum akan datang tetapi PR akan kalah dengan teruk kerana rakyat pastinya mahukan sebuah kerajaan yang bersih dari sebarang kemelut, bukannya kerajaan yang menimbulkan kemelut.

Ini adalah kerana kemelut orang politik dengan pegawai kerajaan tidak akan memberi faedah, sebaliknya akan membawa padah, terutama kepada orang ramai kesan kepada ketidak-sehaluan kerajaan dengan pegawai kerajaan dan Mohammed Khusrin pasti akan dilihat sebagai mangsa keadaan. Rakyat, apatah lagi para pegawai kerajaan semua peringkat pasti akan bersimpati dengannya kerana bila paha kiri dicubit paha kanan pun akan turut merasa sakitnya.

7 comments:

Anonymous said...

Perlantikan kusrin sebagai SUK selangor ... Apakah mengikut perlembagaan ke? .... dimana prinsip "Ruler in Council" ... Raja bertindak atas nasihat MB & exco semasa (Kerajaan PR)..... banyak pelik mainan politik sekarang ...

Dulu peristiwa rampasan kuasa MB Perak melalui penglibatan Istana Perak ...

Gelagat raja-raja Melayu yang sumbang meng"anak-emas"kan UMNO dan meng"anak-tiri"kan yang bukan UMNO amat "memakan hati" dan "pendam perasaan" oleh setiap golong rakyat ..... rakyat semakin juak...

JIka Istana dibawah telunjuk UMNO, jentera kerajan didalam kuku besi UMNO, ... tenangkah jiwa Melayu Bukan UMNO & rakyat jelata yang lain yang terpinggir ini?

Konvensyen Raja-Rakyat Melayu yang pernah diucap oleh Laksamana Bentan: "Raja Adil disembah, Raja Zalim disanggah"

Apakah tidak mungkin luah hati mereka akan berlaku secara tsunami lagi dalam PRU13 nanti?

Anonymous said...

Komen diatas memaparkan kebodohan dan taksub buta penyokong PR...yang lain faham2 sendirilah...aku dari seorang penyokong PAS dah tak mahu sokong apa2 lagi...sampai waktu ngudi aku pilih mana yang aku rasa sesuai...janji dia orang Islam...

Cikgu Di said...

Salam buat tuan....
Kita sebagai rakyat sememangnya ingin berada dalam suasana aman dan tenteram dalam sebuah negeri atau negara. Maka bagi negara/ negeri yang mempunyai Raja berpelembagaan maka rakyat haruslah tahu peranan Sultan dan letakknya kuasa MB dan Exco. Dalam keadaan yang tertentu maka peranan Sultan boleh menyelamatkan keadaan. Cuma lagi bagi mereka yang tidak memahami keadaan akan berprasangka yang sebaliknya. Atau mungkin juga sudah salah menilai keadaan kerana hilang pertimbangan.Jangan kita terlalu jauh mengukur kezaliman Sultan Mahmud dengan kebangkitan penentangan Laksama Bentam dengan peranan istana dihari ini.Sejarah adalah suatu kebenaran kecuali kita menutup mata kerana sudah hilang kewajaran dalam mencari punca sebenar.Jangan pula kita cuba mencalit orang lain atas rasa tidak puas hati dan meletak istana dibawah telunjuk orang lain.Itu satu penilaian dari seorang yang cetek pengukuran. Barangkali sudah banyak perhitungan dibuat dan sudah jenuh dimesyuaratkan maka barulah istana mencadangnya dan langkah dibuat. Soal perjalanan pentadbiran sesebuah negeri tentunya dalam naungan Sultan berkenaan maka apakah boleh kita kata ikut telunjuk begitu saja....
atau biarkan apa nak belaku dalam sesebuah negeri hinggakan Sultan bagaikan patung yang tak perlu mengambil tahu hal yang berlaku dalam pemerintahan baginda....amat malang jika ada Sultan yang demikian dan yang lebih malang jika rakyat yang lena dan tak dapat mengjangka apa yang akan berlaku jika situasi yang memerlukan istana bersama memikirkan keadaan negeri dibawah pemerintahannya....dan sesetengah rakyatnya hanya tahu mengutuk tapi tak tahu untuk membina bersama Bumi bertuah ini agar semua rakyat berbilang bangsa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.....walahualam.

Anonymous said...

Betapa bodohnya Melayu. Apakata rakan DAP mereka tentang raja itulah yang mereka perjuangkan hingga ketahap sebegitu rupa. Siapa kini menjadi balaci siapa.

Anonymous said...

Betapa bodohnya Melayu. Apakata rakan DAP mereka tentang raja itulah yang mereka perjuangkan hingga ketahap sebegitu rupa. Siapa kini menjadi balaci siapa.

Anonymous said...

Sokongan kepada raja/ pemimpin perlu ada batas... syarak... bukan isu turut DAP atau siapa.. bukan taksub assobiyyah buta tuli....

Taat kepada raja/ pemimpin bersyarat..selagi dia taat kepada Allah, rasul & Islam. Kalau tidak, cari raja/pemimpin yang lebih alim & warak ... bukan disyaratkan kepada darah keturunan walaupun sesetengahnya.... perangai macam hantu:
kaki arak
kaki judi
kaki betina
kaki joli harta rakyat
kaki buli/ pukul orang
kaki gadai/pajak/jual negeri
kaki sebat duit zakat ....

sesetengahnya pemimpin ni macam memerintah "ala-mahafiraun" puak2 yang "maha cerdik" UMNO ni ... dok junjung jilat ampu bodek ...nih... kerana "fulus"

itulah sebabnya akhlak melayu semakin teruk sekarang kerana berketuakan jenis melayu lanun... mereka ikut peragaia ketua mereka....mereka tak nampak ketua yang alim & warak lagi... yang nampak mana yang bagi duit seperti Kamalanathan tuu.. "melayu" tongkang ko melayu apo? ... hehehehe

t4kubelajar said...

sebuah pemikiran yang bagus