Tuesday, January 18, 2011

MUNCUL KEMBALI (931)

Bertuahnya jadi warga Felda

BUKAN mudah untuk puaskan hati semua orang kerana setiap orang mempunyai cara berfikir dan ragam yang sangat berbeza. Sebagai mausia, cara berfikir dan ragam manusia Felda juga pelbagai ragam dan tidak mudah untuk puaskan hati mereka.


Pun begitu rakyat negara ini, lebih-lebih lagi warga Felda yang waras dan profesional cara berfikir dan membina ragamnya, pasti akan bersyukur dan merasa bertuah dengan kewujudan dan perana Felda yang sentiasa diberi dan menerima prihatin pihak kerajaan berkaitan dengan kebajikan mereka.

Keprihatinan kerajaan itu terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dari Felda sendiri untuk memaju dan membangunkan warga Felda di seluruh negara pada tahun ini.

Peruntukan itu merangkumi pelbagai usaha menambah baik kemudahan dan keselesaan masyarakat Felda termasuk pengurusan, pinjaman, perparitan dan prasarana yang lain.

Memandangkan peruntukan besar itu adalah milik Felda sendiri, maka ianya sekali gus telah menafikan dan menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Felda bankrap. Kalau bankrap, mana mungkin Felda boleh berbelanja sehingga RM1.6 bilion.

Dengan mempunyai aset RM15 bilion dan saham RM5 bilion yang boleh cairkan pada ketika ini, dakwaan kononnya Felsa bankrap adalah suatu pembohongan yang sangat tidak bermoral dan bersifat menghina Felda dan warganya.

Warga Felda patut bersyukur apabila Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta daripada Felda untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot rumah yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka Felda.

Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa dengan peruntukkan-peruntukkan itu membuktikan rekod pencapaian yang luar biasa yang telah diperjuangkan dan hasilnya dapat dilihat hari ini.

Kejayaan Felda mengubah keadaan hidup masyarakat yang bertuah kerana terpilih menjadi peneroka Felda dan juga mnerupakan antara tuah kerana bernaung di bawah kerajaan, kerajaan Barisan Naisonal.

Dengan purata pendapatan peneroka RM3,000, secara tidak langsung Felda boleh dikategorikan berjaya berpeanan membentuk masyarakat golongan pertengahan, malah pendapatan para peneroka melepasi sasaran kerajaan.

Yang disasarkan keajaan ialah setiap rakyat berpendatan RM2,300 yang mana melalui Model Baru Ekonomi (MBE), kerajaan membuat taksiran mereka yang berpendapatan bawah RM2,300 berjumlah 40 peratus di negara ini dan pendapatan mereka perlu ditingkatkan.

Bagaimanapun masyarakat Felda tidak tergolong dalam jumlah 40 peratus yang perlu diotingkatkan pendapatan mereka, malah dengan pendapatan RM3000 sebulan merupakan angka yang besar bagi masyarakat Felda kerana kos hidup di tanah-yanah rancangan Felda jauh lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup di bandar.

Justeru adalah sesuatu yang amat pelik dan tidak tahu bersyukur namanya kalau masyarakat Felda tidak merasa bertuah menjadi warga Felda, apatah lagi kalau terlibat atau bersekongkol dengan pelbagai kerenah memburukkan Felda, termasuk menyibarkan fitnah kononnya Felda bankrap.

6 comments:

kukujariku said...

lumrah alam...
kadang-kadang manusia tidak berterima kasih kepada tuannya tapi berterima kasih kepada musuh tuannya????
beruk juga kadang-kadang tak kenal tuan...kekah ikut sir!
jadi...
adakah mereka serupa??????

umnoningok said...

ya! mereka serupo dengan orang2 umno yang dibutakan hati dan fikiran mereka dibantutkan. mereka2 ini (feldarian) sepatutnya dapat lebih dari apa yang mereka usahakan tetapi golongan kapitalis yang mengawal mereka dapat mengaut keuntungan dengan mudah tanpa mengeluarkan peluh! bila tiba musim pilihanraya berkokoklah golongan kapitalis ini..hahahahahaha!..bersyukur..bersyukur..bersyukur...

Anonymous said...

kalu pas buat mesti puji punya. kalu umno buat maka dituduh dengan yang buruk2. alahai pejuang Islam?????

Anonymous said...

masa dulu FELDA dirancang & diurus oleh kerajaan BN era pemimpin nasionalis UMNO mazhab semangat 46 ... tun razak..... untuk BELA rakyat!

masa sekarang FELDA diurus & dikuasai oleh kerajaan BN era pemimpin kapitalis umnoAPCO mazhab mahathirisme ... anak tun razak..... untuk BELIT rakyat!

sila analisis fakta2 penyelewengan & pembaziran felda ...... apakah rakyat masih dibelenggu dengan korupsi umno/BN?

Cikgu Di said...

Salam buat tuan ...
Biar apa pun yang disuarakan tapi yang nyata FELDA hari ini adalah satu organisasi yang terbentuk dari buah pemikiran pemimpin dahulu dan rentetan penyambungan kerajaan sekarang yang ingin membela nasib rakyat terutama para peneroka yang puratanya berpendapatan rendah.

Dalam pengurusannya tentu pihak FELDA memahami permasalahan yang timbul begitu juga dipihak peneroka. Maka usaha murni yang dibuat oleh kerajaan untuk tujuan kebaikan rakyat janganlah hendaknya ditolak mentah-mentah . Begitu juga kebajikan para peneroka jangan diabaikan.

Sesungguhnya peranan FELDA adalah terlalu besar buat para peneroka jika mereka mendalami sejarah penubuhan dan juga bagi mereka yang awal memasukki tanah rancangan. Mereka lebih tau pahit maungnya sebelum hasil dapat dituai.

Amatlah tidak adil jika penilaian ini datangnya dari orang yang tidak bersama membangun tanah yang gersang lalu bila hasil dituai maka berbunyi mulut-mulut yang menyuarakan ketidak kepuasan malah mengatakan kerajaan mengamal dasar kapitalis walhal jauh sekali untuk menyuarakan terima kasih kepada kerajaan.

Amatlah payah untuk memahami dan melayani semua kehendak manusia apatah lagi kalau kaca mata seseorang itu sudah jauh dari melihat kebaikan yang dibuat melainkan sentiasa menyuluh dan mencari cacat cela seseorang lalu dicanang kemerata tempat dengan harapan dipangill jagoan tapi hanya pandai berkokok berdegar-degar menjual cerita lama yang tak berkesudahan.....bukannya bersama membantu untuk kesejahteraan bersama.....walahhaualam.

Anonymous said...

PAS jelas tidak berminat pada Islam dan hukum hudud tapi berminat untuk bersekongkol dengan DAPig. Itu sebabnya perjuangan untuk negara Islam telah terlucut dan PAS kini dibogelkan untuk kepuasan nafsu dunia sahaja.