Tuesday, February 8, 2011

MUNCUL KEMBALI (933) - DIKENASKINI DENGAN PEMNBETUKLAN EJAAN

Meli mulut masin?

ADA yang kata saya ni mulut masin. Awal-awal lagi saya kata Pas kalah di Galas dengan undi Umno meningkat, Pas betul-betul kalah dan jumlah majoriti Umno meningkat. Bila pilihanraya di Tenang, saya juga kata Umno akan menang dan majoroitinya juga akan meningkat, memang itulah yang terjadi dengan izin-Nya.

Yang nak ssukonya (bahasa standard barangkali disebut: yang melucukan), selepas saya posting ramalan Umno akam menang di Tenang dengan tenang baru-baru ini, ada yang telefon, SMS dan email, minta tolong jangan buat ramalan atau ulasan yang melabakan Umno/BN dan merugikan Pas/PR, kesian Cikgu Mala kononnya.

Alasannya mulut saya ni masin. Saya kata mulut saya memang sering masin kerana kadang-kadang saya makan nasi hanya gaul budu ketik lada cengik/lada burung: bukan kerana itu kegemaran atau membuka selera saya tetapi itulah kemampuan sebenar kehidupan saya. Kerana kedaifan hidup, bini pun lari dan sekarang ini saya terpaksa hidup menduda di hujung usia.

Saya bukan tak pernah hidup senang tetapi masa ada wang saya tidak gunakan wang untuk senangkan anak bini dan diri sendiri tetapi lebih memberi tumpuan kepada kepentingan umum. Ratusan ribu wang saya habis kerana terbitkan pelbagai buku, majalah dan akhbar mingguan bagi membela Pas sebelum saya mufarakah dari menyokong Pas.

Tetapi saya tidak pernah kesal dan tidak minta segala apa yang saya korbankan dibalas dengan sumbangan kawasan balak, lombong emas dan besi kerana tidak ada siapa yang minta saya berkorban, termasuk mewakafkan bini untuk Pas dan akhirnya saya terpaksa menduda pada usia 55 tahun apabila bini yang berkongsi hidup dengan saya selama 31 tahun pohon perceraian di mahkamah syariah.

(Sekarang ni saya hanya jadi broker jual tanah kosong yang telah diambil balaknya supaya ditanam dengan sawit atau getah klon sebagaimana permohonan yang dibuat. Saya juga jadi broker jualan kawasan lombong emas dan besi, termasuk melibatkan pelabur luar negara melalui kenalan di Kuala Lumpur sebagai perantara dan proksi pelabur. Matlamat saya bukan nak laba tapi nak pastikan kawasan yang dibotakkan, ditanam dengan sawit atau getah klon).

Anak kecil saya kepiluan walaupun dia tidak terasa sangat dengan kehilangan ibunya kerana dia membesar tanpa perhatian ibunya gara-gara masa ibunya lebih banyak kepada aktiviti parti politik dari berada di rumah. Yang pasti timbul protes dan kebencian kepadanya dan Pas juga. Pun begitu saya sering ingatkan supaya jangan benci mama, anak tidak boleh derhakakan ibu.

Walaupun usia baru 12 tahun tetapi dia seorang yang bermaklumat termasuk tentang hal ehwal dunia kerana sepanjang hari dia melayari internet. Hal ehwal Palestin, Mesir sekarang, umur dan latarbelakang pendidikan Obama dan tokoh-tokoh dunia yang lain pun dia tahu.

Anak-anak yang dah dewasa saya tidak pula cuba selami hati nurani mereka kerana pada umumnya saya tidak mesra mana dengan mereka kerana pembesaran mereka diluar pemerhatian saya kerana sibuk dengan tugas-tugas kemediaan yang menyebabkan saya banyak memburu masa. Hanya anak bongsu saya dapat melihat pmbesarannya dan baru saya dapat menikmati erti sebenar menjadi seorang bapa.

Cuma yang saya pesankan kepada anak-anak melalu SMS, apa pun berlaku jangan marah dan jangan sekali-kali abaikan mama kerana dia perempuan, dia boleh terdedah kepada pelbagai fitnah, apatah lagi sebagai seorang janda. Abah lelaki tak perlukan pemerhatian dan pengawasan. Semasa dia tidak balik tiga bulan sebelum cerai pun, dah ada lelaki yang mengaku bini saya sebagai isterinya.

Ada geng-geng lama marah dan minta izin mahu kapakkan kepala lelaki terbabit tetapi saya tidak izinkan kerana yang silapnya bukan lelaki berkenaan tetapi isteri saya (kini bekas) pun ada salahnya. Salah besarnya saya kerana percaya denga mewakafkan kepada Pas, pada hemat dan firasat saya bini saya akan menjadi lebih baik dan akan memiliki peribadi Siti Khdijah Binti Khuwailid, Siti Aisyah Binti Abu Bakar, Siti Fatimah binti Rasulullah, Sumaiyyah atau pun setidak-tidaknya sama perangai dengan Durrah yang berperibadi Islam walaupun anak kepada Abu Jahal.

Kerana itu saya hadir ke mahkmah syariah untuk dapatkan hujjah kenapa bini saya minta cerai. Bila hakim tanya apa punca mahu bercerai, saya kata kena tanya bini saya kerana dia yang tuntut. Jawapan bini (kini bekas) ialah tidak ada persefahaman. Kerana berpuashati dengan alasan tu aya sanggup ceraikan dengan talak tiga tetapi bini (bekas bini) mahu talak satu.

Yang saya faham dari pengakuannya bahawa saya adalah seorang suami yang tidak pernah berbudi kepada bini dan anak-anak, berbanding dengan gu-gunya dalam parti, termasuk lelaki yang mengaku bini saya adalah bininya sebelum kami bercerai.

Justeru itu sebagai lelaki, suami dan bapa: saya merasa sangat terhina dan dihinakan. Semuga Allah ampuni segala dosa bini saya dan bersama suami baru nanti dia akan dapat masuk syurga tanpa hisab, Insyallah.

Saya nasihatkan anak-anak supaya jangan abaikankan ibu mereka kerana syurga bagi anak-anak di bawah telapak kaki ibu dan anak-anak kena doakan supaya ibu mereka akan masuk syurga walaupun ibu mereka semacam lupa, malah sering menafikan syurga bagi seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami. Bagi ibu mereka tak ada syurga di bawah telapak kaki saya sebagai suami, tiket untuk ke syurga bagi ibu mereka adalah Pas dan pimpinan Pas.

Justeru kepada anak-anak dan rakan-rakan, saya tegaskan bahawa menjadi fardu kifayah bagi saya menentang Pas pada waktu ini bagi pihak anak-anak saya kerana ibu mereka telah disesatkan oleh Pas, nalah ekoran dari tarbiyah songsang Pas, telah menyebabkan ramai di kalangan muslimat Pas menanggap menentang suami yang merungut kerana bini terlalu tumpu kepada kegiatan parti adalah halal dan amat patut. Muslimat terbabit adalah yang jadi aktivis Pas tanpa ada asas agama.

Saya yakin kerana antaranya kerana kifarah kepada salah tarbiyah terhadap pendukung dan penyokong oleh pimpinannyalah, maka Pas kini sedang menuju ke arah kehancuran dan diberi amaran supaya kembali kepada landasan perjuangan asal dengan Pas kalah pada pilihan-pilihanraya kecil.

Kalau Pas tidak kembali kepada matlamat asal, pada pilihanraya umum ke-13, Pas akan kalah di Kelantan: bukan kerana masin mulut saya tetapi kerana kifarah gara-gara salah Pas sendiri.

Sejak menjadi orang media pada tahun 1973, saya bukan saja bergaul tetapi membuat catatan dan laporan tentang tokoh-tokoh dan parti politik. Saya berada dalam suasana Pas mahu tumbang pada tahun 1978 dan saya berada dalam keadaan Umno/BN tumbang di kelantan pada tahun 1990.

Keadaan macam mana Pas mahu tumbang pada taun 1978 dan suasana Umno/BN mahu tumbang pada tahun 1990 sedang menular dalam Pas sekarang dan saya yakin dengan firasat saya, Pas akan tumbang di Kedah dan Kelantan dan PKR akan hancur di Selangor manakala DAP akan terus kekal di Pulau Pinang pada pilihanraya umum ke-13.

Orang Pas yang rasional dan orang Melayu dalam PKR, malah kalau ada orang Melayu dalam DAP pun mereka tidak akan relakan Pakatan Rakyat (PR) menang kerana mereka sedar kalau PR tumbangkan Umno/BN, yang akan mendomin kerajaan PR nanti adalah DAP, bukannya PKR dan Pas. Hanya orang Pas, orang Melayu dalam PKR dan DAP yang jumud sahaja harapkan Umno/BN tumbang.

Berbalik kepada saya sepikan diri sepanjang pilihanraya di Tenang, saya berbuat demikian untuk memastikan tidak timbul kepercayaan di kalangan tertentu bahawa saya ni 'bermulut masin', bila nak keputusan awal dalam sesuatu pilihanraya, rujuk saya, dapatkan firasat saya. Perlakuan begitu akan mendorong kepada unsur-unsur 'pemberhalaan' terhadap sesama manusia.

Saya lebih suka menteladani ulamak zaman dulu, bila orang puji kata alim atau maulana, maka akan segera dilulurkan lumpur ke muka untuk insafkan diri dan tidak akan termakan puji, bukanya macam ulamak sekarang, bila gambar tertampal di sana sini, maka akan dirasakan diri sendiri terhebat, bukan sahaja hanya kata-katanya yang mahu dianggap suci dan tidak boleh ditolak, boleh pula tentukan di kalangan sesama Islam yang sokong parti sekian masuk neraka, yang sokong parti pimpinanya sahaja layak masuk syurga, macam amalan dalam agama Kristian pula nadanya, Paderi boleh hapuskan dosa pelaku.

Yang perlu saya tegaskan bahawa saya BUKAN BERMULUT MASIN dan tidak ada mana-mana manusia pun berMULUT MASIN atau keramat. Mempercayai mana-mana individu mulut masin dan boleh mekeranakan akan berlaku atau tidak berlaku sesuatu perkara oleh seseorang yang kononnya mulut masing, bagi saya ianya boleh MEROSAKKAN AKIDAH.

Kalau pun ramalan atau firasat saya yang dibuat berdasarkan pengalaman berdampingan dengan tokoh-tokoh dan pelbagai parti politik tepat, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

3 comments:

Anonymous said...

abe li ambo raso dale jugok maksud abe bab jgn mengkeranakan/meletakkan asbab semata terjadinyo setiap perkara, hok ni comel utk ingatan, sbb utama kita adalah tauhid hok murni bersih boleh bawa kita kearah keredhaan Allah.

Ambo ada cerito kat kg ambo( bukan kat kelate la) ado sebuah kubor tu tepi sungai terhakis, jadi ore kg alihkan tapak kubor tu ke tempat hok jauh dr sungai, nok jadi ko cerita satu kubor tu telah pun hampir ranap kena hakis, jadi jenazah tu pun dialihkan, masyaalah mayat tu ambo kenal meninggal akhir 70 an, comel, molek lagi mayat dia, tadok binasa apa pun comel lagi supo dulu, hok ambo nak ceritanya kisah dia semasa masih hidup adalah buruh , ambo agak baik dgn dia, dia ni tak berapa setuju dgn parti Pas ni dlm perbincangan dgn dia, tapi dia cukup rapat dgn surau tak pernah miss, cakap pasal politik tak ada langsung, kecuali ulasan pasal parti Islam Pas, itupun sedikit.

Jadi saya ambik kesimpulan tak sokong tak masuk parti Pas pun Allah tetap kurniakan rahmatNYA pada hambaNYA yg bertakwa, melihat kpd keelokan mayat pakcik tu sy ambil keputusan utk meningkatkan amalan diri tanpa nak kalut2 dgn poltik2 apatah lagi nak guna ayat2 quran utk nak cari undi, cukuplah bg saya berusaha mencari redhaNYA tanpa kata kat orang tanpa benci sesama makhluk tak kiro dia tu umno ke pas ke, saya nak ikut cara hidup pakcik, insyallah.

Kebenaran bg saya telah muncul dlm bab2 politik ni tak ada parti yg boleh menentukan keredhaan Allah hanya amalan yg jujur, akhlak yg baik mampu menyumbangkan kebajikan sesama insan.Menyakiti orang dgn mulut kita membinasa diri dan orang lain.

Insyallah.

Anonymous said...

kita ni buke org politik.. tak guna cerita pasal politik...tinggallah cerita politik buatlah ibadah sebaik mungkin... buat hal kito je..jange caro hal ore lagi baik. dosa kita dgn ore pun tak dok..

Anonymous said...

Mana boleh pisahkan diri dari politik. Bukankan agama dengan politik tokleh suku-suku. Bila politik dengan agama takleh suku-suku, bolehkan kita jangan ccaro ko politik?