Tuesday, February 8, 2011

MUNCUL KEMBALI (934)

Jangan buang masa layan kerenah Nik Aziz

BIARKAN Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas terjun dengan labu-labunya. Umno/BN kena fokus kepada memberi khidmat yang secemerlang mungkin bagi faedah agama, bangsa dan negara. Rakyat akan buat nilai parti mana yang patut dijulang dan parti mana pula yang patut diganyang pada pilihanraya umum akan datang.


Itu kesimpulan yang boleh saya buat apabila diajukan pertanyaan, dminta pandangan dan firasat sama ada akan mampukan mana-mana tokoh dari Umno kalahkan Nik Aziz jika berlaku debat seandainya ura-ura debat menjadi kenyataan, tetapi saya tidak yakin debat akan berlaku kerana Nik Aziz akan mencipta pelbagai alasan dan syarat supaya ianya tidak menjadi kenyataan.

Yang dimahukan oleh Nik Aziz ialah supaya debat tidak dan rakyat akan melihat Umno/BN takut untuk berdebat dengannya, sekali gus rakyat, malah kalau boleh dunia akan melihat bahawa beliau seorang tokoh yang tidak akan ada yang berani menyahut cabaran berdebat dan beliau akan dilihat sangat manusia hebat.

Walhal hakikatnya ianya hanya provokasi dan laungan suara cabaran debat tidak lebih dari ibarat kentut kuat kerana kembung perut makan ubi 'setelo' tak cukup masak, bunyi sahaja kuat tetapi jangankan ada yang tercedera kerananya, orang terkejut pun tidak, kecuali ada yang 'monenye' kerana 'makah' kentutnya.

Sebenarnya tidak ada mausia hebat kalau ianya bukan nabi dan rasul. Nik Aziz juga tidak hebat tetapi kerana beliau dianggap hebat, maka nampak hebatlah. Macam orang takutkan ular tedung kerana bisanya, tengok ular tedung mula seriau, maka hebatlah si tedung jadinya. Walhal ular tedung itu sendiri boleh jadi reptilia mainan penjual ubat kaki lima sahaja.

Demikian juga dengan singa dan harimau, kerana dianggap mamalia itu hebat dalam soal terkam, patahkan tengkuk mangsa dan menyiat dagaing dan menggonggong tulang temulang mangsa, maka timbul rasa gerun tentang kehebatan dua spesis mamalia itu. Walhal kedua-duanya boleh dijadikan alat pertunjukkan sarkas.

Dalam konteks Nik Aziz juga demikian halanya. Kerana beliau dianggap hebat, apatah lagi bagi yang tidak pernah berdampingan dengannya, yang tidak mengkaji latarbelakang dan asal usulnya akan menganggap dan mempercayai beliau sangat hebat sehingga ramai yang percaya tidak ada tokoh yang setanding dengan ketokohannya, tidak ada tokoh yang popular sepopularnya di samping adanya unsur-unsur memberhalakan sesama manusia kerana menganggap beliau 'bermulut masin' dan yang yang percaya kalau memakinya seperti beliau memaki orang lain akan mendatangkan petaka dan musibah.

Justeru itu bagi saya, melayani kemahuan debat Nik Aziz hanyalah satu tundakan membuang masa, sekali gus menjadikan beliau seorang yang akan bertambah angkuh dan bongkak. Kalau beliau betul-betul bijak, beliau tidak akan bermula dengan kerja sebagai 'guru sekolah buta' sebelum menceburi politik dan seterusnya dipilih oleh parti sebaga Menteri Besar. Yang memilih beliau jadi Menteri Besar bukan rakyat teapi parti. Sebagai wakil rakyat memang rakyat yang pilih tapi beliau anggap rakyat yang pilih beliau jadi menteri besar.

Kalau beliau benar-benar hebat beliau tidak akan hanya ditakdirkan menjadi Menteri Besar Kelantan, sebaliknya akan ditakdirkan menjai Perdana Menteri Malaysia, kalau pun bukan ditakdirkan menjadi Presiden Amerika Syarikat seperti Obama atau sebagai Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, rektor atau censelor mana-mana universiti atau paling komen pun akan jadi Setiausaha Agung OIC yang peranan dan fungsinya lebih global berbanding dengan kedudukan sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Dengan hanya menjadi Mursyidul Am Pas yang hanya berani dan mampu memperetaruhkan 60 kerusi pada setiap kali pilihanraya yang nabmana jumlah itu tidak akan mencukupkan jumlah kuota untuk membentuk kerajaan kalau kerusi yang ditamnding dimenangi seratus peratus serta atas nama Menteri Besar Kelantan, apa sangatlah yang mampu dibuat, malah dalam tempoh dua puluh tahun atau sekitar 7,200 hari menjadi menteri besar, apakah ada 7,200 orang yang bukan Islam telah diIslamkan dan yang dijahil telah dialim dan ditakwakan.

Bagi saya Nik Aziz tidak hebat sebagaimana tidak hebatnya manusia-manusia yang bukan nabi dan rasul lainnya, malah beliau tidak cukup besar dari sudut ketokohan dan pengaruh untuk mewarnai dan mencorakkan negara ini bagi memenuhi keperluan majoriti rakyat. Kalau pun beliau dilihat hebat hanya di Kelantan dan baka Kelantan atas semangat kenegerian atau paling global pun hanya pada kacamata orang Pas. Oleh itu kalau pun beliau layak berdebat hanyalah dengan para pemimpin Umno/BN negeri.

1 comment:

Tok Lebai Kampong said...

..kata Dato Nik Ab Aziz hanya orang bertaraf MB atau PM saja yg layak berdebat dengannya..eh bilamasa pula Islam mengamalkan KASTA..perkara yg hendak didebatkan ialah hukum Islam, sepatutnya kena berdebat dengan alim ulamak yg setaraf dalam keilmuan Islam..mana ada jurutera berdebat dangan doktor dalam perkara membina jambatan..usah dilayanlah, rugi masa dan beras je...